Salam
sejahtera kepada semua pembiak kambing pada seluruh multiple
universe, dan langit tujuh lapis dalam alam semesta.
Minggu
sudah dua pegawai ARB anak syarikat MardiTech datang melawat ladang
aku. Sebagai Multiplier Farm Visiting Agent (MFVA). Tujuan utama
ialah memberi kontrak perjanjian asli, dan menghadiahkan Standard
Operating Procedure bagi ladang pengganda, dan juga menghadiahkan
sebungkus buah jambu air cap pekan bidor kat aku hehe. Haa tima kasih
lah banyak banyak.
Yang
datang tu Haji Jamsuri dan orang baru yang aku belum pernah jumpa
lagi, Azri. Diorang ni sehari sebelum datang ladang aku dah pi
melawat Wawasan Manis di melaka. Lepas tu giliran aku pula.
Haji
Jam ni aku dah lama kenal semenjak aku buat attachment di ladang
kambing mardi serdang 9 tahun yang lalu. Si Azri aku tak kenal lagi.
Umur 29 tahun. Belum kahwin. Ada hajat nak buka ladang kambing
sendiri, ataupun dah buka - aku tak ingat.
By
the way, Azri cerita dia dah habis baca blog aku dari awal sampai
yang terkini. Dan aku nak ambil kesempatan ini - aku nak ucapkan
terima kasih kepada semua pembaca blog, ada yang betul betul menelaah
dari post terawal sampai terakhir, ada yang bersengkang mata sampai
pukul dua tiga pagi (dah lima enam orang yang bagitahu aku lagu ni),
dan ada juga yang print habis semua entry blog aku ni - boleh buat
buku kot kihkih.
Terima
kasih di atas sokongan tuan puan pembaca sekalian. Ini menunjukkan
ada banyak peminat kambing hardcore, dan ada keinginan yang menyala
nyala dalam sanubari setiap pembaca dan penternak kambing, dan ada
harapan untuk masa depan industri yang lebih cerah.
Ok.
Cerita pasal SOP atau Standard Operating Procedure yang ARB hadiahkan
kat aku.
Jujurnya
selama ni aku tak pernah ada SOP. Jadi bila ARB bagi SOP, aku jadi
excited. Mana ada dalam buku buku ternakan tempatan cerita pasal SOP.
Takdak.
Takpelah
SOP untuk pembiakan boer pun. Janji SOP. Jadi aku boleh bandingkan
prestasi ladang aku dengan SOP Mardi ni. Ok ke tak ok performance
ladang aku, atau pun aku syok sendiri aje.
Dan
kepada semua ahli persatuan, kita akan gunakan SOP yang dibuat ARB ni
sebagai garis panduan dan untuk penilaian prestasi ladang kita. Kita
semua akan dapat salinan SOP ni.
Tapi
sebelum diedarkan kepada semua ahli, aku cerita dulu. Aku rasa ni
bukanlah rahsia tahap Wikileaks. Benda ni bukanlah mengancam
keselamatan dalam negara kalau didedahkan. Sebaliknya mendatangkan
kebaikan kepada industri. Bukan apa tuan puan, aku saspen juga pasal
dalam agreement aku dengan ARB ni, ada klausa klausa yang menghalang
kebocoran maklumat. Karang tiba tiba je sampai surat suruh aku masuk
mahkamah. Tapi aku rasa tak de apa lah kot kalau aku kongsi SOP ini
dengan umum.
Ok.
Aku nak sentuh indeks produktiviti, atau productivity index, PI.
PI
ni adalah sasaran utama bagi setiap ladang pengganda bawah ARB. La ni
ada lapan ladang pengganda di Malaysia - Boden di N9, Sayfull di
Pagoh, Syamille di Perak, PPNT Terengganu, Integrasi Ternakan Chuping
di Perlis, PPK Jeli di Kelantan, Wawasan Manis di Melaka, .... dan
aku.
Apa
yang aku tahu semua ladang pengganda ni start up capital semua
melebihi 2 juta. ARB sendiri sebagai nukleus, peruntukannya $53 juta
- sama tahap Pondok Tanjung. Peh juta juta ye. Start up capital aku
$10,000 je. Gedebak gededuk 8 tahun biakkan kambing, total capital
investment adalah dalam $150,000.
Aku
punya investment adalah satu per dua puluh, atau satu per tiga puluh,
atau satu per empat puluh, atau bila dibandingkan ARB - satu per tiga
ratus daripada investment diorang ni. I am just a fraction of their
financial layout.
Keciknya
aku :)...
Dah
la modal ciput, bilangan kambing pun ciput, tahap semi komersial je
aku ni. Pelik sungguh bila aku masuk kumpulan multiplier ni. Memang
aku kena pasang tangga bila nak bergambar bersama diorang ni. Kalau
tidak sahih tenggelam aje aku ni tak nampak kepala langsung :).
Ok,
ok tak masuk PI pun lagi ni. Merepek memanjang.
PI
ni ada beberapa komponen. Kita mulakan dengan yang pertama. Jarak
beranak, atau kidding interval, KI. Standard yang mesti dicapai oleh
semua ladang pengganda ialah kidding interval di bawah 9 bulan.
Kidding interval bawah 9 bulan bukan hanya kepada kambing kambing
tertentu tapi purata semua induk induk pembiak. Elit + median + poor
performer.
Aku
punya macam mana?
PASS.
Aku dapat 8.1 bulan untuk purata jarak beranak. Dan itu ketika aku
tak buat supplementation. Bila aku tengah buat large scale experiment
di mana ada supplementation, jarak beranak semuanya dipendekkan, 5.5
bulan ke 7.0 bulan. Tak sampai 7 bulan, semuanya dah beranak kembali.
Cuma buat masa ni aku tak boleh bagi exact figure pasal aku masih
bereksperimentasi dan belum update rekod pariti aku. Anyway aku pass
standard bawah 9 bulan untuk kidding interval. Great!
Ok,
masuk komponen kedua. Kadar kebuntingan adalah 78%. Maknanya sasaran
semua ladang pengganda ialah, koman koman 78% betina yang mencapai
umur induk, dan dikahwinkan, - boleh bunting.
Aku?
PASS.
99% kadar kebuntingan. Tuan puan, alhamdulillah semua induk induk aku
takde yang mandul selama 8 tahun aku membiakkan kambing, walau pun
ada induk tua tua tertanggal tanggal gigi kekal. Melainkan seekor.
Itu pun dia dah beranak sekali. Tapi lepas tu dua tahun tak beranak
beranak. Jadi aku dah barbeku kan dia.
Aku
fikir fitness main peranan sangat besar dalam penentuan kesuburan
kambing. Takdak fitness, breeding vitality rendah. Dan cara terbaik
untuk dapatkan fitness - jalan, jalan, dan jalan lagi.
Ok.
Komponen ketiga ialah litter size pada 1.4. Aku rasa ni kidding rate,
tapi kena tanya Dr Jo untuk lebih pencerahan. Maknanya setahun dapat
1.4 anak.
Aku?
PASS.
Dapat 2.3 per tahun. Tak yah cerita panjanglah kidding rate ni. Kalau
tuan puan habih baca blog aku ni, memang fahamlah sangat sangat
penekanan aku pada kidding rate.
And
then komponen keempat - umur sapih (cerai susu) bawah 3 bulan.
Aku?
Aisymann..
ni ada lain sikit ngan praktis aku ni. Biasanya aku sapih pada umur 4
bulan. Melainkan bagi kambing kambing yang diberi supplementation.
Haa yang tu aku berani sapih pada umur bawah 3 bulan. Dan aku tahu
ada sesetengah pembiak yang sapih anak kambing pada umur 2 bulan.
Yang macam ni kena pastikan nutrition plane exceptionally high. High
level supplementation - baru berani buat. Jadi aku tak pass tang ni.
Komponen
kelima ialah kadar hidup hingga sapih adalah pada tahap 90%. Maknanya
semua ladang pengganda kena pastikan 90% anak yang dilahirkan berjaya
dibesarkan ke umur 3 bulan.
Err...
aku ada rekod, tapi takde pula kira kira menatang ni. Nanti kena buat
lah.
Komponen
keenam ialah kadar hidup selepas sapih adalah pada 95%. Maknanya
semua ladang pengganda kena pastikan 95% anak selepas sapih adalah
hidup sehingga umur jualan, atau pembiakan.
Haa
yang ni pun sama, aku ada rekod tapi takde buat kira kira. Kena buat
balik semua ni. Aduh banyak kerja weiii... yang research UM ngan aku
pun banyak data tertunggak tak buat buat. Ni tambah sibuk pula dengan
ARB. Aaaa pening pening.
Ok
komponen ketujuh ialah nisbah pejantan 1 kepada 25 induk.
Aku?
1 pejantan kepada 50 induk. Underperforming? NO. Aku pastikan
pejantan aku superbly fit. Aku tak pernah kurung pejantan aku. Dia
akan makan meragut sama seperti induk aku. Dia akan berjalan, dan
berjalan, dan berjalan...
________________________________
Productivity
index (PI) = kadar kebuntingan (KK) x kidding rate (KR) x kadar hidup
sehingga sapih (KH) x 12/9.
Berdasarkan
sasaran yang ARB tetapkan kepada semua ladang pengganda, PI = 0.78 x
1.4 x 0.9 x 12/9 = 1.3.
Yeah
semua ladang pengganda kena sasarkan PI at least pada 1.3. Tak dapat
1.3 ni, kena turun taraf tak boleh jadi ladang pengganda. Kena jadi
ladang komersial.
Adakah
aku boleh capai PI 1.3?
Yeah
aku fikir aku bukan boleh capai, tapi dah dicapai. Alhamdulillah, aku
bukan lagi berada pada tahap terkapai kapai sedang mencari rentak
pembiakan. Aku kini berada tahap selesa dalam pembiakan, walaupun
cuma 100 induk, bukannya 500 induk seperti ladang pengganda yang
lain.
Apa
yang aku perlu buat sekarang ialah fine tuning operasi pembiakan.
Yep
fine tuning it is.
Salam!
PI ni adalah sasaran utama bagi setiap ladang pengganda bawah ARB. La ni ada lapan ladang pengganda di Malaysia - Boden di N9, Sayfull di Pagoh, Syamille di Perak, PPNT Terengganu, Integrasi Ternakan Chuping di Perlis, PPK Jeli di Kelantan, Wawasan Manis di Melaka, .... dan aku.
ReplyDelete....aku tak abis baca lagi post ini..pjg sgt..sebab aku nak balik makan dulu, nanti sambung.
TAHNIAH!
TERUSKAN USAHA.
kalau ko orang cakap merepek, kami yang ikut ko ni macam KEREPEK JER.
(ambil kata-2 Ust Don dalam group whatsapp kitaorang).
KEREPEK SEDAP !!!
eh? saya ada cakap macam tu ke? hahaha. betul! Kami kerepek yang sedap. ada ikan bilis, ada kacang.
Deletekerepek keropok kerepak kerepuk...
Deleteprof main kompang ke? hahaha. kerepak kerepak kerepuk kerepuk.
DeleteFuhh.. saya habis baca. sekali jalan je, tapi belum hadam lagi, maklumlah, penternak ruminan, nak kena chewing cud dulu. hehe
ReplyDeleteterbaik. rasanya saya ada jumpa SOP ni. Ce google SOP kambing boer. tapi kalo dapat yang ARB punya pun ok. hehe.
dalam kerja ada KPI, key performance indicator, lebih kurang macam PI ni jugak kot. Ada target yang perlu dicapai. Lebih banyak dicapai, lebih bagus prestasi.
Nak komen banyak pun, belum digest lagi serat2nya. Nanti la. Hahaha.
Bahan Aktif Dalam Racun Ektoparasit
PI tu salah satu komponen KPI dalam SOP untuk ladang pengganda ni
DeleteBgus dh PI utk Ldg Pengganda Boer(LPB) ni,siap dgn SOP apa suma,Working Instruuction(WKI) xde ke prof.hihi.bleh apply MS ISO 9001:2008 nnti.barulah ada kelassss..
ReplyDeleteapa kata nnti kita organize rombongn cik kiah ke kndg2 LPB ni?bleh tgk sndri nnti sistem pembiakan di sana..:-)
PPKM la anjur. sewa 1 bas. jalan sekali. family day. hahaha.
Deleteada banyak lagi kandungan SOP nanti aku cerita pelan pelan
Deleterombongan ke ladang pengganda? Aku pilih BoDen dan Wawasan Manis.
dh lma berangan nk g BODEN tp msih xksmpaian wlaupun jarak dlm 30-40km jer dr kmpung den.hehe..nnti bolehla bt lwatan ke BODEN or Wawasan Manis..xbest mlawat rmai2 Ust.Don dlm kumpuln kecil sdap cket brtnya soalan..
Deletehaha.. saya setuju. tapi entah la tahun bila baru boleh join. puasa ni aci tak?
DeleteYang jauh dari kelantan pun nak pergi jugak.haha..
DeleteSelamat berterawikh ini malam