Salam
ramadhan kepada semua pengembala kambing di setiap tujuh lapis langit
alam semesta,
Ada
seorang rakan penternak aku nak surrender bela kambing. Mmm dah
surrender. Penternak yang mewarisi lembu dan kambing daripada datuk
dan ayahnya.
Ok,
dia bukan surrender sepenuhnya. Dia downsize. Drastik.
Dulu
ada 400 ekor kambing dan bebiri, lembu adalah ratus ratus ekor. La ni dia
stop kambing dan bebiri punya breeding program, fokus pada trading.
Adalah sikit kambing dan bebirinya.
Lapan
tahun dah dia cuba biakkan kambing tetapi hasil kurang memuaskan.
Takde untung walau dah lapan tahun cuba kembangkan operasi warisan ke
tahap medium scale. Masa datuk dan ayahnya small scale, adalah
untung. Lumayan juga, boleh la besarkan anak anak sampai habis
sekolah.
Tapi
bila sampai tahap expansion - tak lepas, padahal dari segi reputasi
dan kuasa pemasaran, dia lebih hebat dari datuk dan ayahnya. Famous
wei. Selalu juga menang kambing punya show. Pejantan pejantan dia
semuanya 100kg ke atas. Berotot otot kembang dua tiga mangkuk.
Now,
sebelum ada di kalangan tuan puan yang cepat cepat buat kesimpulan
kata kambing susah bela banding lembu - biar kita teliti dulu
operasinya. Jadikan panduan untuk kita semua.
Dia
mengaku kat aku, lapan tahun bela kambing dan bebiri, takde untung.
Duit keluar aje, nasib baik ada lembu dan bisnes lain tolong support
kambing.
Fuh
handal dia ni, memang dalam juga poketnya hampir mencecah saiz poket
roman abramovich, lapan tahun bela baru surrender operasi pembiakan.
Biasa orang tahun kedua dan ketiga dah surrender.
Ok.
Dia bela kambing dan bebiri pelbagai baka. Ada jamna, ada boer, ada
kacukan, ada bebiri, domba, kibasy dan lain lain. Maknanya ada baka
eksotik, dan ada baka campur. Trading pun buat juga. Susu pun buat.
Sembelih, lapah, dan masak pun buat.
Rojak
- tak fokus. Mana satu core competency nya ni?
Pembiak
pedaging ke?, pembiak baka eksotik ke?, pengeluar susu ke? kelam
kabut sungguh aku nengoknya.
Lets
be frank here. Bagi aku sapa sapa penternak yang dah mencecah medium
scale, dah 100 induk - lebih baik fokus pada satu trait atau core.
Fokus betul betul, buat betul betul, khusus betul betul. Tinggalkan
revenue stream yang lain. Bila dah betul betul establish atau mantap
kita punya core competency, baru kita bergerak untuk diversify.
Small
scale takpelah nak sebat semua possible revenue stream. Yang bela 20
- 30 ekor takpelah dia nak buat susu, nak masak masak atau buat apa
sahaja demi memastikan survivability nya. Itu aku tak kisah. Sebab
bersesuaian dengan sifatnya.
Tapi
kalau yang bela 1500 ekor kambing, dan masih sibuk nak masak masak
barbeku aqiqah - ini menunjukkan tak cukup mahir dalam operasi
pembiakan. Low breeding skill. Low breeding knowledge.
Itu
satu aspek. Yang berikutnya ialah input yang dikeluarkan tidak padan
dengan ouput.
Tuan
puan bayangkan, sistem sama dengan aku, sistem semi intensif.
Maknanya sebahagian besar kambing dan bebiri untuk pembiakan pedaging
dilepaskan meragut. Yang baka eksotik buat intensif. Guna motor bila
mengembala. 3 jam ke 4 jam lepas sebelah petang, tak berani lepas
pagi. Tapi bila kambing dan bebiri balik ke kandang - masih lagi beri
makanan tambahan. Soya basah + pkc + molasses.
Peh
ini bukan baka eksotik. Ini baka crosses. Pedaging. Apa pula sibuk
sibuk nak bagi makanan tambahan. Lainlah kalau beranak dua dan
keatas. Kenapa tak cukup yakin kambing dan bebiri boleh kenyang
dengan sistem gembala?
Dari
segi aspek nurition, tak lepas juga ni. Main sebat aje bikin ramuan
sendiri. Takde test makmal pun. Agak agak je, janji kambing nampak
bulat perutnya. Long term breeding ability kita kena ambilkira,
jangan sekali kali syok sendiri ingat kita pandai buat makanan
sendiri. Short term memang la nampak gemuk ternakan, tapi long term
macam mana pula. Kena ada independent verification.
Ok,
bila sampai bab pemakanan ternakan, elok kita betul betul buru dan
upgrade ilmu kita semantap mantapnya. Jangan ingat murah, jangan
ingat cepat gemuk, jangan ingat nak cepat berkilat bulu kambingnya.
Kalau short term thinking, habis punah long term punya projek.
Hmmm...
dari segi pembiakan, memang tak menjadi kambing dan bebirinya. Kurang
nisbah anak kambing dan anak bebiri berbanding ibu kambing. Rekod?
Takde beb. Ahhh payah payah. Macam mana nak tahu dan bandingkan
prestasi ladang tahun ke tahun? Menang macam macam anugerah pertanian
ni, tapi rekod takde macam mana?
Memang
biasa anak anak kambingnya dilanda wabak penyakit yang menyebabkan
kematian besar besaran. Pasal pemakanan pun ye, pasal kandang
overcrowded pun ye, pasal kambing trading tak diasingkan - bercampur
campur dengan kambing pembiakan pun ye; ahh senang cerita pasal tak
cukup breeding knowledge.
Nah
sekarang cerita pasal labor input pula. Mula mula dia guna bini dan
ahli keluarga untuk maintain operasi kambing. Dari pukul 7 pagi dah
mula kerja sampai pukul 11 malam baru habis. Botol susu. Banyak anak
kambing di botol susukan. Anak bebiri kurang bagi botol susu sebab
biasanya bebiri beranak single. Kambing beranak banyak, biasanya tak
cukup susu, jadi dia bagi botol susu. Beli susu tepung yang $250 per
beg 25 kilo tu.
Pelik
sungguh la. Macam mana kambingnya tak cukup susu. Baka eksotik ada.
Baka susu pun ada. Makanan tambahan pun bagi. Rumput tambahan pun
bagi. In fact dah terlebih input. Ini semua terjadi kerana nutrition
mismanagement.
Selain
itu, banyak labor input habis pada pemantauan semasa kelahiran.
Biasalah baka baka eksotik yang besar besar ni, banyak masalah bila
beranak. Sangkut lah, songsang lah, rahim jatuh lah, macam macam
pe'el nya. Kena perhati betul betul. Kena bangun tengah malam tengok
kambing dan bebiri bila nak beranak.
Bila
tengok ahli keluarga tertekan, ambil pekerja dua tiga orang untuk
support. Hmmm... masih lagi mula kerja pukul 7 habis 11 malam. Penat
penat pekerjanya.
Sahih
burnout.
Banyak
pekerjanya lari kerana tak tahan dengan jumlah manhour yang
diperlukan. Sebab itu aku langsung tak galakkan guna botol susu.
Kambing sepatutnya cukup susu untuk anak dua ekor. Kalau tak cukup,
dimana kita kena guna botol susu, maknanya kita tak cukup breeding
knowledge. Kena upgrade lagi.
So
bagi pembiak kambing pedaging, jangan guna botol susu. Jangan beli
susu tepung. Tak perlu pun semua ni. Target kita low input husbandry.
Baru senang, baru mudah kerja kita. Baru untung usaha pembiakan kita.
Hmmm...
rakan aku ni, bila cerita bab lembu dia, boleh pula dia buat low
input. Bela baka kacukan tempatan saiz sedang sedang, lepas dalam
estet, bagi garam jilat sentiasa; bila ada orang nak lembu, baru dia
pergi tangkap. Tembak.
Pasal
tu operasi pembiakan lembu dia untung. Low input. Tapi bila sampai
bab kambing, boleh pula bantai high input. Apa mimpi ntah.
Sebenarnya
kan, bukan susah nak untung biak kambing ni. Buru ilmu senantiasa,
disiplin tahap besi waja masa mengembala, dan sedekah berterusan -
insya allah boleh.
Selain
itu pastikan kita ada darah tempatan dalam ternakan kita, dan guna
pendekatan low input. Oh juga simpanlah rekod ternakan.
Baru
tak jadi situasi burn out.
Baru
seronok biakkan kambing.
Kambing
terloncat loncat, kita pun terloncat loncat.
Mbekkkk!!
tkasih diatas perkongsian ilmu perkambingan ni prof. tak sabar nak tunggu entry terkini.
ReplyDeletethanks for waiting, patiently.. :)
DeleteI think he did the right thing..downsizing..and start looking/analyze again..stay focus on breeding..
ReplyDeletekalau dah lapan tahun, aku rasa dia dah tahu apa sebab..aku pun dah masok tahun ke 5, breeding rate expected to go down..as predicted, cause not by seasoned ewe (these ewes still perform), but new/young ewe..
banyak sebab..
kandang sesak
penyakit, I think the main reason..bebiri tak mati banyak tahun ni..tapi aku tau bebiri carry one type of backteria/mycoplasma..i eliminated many bacteria that why mortality going down except for this one
called dry sheep (bebiri takde susu/ ada susu tapi jadi bengkak ambing)..anak bebiri mati sebab ni
feed factor is also a problem..
ternakan bercampur campur, pembiakan tak diasingkan dengan trading, bebiri pun bercampur kambing.
Deletekandang sesak sangat. misfeeding.
penyakit mudah datang.
banyak betul guna ubat.
ini mcm den punya style ni.biri,kambing,lembu smua ada.haha..tp btul la prof.biri n kambing xleh duk skandang mmg ada mslah kt kambing.sjak den asingkn biri n kambing kndg lain2 Alhamdulillah barulah kambing tu ok cket..pengajaran brguna utk penternak baru,jangan tamak sangat,fokus betul2 pd pembiakan masing2..den xpe.try n error.hehe..
ReplyDelete