Saksikan
kehebatan Rabbul Jalil dan tenggelamlah dalam kebesaran Rabbul
Alamin. Bacalah ayat ayat Tuhan berikut perlahan lahan. Patah demi
patah.
Hipotesis.
Part Three.
__________________________________
Do
you not consider how Allah has created seven heavens in layers
"Tidakkah
kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan
tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
(Noh:15)
___________________________________
"[And]
who created seven heavens in layers. You do not see in the creation
of the Most Merciful any inconsistency. So return [your] vision [to
the sky]; do you see any breaks?"
"Dia
lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang
berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang
Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak
munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) -
dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?" (AlMulk:3)
"Then
return [your] vision twice again. [Your] vision will return to you
humbled while it is fatigued."
"Kemudian
ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan
berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan),
sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan
sia-sia)." (AlMulk:4)
"And
We have certainly beautified the nearest
heaven with stars
and have made [from] them what is thrown at the devils and have
prepared for them the punishment of the Blaze".
"Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi
langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan
bintang-bintang,
dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap
Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang
menjulang-julang."
(AlMulk:5)
____________________________________________
Penemuan
mengejutkan oleh satelit pencerap Planck milik European Space Agency,
dan satelit pencerap Fermi milik NASA.
2009.
Planck
dilancarkan ke angkasa dengan misi mencerap kandungan, struktur, dan
umur alam semesta. Misi sama dengan Wilkinson Microwave Anisotropy
Probe (WMAP), mengkaji cosmic microwave background. Menentukan
peratusan sebenar jirim terang (visible matter), jirim gelap (dark
matter), dan tenaga gelap (dark energy).
Planck
dibina pada kos 700 juta euro, diletakkan 1.5 juta kilometer dari
bumi, dan memiliki peralatan cerapan yang sangat sensitif melebihi
spesifikasi WMAP. Ultra sensitif.
Planck
beroperasi pada suhu ultra sejuk - sangat sangat hampir dengan
absolute zero, -273 darjah celsius, suhu terendah alam semesta.
Planck berjaya melakukan pemetaan seluruh langit yang mampu
dicerapnya sebanyak lima kali, termasuk pusat galaksi Bimasakti kita,
dan sebuah daerah berhampiran Sagittarius A*, dan misi ini berjalan
selama 14 bulan. Kini kuasa cerapan Planck semakin berkurang kerana
kehabisan penyejuk helium.
Planck
sangat berjaya dalam misinya. Banyak data data cerapan yang berjaya
dikumpulkan, dan sedang dianalisis. Hanya pada 2014 barulah keluar
keputusan kajian rasmi.
_________________________________________
Fermi
Gamma Ray Observatory.
Milik
NASA. Dilancar ke angkasa pada 2008 pada kos 500 juta dolar amerika.
Bertujuan mengkaji fenomena sinaran gamma dalam alam semesta.
Sinar
gamma adalah sinar bertenaga tinggi, yang dihasilkan oleh peristiwa
peristiwa besar alam semesta - ketika bintang bintang super gergasi
mati meletup (supernova, hypernova),atau ketika bintang ditelan black
hole; dan juga ketika berlaku perlanggaran kosmik - bintang dengan
bintang, black hole dengan black hole, black hole dengan bintang
neutron, bintang nuetron dengan bintang neutron, atau galaksi dengan
galaksi.
Peralatannya
juga ultra sensitif seperti Planck. Dan Fermi juga beroperasi pada
suhu ultra sejuk, sangat hampir dengan absolute zero.
Cerapan
Fermi meliputi seluruh langit alam semesta sepertimana Planck.
Termasuk pusat galaksi Bimasakti kita, dan sebuah daerah berhampiran
Sagittarius A* - monster black hole yang sebenarnya jiran yang sangat
dekat dengan kita pada skala kosmik.
Data
data yang dikumpulkan sangat banyak dan sedang dianalisis. Sama
seperti Planck, 2014 barulah keluar keputusan rasmi kajiannya.
___________________________________________________
2012.
Januari.
Sepasukan
saintis Belanda sedang menganalisis data data Planck dan Fermi
bilamana mereka mengesan keanehan isyarat sinar gamma dari sebuah
daerah berhampiran sagittarius a*. Keanehan yang sangat aneh. Isyarat
yang sepatutnya mereka tidak nampak, isyarat yang sepatutnya tidak
mampu mereka kesan, isyarat yang sepatutnya ghaib.
Sinar
gamma aneh yang sangat luar biasa frekuensinya ini mereka tidak
nampak puncanya - tiada kelihatan perlanggaran bintang bintang atau
black hole, tiada sebarang supernova atau hypernova, melainkan....
wujud
peristiwa pelanggaran kosmik yang sangat ekstrem, bukan dari alam
semesta yang kita nampak, tetapi dari alam semesta yang ghaib...
Bila
jirim gelap (dark matter) berlanggar dengan jirim gelap (dark
matter).
Tuan
puan pembaca sekalian, alam semesta yang kita nampak - buminya,
bintangnya, galaksinya - ini semua adalah jirim terang (visible
matter) yang hanya merupakan 4.9% kandungan alam semesta, berdasarkan
cerapan Planck.
Planck
mendapati 26.8% lagi adalah jirim gelap (dark matter) yang memang
kita tidak mampu nampak, manakala 68.3% adalah tenaga gelap (dark
energy) yang jauh lebih misteri, yang sampai sekarang tiada siapa
yang mengetahui apa sebenarnya ia.
Pelik
sungguh ye, kita ingat apa yang kita nampak adalah sebahagian besar
alam semesta. Rupa rupanya baru 4.9% yang kita nampak, itu pun tak
nampak nampak penghujung alam semesta.
Ok.
Itu jirim terang. La ni jirim gelap. Yang kuantitinya jauh lebih
banyak atau 5.5 kali ganda daripada jirim terang. Kita memang tak
boleh nampak jirim gelap hatta dengan teleskop paling berkuasa paling
sensitif paling canggih pernah manusia cipta.
Malah
aku berani katakan disini, jika seluruh malaikat, jin dan manusia
dari seluruh generasi bergabung memerah segala sumber yang dimiliki
untuk menerobos apa yang terkandung dalam jirim gelap - tidak terdaya
kita melakukannya.
TETAPI,
Kita
mampu memerhati tanda tanda kewujudan jirim gelap, dan membuat
inferens (kesimpulan) sebagaimana kita mampu memerhati tanda tanda
kebesaran Tuhan kita dalam penciptaan alam.
Ok.
Penemuan pasukan saintis Belanda ini telah mengesahkan kewujudan
jirim gelap yang sekian lama diburu dan menyebabkan para kosmologis
terpaksa mengubah atau memperbaiki teori dan model jirim gelap
mereka.
Ada
beberapa inferens awal yang dibuat oleh saintis pengkaji jirim gelap
(dark matter) ni - pertamanya : "Dark matter is not dark matter.
Dark matter are
many many many many many many diverse invisible matters"
Aaa
itu satu. Selama ini kita ingat jirim gelap ialah jirim gelap sahaja.
Rupanya sepertimana jirim terang - atom dan kepelbagaian sub
partikelnya, jirim gelap juga memiliki kepelbagaian atom gelap dan
sub partikel gelap yang jauh melebihi jirim terang.
Pemerhatian
kedua yang dibuat berdasarkan sinar gamma yang aneh itu : apa yang
diukur Fermi dan Planck di daerah angkasa itu merupakan 1/6 jirim
gelap.
Satu
per enam.
Maknanya
ada enam lapis jirim gelap. Baru satu lapis kita nampak tanda
kewujudannya. Ada lagi lima lapis yang masih ghaib tetapi kita tahu
kewujudannya.
Aha!
Dark matter ni rupanya enam lapis, dan langit kita yang merupakan
jirim terang (visible matter) ni adalah selapis lagi. Jadi semuanya
tujuh lapis langit.
Tuan
puan, teori terbaru dark matter menyebabkan para saintis dan
kosmologis seluruh dunia menggosok gosok mata dan menggaru garu
kepala mereka dalam ketidakpercayaan tetapi teori baru ini adalah
selari dan muat dengan penemuan sinar gamma yang aneh ini.
Teori
ini menyatakan sebahagian atau selapis jirim gelap adalah alam
semesta tersendiri. Alam mereka sendiri. Dengan struktur atom dan sub
atom gelap tersendiri. There is dark earth, dark planets, dark stars,
dark galaxies, dark universe and ............ dark life.
Uh
oh ada shadow earth, shadow stars, shadow galaxies, shadow universe,
and shadow life? Serentak dengan kewujudan kita? Dan bukan selapis
tapi berlapis lapis?
Ye
tuan puan, kita kena ingat dark matter bukan sahaja pada daerah
spesifik berhampiran sagittarius A* tetapi tersebar di seluruh alam
semesta. Dan saintis mengatakan bukan kita sahaja yang wujud dalam
alam semesta ini. Ada dunia bayangan yang bukan selapis tetapi enam
lapis!
Setiap
lapis memiliki dunia yang berbeza. Masing masing tidak dapat
menembusi lapis masing masing.
Tuan
puan aku bukan cerita khayalan, bukan rekaan aku sendiri, tetapi ini
pandangan saintifik.
Pendek
cerita, alam semesta kita memang tujuh lapis. Ada enam lapis lagi
yang kita tidak nampak. Setiap lapis alam semesta ada galaksi
galaksinya sendiri, bintang bintangnya sendiri, planet planetnya
sendiri, dan makhluk makhluknya sendiri.
Dan
setiap makhluk berada dalam lapisannya sendiri, tidak mampu melihat
menembusi lapisan masing masing. Tetapi mampu melihat tanda tanda
kewujudan lapisan lain.
Para
jin dan malaikat juga tidak mengetahui apa yang ada pada setiap
lapisan langit.
Adakah
kita terfikir alam jin dan alam malaikat adalah adalah sehebat hebat
alam ghaib?
Tidak
sama sekali.
Kita
dijadikan daripada atom, manakala para jin dan malaikat dijadikan
daripada partikel subatomik. Malaikat daripada photon, manakala jin
daripada proton. Semua atom dan partikel subatomik ni adalah jirim
terang (visible matter). Ye tuan puan, kita dok ingat mereka ni alam
ghaib lapisan lain. Rupanya mereka masih berada di lapisan pertama.
Lapisan
pertama.
Dan
setiap lapisan dark matter masing masing memiliki alam ghaib mereka
sendiri. Ada makluk mereka sendiri, ada jin mereka sendiri, ada
malaikat mereka sendiri. Enam lapis. Enam lapis yang berbeza alamnya.
Dan alam mereka jauh lebih lebih lebih luas daripada alam kita.
Allah
Allah Allah Yang Maha Besar.
Adakah
kelam kabut alam semesta ini dengan sebegitu banyak lapisan yang
ghaib, ditambah pula alam ghaib dalam setiap lapisan? Ghaib berlapis
lapis?
Bacalah
ayat ini dari surah AlMukminun (The Believers).
And
We have created above you seven layered heavens, and never have We
been of [Our] creation unaware.
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh lapis langit di atas
kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan)
makhluk-makhluk Kami.
(AlMukminun:17)
___________________________________________
Tuan
puan pembaca,
AlQuran
semakin benar dan semakin benar. Apa yang membingungkan para ulama
berkaitan penciptaan alam suatu ketika dahulu, kini semakin
terbongkar hasil pemerhatian kita kepada tanda tanda kebesaran Tuhan
menggunakan sains dan teknologi.
AlQuran
adalah benar benar mukjizat yang sangat hebat, benar benar merentas
masa dan generasi, benar benar boleh difahami bukan sahaja oleh para
ulama tetapi oleh semua pembacanya. Kita semua mesti menyelak AlQuran
dan membacanya, barulah kita lebih mengenal siapa Tuhan kita, barulah
kita dapat melihat kehebatanNya, barulah kita dapat merasai nikmat
bercinta denganNya.
Barulah
kita tahu nilai iman, barulah kita tahu keindahan menjadi seorang
mukmin (believer), barulah kita tahu kita berada pada jalan yang
benar.
_______________________________
Hmmm....
alam semesta dalam alam semesta, berlapis lapis alam semesta. Itu
baru alam semesta kita yang ada tujuh lapis.
Macam
mana dengan multiple universe yang infiniti bilangannya? Masing
masing ada dark matter dan dark energy yang berbeza. Barangkali ada
yang 70 lapis, atau 700 lapis, atau 7,000 lapis, atau 70,000 lapis,
atau 7,000,000 lapis, atau......... Dan setiap lapis ada alam ghaib
sendiri.
Nah
sekarang kita tahu kenapa malaikat Israfil peniup Sangkakala tidak
pernah mendongakkan kepalanya melihat arasy Allah semenjak diciptakan
berbillion tahun dulu,
Nah
sekarang kita tahu kenapa lapan malaikat penanggung Arasy tidak
berani bergerak walau seinci semenjak diciptakan sebelum alam semesta
ini dicipta (mungkin ribuan billion tahun, atau ribuan trillion
tahun, I don't know - but one thing I am sure, they are older than
our universe age)
Nah
sekarang kita tahu kenapa semua penghuni langit pertama berbondong
bondong bertawaf di Baitul Makmur dan kemudian beratur memasuki
Sidratul Muntaha, menerima saat saat kematian mereka dengan tenang,
Nah
sekarang kita tahu kenapa sejahat jahat sefasik fasik Iblis, tidak
pernah berani sama sekali mengaku dirinya sebagai Tuhan (Iblis lari
lintang pukang menjauhi Firaun sebaik sahaja Firaun mengaku dirinya
Tuhan),
Nah
sekarang kita tahu kenapa Nabi kita walau pun dijamin masuk syurga,
walau mendapat tiket super vip sebagai kekasih Tuhan, penghulu segala
Nabi - masih mendirikan solat tahajud setiap malam hingga bengkak
kakinya, dan masih berlapar hinggakan dua ketul batu diikat pada
perutnya,
Kerana
mereka semua sedar dan gentar akan kehebatan Tuhan Sang Pencipta,
yang memiliki seluruh kerajaan di langit dan bumi, dan alam ghaib
berlapis lapis. Yang mengetahui apa yang mereka tidak ketahui.
Our
Lord is the Greatest!
Almighty
Allah!
Allah Maha Besar, Sang Pencipta Maha Agung. Segala puji bagi Allah yang mencipta sekecil2 zarah, dan sebesar alam semesta.
ReplyDeleteRumusan yang dibuat Prof ni betul mengagumkan, mengingatkan kita kepada kehebatan Sang Pencipta. Gerun membacanya.
La haula wala quwata illa billahil azim.
Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu akbar..mmg ssuai la title Prof tu,kajian dah meliputi alam semesta..pnjelasan yg dsertakan brsama bukti pnemuan saintifik terbaru brkaitan alam mmg mengujakan bila dibaca..terbaik Prof n selamat berpuasa..:-)
ReplyDelete