Masa
kat U dulu dulu, semasa mentaliti dan personaliti aku masih dalam
keadaan prehistoric (tak matang lah!), aku ada belajar pasal ekonomi.
Graf melengkung sana melengkung sini, makro ekonomi mikro ekonomi,
teori teori bisnes ekonomi pelaburan - tapi sampai sekarang aku tak
faham faham apa itu inflasi, kenapa ianya wujud zaman sekarang, dan
kenapa ia menyusahkan rakyat kebanyakan.
Sampai
sekarang aku masih dalam kebengongan. Semua buku buku ekonomi dan
kewangan dan perakaunan yang tebal tebal itu tidak dapat menjawab
persoalan mudah ini. Profesor profesor kewangan, baik yang berambut
panjang putih beruban, atau yang berambut tegak ke atas, mahupun yang
tiada lagi rambut di atas kepala mereka, masih tidak dapat memberikan
jawapan yang konkrit, kering lagi jitu. Sebaliknya banyak jawapan
yang diberikan adalah masih tahap sebasah bancuhan simen yang
terlebih kapur.
Kenapa
harga barang naik senantiasa?
Kenapa
jurang ekonomi masih meluas sedangkan manusia sudah lama masuk zaman
sains dan teknologi?
Kenapa
susah sangat nak capai zero poverty?
Kenapa
masih ramai berbilion umat manusia yang kelaparan sedangkan teknologi
pertanian telah pun mengeluarkan makanan yang surplus cukup untuk
manusia 14 billion?
Kenapa
100 tahun dulu takde cerita cerita inflasi pun, kenapa sekarang baru
ada?
Bengong
aku dibuatnya. Berasap kepala memikirkannya.
Ada
yang argue kata sebab kita tak ikut sunnah nabi dalam muamalat. Kita
tinggalkan cara hidup dan saranan Nabi kita ketika berniaga. Kita
lupa pesan Tuhan yang mengharamkan riba.
Betul
lah tu. Zaman kita ni memang haru biru. Kompleks betul, tak
se'simple' orang dulu dulu. Financial knowledge orang dulu dulu mudah
aje, jangan buat defisit, dan guna matawang logam. Kita sekarang
banyak betul cabang ilmu kewangan, punyalah kompleks produk produk
dan derivatif derivatif kewangan, tapi manusia susah juga nak makmur.
Cerita
pasal matawang ni kan, kita sekarang guna wang kertas atau paper
money. Ada pihak yang syorkan cara islam yang sebenarnya ialah
hapuskan paper money dan kembali kepada penggunaan matawang logam.
Baru takde inflasi, kata diorang ni.
Tapi
bagi aku yang jadi masalah bukan paper money, tapi fiat money. Aaa
dulu dulu wang kertas disandarkan pada berat emas atau perak. Contoh
wang kertas zaman dulu - "wang kertas/sijil ini sah diperlakukan
dengan berat emas/perak sekian sekian". Maknanya wang kertas
zaman dulu adalah bersandarkan emas atau perak. Kita boleh tukar wang
kertas kita dengan sekian sekian berat emas perak. Ini bukan fiat
money, tapi betul betul ada nilai.
Tapi
wang kertas zaman sekarang - "Wang kertas ini sah diperlakukan
dengan nilai RM1 atau RM2 atau RM5 atau RM10 atau RM50 atau RM100
......... pelik sungguh la. Berapa sebenarnya nilai RM ni? Pakar
kewangan kata bergantung kepada keyakinan rakyat. Ahh sudah. Ada lagi
yang kata nilai RM bergantung kepada "basket of currencies"
(us dollar + yen jepun + chinese renmibi + ntah apa lagi) - jadi
sentiasa berubah ubah hari hari. Ini memang sahih fiat money.
God
damn it!
Sapa
punya kerja ni? Dah elok elok sandar pada emas yang stabil nilainya,
kenapa pi tukar sandaran kepada yang terapung apung tak stabil
(fiat)? kenapa menggelupur ikut masuk perjanjian bretton wood, atau
god damn whatever agreements there were?
(Sat
lagi trans pacific partnership agreement ni pun ikut lagu bretton
wood ni, sekejap aje kita bersorak dapat manfaatnya, lepas tu merana
selama lamanya mensengsarakan rakyat kebanyakan. Betul betul macam
pak kaduk menang sabung ayam tapi kampung tergadai).
Now
aku rasa fiat money ni yang menyumbang kepada inflasi. Ni yang dok
buat harga barang terus naik walau pun seimbang supply dengan demand.
Ni yang dok menghakis kuasa beli kita walau pun gaji naik. Ni yang
dok buat kita rasa gaji kita rendah tak cukup cukup walau pun nampak
tinggi ribu ribu kat atas slip gaji. Ni yang dok buat kita semua
mengomel sampai bulat mata bila pergi pasar dan bazar ramadan - rm50
separuh bakul motor je.
Itu
baru cerita basic item - makanan yang biasanya tiada atau kurang
elemen spekulatif. Kalau masuk cerita property dan rumah kediaman
yang sarat dengan spekulasi, pehh lagi sedih punya cerita.
Aii
fiat money banyak jadi biasa, riba banyak pun jadi biasa, spekulasi
banyak pun jadi biasa - kejahatan kezaliman banyak sangat hingga jadi
biasa. Kita rakyat kebanyakan dibutakan diperbodohkan oleh pemimpin
yang sepatutnya lebih celik lebih pandai dari kita.
Padanlah
kelam kabut betul zaman kita ni. Kacau bilau dan jenayah sana sini.
Masyarakat tengah stress. Umat manusia tengah kegelapan walaupun
dikelilingi lebihan material.
Dah
jauh sangat ni kita tinggalkan pesan Nabi, dan pesan Tuhan kita. Kita
kena kembali ingat mengingati sesama kita apa yang disarankan Nabi
dan Tuhan dalam kehidupan berniaga dan bermasyarakat. Kita kena guna
emas, atau matawang bersandarkan emas; kita kena tinggalkan riba;
kita kena jauhkan spekulasi - dalam amalan hidup kita.
Barulah
yang fakir keluar dari kefakiran,
Yang
miskin tidak bertambah miskin,
Dan
yang kaya takpe lah bertambah kaya.
*Golongan
lemah adalah penentu jangka hayat sesuatu spesis atau kaum. Kalau
yang kuat berterusan menganiaya dan menzalimi yang lemah, Allah akan
turunkan azab beserta malaikat pembunuh (thats a complete killer
package courtesy of God with 100% termination rate), dan mengakhiri
usia sesuatu kaum, baik jin mahu pun manusia, atau apa makhluk sekali
pun.
Complete
mass sudden extinction.
Total
annihilation.
Sepertimana
yang sering diberitakan dalam AlQuran.
Yang
berhak berlaku zalim hanyalah Tuhan, bukan makhluk makhlukNya.
Salam!
No comments:
Post a Comment