Sms
naxz (telaga emas agrofarm, tuan punya blog gembala kecil) kepada aku beberapa hari yang sudah :
"Salam
tuan. Nak tanya skit, apa beza vitamin b complex dengan hematofos
b12. Vit b complex harga baru rm15".
Ok.
Macam ni jawapan aku.
B
complex diperbuat secara sintetik daripada coal tar, manakala
hematofos diperbuat secara organik daripada darah dan hati.
B
complex murah harga rm15 sebotol. Hematofos mahal harga rm55 sebotol
100ml.
B
complex dan hematofos adalah growth stimulant/booster, atau penggalak
tumbesaran. Tetapi dari segi kecekapan dan kesan tumbesaran,
hematofos lebih cekap diserap dan lebih signifikan kesannya
berbanding b complex.
Hematofos
jauh lebih berkesan.
Ini
kerana sifat organiknya (alami), dan ianya bukan sahaja ada b
complex, tetapi turut mengandungi asid amino dan beberapa unsur
tambahan. Semua unsur ini ada 'synergistic effect', menjadikan ia
superior berbanding b complex atau iron.
Aku
consider hematofos as king bila cerita bab vitamin supplementation.
Aku
recommend guna untuk anak kambing, atau untuk kambing sakit bagi
mempercepatkan pemulihan, atau bila kambing beranak nampak lemah,
atau bila kita pening sangat dengan kambing berpenyakit, dan juga
bila deworming.
Mmmm...
tapi aku nak jelaskan di sini, walau pun aku recommend, sebenarnya
aku sendiri jarang sangat guna.
Well
hematofos ni wonderful arsenal, but not necessary.
Begitu
juga dengan b complex atau iron, di mana aku langsung tak pernah guna
semenjak bela kambing, melainkan masa awal awal dulu bila pejabat
haiwan dok rekemen guna.
Nutrition
lebih penting. Kambing cukup makan, ada garam jilat yang bersesuaian
dan happy, maka kuranglah penyakit dan ubatan yang perlu digunakan.
Takde
b complex? No problem.
Takde
iron? No problem.
Takde
hematofos? No problem.
Takde
vitamin dalam dedak? No problem.
Takde
vitamin dalam garam jilat? Pun no problem.
Takde
vitamin injection beserta deworming? No problemo..
Selagi
kambing cukup dedaun, ada garam jilat, ada matahari, ada exercise,
dan happy terloncat loncat menampakkan kenakalannya - we are doing
fine.
Very
fine indeed.
Keep
it low input!
Salam prof..
ReplyDeleteTerharu aku bila prtnyaan aku dpt blsan.rsa cm dpt msuk tv plk. Thanks so much prof.
Den pun bg inject vitamin kt kmbg2 yg problem je. Den xrajin nk inject kmbg2 yg sihat2.penat woo..
mcm prof ckp, ckup bg mkn tmbuhan hijau,ada garam jilat insyaallah kmbing2 kita sihat. Mncegah lg baik dr mngubati
aku lagi suka cara paling mudah dah senang.
ReplyDeletePagi bagi sarapan,
tgh kasi lepas,
petang kasi masuk kambing.
Kambing sihat, beranak.
lain pada tu....emmm biar Alwi jer lah yang kaji. Banyak lagi keja lain aku nak buat.
haaaaa...!!!!