Hipotesis.
Part Four.
AnNahl(Lebah):15
And
He has cast into the earth firmly set mountains, lest it shift with
you, and [made] rivers and roads, that you may be guided,
Dan
Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak
menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta
jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang
kamu tuju.
AnNaml(Semut):88
And
you see the mountains, thinking them rigid, while they will pass as
the passing of clouds. [It is] the work of Allah , who perfected all
things. Indeed, He is Acquainted with that which you do.
Dan
engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku,
padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah)
perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan
serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam
PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
__________________________________
Bumi
adalah planet yang aneh. Penuh dengan keanehan kerana ianya planet
yang penuh dengan kehidupan, dan dipenuhi dengan sifat sifat dan
struktur struktur yang menyokong kehidupan.
Bumi
adalah 'very friendly to life' sehinggalah hari kiamat.
Ok.
Sistem solar kita ada 8 planet. Yang paling dekat
dengan matahari ialah Mercury. Kemudiannya Venus, Bumi, dan Mars.
Keempat empat planet ini adalah planet batu (rocky), dan terletak
dalam 'habitable zone' atau zon yang menyokong kehidupan. Venus dan
Mars suatu ketika dahulu adalah seperti Bumi, dan dipercayai ada
kehidupan. Mercury walau pun sangat dekat dengan matahari, yang
menjadikan ia sangat panas, tetapi bila malam menjelang suhunya
menjadi sangat sangat sejuk, dan dipercayai wujud air.
Selepas
empat planet batuan ini, ada empat lagi planet gas yang mengelilingi
matahari. Semuanya saiz gergasi, dan terdiri daripada gas. Hampir
mustahil menyokong kehidupan walau pun mungkin ada wap air. Jupiter,
Saturn, Uranus dan Neptune. Tetapi ada bulan bulan yang mengorbit
planet planet gas ini, dan ada di antara bulan bulan ini yang
memiliki sifat menyokong kehidupan.
So
sistem solar (bukan bumi
sahaja) kita sebenarnya unik, sangat unik kerana Allah
menjadikan ia kondusif untuk menyokong kehidupan, dan Bumi adalah
yang paling kondusif paling menarik buat masa ini bagi kehidupan.
Dan matahari bukanlah satu satunya bintang dalam alam semesta, tetapi
ada bertrillion lagi yang sama kelas dengan matahari, dan adalah
sangat mungkin wujud kehidupan atau makhluk lain selain manusia, jin,
dan malaikat.
Yep
memang ada kehidupan lain dalam langit lapisan pertama. Tak kisahlah
kita nak panggil alien ke, ET ke, atau apa sahaja, tapi aku yakin
memang ada makhluk lain dalam lapisan pertama alam semesta. Bukan
bumi sahaja yang ada penghuni. (Buraq - kuda terbang yang dinaiki
Nabi semasa Isra' adalah satu contoh).
And
yes please dont worry on alien invasion. Makhluk asing tidak akan
menyerang kita. Tidak sama sekali. Kerana telah diberitakan dalam
AlQuran bahawa hayat spesis kita akan berakhir dengan hari kiamat,
dan turunnya bala tentera malaikat mencurah curah membunuh kita.
Emmm...
sebenarnya kan, setiap kali kedatangan azab dan bala (bencana alam)
di muka bumi ini, yang menyebabkan pupusnya sesuatu kaum, atau
pupusnya multi species, atau mass extinction - semuanya diiringi
ketumbukan malaikat yang mendarat di muka bumi. Baik bagi jin atau
manusia, mahu pun kehidupan yang wujud di muka bumi sebelum munculnya
jin dan manusia.
It
is not alien invasion, it is angel invasion.
Malaikat
bukan sahaja mengatur cuaca dan rezeki makhluk bumi menurut arahan
Allah, tetapi mereka juga mengatur bencana alam baik skala kecil atau
besar, dan mencabut nyawa makhluk bumi atas arahan Allah.
They
bring good tidings, and they bring forth bad tidings too.
Ok
ok ok aku dah tersasar jauh ni, aku nak cerita pasal gunung di bumi.
Macam mana terbabas pula ni. Sorry.
Baik,
kalau kita perhatikan ayat AlQuran di atas, Tuhan bagitahu kita,
banjaran gunung-ganang yang kita nampak itu sebenarnya menstabilkan
bumi kita.
Hmmm
macam mana pula gunung ganang ini menstabilkan bumi? Pelik juga ni.
Stabil macam mana? Tak bagi kita berayun ayun? Gempa? Adakah kalau
tiada gunung ganang kita akan senantiasa dilanda gempa bumi 24 jam?
Bagaimana
kewujudan gunung ganang memberhentikan atau mengurangkan kejadian
gempa bumi?
Aaah
kalau kita perhatikan ayat seterusnya Tuhan kata gunung ganang itu
sebenarnya bergerak. Ok Tuhan kata ini 1400 tahun yang dulu. Dan baru
lagi para geologis mendapati gunung ganang ini terhasil akibat
pelanggaran plat tektonik. Dan lebih lebih baru apabila para
planetary scientist mendapati hanya bumi yang memiliki plat tektonik.
Planet Mercury, Venus, dan Mars tidak memiliki plat tektonik. Nope
they don't have it. Ye mereka juga ada gunung ganang tetapi mereka
tidak memiliki plat tektonik.
So
apa benda plat tektonik ni?
Bumi
ni secara kasarnya tiga lapis. Ada teras, mantle, dan kerak. Kerak ni
kulit luar bumi dan nipis je. Kita manusia ni tinggal atas kerak
bumilah. Dan kerak bumi ni sebenarnya terdiri daripada rekahan
rekahan besar yang membentuk pulau pulau gergasi (plat), dan plat
plat ini bergerak dan terapung di atas mantle. Laut laut dan benua
benua semuanya di atas plat plat inilah. Plat ini adalah plat
tektonik. Ada enam atau tujuh plat utama yang besar.
Memandangkan
plat tektonik ini terapung, maka ianya sentiasa bergerak. Ada yang
menjauhi, ada yang mendekati, dan ada yang accident sesama sendiri.
Bila bertembung plat tektonik, maka jadilah banjaran gunung ganang,
tak kisahlah di darat atau pun di dalam laut. Bila menjauhi, jadilah
jurang yang dalam. Kita memang tak perasanlah pergerakan plat
tektonik ni, pasalnya ia mengambil masa jutaan tahun.
Bumi
ni geologically active, maksudnya terasnya masih mengeluarkan haba,
dan haba ini akan dibebaskan ke permukaan. Tak macam bulan yang
'geologically dead' - terasnya tidak lagi menegeluarkan haba. So
teras bumi masih keluarkan haba, banyak pula tu kuantitinya, so
memang panas menggelegak isi dalam bumi. Kepanasan ini mesti
dikeluarkan, dan ia akan mencari jalan ke permukaan untuk melepaskan
dirinya.
Makanya
rekahan rekahan pada kerak bumi yang membentuk plat tektonik ini
sebenarnya sangat sangat membantu bumi mengeluarkan habanya. Bagaikan
liang liang yang membantu bumi keluarkan kepanasannya dalam keadaan
terkawal atau lemah lembut.
Aaa
kita bayangkan bumi kita macam cerek air yang sedang dipanaskan.
Penuh airnya. Tutup rapat rapat. Takde satu lubang pun. Rasa rasa apa
yang terjadi?
Mau
meletup pecah cerek tu. Panas melampau tanpa jalan untuk
mengurangkannya. Kalau bersaiz planet? Habih mati kepanasan semua
makhluk dalam planet tup. Begitu lah perumpamaannya.
Jadi
rekahan pada kerak bumi ini (plat tektonik) sebenarnya membantu
mengelakkan fenomena supervolcanism dan superquake. Peristiwa ekstrem
macam ini sebenarnya tidak membantu dalam kestabilan cuaca bumi, dan
membunuh kehidupan.
Adalah
dianggarkan bumi kita telah melalui 5 peristiwa mass extinction
(hasil supervolcanism, superquake, dan hentaman komet), di mana semua
makhluk bumi mati dan terpaksa restart. Kalau takde plat tektonik ni,
mau berpuluh puluh kali mass extinction, atau pun terus musnah
kehidupan sepertimana yang berlaku di planet Venus dan Mars.
Ye
tuan puan, Mars dan Venus dulu adalah syurga seperti bumi. Ada laut,
ada air. Tetapi ketiadaan gunung ganang yang bergerak seperti di
bumi, menyebabkan sering berlaku gempa dan letusan berapi tahap
ekstrem yang mengkacau bilaukan cuaca, menghilangkan air, seterusnya
melenyapkan kehidupan.
Gempa
dan letusan gunung berapi yang kita alami di bumi sebenarnya adalah
tahap sopan lemah lembut bagaikan anak dara pingitan yang tersipu
sipu malu bila dirisik. Kalau gempa di Venus dan Mars tu diaa
bagaikan...... errr... metallica + megadeth + black sabbath + 10
kumpulan death metal buat mega concert.
Bukan
takat jahanamkan cuaca, planet pun boleh bergoyang goyang berubah
paksi, dan memperlahan atau mempercepatkan putarannya - lagi
mengkacau bilaukan kehidupan.
Langsung
tidak menyokong kehidupan.
Makanya
benarlah seperti firman Allah yang mengatakan gunung ganang itu
adalah pasak bumi, ianya benar benar menstabilkan bumi kita,
mengurangkan kejadian extreme volcanism dan extreme quake, membantu
menstabilkan cuaca, seterusnya membentuk suasana kondusif untuk
kehidupan.
Dan
sememangnya gunung-ganang di bumi aneh, kerana ianya bergerak, dan
ianya unik pada bumi.
Terserlah
kebenaran AlQuran, yang diturunkan 1400 tahun dahulu.
Hebatnya
Kalamullah.
Salam!