"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, February 18, 2014

$800 UNTUK 40 EKOR?

Kelmarin pekerja aku buat laporan ada orang offer dia $800 sebagai duit rokok. Dengan syarat.... lepaskan 40 ekor kambing kepada dia senyap senyap tanpa bagitahu aku.

..................

Hantu raya punya manusia! Rasa nak cekik cekik aje leher mamat yang offer ni.

Sebenarnya kali ni dah masuk kali keempat para pekerja aku terima tawaran sebegini. Tiap tiap tahun ada aje offer berniat jahat macam ni.

Alhamdulillah pekerja aku masih waras, dan masih setia.

Harapnya dengan gaji dan jadual kerja yang reasonable, dan extra monetary incentive, dan keturunan yang sama - jawa kediri, dan sama sama lalui susah senang bertahun tahun - aku harap semuanya ok.

Well, aku tahu tiada jaminan. Aku tahu aku tiada kawalan ke atas perkara perkara sebegini. Kerana itu aku kerap berdoa agar semuanya selamat.

Semoga pekerja aku dapat bertahan.

Salam.



6 comments:

  1. Saya pernah alami jugak. Ada orang offer pekerja saya 2000 untuk lepaskan lembu harga 4000-5000 sekor kepada dia. Nasib baik pekerja saya tak gelap mata.

    Semalam browse mudah..saya nampak ada orang offer jualan kambing aqiqah dan kenduri..tapi pakai gambar hiasa dari blog ni..hehehe..taknak charge copyright infringement ke?

    ReplyDelete
  2. Eden pernah ngalami pekerja sendiri yang bawak lari 40 ekor kambing (masa den tak ada kat ladang)...dan terus tinggalkan kandang!! Yang tinggal untuk den...track lori yang lecah..bekas kerja angkut kambing!!
    Satu minggu eden nangis sendiri..buat korjo kandang sorang diri...cari pembantu sambilan..dapek Orang Asli,..bila beri duit pendahuluan,..terus cabut lari!!
    Memang kito ni kena ektreme cekal hati,Bro!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  3. memang tu 'masalah' kita nak ambil pekerja dari bangsa kita sendiri..

    btul, memang tak semua, tapi sebab tak semua tu lah industri ni susah nak naik termasuk dalam perkara ni, jangan salahkan bangsa lain plak (sebab kalau kita bercakap, kena mengena bangsa sendiri juga, bukan bangsa lain).

    Sebab dua tiga orang buat masalah, masalah ni timbul (sebab nilai setitik rosak susu sebelanga)..

    Aku rasa perkara sebegini bukan berlaku kepada sesetengah penternak sahaja, bleh kata semua ada potensi nak 'kena lipat' (termasuk aku). Sama kes Alwi, cuma pekerja aku ni bukan sahaja tak ambil 'rasuah', bahkan sapa yg 'offer' mungkin kena maki (atau paling tidak pun kena ceramah/nasihat).

    Kalau tidak, aku pun tak tidur malam. contoh, dengar salak anjing sebelah malam pun, aku terjaga dari tidur dan terus ke kandang. hehehe..dah biasa kena..itu anjing, blum manusia jenguk kambing waktu malam..

    ReplyDelete
  4. #$%&%@*!! ,Anak dah terjadi bersama syaitan,so perangai pun macam setan lah.Sabar2 la,banyak2 berdoa pada Allah moga dijauhi dari manusia2 setan ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, maaf klau keluar dari topik, saya mencari buyer untuk membeli kambing secara lamsam sebanyak 40ekor, lokasi di kuala sungai baru,melaka. berminat bole call 011123747438 ..

    ReplyDelete