"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, November 12, 2013

BROKEBACK MOUNTAIN

Minus the mountain. Minus the cattle. Minus the horse. Minus Jake Gyllenhaal. Minus the absolutely awkward gay story line.

(Weyyy, kalau semua minus atau takde, Brokeback Mountain apa kebendenya kihkihkih)
___________________

Semalam aku gembala lagi. Dan aku ada pelawat khas dari Lukut, Negeri Bersembilan. Abdul Shahiid, dan adiknya Abdul Mukmin. Pagi pagi dah sampai ladang aku. Siap sedia untuk mengembala. Ala ala Brokeback Mountain hehe.

Shahiid ahli Persatuan Pembiak Kambing Malaysia dan dalam masa yang sama ahli Independent Goat Farmers Association. Sekarang dia tengah siapkan kandang. Buat sendiri ajo. Memang handal dia ni. Baya baya Isal aku rasa.

Shahiid dan Mukmin akan berkampung di ladang aku buat beberapa hari. Nak belajar bela kambing cara hardcore. Biakkan kambing cara low input. Kursus utama ialah kursus pengembalaan kambing 101. Dan sememangnya tahap 101 memang tahap 101 juga, mudah punya modul dan takde tahap lanjutan. Yang akan bezakan prestasi seorang pengembala dengan pengembala yang lain ialah tahap disiplin semasa mengembala.

Aku rasa kan, ladang aku satu satunya ladang kambing di Malaysia yang menawarkan kursus pengembala. JPV tak nak recognize aku ka sebagai tempat kursus? :) ;) :0 hahaha..

Low class yek? Tak cukup standard? Tapi sunnah semua para nabi adalah pengembala. Bukan setakat penternak. Bukan setakat pembiak. Tetapi pengembala.

Jadi kepada kita semua penternak kambing yang mengaku Muhammad SAW itu pesuruhNya, kena hati hati. Tak nak ikut mengembala? Tak nak buat gembala? Takpe. Boleh tahan lagi. 

Tetapi janganlah kita memandang rendah akan sistem gembala. Dan janganlah sesekali kita berani memperlekehkan mempersendakan sistem gembala yang menjadi amalan dan warisan semua para anbiya'.


Ok. Sedikit gambar semasa hari pertama Shahiid dan Mukmin jadi pengembala. (Sekali lagi rujuklah blog untuk lebih gambar, video dan keterangan. Eh macam mana plak ni nak link address dari facebook ke blog, aduh la bengong betul aku dibuatnya ?? ) 

Baju merah - Shahiid. Baju...  I don't know what color is that, tetapi sebelah Shahiid ialah adiknya Mukmin.

That's me. With less fat than before. But severely overcaffeinated, and feeling very geriatric. Strength and agility are slipping away slowly from me.

Kambing on the way pergi kawasan ragut yang lebih baik.

Gembala biasanya duduk belakang kambing. Jarang jarang di depan melainkan dalam keadaan kambing dah nak balik ke kandang.

Mukmin sekejap aje dah dapat 'grasp' cara gembala.




Video

*Abdul Shahiid dan Abdul Mukmin belajar ilmu agama di sebuah pesantren Indonesia dari umur 12 hingga 18 tahun. Aku perasan bila diorang ikut gembala, kambing jadi lain macam. Lebih perlahan, lebih mudah dikawal. Agaknya kambing respon lebih baik kepada gembala yang dadanya tinggi ilmu ketuhanan. (ke pasal ramai gembala?)

Salam!

8 comments:

  1. You're the man prof!!. Kursus mengembala is a briliant idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku main main ajo lah sebut kursus mengembala. Ladang aku takde fasiliti nak buat kursus.

      Delete
  2. http://nernnyagrofarm.blogspot.comNovember 12, 2013 at 9:10 PM

    Prof, sy nak tanya dua bulan yang lepas kambing sy 12 ekor beranak dan anaknya 13 ekor. Tapi malangnya nasib sy 5 ekor anak dan ibunya 3 ekor mati. Sistem ternakan sy semi intensif. Tolong Prof dapat selesaikan masalah sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nernnyagro, baka apa yang digunakan? pemakanan kambing macam mana - dedak dan foraj jenis apa? kawasan ragut - berbukit berpaya tanah landai? dewormer yang digunakan?

      Delete
    2. http://nernnyagrofarm.blogspot.comNovember 14, 2013 at 2:22 AM

      Baka kacukan boer dgn nubian, farel, saanen... tiada makan dedak dan hanya makan foraj liar (pelbagai rumput). Kawasan ragut ada paya dan berair selalu hujan bulan ini. Belum ada dewormer selama 8 bulan kerana mengandung sebelum ini.

      Delete
  3. Alhamdulillah..den doakan slamat brjya utk bro Shahiid and Mukmin.Dah dpt ilmu n pnglmn brharga dr Prof.Alwi insyaallah kalau dipraktikkan pntrnakan kambing lbih tnggi kdar kjayaannnya.Den plak bt msa ni msih blum praktikkn spenuhnya part pengembalaan tu.hehe..Insyaallah siap kndang baru di tapak ldang yg baru,bru start mngembala kambing spenuhnya..sumber mknan agak kurang di tpak skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kandang baru? tapak baru? mak datuk cepatnya ko punya expansion program ni Isal?

      Delete
    2. Biri2 byk membiak skrg,kndang dh full capacity prof.den plan nk bt kndang kambing baru di tpak ldang sawit baru.kt ctu mmg mewah smber mknn. Biri kekal ditapak skrang.Insyaallah kalu jadi kna pkai sorg pkerja fulltime mengembala..tp kna tnggu sawit bsar cketlah..dlm tahun depan mgkin start bt kndang..nnti den nk borong anak dara kmbing lah..haha

      Delete