"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, August 29, 2013

KAMBING FERAL DAN LADY GAGA

Suatu keanehan terjadi.

Beberapa tahun yang sudah, sekumpulan penternak di bawah skim pawah dalam sebuah negeri mendapat bantuan kambing pejantan seekor seorang. Kambing didatangkan khas dari australia. Kambing liar. Feral.

Semua penternak ini tidak tahu spesifikasi kontrak sistem pawah, tidak diberi ruang untuk membaca perjanjian, tidak mendapat salinan perjanjian dan hanya mengangguk setuju menerima pejantan bantuan. Happy sangat dapat kambing bantuan.

Kambing bantuan ini..... boleh juga dipanggil kambing bebanan ini, adalah kambing feral yang hidup liar di australia. Gagah dan lasak. Di australia lah, atau mana mana zon panas kering. Kalau pindah zon cuaca, wujud masalah pembiakan.

Sebenarnya kan, semua kambing feral yang dibawa masuk ke malaysia adalah gred sembelihan. Di australia sana, feral adalah high level threat, perosak tanaman skala besar, dan dibunuh begitu sahaja oleh petani petani di sana kerana sangat mengganggu.

Australia fikir rugi dibunuh sahaja, lebih baik dieksport. Dan Malaysia penuh gembira menjadi pembeli feral besar besaran, dan mendapat status vip sebagai pelanggan no 1 kambing feral. World largest importer of australian feral.

Now, ini adalah pandangan aku berkenaan kesesuaian feral sebagai pejantan. Pandangan yang sesetengah orang akan sanggah.

Feral sesuai sebagai sembelihan dengan syarat beli hari ini, besok dah sembelih. Tunggu lama, probability sangat tinggi dia jadi arwah.

Feral sebagai pejantan? Cukup dinamik, cukup spring, cukup power, cukup kaw untuk pembiakan?

Tipis. Kemungkinan sangat tipis. Aku tak kata Tak ye. Watch out my words.

Kemungkinan feral nak menjadi pejantan excellent adalah senipis mata gillette. Lebih nipis daripada nipisnya kemungkinan melihat siti nurhaliza pakai mini skirt buat show..

See.. feral tak masuk master-servant relationship. Ia tak tunduk sepenuhnya. Ia bukan ternakan. Ia perosak tanaman. Barangkali tak sesuai pun untuk korban dan aqiqah - afdalnya korban dan aqiqah ni adalah kambing yang diternak, yang dijaga, yang kenal tuannya, yang patuh pada arahan penjaganya. Ini yang dipanggil ternakan.


Feral perosak. Liar. Tiada tuan. Degil. Tak masuk definisi ternakan. Tak berapa kena buat korban apalagi aqiqah untuk anak anak kita. Kita nak yang terbaik untuk anak kita. Dan sifat feral yang degil.... does not seem right.

Kambing yang tak masuk master-servant relationship bakal jadi poor performer. Pembiakan kita akan terganggu dan prestasi rendah. Simpan rekod elok elok, tuan puan kita semua tengok apa jadi pada herd performance bila kita tukar pejantan kepada feral (atau pejantan dari sistem ekstensif).

Tapi berdasarkan apa yang aku perhatikan, aku tak berani cuba cuba feral buat pejantan. Aku putuskan ianya adalah near worthless experiment. Berisiko tinggi.

Pengalaman rakan ternak yang mendapat feral untuk dijadikan pejantan semuanya merungut. 3 bulan dari saat cecah kandang penternak, baru pulih berat badan. Lepas tu tunggu lebih 3 bulan lagi baru nampak menggatal sikit. Sikit je. Acah acah. Ni penternak yang nasibnya baik, ada skill, jadi feral masih hidup. Penternak lain, dah lama kiok feral nya.

Senang cerita, aku langsung tak yakin feral boleh dijadikan pejantan utama, walau pun yang nampak dah adapt dengan cuaca kita. Kena ingat ye, semua feral aussie adalah gred sembelihan. Feral sebagai pejantan fourth tier boleh la, takat main main. Bukan main squad, bukan backup squad, bukan reserve squad. Youth squad boleh la.

Now, feral tak feral, spesifikasi kontrak skim pawah ialah pejantan boer 18 bulan, berat atas 35kg.

Boer.

Takde salah ejaan dalam kontrak yang kata baka feral. Nope. Takde. Semua spec kontrak jelas sejelas lampu spotlight stadium nasional tulis boer.

hmmm... sharifah aini memang jelas berbeza dengan lady gaga kan? Kan?

Penternak patut dapat sharifah aini yang tembam, bertahi lalat dan bertudung sopan lemah lembut. Tapi yang keluar dari buntut lori ehem ehem ehem... ialah Lady Gaga yang slim, rambut mega oversized, pakai bikini dan berkasut platform tinggi 1 meter.

Yeah penternak dapat Lady Gaga. Hairy version. Wild girl. Extremely feral. Untameable. Tak boleh dijinakkan langsung. Absolute horror.

Pelik sungguh aku. Takkan importer yang jadi supplier skim pawah di bawah mata ehem ehem ehem ni tak dapat bezakan Sharifah Aini dengan Lady Gaga? Boer dengan Feral?

Isyy musykil musykil....





2 comments:

  1. Didi Alias ke Prof? hahaha.

    saya sokong dengan master servant relationship tu prof. saya sendiri melihatnya. saya ada cerita saya ada kambing feral yang berhasrat buat pejantan. well, saya memang sokong apa yang prof cakap. awal-awal tu, dia nak cium bontot betina pun nak taknak je. tak selalu nampak dia menjuih bibir dia macam pejantan biasa buat bila jilat anu atau bontot betina. memang betul, nafsu macam takda.

    masa saya beli kusut je bulu dia, yela, nama pun feral, bulu lebat. masa saya beli jantan tu, saya diberitahu dia dah lama dok di Malaysia, sebab bulu dia seakan bulu baru lepas salin. tapi masih kusut.

    mula2 bela, memang kerja nak lari dari orang je. nasib baik waktu lepas kambing lain, dia tak lari terus sebab kambing feral ni kambing berkumpulan, dia ikut la kambing-kambing lain. risau betul saya. RM700 tu. ganas memang ganas, habis anak2 jantan kena lambung dengan dia, terpaksa ikat, tapi nafsu takda.

    saya selalu hulurkan tangan nak pegang kepala dia, mula-mula dia takut, kemudian dia semakin berani. kalo lepas pun, dia ikut je kambing lain. bila panggil balik dia pun balik. dah kurang menanduk, makin rajin mencium. bulu dia, dari serabut, semakin berkilat apabila saya compare gambar2 dia. saya sangat pasti, dia semakin menyesuaikan diri. kuasa master servant relationship.

    beli tengah tahun 2012, tup tup, awal tahun 2013, beranak sepasang. masa tu saya tak jangka, tapi selepas melihat tanduk anak kambing yang lebih cepat tumbuh, saya sangat pasti yang tu anak feral tu. berhasil eksperimen saya. tapi, sayang, feral akhirnya mati keracunan. tak tau punca dia. anak yang beranak sepasang, yang betina mati, kes dok minum susu botol je, mak tak nak menyusu. yang jantan, hidup sampai sekarang, tapi belum lagi menunjukkan tanda2 kejantanan dia, mungkin muda lagi.

    cuma saya ada timbang anak jantan tu, umur 4 bulan, 15kg, not bad. boleh tahan beratnya. berat average pure katjang dewasa. kalau setahun macam mana la berat dia. masih menunggu, harap dia survive.

    ReplyDelete