Sekiranya
ada award untuk penternak kambing paling teruk atau paling tak
efisien atau paling malas dalam sejarah, aku akan menang dengan penuh
bergaya. Berulangkali. Aku pasti, aku yakin.
Sebabnya?
Aku
ada 300 ekor kambing. Aku gajikan dua orang pekerja. Combined man
hours per day? 7 jam.
7
jam.... Less than 8 hours per day. Bukannya seorang pekerja kerja 7
jam sehari, tetapi 2 orang pekerja bergabung, dan cuma kerja 7 jam
sehari.
Memang
tak efisien, tak cekap.
I
am the worst man manager on planet Earth.
Dang!
Banyak
ladang kambing lain aku pergi, pekerja biasanya kerja dari awal pagi
sampai maghrib. Ada yang sambung sampai ke malam. Koman koman seorang
pekerja 8 jam kerjanya. Betul betul 'perah', dan produktif.
Seorang
pekerja at least 8 jam. Yang aku pula dua orang pekerja 7 jam...
Dan
diorang punya basic pay bracket (belum campur bonus), bagi pekerja
asing bahagian perkebunan, are in top range kawasan sini. Pekerja aku
dah ada tanah kat negera asal diorang, dan rumah dari bata merah pun
dah siap, dan boleh beli lagi sekeping tanah untuk bercucuk tanam.
Aku
sendiri terkial kial nak beli tanah atau rumah kat malaysia ni.
Banyak duit habis kat reinvestment yang berulangkali. Baru sekarang
rasa mahsyuk sikit.
Anyway,
aku bersyukur kepada Tuhan, kerana walaupun labour hours aku adalah
low range, tetapi output ladang aku adalah top range.
Phew!
Alhamdulillah.
Gembala
is still the best production method in goat breeding.
Salam!
Prof, kalo saya nak mintak prof mentorkan pakcik saya boleh tak? dia nak berhenti hujung tahun ni, saya suruh dia jaga kambing saya, pawahkan dengan dia, kalo dapat, nak suruh dia experience dulu dengan kaedah semi intensif di ladang sawit, sebab saya bercadang nak buat satu kandang di kampung saya, FELDA, di tanah arwah tok saya. At least dia boleh dapat gambaran macam mana semi intensif ni. boleh tak?
ReplyDelete