"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, August 21, 2013

BILA MALAIKAT TERKEJUT

Hipotesis. Part five.

Aku terfikir kenapa trillion demi trillion demi trillion malaikat semuanya terkejut besar apabila Tuhan mengumumkan Adam akan dicipta untuk menjadi khalifah di bumi. Kenapa?

Jemaah malaikat semuanya kehairanan dan tertanya tanya kenapa Tuhan mahu mencipta manusia yang akan membuat kerosakan di muka bumi.

Wait a minute!!! Macam mana pula para malaikat menganggap manusia akan berbuat kerosakan, takkan mereka tahu apa yang berlaku pada masa hadapan?

This is fascinating, to explore the reason why they were astounded.

Kenapa malaikat terkejut dengan penciptaan Adam?

Hipotesis aku ialah telah wujud makhluk makhluk seakan manusia sebelum Adam diturunkan ke bumi. Ye, makhluk makhluk yang para paleontologis namakan sebagai hominid, atau manusia mawas. Ada banyak spesis hominid ni - ada Cromagnon, Neandertal, Denisovan, homo floresiensis, red deer cave people dan pelbagai lagi. Masing masing memiliki ciri ciri fizikal yang berbeza.

Penting : Aku tak kata manusia (kita anak cucu Adam ) adalah berasal, atau evolusi, dari hominid. Dan aku juga tak menafikan kewujudan hominid. Ada sesetengah dari kita menafikan sekeras kerasnya kewujudan hominid atau manusia mawas, dan menuduh para paleontologis mencipta kepalsuan.

Pandangan aku ialah hominid wujud, tetapi aku tidak percaya pada evolusi.

Now, realitinya rekod fosil hominid adalah sangat sangat sedikit, jauh lebih sedikit berbanding rekod fosil dinosaur yang hidup ratusan juta tahun dahulu. Pelik juga ni, macamana dinosaur yang jauh lagi lama usianya dari kemunculan hominid, memiliki rekod fosil yang lebih banyak dan dalam keadaan utuh? Harapan aku ialah lebih banyak rekod fosil hominid ini akan ditemui, agar gambaran lebih jelas dapat dibina berkenaan sejarah bumi dan penghuninya.

Untuk pengetahuan, dinosaur (reptilia) muncul 250 juta tahun dahulu semasa bumi mengalami cuaca panas dan lembap dimana hampir semua kawasan planet bumi mengalami cuaca tropika berpanjangan, dan hanya ada sedikit ais. Kemudian dinosaur ni lenyap 65 juta tahun dahulu. Mass extinction. Mungkin disebabkan hentaman komet yang besar, meyebabkan berlaku perubahan cuaca yang dramatik.

Ok. Aku akan fokus pada dua hominid utama, cro magnon dan neandertal. Dipercayai manusia mawas ni tercipta 200,000 tahun yang dulu. Ini adalah berdasarkan 'carbon dating' tulang temulang mereka. Cro magnon tercipta dahulu, kemudian neandertal.

Semua hominid ini berjalan dua kaki, memburu binatang besar untuk makanan, boleh berbahasa, tahu mencipta dan menggunakan peralatan memburu daripada batu, boleh melukis, tahu menggunakan api, tinggal dalam gua, boleh bina pondok, nomadik - tribal culture.

Hampir sama dengan manusia kan? Tapi ada perbezaan besar yang akan aku terangkan dalam hipotesis seterusnya.

Now, para saintis pengkaji hominid semuanya dalam kebingungan apabila mereka mendapati semua spesis hominid ini lenyap. Bukan lenyap ditelan zaman, tapi semua spesis lenyap dalam masa yang singkat dan tiba tiba.

Tiada pengecualian. Semua spesis hominid, semua spesis manusia mawas, semua spesis makhluk seakan manusia ini, tidak lama umur spesis mereka, dan mereka lenyap tiba tiba. None slowly died out.

CroMagnon muncul dan mati mendadak, diganti pula dengan Neandertal. Dan Neandertal pun lenyap mendadak 30,000 tahun yang dulu. Spesis demi spesis hominid silih berganti muncul di muka bumi, masing masing berpeluang menjadi tuan bumi, tapi untuk sebentar waktu.

Para saintis mengemukakan pelbagai teori berkenaan misteri kepupusan ini, dan mereka masih bertelagah hingga sekarang.

Tak kisahlah apa sebab pun, tapi apa yang aku tahu, sebagaimana sering diberitakan dalam Alquran, jika sesuatu kaum berterusan berlaku zalim, maka bencana akan datang untuk menghapuskan mereka. Dalam dua bentuk - kaum lain akan melanggar dan mengganti tempat mereka, atau bencana alam diiringi pendaratan malaikat pembunuh.

Aku tak tahu apa yang CroMagnon dah buat, atau Neandertal dah buat, atau apa saja para hominid ni dah buat, tetapi apa yang aku nampak ialah spesis mereka lenyap selenyap lenyapnya bilamana ketumbukan malaikat pembunuh turun ke bumi dan menghancurkan mereka. Bersih. Barangkali inilah sebab kenapa fosil tulang mereka susah sangat dijumpai.

Dan aku percaya mass extinction oleh malaikat 'terminator' ini sebenarnya biasa terjadi, regular occurence, beserta kedatangan bencana alam. Bukan sahaja kepada spesis hominid, tetapi juga kepada spesis demi spesis jin yang lebih lama duduk di bumi berbanding kita dan hominid.

Yaa jin juga mengalami situasi serupa, mass extinction, diburu dan dibunuh oleh malaikat apabila masa mereka sampai. Aaa inilah yang terjadi kepada Azazil sebelum dia dikenali sebagai Iblis. Ulama cerita yang para malaikat sedang sibuk memusnahkan kaum azazil, bilamana azazil yang ketika itu masih kecil, tidak dibunuh, tetapi diangkat ke langit dan hidup bersama para malaikat. Azazil membesar hingga dewasa dilingkungi para malaikat, sehinggakan diangkat menjadi imam ketika solat. Dan bilamana Adam diciptakan, ketika itulah perwatakannya terus bertukar 180 darjah, dan diberi nama Iblis.

Ok. Balik kepada cerita malaikat terkejut.

Memandangkan jemaah malaikat ni dah berulangkali mendarat di muka bumi dan melenyapkan spesis spesis hominid, sebab itulah mereka terkejut besar sangat kehairanan apabila Tuhan mengumumkan Adam akan dicipta.

Adam hampir sangat menyerupai sifat fizikal makhluk hominid sebelum ini. Anggapan malaikat, Adam akan memiliki perangai yang sama dengan para hominid, akan selalu bunuh membunuh, kejam dan ingkar pada Tuhan.

Hmmm memang patutlah malaikat terkejut apabila penciptaan Adam diumumkan.

They are expecting the worst from us...

But it turns out, that we have the potential, to be the very best..

khalifah on planet earth.


Salam!

1 comment: