"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, April 6, 2015

RAKAN PEMBIAK : PAK PUTEH, DAN MIMPINYA

Semalam aku terbabas ke Melaka. Tersinggah kandang kambing Pak Puteh. Pasal aku terminat pula dengar cerita dia boleh menghasilkan napier dengan 16% crude protein, walhal aku sebatang napier pun takdak. 

Pak Puteh dulu lecturer. Mengajar keusahawanan. Apabila tengok anak murid dia menjadi usahawan berjaya dan lebih kaya daripada dia, dia pun berhenti mengajar dan jadi usahawan full time. Memang Pak Puteh dapat jadi millionaire, tapi termakan kelentong orang punya pasal - jadi biasa biasa balik.

Dan kalau tuan puan datang pada aku, dan bertanya mengapa bela kambing, jawapan aku sentiasa berubah ubah. Aku tak suka soalan tersebut, dan aku masih belum terjumpa jawapan yang selesa. Berbeza dengan Pak Puteh, bila ditanya mengapa bela kambing - jawapannya adalah luar biasa. 

Sungguh luar biasa sehinggakan aku masih terpikir pikir sampai sekarang.

Mimpi. Ya Pak Puteh bermimpi. Dia bermimpi ayahnya muncul dan bercakap kepadanya "Eh aku dengan ayah ko usahakan tanah ni, seinci pun takde yang jadi hutan. Apesal ko dengan adik beradik ko biarkan tanah jadi hutan?"

Aku tak tahu apa yang terjadi pada aku, tapi aku rasa nak menangis bila Pak Puteh cerita mimpi dia. Aku jadi... 

Anyway, Pak Puteh berjaya menyahut cabaran arwah ayahnya, dan usahakan tanah 3 ekar tersebut. Bermula dengan akukultur, yang kemudiannya berubah kepada ternakan kambing pada 2008. Dan Pak Puteh memilih jalan pembiakan pedaging yang paling sukar - boer dan kalahari. And surprisingly he survives. Until now. 

Berapa tahun dah tu? 6 atau 7 tahun. 

Kini Pak Puteh ada 70 ekor kambing boer dan kalahari. Dan pada umur 61 tahun, dan bermasalah slipped disc, Pak Puteh menjaga sendiri kambing kambingnya. Gembala pun ye, tanam napier pun ye, potong napier pun ye. Omakkk kau memang handal Pak Puteh ni!

It's all one man show. Superman show. Mari kita lihat close up Pak Puteh.

Yep. That's him. He reminds me of a certain 'ayahanda'.. and he's tank full of... philosophies and some choice words.

Napier yang ditanam Pak Puteh. Setiap batas ada eksperimen berbeza, dan dia masih bereksperimen hingga sekarang. Hmmm  wait wait wait! Now I see, maybe there is a link between an experimenter and a philosopher. Yeah just maybe..

Kandangnya atas bukit


Cantik cantik kambingnya. Aku tak ambil pusing dengan rupa kandang. Yang penting rupa kambing dalam kandang.


Huiiii ada petak gimnasium untuk kambing. Dasat ini ayahanda punya idea. Bagus sebenarnya idea ni. Destressor untuk kambing. Aku perhatikan kambing gembala bila ada kat luar, pun suka main main dengan struktur sebegini.






Ahhh ni dia evidence. Jadi memang sahihlah crude protein napier menggunakan baja formulasi Pak Puteh boleh cecah 16.9%. Sama level macam dedak high protein. 

Dan menurut Pak Puteh, semenjak menggunakan napier high protein menggantikan dedak, susu kambing lebih banyak, dan masalah radang susu turun dramatik. 

Tapikan, aku perasan... bagi setiap napier yang dibaja special formula ni, nisbah kalsium : fosforus semakin lari. Ianya masih seimbang, tetapi 'quite close' to imbalance. Maybe kena supplemen calcium atau tambah dicalcium phosphate dalam feed sekiranya napier tinggi protein ini diguna secara EKSKLUSIF. 

Kambing Pak Puteh makan gembala, dan seperti yang ditunjukkan oleh analisis napier biasa, foraj ragutan memang takda masalah keseimbangan Ca:P. Bila balik kandang makan suplemen napier high protein, ianya tak jadi isu kerana keseimbangan masih tercapai.

Apa pun, ini adalah pandangan aku. Pandangan Pak Puteh aku rasa berlainan. Dan aku tak sempat nak tanya secara panjang lebar, kerana anak anak aku dah bising nak ke tandas. 

Secara mudahnya, napier high protein ini suatu alternatif kepada dedak kambing. Adakah ianya cost effective? Haaa itu kena tanya Pak Puteh. Kena menuntut dengan Pak Puteh.

Pak Puteh boleh dihubungi pada talian 0196086746.

 Manual Favorite Pak Puteh

errrkkk.... ini pun manual kegemaran Pak Puteh

Terima kasih banyak banyak kepada Pak Puteh kerana sudi berhenti sekejap menjadi superman dan mengambil masa bercerita dengan aku. Banyak juga ilmu yang aku kutip daripada Pak Puteh. Semoga ianya mendatangkan manfaat buat kita semua. (Sapa sapa nak hubungi Pak Puteh boleh hubungi nombor telefonnya yang telah aku paparkan di atas). 

Thanks ayahanda!





6 comments:

  1. Hahaha....anak Kalahari tu kami nak JV,Bro!!! Kami nak kacukkan dengan Shami!! Nak tunggu cerai susu aja!!(Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Lejen macam kitaro 😉

    ReplyDelete
  3. Salam n SANSAW.(l hr=1000slwat).prof.x dapat lagi full info(macam mengaji x tamat)x apa saya buka klas lagi.Nisbah Ca:P nisbah ni mungkin tercapai.xdapat dibuktikan saja.report JPV haritu saya dah remarkdah..dia lupa nak uji.tapi dalam SuperChem saya tambah CaO.lepas kbng naik kandang saya buat inspection cara rawak .ada bau gas aceton tak.untuk menentukan diet imbalance.sebab indicator yg ini kita boleh kesan keracunan tersembunyi.Bila dapat kesan saya belanja kambing dengan kobis.Tuan kbg jarang dapek mkn kobis.kambingnya bernasib baik.cerita kobis ni.budak caunter pandang aku atas bawah.apa dibuek dvn kobis?den senyum aja...Anyway prof.saya masih bereksperimen lagi. SUPERCHEm baru menggunakan element N dari sumber protin.kalau dulu N dari Nonprotin.forage yg tinggi N dari non protin haiwan rominent akan bermasaalah.keracunan tersembunyi.terjadi..kambing mengekut Jang!!.takat accute kbg tergolek.Perut Rumen xdapat berfungsi dgn baik.abih camno nak ubat...???.Awak tanya Dr.jawab nanti.walaubagaimanapun pun banyak terima kasih kpd prof.alwi sudi kongsi untk manafaat geng kambing.for your info minum caffe o/dose baru boleh faham.I can give u 3kredit hour lecture for "keracunan tersembunyi".adios...

    ReplyDelete
  4. Salam n SANSAW.boleh sambong prof.sembang 3jam saja cerita boleh jadi 3hari xhabis.kita belum go deeper.saya nak bagi tahu keep rekod.kambing saya issue surat beranak simpan rekod for future planning.id bapak. Id induk.berat lahir .berat every 3month sampai matang.satu sheet lagi untuk catit treatment. Mana ada gembala buat.tunjukan pada aku?Dr.Johari pun aku tanya mengigil nak cakap.
    MY PLAN.
    I do my project kbg Boer&Kalahari for my study.{Viablelity study on Enterprenourship in Agricultre}.sebab itu semua rekod must be ducumentet...dan akan disemak oleh Bapak prof busines school. Havard Univ.


    Internet network x eficient jadi melalutlah.nanti sambonglah.tq

    ReplyDelete
  5. Assalam...tuan ado di mano projek pak puteh ni...boleh pi blajau

    ReplyDelete
  6. Salam n SANSAW.(1hr=1000xslawt).Bagus good respond.Please make friendly #CALL # and¥COME¥ With @CRITICAL THINKING@.tq

    A itu ayam...
    B itu bangau...
    C itu cacing...
    B bin B itu apa....?.

    FORMULA KAMBING # 1.

    FENOTIP=dy/dx[GENOTIP+ENVI ×(E ¡ +E2+E3+...)power x.

    ReplyDelete