"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, April 21, 2015

AL MA'AARIJ : THE COSMIC SUPERHIGHWAYS

Hipotesis.

Al Ma'aarij (Tempat tempat Naik) 1-4, terjemahannya :

  1. Seseorang peminta telah meminta kedatangan azab yang bakal terjadi,
  2. Untuk orang orang kafir, yang tidak seorang pun dapat menolaknya,
  3. (yang datang) dari Allah, Yang memiliki tempat - tempat naik
  4. Malaikat malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun*

*ada tafsiran yang mengatakan para malaikat menggunakan tempat tempat khas tersebut untuk menghadap Allah dan perjalanan tersebut memakan masa satu hari, dan jika ianya dilakukan oleh manusia, ianya memakan masa lima puluh ribu tahun.

Hmmm... mari kita lihat, dan mari kita cuba bongkar apa yang ada dalam AlQuran yang penuh dengan ketakjuban ini, dan mari kita semua tercengang cengang dengan kemampuan berterusan AlQuran membuka cabang cabang ilmu baru walau ianya telah diturunkan lebih 1,400 tahun yang lalu.

Orait, salah satu sifat cahaya ialah kepantasannya bergerak. 300,000km sesaat. Setakat ini, cahaya adalah entiti paling pantas dalam alam semesta. Dan sekiranya sains terjumpa sesuatu yang lebih pantas daripada cahaya, maka punah segala ilmu sains semasa, terpaksalah kita semua termenung berhempas pulas menulis undang undang sains yang baru.

Jadi mari kita semua berharap cahaya tetap cahaya, dan tiada yang lebih pantas dari cahaya dalam alam semesta ini. (mungkin alam alam semesta lain memiliki sifat cahaya yang berbeza, tapi untuk alam semesta kita – ianya 300,000km sesaat).

Dan satu lagi sifat cahaya ialah apabila dia bergerak antara dua lokasi dalam alam semesta, tak kisahlah berapa jauh jaraknya, cahaya tersebut berfikir dia cuma bergerak 'instant'. Masalahnya, dan masalah ini besar magnitudnya, kepada pemerhati yang 'stationary', macam kita di Bumi ini, cahaya tersebut bergerak...... slow.

Contohnya, jarak dari Bumi ke supermassive black hole di tengah tengah galaksi bimasakti kita, Sagittarius A*, memakan masa 50,000 tahun cahaya (300,000km x 60 x 24 x 365 x 50,000 = …....... kiloooooooometer – aku tak mahu kira, serabut kepala ahh).

Jadi bagi cahaya yang bergerak antara bumi dengan sagittarius a* - ianya berfikir ia bergerak poof! Dah sampai. Tapi bagi kita yang memerhatikan pergerakan cahaya tersebut, kita akan tunggu, dan tunggu, dan tungguuuuu, …... selama 50,000 tahun.

…...pehh jenuh tertonggeng tonggeng 50,000 keturunan menunggu, pun tak sampai sampai. Itu realiti cahaya.

Dan itu realiti... pergerakan makhluk makhluk yang dijadikan dari cahaya. Dan itu realiti, keterbatasan pergerakan para malaikat, walau pun mereka adalah antara makhluk Tuhan yang terkuat dan terpantas.

Melainkan Jibril AS, ketua mereka, yang mampu bergerak lebih pantas dari cahaya, justeru mampu melaksanakan misi Mikraj (rujuk post The Might of Gabriel untuk hipotesis selanjutnya).

Kepada para malaikat yang lain (dan makhluk makhluk tertentu dalam peristiwa tertentu), mereka... mesti menggunakan 'tempat tempat naik' seperti yang difirmankan Tuhan dalam surah Al-Ma'aarij untuk bergerak ke mana mana lokasi dalam alam semesta. Baru boleh melaksanakan tugasan tugasan dari Tuhan yang berkaitan dengan makhluk, berdasarkan 'time frame' makhluk tersebut.

Ya itu mesti. Kerana kita tahu, berdasarkan keterangan Nabi, para malaikat turun naik ke Bumi silih berganti setiap hari. Dengan pelbagai tugasan mereka. Setiap... hari. Every single day, every single night.
Berpaksikan... kitaran kita. Masa kita. Bumi kita. 24 jam kita.'Time frame' kita.

Maka para malaikat mesti bergerak dengan kelajuan lebih pantas dari cahaya untuk menyesuaikan dengan masa kita. Tetapi hakikatnya para malaikat tidak mempunyai kekuatan dan pengetahuan untuk bergerak lebih pantas dari cahaya (melainkan Jibril). Jadi mereka mesti menggunakan 'tempat tempat naik' yang Sang Maha Jurutera telah konstruksi.

Demi memendekkan masa perjalanan mereka dengan signifikan.

Dan apakah 'tempat tempat naik' tersebut?

Kita boleh panggil Stargate, Wormhole, Cosmic Superhighway, Space-time Tunnel, atau apa sahaja nama, tetapi yang aku tahu nama Islamnya ialah AlMa'aarij.

Dan Al Ma'aarij tidak merujuk kepada satu. Tetapi... banyak. Melambak lambak. Yep. Wormholes / cosmic superhighways / stargate / space-time tunnel telah wujud, sedang wujud, dan akan wujud sehingga Hari Kiamat. Dan mereka ada banyakkkk....

Kihkihkih.... Einstein dok meramalkan kewujudan wormholes dalam nanosecond, dan saintis Barat masih kebingungan untuk membuktikan secara fizikal teori Einstein, tapi dalam Islam dalam AlQuran rilek aje dah mention menatang ni.

Dan bukan setakat terangkan, dah berlaku pun sekian banyak pengembaraan melalui wormholes. Jemaah malaikat tiap tiap hari guna. Silih berganti bersimpang siur, mengalahkan lebuhraya paling sibuk dalam Bumi.

Contoh Al Ma'arij? Tu... Baitullah ke Baitul Makmur. Yep. Sang Kaabah yang menjadi pusat tawaf kita jemaah manusia, dihubungkan ke Baitul Makmur yang menjadi pusat tawaf jemaah malaikat, melalui wormhole/ cosmic superhighway.

Lagi? Pengembaraan Adam dan Hawa dari planet syurga asal mereka ke Bumi, pun gunakan Al Ma'arij.

Lagi? Pengembaraan Nabi Idris ke salah satu planet syurga.

Lagi? Ketibaan gerombolan Ababil, burung kosmik dari planet neraka, untuk menyerang Abrahah raja Yaman yang berhasrat meruntuhkan Kaabah.

Ini adalah sebahagian contoh interstellar travellers yang menggunakan Al Ma'arij untuk sampai ke destinasi yang sangat sangat sangat jauh dalam alam semesta. Aku pasti ada banyak lagi contoh, cuma kita yang tidak tahu.

Ok. Sekarang kita dah tahu akan kewujudan Al Ma'arij. Bukan satu, tapi banyak. Dan mereka ini boleh sahaja berada dimana mana lokasi, samada di permukaan planet, atau pun di luar planet.

Maknanya? Al Ma'arij boleh sahaja berada betul betul dihadapan atau sebelah kita, cuma kita aje yang tiada kemampuan untuk melihat.

Satu lagi, semua sekian banyak terowong space-time ini, hanya Sang Supreme Engineer yang mampu konstruksi dan menjaganya. Sebagaimana tiada mahkluk yang mampu mencipta bintang bintang dan sistemnya, begitulah juga dengan Al Ma'aarij. Tenaga yang diperlukan untuk konstruksi dan maintenance cosmic superhighways ini adalah terlalu besar, dan tiada makhluk yang mampu membekalkan tenaga sebegitu besar.

Sebab itu dalam ayat 3 surah Al Ma'arij dinyatakan dengan jelas Allah adalah pemilik Al Ma'arij, dan implikasinya ialah betapa hebat pun ilmu dan teknologi umat manusia akan datang, kita tidak akan mampu mencipta wormholes, apalagi menjaganya.

Hmmmm... that is a very sinking feeling. Nampaknya kita tiada harapan untuk meneroka bintang bintang dengan kapal angkasa ciptaan kita (macam filem Star Trek atau mana mana filem fiksyen sains). Harapan tunggal kita, ialah dengan rahmat Tuhan, kita dibenarkan masuk ke dalam Al Ma'aarij....

Apa pun, mari kita takjub dengan kekuatan dan kebijaksanaan The Supreme Engineer dalam mencipta alam semesta kita ini, dan berkenan untuk mendedahkan sebahagian ilmuNya dalam KalamNya untuk dipikir pikirkan... bagi mereka yang mahu berfikir.

Wallahu'alam!

(berkenaan ayat keempat surah Al Ma'arij, aku terfikir barangkali maksud yang lebih terang ialah jika jemaah malaikat menggunakan Al Ma'arij, perjalanan mereka adalah sehari. Jika tidak menggunakan Al Ma'arij, perjalanan mereka mengambil masa 50,000 tahun cahaya.

Dan... sekiranya hipotesis aku ini dapat dibuktikan, maka Sagittarius A*, supermassive black hole yang jaraknya 50,000 tahun cahaya dari Bumi, atau lokasi berdekatan, adalah 'possible location' untuk Baitul Makmur, dan Sidratul Muntaha, dan 'somewhere nearby' terapung apung dalam diam – planet Syurga Jannatul Ma'wa – rujuk siri hipotesis terdahulu bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut.


Wallahu'alam..)



No comments:

Post a Comment