Basic antistress boleh ditingkatkan potensinya dengan penggunaan elektrolit. Dan ramuan utama elektrolit ialah sodium bikarbonat + kalium. Elektrolit berkesan untuk meredakan stress perut ruminan ketika pertukaran makanan (elakkan kembung atau acidosis), dan ketika heat stress (dehidrasi yang mengganggu keseimbangan mineral).
Aku pikir tahun ini sememangnya wujud gelombang haba dikawasan aku. Panas dan kelembapan yang sangat tinggi tidak seperti kebiasaan. Kambing banyak yang dehidrasi (tak cukup air dalam badan), dan wujud serangan cocci yang bertalu talu. Jadi terpaksa gunakan bantuan elektrolit dalam minuman kambing demi mengurangkan mortaliti kambing.
Kambing yang meragut je yang terdedah kepada heat stress dan cocci. Kambing yang duduk kat kandang elok aje takdak masalah dehidrasi akibat heat stress.
Ok. Mari tengok jenis jenis elektrolit yang aku guna buat masa ini.
Ok. Yang ni jenama Vitastress. Ada basic antistress dan juga campuran elektrolit. Ermmm.... mahal. Baik aku buat sendiri.
Haaa yang ni elektrolit semata mata. Aku guna yang ini buat masa ni. Campur ngan antistress. Harga dia murah. Pasal tu aku guna. Tapi ini bukan favorite aku.
Haa yang ni 'miss favorita' aku. Pasal dia ada vit C. 5,000mg per kg. Dan vitamin C, dalam dos yang tinggi ada 'restorative properties'. Cuma harga je yang buat aku tersedak sikit. Sikit je tersedaknya, tak daklah sampai tersembur sembur habih satu meja.
Tapi kalau sapa takde Xtralytes Plus ni, boleh guna antistress jenama Pon Pon Powder. Campur ngan elektrolit yang murah macam Elo-Lytes. Pon Pon Powder ni lagi tinggi dos vitamin C nya. 30,000 mg per kg. 'Healing effect' dia tinggi. Cecah tahap regenerasi Wolverine (melampau dah deskripsi aku ni buehehe).
Orait. Berdasarkan pengalaman aku, penggunaan antistress + elektrolit boleh juga memulihkan, dan membendung, kes kes mastitis atau bengkak ambing atau bengkak susu. Termasuk... kes kes mastitis yang 'tiada harapan', yang kita terus kategorikan 'pisaumycin'.
Aku perasan, kalium (dalam elektrolit) dan vitamin C boleh reverse boleh restore kembali tetek tetek yang sangat bermasalah ini. Syaratnya kena high dose. Super high dose. Damn high dose.
Sebab tu, ada geng tetek atau geng susu yang berani gunakan elektrolit (atau apa apa bahan yang tinggi kalium dan vit C) berkilo kilo bagi hari hari kat kambing susu diorang. Yes. It is excessive. But it does protect from mastitis. And it does increase milk output.
Ok. Aku dok kira kira kos antistress + elektrolit adalah dalam 80 - 100 sen per baldi 4 gallon. Baldi 4 gallon boleh la 8 - 10 ekor kambing minum. Lebih kurang 10 sen per ekor.
Dan bukannya hari hari pun. Kalau hari tu lain macam je panasnya, baru guna. Atau pun semasa geng vet datang buat vaksinasi. Atau pun semasa ramai pelawat. Atau pun ada kambing kambing yang sedang melalui fasa rawatan antibiotik. Atau pun semasa kambing baru beranak dua tiga hari. Kiranya bila perlu lah.
Toksah bagi hari hari. Selektif sikit. Jangan cipta kebergantungan.
Nenek kebayan pun terkangkang habih terlondeh kain batik tertelan sireh kalau kena bagi hari hari....
Selamat mencuba!!!
VP1000 kalau tak silap 15g vit c utk 100g mixture..per kg dh jadi 150g..lagi banyak..berak cair kalau org yg telan powder tu.
ReplyDelete