"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, April 15, 2015

BETTER THAN NEO

Neo adalah karakter utama dalam trilogi filem Matrix. Memiliki kebolehan close combat menakjubkan, dan terima kasih kepada abiliti 'bullet time' - boleh mengelak peluru, baik single shot mahu pun multiple shot.  

Hampir tidak terkalah. 

Itu Neo. Ada yang lebih handal lebih dasat lebih gagah dari Neo. Tidak terkalah.

Agensi kerajaan Malaysia. 

Aku telah sampai kepada suatu saat realisasi, dimana aku sedar adalah 'pointless' untuk menembak agensi kerajaan. Sebanyak mana peluru pun yang kita muntahkan, sepantas manapun peluru peluru tersebut, dalam harapan kita agar agensi berubah - its not going to work.

Mudah sahaja mereka mengelak peluru peluru kita. Selamba. Lebih selamba dari Neo. Lebih bergaya dari Neo. Siap sempat sikat jambul lagi semasa mengelak peluru yang bersimpang siur.

Mereka ini ada advanced kevlar bullet proof vest, dan memiliki abiliti 'bullet time' yang menakjubkan. Terlopong lopong ternganga nganga tercengang cengang kita semua menyaksikan kehebatan dan kekebalan mereka ini. 

Aku pikir perubahan dari dalam lebih baik daripada perubahan yang datang dari luar.

Falsafah yang merbahaya, kerana sudah ada contoh yang jelas, dan gagal. Tapi... adakah wujud pilihan lain?

Sorry Neo. Your bullet time ability is vastly inferior to Malaysian government agencies.

(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah / kambing akikah, dan pembekal kambing qurban / kambing korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)


1 comment:

  1. Salam.
    The moral of the story is.....kita dianggap sebagai masyarakat marhain.orang tidak faham apa yg dicakapkan tetapi dia lebeh cenderong kpd siapa yg bercakap.sifat phisikal
    xsaimbang dgn spritual.corak pemikiran dan budaya bangsa sudah jauh terbabas dari landasan .tidak lagi berpandukan pedoman.Kaedah tranformasi yg acap dibahas dlm pentas pentabiran melahirkan mayarakat modernazation bukan masyarakat berpaksi civillazization.Masyarakat yg membangun dg TEMADUN tunduk dan percaya pada ALLAH.
    tetapi masyarakat yg maju dengan peroses pemodernan tidak mempunyai elemen Intergriti dan responsibility apatahlagi accountability.

    Ajaran Islam yg disampaikan membawa element IR n Accaountability.Pembawa rahmat kpd sekelian alam...tapi tersangat kurang manusia berfikir.....Kaedah revolosi dtg dari manusia yg mempunyai nafsu besar...bila sudah terlalu besar akan ada risiko meletup macam belon.Pop!!!.
    Yang agak lembut adalah kaedah Evolosi.ini xbanyak risiko.Semua karektor tersebut dikalah oleh satu senjata baru =="KUASA"/Power. Senjata ini membiak pula menjadi Superpower.
    "Qoute".Innallah alain kullisain kadeer".tq

    ReplyDelete