"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, April 11, 2015

MISTERI PEMBIAK GHAIB

Kebelakangan ini aku selalu didatangi mimpi mimpi yang 'vivid' dan di luar kebiasaan. Macam malam tadi.

Dalam mimpi tersebut, aku tidak tahu siapa, aku tidak nampak wajahnya, tapi entiti tersebut berterusan mewayangkan anak anak kambing terloncat loncat gembira dan kawanan kambing yang segar bugar, dan.... berterusan memperlihatkan kepada aku perkataan fosforus. 

Compendium phosporus.

Seolah olah entiti ghaib yang berkomunikasi dengan aku dalam mimpi aneh aku, mahu atau boleh dikatakan memaksa aku buat penyelidikan secara intensif berkenaan phosporus dalam diet kambing. Dan... seolah olah entiti tersebut mahu aku tahu bahawa phosphorus barangkali adalah kunci yang akan merungkai permasalahan underperformance yang dialami kambing kambing pedaging aku buat masa ini.  

Dan.. kunci yang akan membawa kepada prestasi lebih tinggi kepada kambing gembala.

Dan komunikasi itu berterusan diulang ulang hinggalah aku terjaga apabila anak bongsu aku menangis mahukan susu. Pukul 4 pagi. 

Sepertimana yang tuan puan jangka, aku bersegera buat apa yang patut, tidak lagi tidur, dan memulakan research aku berkenaan phosphorus. Initial resesearch. Ringan ringan punya research.

Dan berdasarkan pra penyelidikan aku - rupanya kambing gembala boleh ada isu kekurangan phosporus, dan dalam masa yang sama kelebihan kalsium dalam diet. Berbeza dengan kambing intensif yang biasanya ada isu kekurangan kalsium, dan kelebihan phosphorus dalam diet mereka.

Situasi Ca : P yang kontras berdasarkan sistem dan memerlukan pendekatan berbeza.

Apa pun aku jadi 'excited' dengan pengetahuan permulaan ini, dan aku ingin berterima kasih kepada entiti ghaib yang memberikan pencerahan ini, walau pun metod yang dipilihnya adalah non ortodox.

Dan ini bukanlah kali pertama entiti ghaib ini berkomunikasi dengan aku. 

Ya aku tahu ini sangat aneh dan mengundang risiko aku digelakkan oleh rakan rakan penternak, tetapi ketahuilah aku memiliki kecenderungan saintifik, dan aku juga sangsi akan perkara perkara sebegini. Tetapi bila difikirkan balik, syaitan atau bunian atau jin atau apa sahaja yang selalu mempermainkan mimpi kita.... - aku tak pikir diorang akan bermain main sebegini.

Kepada entiti ghaib tersebut, tak kisahlah tuan dari lapisan pertama, kedua, ketiga, kempat, kelima, keenam, atau ketujuh, tetapi ketahuilah mesej tuan telah diterima. Aku akan bertindak, dan akan berkongsi pengalaman aku dengan rakan rakan pembiak kambing pedaging lapisan pertama.

Terima kasih kepada rakan pembiak dari alam ghaib!!

Thank you sir!


(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah/akikah, dan pembekal kambing qurban/korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)

8 comments:

  1. Betul la tu..dalan merck manual pun ada cakap pasal kekurangan phosphorus dalam grazing animals..

    Jadi macam mana penyelesaiannya? Garam phosphorus? Banyak ni..garam cobalt..garam calcium..garam bikarbonat...huhu

    ReplyDelete
  2. Salam.
    BALANCING DIET FOR RUMINAN.
    Dah tulis nota panjang dah terpadam pulak.masaalah networking...xsempat publish blackout..geramnya....
    Pendekan cerita.
    REKOMEN KAT GENG EMMMBEEKKKKKK.......
    1.Nisbah Ca:P>>>>> 2:1 (for growth)
    2.Nisbah K:Na>>>> K>Na(for nerves system)
    3.Nisbah N:S >>>>10-20:1(for penapaian dlm rumen)
    4.Jangan zero micro mineral.
    5.Sumber air terbaik tube well at Labitium.
    Amalan yg kurang baik satu rumus bagi pada semua tahap phisiology kbg.xpatut...xpatut..tu.kena buat 2/3/4 rumusan pemakanan.gemuk..lain.bunting...lain.anak lain.Kalau tuan ada kaedah lain bagilah tau geng kbg.
    Saya baca elek,tulispun elek .tanya kbg baru tahu.he.he...tq

    ReplyDelete
  3. Lupa pula nak kongsi.
    Sila buka g+ boleh lihat anak betina sama membesar dgn anak jantan ajaib juga phenomina begini .Hasil dari baja "SuperChem" agaknya.

    ReplyDelete
  4. Salam n SANSAW.(sambong...)
    Makanan kbg misti mempunyai diet yg seimbang.Kambing gembala banyak bergantong dr nature.atau alam semulajadi.Tetapi sekarang tahap kesempurnaan banyak berkurangan kesan dari pertanian moden.kambing gembala tertekan.kesan dr perubahan nature.macam2 kekurangan berlaku.Berlakulah perbagai masaalah.e.g reproduction style.jarang dapat twin,triplate lagi susah.Kesan dari ketidaksempurnaan ini .Ayuhlah geng kambing sama2 berfikir cari jalan/petunjuk untuk selesaikan problem ini.Kongsilah pengalaman,peralatan dan methodology .fokos pada kambing.Ada kawan2 yg pergi kursus kita lantik jadi consaltan.Masuklah group "ENCOUNTER GROUP of CAPRA".Bro Don Jenal boleh lead kita semua.merepeklah sikit tapi ini sbg intro.Saya nak bjncang Goats Nutrition .Mari minum dulu nanti kita sambong.tq

    ReplyDelete
  5. Sambong....
    Salam nSANSAW.
    Orang yg Civillise culture e.g african ausie n new zea..menternak banyak sumber nature lagi sebab tu mereka jadi leader kot.Kawasan kita dah berubah.mestinya nature juga berubah.Dari hutan natural jadi k.sawit.lepas sawit jadi getah.macam2 dah jadi.Gajah,harimau,rusa dll habis lari kerana kehabisan sumber makanan.Sang gembala pula bawa kambing kat situ.Pening kepala geng,pening..pening..Bila gagal habis semua orang disalahkan..Fenomina ini menyumbang kpd terlebeh dan terkurang zat2 untuk makanan kambing.(semulajadi x natueral lagi).Geng kambing ada 2 pendekatan kena buat.
    1.Yang terlebeh kena control sebab menjadi kes keracunan tersembunyi.e.g forage yg tinggi N yg bukan protin menyubang kpd keracunan nitrat .
    2.Yang kurang kena cari supplement.
    Pening kepala Geng Kambing memikirkan macamana nak berjaya.Ubah cara,ubah kaedah dan perbagai lagi.Actensive,smi-intensive dan intensive. Pendek kata berbagai cara dicipta.TETAPI masih meraba raba.salah menyalah antara satu samalain.sampai timbul bidalan dgn kambing.
    1.senyum kambing
    2.kambing hitam
    3.banyak kambing
    4.kuku kambing
    5.yang lain tuan/puan cari sendiri.

    Sekarang(2015) semua urusan berkaitan kambing kena paternkan(Eklusive Ruminan).Supaya tidak memeningkan kepala.Jika kita perhatikan diluar sana .Persatuan kambing d'msia terlalu banyak .Tak cukup ruang dan masa nak tulis.Pejabat ROS dah xboleh bernapas kerana busuk bau tinja dan kencing.kambing. yang xketara senyum dan susu kambing tidak kelihatan.Ada baiknya semua player xkira apa statuspun beratur dalam satu barisan(dari atas kebawah)mengamalkan satu budaya/desiplin yg friendly inviroment.Satu Jabt.Satu persatuan.Satu product.Satu pembudayaan.Satu Matalamat.terus jadi 1M.tqlah kpd pembaca.

    ReplyDelete
  6. Padang ragut ambo dah lama bebas dari sebarang racun2.Jadi ambo tak berapa risau sangat,cuma doknak test cara pemakanan susu pulak.

    ReplyDelete
  7. Padang ragut ambo dah lama bebas dari sebarang racun2.Jadi ambo tak berapa risau sangat,cuma doknak test cara pemakanan susu pulak.

    ReplyDelete
  8. Salam.kpd Tok Ba.
    Bagus, you talk to nature.usha kena teruskan.Tok Ba misti ada ilmu tentang soil science n agronomi.Tanah taneh tuan mungkin hampir gersang.Usha pembaikan misti dilakukan.teruskan usha.mana tau Tok Ba akan terjumpa kaedah ternak kambing cara profesional.tq

    ReplyDelete