Selasa sudah, aku dikunjungi sepasukan student researcher dari Fakulti Veterinar UPM. Ada tengah buat Master, ada tengah buat PhD.
Diorang ni tengah bangunkan suatu vaksin spesifik untuk menangani ancaman Caseous Lymphadenitis yang semakin serius dalam industri ternakan kambing. Penyakit ni dulu takdak dalam Malaysia, tapi semenjak kita import Australia punya kambing, penyakit ni semakin meluas dan merebak.
Secara umumnya penyakit ini jarang sangat mendatangkan kematian, tetapi..... mendatangkan kerugian ekonomi kepada pembiak kambing dalam 5-15% setiap tahun., hasil kehilangan prestasi. Contohnya kalau jualan anak kambing untuk sesebuah tahun boleh mencecah $100,000 tetapi dengan kehadiran caseous lymphadenitis kita cuma dapat nilai $90,000.
Itu adalah nilai kerugian yang signifikan.
Di Australia mereka sendiri sudah keluarkan vaksin untuk penyakit ini tetapi wujud masalah keberkesanan bila ianya diaplikasi dibawah cuaca tropika. Vaksin keluaran Australia ini didapati tidak berkesan untuk kita di Malaysia. Mungkin bakteria coryneum penyebab caseous lymphadenitis ini mengalami mutasi genetik apabila cuaca berubah.
Jadi pasukan penyelidik vaksin yang melawat ladang aku ni sedang cuba menghasilkan vaksin keluaran tempatan yang berkesan untuk kambing kambing di sini. Sebenarnya mereka sudah pun keluarkan vaksin tersebut. Sekarang pada peringkat 'lab trial'. Selepas itu 'field trial'. Lepas tu baru boleh dikomersialkan.
Jangkaan vaksin ini akan wujud dalam pasaran, dan 'accessible' kepada kita semua adalah dalam 3-4 tahun lagi. Kalau ikut hati aku, nak aje besok terus boleh pakai.
Bagi aku secara peribadi, berdasarkan pengalaman aku membiakkan kambing pedaging sistem gembala selama 10 tahun - vaksin terhadap caseous lymphadenitis memiliki nilai 'protective' paling tinggi antara sekian banyak vaksin, untuk operasi aku. Dan aku pasti, dengan darjah kepastian yang sangat tinggi, akan gunakan vaksin ini sekiranya ia ada dalam pasaran.
Dan aku tidak ragu ragu untuk mempromosi vaksin ini kepada rakan rakan pembiak sekiranya vaksin ini berkesan. Yep, aku sangat 'excited' dengan kehadiran vaksin ini. Semoga usaha pasukan vaksin ini berjaya!
Dari kiri : Azza, Anas, Ismail, Firdaus, dan Syafiqah. Dan aku ambil kesempatan sempena kehadiran diorang, untuk menerangkan kepada aku proses pembuatan vaksin. Ada proses recombinant, ada proses attenuation - semuanya proses biologikal pada tahap molekular yang kompleks. Pening kepala aku. Terangguk angguk kepala aku, konon konon faham. Yang sebenarnya hampeh hehehe....
Tapi takpa, aku suka dengan lawatan diorang, dan aku ucapkan selamat maju jaya. Aku harap sangat sangat diorang berjaya, because the assistance they rendered will be...
indispensable for the industry.
Mereka adalah satu lagi saf dalam jemaah yang berusaha untuk membebaskan diri kita dari kebergantungan kepada golongan kafir bagi upacara qurban dan aqiqah.
Into freedom!!!
(alwigoatfarm adalah pembekal kambing muda, pembekal kambing aqiqah/akikah, dan pembekal kambing qurban/korban. Sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon yang tertera di atas)
No comments:
Post a Comment