"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, July 6, 2014

SEMALAM AKU LEGA

Segala kebesaran kepada Tuhan yang menundukkan kambing untuk manfaat anak anak Adam dan Hawa,

Aku keluarkan zakat ternakan buat kali ketiga semalam. Maksud aku, bukannya baru tiga kali keluarkan zakat sepanjang 9 tahun biakkan kambing. Tetapi kali ketiga dalam setahun. Tahun ini. Segala puji kepadaNya yang telah berkenan melimpahkan kurniaNya kepada seorang pembiak kambing yang cuba berusaha menurut Sunnah NabiNya (walaupun tunggang langgang aku ni salah sana salah sini)

Dan aku rasa lega. Phewwwwwww..... lega sangat. 

Kalau tidak rasa saspen aje selagi tak keluarkan zakat. Berat rasa bahu ni. 

Cerita pasal zakat, semalam aku terpikir. Tuhan wajibkan zakat fitrah kepada setiap umat Islam. Bijirin. Yang biasa kita kaitkan dengan menjelmanya Aidilfitri. 

BIJIRIN. Kalau tak, wang yang sama nilai dengan bijirin.

Maknanya Tuhan memang mahu umat Islam bercucuk tanam. Tanam bijirin. Dan bila sampai Aidiladha (dan ianya lebih besar dari Aidilfitri) - bagi sapa sapa yang mampu - buat korban binatang ternak. Lembu atau kambing atau unta. 

Haa memang jelas sangat jelas Tuhan mahu kita jadi umat petani DAN umat penternak. Agar kita dapat bina tamadun. Dan bagi sapa sapa yang 'strategis' pandangannya - dengan segera akan nampak peri pentingnya mencapai tahap sara diri penuh (full self sufficiency) untuk KEDUA DUA makanan - bijirin, dan daging merah. 


Sekuriti makanan (food security) bagi umat Islam, kena pula akhir zaman yang dikuasai Dajjal dan sekutunya, bergantung kepada dua makanan ini - bijirin dan daging merah. Ini adalah makanan kunci atau 'key food' dalam usaha kita membebaskan diri dari kebergantungan kepada pihak kafir.

Kalau makanan kita yang dua jenis ini dikuasai orang kafir, memang tak ke manalah kita. Sampai bila bila lah terus bergantung kepada orang kafir. Sampai bila bila lah terus dipermainkan dan dibuli oleh orang kafir. 

Sekarang Malaysia SSL beras 70% dan merosot. Malaysia punya SSL daging merah aku tak tahu, tapi kalau kambing antara 8 ke 12%. (Perangkaan dari pihak berwajib selalu berubah - tak tahu mana satu yang betul). Mampuih kita kalau terjadi perang. 

Bayangkan kalau perang meletus, dan kita pula kaki import. Dah tentu banyak kapal dan kapal terbang keluar masuk. Bila perang dah tentu ada blockade. Habih semua kapal dan kapal terbang jammed tak berani keluar masuk. Hilang makanan kita. Kebuluran rakyat. 

Beras kita jenis high input pula tu. Banyak guna baja. Banyak guna input dari luar. Sekejap aje menjunam 70% tu sebaik sahaja perang meletus. 

Haaa kalau kambing boleh tahan. Input dia rumput yang memang tumbuh semulajadi. Takde dedak takpe lagi. Cuma slow sikit naik berat badan. Production masih boleh diteruskan. Not significantly affected. 

MASALAHNYA - kita tak cukup pembiak. Polisi kita hanya mencipta kebergantungan kepada kafir Australia. Polisi kita menekan dan memusnahkan usaha pembiakan. Polisi kita menggalakkan pengimportan, bukannya mencapai sekuriti makanan. 

We are screwed. Totally screwed. Hopelessly.... chillingly.... fatally.... screwed. 

Sepatutnya polisi makanan bagi mana mana negara Islam mesti mencapai SSL penuh untuk bijirin dan juga daging merah. Tak boleh salah satu sahaja. Tuhan dah tunjukkan. Kita mesti ada backup. Kalau salah satu makanan tak cukup bekalan, kita ada backup satu lagi sumber makanan.

Dah banyak kali kita tempuhi Aidilfitri dan Aidiladha. Dah banyak kali kita bayar zakat fitrah dan buat korban. Malangnya kebanyakan dari kita tak nampak akan nilai dan aspek strategik yang Tuhan cuba tunjukkan kepada kita semua.  

Celikkan hati kita..

Assalam.



2 comments: