Baiknya nikotin. Bukan baiknya rokok. Bukan baiknya tembakau.
Karang ada pula yang salah faham kata aku menggalakkan tabiat merokok. Nope. I do not condone smoking.
Ok. Saintis dapati nikotin membantu melambatkan atau merencatkan kemelaratan penyakit Parkinson. Atau sakit motor neuron yang lain. Ada kes dimana nikotin memperbaiki tahap kesihatan mereka yang diserang penyakit saraf. Dengan cara? Meningkatkan dopamine, sejenis neurotransmitter yang wujud dalam setiap neuron. Penyakit Parkinson didapati kurang dopamine. Ambilan nikotin membantu meningkatkan kembali tahap dopamine.
Nikotin juga MENINGKATKAN keupayaan kognitif. Memori. TUMPUAN. Fokus. Yeehaaa!! Setaraf dengan Ritalin yang para pelajar universiti selalu salah guna untuk meningkatkan tumpuan dalam kelas. Malah nikotin boleh dianggap sebagai 'the most reliable cognitive enhancer'.
Saintis dapati penggunaan nikotin tidak menyebabkan ketagihan. Nope. Tarak. Ini kerana ketagihan kepada nikotin HANYA wujud bagi nikotin dalam rokok/tembakau. Tembakau ada gabungan nikotin + anabasine + nornicotine + anatabine + cotinine + myosmine. Ada keenam enam chemical ni, baru wujud ketagihan.
Nikotin sahaja? Tiada ketagihan.
Baik juga berita ini.
Dan aku harap para perokok jangan putar belit pula hasil kajian ni. Atau nak menyedapkan hati agar tabiat merokok boleh diteruskan.
Terima kasih!
Nikotin sahaja? Tiada ketagihan.
Baik juga berita ini.
Dan aku harap para perokok jangan putar belit pula hasil kajian ni. Atau nak menyedapkan hati agar tabiat merokok boleh diteruskan.
Terima kasih!
No comments:
Post a Comment