"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, July 19, 2014

KELEMAHAN BAKA KAMBING AKU

Tak suka nak cerita. Takde sapa suka cerita kelemahan sendiri. Semua orang suka cerita kebaikan dan kehebatan sendiri. Normal bagi manusia.

Tapi aku pikir ini bagus untuk dijadikan renungan bersama. Agar tuan puan semua beroleh kebaikan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang kambing.

Baik. Tuan puan tahu aku start bela kambing 13 ibu dalam tahun pertama. Bermula dari situ ia membiak. Takde ibu lain atau darah luar yang dibawa masuk atau ditambah. Melainkan pertukaran pejantan sekali sekala. Tapi itu pun dikira tidak cukup untuk mengkayakan diversiti gen kawanan kambing aku. 

Kawanan kambing aku, bagi aku, memiliki sifat 'isolated gene pool'. 

Sifat ini membolehkan adaptabiliti dan prestasi pembiakan yang bertambah baik MUNCUL dengan setiap generasi baru dibawah sistem semi intensif sawit landai. TETAPI dalam masa yang sama menguatkan sifat sifat negatif atau kelemahan kelemahan tertentu.

Kelemahan yang aku nampak sangat jelas ialah - kambing aku tak tahan dengan asap. Lemah dengan asap. Cepat sakit bila terhidu asap. Dan magnitud kelemahan dilipatganda bila asap tersebut ada tahi kambing walaupun cuma sedikit. Dang!

Itu hari aku ada buat spring cleaning kat kandang. Geram tengok sampah yang bersepah sepah kat kandang. Dah lama tak membakar. Bila sekali membakar, mula lah terlebih semangat. Habih semua sampah dikutip dan dibakar. Syok sangat membakar sampai tak perasan ada guni lama bawah kandang yang mengandungi sedikit tahi kambing - pun aku campak ke unggun. 

Huh selamat.....

Dua tiga hari lepas tu, banyak kambing selsema. Dan paling tak tahan - PINKEYE INFECTION. 

Wabak sakit mata. Berderet deret kambing aku kena. Settle seekor, dua ekor lagi kena. Kalau setakat berair mata, boleh tahan lagi. Masalahnya hari ni berair mata, besok mata dah kelabu. Tak boleh nampak. Demam. Kambing jalan macam orang mabuk keluar disko. 

Pehhhh tunggang langgang aku seminggu dua ni. Penat berperang dengan wabak ni. Dah sebotol antibiotik $50 habis untuk pinkeye infection sahaja. 

Ada pinkeye spray khusus untuk sakit pinkeye pada kambing. Tapi stok aku takdak. Dulu ada dua botol. Tapi dah lama sangat expired. Aku dah buang tong sampah. Aku ingat dah tak perlu lah pada pink eye spray. Dah bertahun tahun tak pernah kena sakit mata (sebab aku dah bertahun tahun tak perasap). Lagipun takde buat trading. Jadi kuranglah risiko munculnya pinkeye.

Tapi tu lah silap itu hari. Bakar pula tahi kambing. Sikit je pun. Cinonit. Tapi dia punya effect fuhhh - extra effect, side effect, extreme effect, segala macam effect habih semua muncul. Kelam kabut aku dibuatnya. Penat betul....

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment