"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, July 10, 2014

CAHAYA ATAS CAHAYA...

Hipotesis.

Aku telah lama terfikir akan maksud firman Sang Maha Pencipta dalam ayat 35 surah AnNur. Tertonggeng tonggeng juga aku memikir mikirkannya. 

Perhatikan. Terjemahannya.

"Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the oil of] a blessed olive tree, neither of the east nor of the west, whose oil would almost glow even if untouched by fire. Light upon light. Allah guides to His light whom He wills. And Allah presents examples for the people, and Allah is Knowing of all things."

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
_____________________________

Baru baru ini sekumpulan kosmologis menemui sesuatu yang membingungkan lagi misteri berkenaan alam semesta. Mereka menggunakan pemerhatian oleh Hubble Space Telescope Cosmic Origin Spectograph. Yaa observatori luar angkasa itu yang sudah tua umurnya tetapi kerap mencerap ketakjuban demi ketakjuban dalam alam semesta. Sungguh panjang senarai penemuan Hubble dan ini adalah salah satu yang terbaru. Observasi ini diterbitkan dalam The Astrophysical Journal Letters 2014.

Baik. Senang cerita - bintang bintang muda yang sangat panas, dan quasar (lubang hitam supermassive yang memuntahkan sebahagian apa yang ditelannya) - adalah sumber utama cahaya UV dalam alam semesta kita ini. Mereka bagaikan obor obor yang menerangi alam semesta yang gelap. Atau bagaikan lampu lampu kalimantang yang menerangi sebuah bilik yang sangat gelap.

Masalahnya, dan masalah yang sangat memeningkan lagi misteri - bila betul betul dibuat kajian, dibanci, diaudit - segala obor atau segala lampu atau segala bintang dan quasar dalam alam semesta ini TIDAK CUKUP MENERANGKAN.

LANGSUNG TAK CUKUP. 

Ada defisit cahaya yang sangat besar. Pada kadar lebih 400%. Bagaikan kita berada dalam sebuah bilik sangat besar yang terang benderang sebenderang benderangnya tetapi..... cuma ada beberapa biji  pelita minyak tanah yang malap. Ahhhhhhh...... dari manakah datangnya cahaya tambahan ini?

Ada sesuatu atau ada entiti yang yang menambahkan cahaya kepada alam semesta kita.

Apakah sesuatu itu? Apakah entiti itu?

Para saintis tertonggeng tonggeng memikirkannya... dan salah satu penerangan terbaik yang mereka boleh pikirkan setakat ini ialah - mungkin cahaya tambahan ini datangnya daripada hasil pereputan dark matter, atau mungkin dark energy, atau mungkin juga pereputan jiran jiran alam semesta kita.

Atau kombinasi ketiga tiganya.

Now, apa yang aku pikirkan lebih ke arah 'cahaya atas cahaya' adalah password untuk merungkai lebih banyak misteri dark matter, dark energy, dan multiverse. Kalau kita dapat pecahkan atau decrypt password ni - maka kita akan dapat perkuatkan bukti  yang alam semesta kita ada tujuh lapis sebagaimana yang diberitakan dalam AlQuran, dan kita dapat perkuatkan bukti Mikraj sememangnya wujud dimana Muhammad SAW berkembara ke sebuah alam semesta lain, dan memperkuatkan bukti KEWUJUDAN dan KEPERKASAAN Sang Maha Pencipta - dimana alam semesta kita adalah kecil dan untuk mengakhirinya adalah semudah melipat sehelai kertas dengan sebelah tangan bagi ..... Rabbul Alamin. 

Ya. Mungkin cahaya atas cahaya ialah kata laluan untuk menyaksikan lebih banyak kehebatan zat Tuhan bagi kita semua. 

Nurun-ala-nur. 

Selamat berfikir! 




1 comment: