"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, July 3, 2014

GARAM SEKUNDER

Aku dah pasang garam jilat primer di kandang. Sekarang aku ada mood nak 'install' garam jilat back up. Lain jenis dengan garam jilat utama. Tak kisah apa brand apa jenis. Dan aku pikir aku akan pasang pula garam jilat tertiary selepas ini. Jadi kandang kambing aku 'meriah' dengan garam jilat sana sini. 




Yep. Kali ni aku pasang garam bukit. Beli kat Ipoh. $5 sekilo. Opsss mahal siot. Dulu aku dapat offer jadi supplier garam jilat bukit - $2.20 sekilo. Syaratnya kena beli borong. 500 kilo. Ke 1000 kilo? Aku sendiri tak ingat. Dan garam bukit masa tu datang dalam guni. Berlonggok. Takde individual packing. Jadi meleleh aje garamnya. Membazir. Kena jual cepat cepat. Sebab beratnya berkurang bila semakin lama disimpan. 

Cerita lama. Aku tak amik pun offer jadi supplier. Pasal dah tahu ceritanya macam tu. 

Apa pun, garam bukit kali ini datang dalam packaging yang lebih baik. Bungkus dengan plastik. Bagus! Garam tak meleleh dan susut berat.  Ada tali juga. Walau pun halus cinonit tak boleh pakai (hello tuan distributor! Bagilah besar sikit talinya, baru boleh guna. Kalau tak buang masa buang duit aje sertakan tali halus tu.)

Kambing suka garam bukit. Aku tak nafikan. Masalahnya garam bukit takde senarai ramuan. Dan itu MASALAH BESAR bagi pembiak yang pentingkan prestasi tinggi ternakannya. 

Buat masa ini untuk pastikan prestasi tinggi pembiakan kambing (dan mortaliti yang lebih rendah), aku pastikan garam jilat kena ada - copper, iron, zinc, calcium, dan bla bla bla.... selenium.

Yang utama bagi aku 5 makro dan mikro mineral yang aku sebutkan di atas (warning! lain penternak lain kehendak). Ini requirement aku. My wish list untuk garam jilat. Takde lima benda ni - sorry aku tak jadikan sebagai garam jilat utama. 

Copper untuk kawalan parasit dalaman. (warning! warning! warning! reasoning aku mungkin salah, tapi observasi aku sebagai pembiak yang selalu berdamping dengan kambingnya - tak boleh dipandang ringan). Yeah I think so. Bila intake copper tinggi (cukup) dalam diet kambing - keperluan untuk deworm menurun. Dan aku DAH LAMA TAK DEWORM! Pedulikan vet dan kedai vet yang sibuk suruh kita deworm semua kambing setiap tiga bulan. Pengalaman kita berbeza di lapangan.

Iron untuk tumbesaran dan zink untuk kesuburan. Dan aku harap selepas ini semua pengeluar garam jilat akan naikkan kuantiti iron dan zink dalam garam mereka kerana perubahan cuaca dunia akan mengurangkan kandungan iron dan zink dalam bijirin yang menjadi ramuan dedak kambing. 

Untuk kalsium pula, ini khas untuk kambing beranak dua dan ke atas. Sebabnya mereka kekurangan kalsium akibat tugas heavy duty menyusukan dua anak DAN sebab mereka makan dedak. Dedak sebenarnya menjatuhkan lagi kandungan kalsium dalam badan. Yaa... dedak memang tambah tenaga tapi dalam masa yang sama banyak 'tarik' mineral.

Kalau kambing tu makan foraj sahaja, dan suplemen pun tak guna dedak tapi hanya foraj semata mata - takpe takde kalsium dalam garam jilat. Foraj memang tinggi kalsium. Jadi takde isu kekurangan kalsium. 

Hmmm.... aku sebenarnya dah terbabas. Lari tajuk. Aku nak cerita garam jilat sekunder. Macam mana pula masuk cerita makro mikro mineral? Damn.....

Ok. Garam bukit ni aku guna tak lama. Dah habis nanti, aku tak nak resupply. Tukar yang lain.  Rotation. Tetapi aku akan tetap pastikan garam jilat utama sentiasa ada. Garam jilat back up takpe tukar tukar. 

Orait. Itu sahaja buat masa ini. Jumpa lagi! Terima kasih!

4 comments:

  1. Ambo pakai juga garam bukit ni,tapi waktu paginye asyik menitik,cair,tapi tengah tidak pula.GARAM ,ambo pakai bubuh je dikandang,asal ada garam biar jenama ape pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kambing pribumi, memang ok garam jenis apa pun.

      Delete
  2. Yup..saya pun gunakan sehingga 3 jenis garam..bila dah ada pelbagai peringkat umur kambing..satu jenis garam tidak akan dapat memenuhi kehendak keseluruhan kawanan. Ini lah pentingnya eksperimentasi demi eksperimentasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aih memang meriah kandang dengan garam jilat!

      Delete