"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, July 31, 2014

RAYA RAYA MASAK KAMBING MUDA!

Hai Selamat Hari Raya semua rakan rakan! Dah bersawang blog dan facebook aku. Langsung tak bukak sepanjang raya ni. Pagi ni baru terkial kial nak buka balik. Terima kasih atas semua komen komen yang diberikan. 

Tahun ni aku raya kat Teluk Intan. Rumah nenek aku. Dan aku buat keputusan untuk sembelih dan masak seekor kambing muda untuk dibuat juadah malam raya. Kambing jantan muda ni tak sampai 6 bulan umurnya. Ada 4 bulan lebih sikit. 19kg berat. Kembarnya simpanlah untuk masa akan datang. 

Kali ni aku dan bini aku masak sendiri kambing muda ni. Kari kambing. Sebenarnya bertekak dulu nak masak apa. Aku nak masak lain. Bini aku nak masak lain. Tapi memandangkan bini aku yang jadi pengurus hal hal sebegini dan memegang 'absolute executive power' maka aku pun terkebil kebil menurut jua akhirnya. 

Puasa terakhir pagi pagi dah bangun pergi pasar Langkap. Nak beli santan segar. Nak beli bawang mayang serbuk kari halia kentang dan yang sewaktu dengannya. Terkejut aku dibuatnya tengok pukul 7 pagi dah penuh sesak pasar basah. Bukan sekitar pasar je sesak, habih semua kedai kedai dok jauh dari pasar pun sesak juga.  Halamak sesak nafas aku dibuatnya. Aku ni phobia sikit bila tengok traffic jam dan orang ramai. Cemas semacam. Tak tahu kenapa. 

Uh oh.. aku nak masukkan gambar situasi pekan Langkap tapi aku ambik gambar dengan smartphone, dan aku tak tahu macam mana pula nak pindahkan ke laptop. Jadi... pendekkan cerita lah. Short cut. Terus masuk bahagian dapur. 

Haaa sebahagian daging kambing muda yang telah siap dicincang. Tapi aku kena buat pengakuan tulus lagi ikhlas. Bini aku tak puas hati dengan cara aku motong daging kambing. Jadi dia yang motong. Aku cuma ...... potong bawang dan kentang. 

Argggggghhhhhh....... kalau ada lopak kerbau berkubang, dan dan situ juga aku terjun biar tenggelam habih badan cuma nampak bubble blub blub blub. Potong bawang dalam lumpur. Malu malu malu. Habih tercabar ego aku. Macam mana plak laki potong bawang bini potong daging? Sapa hero sapa heroin ni? 


Satu satunya ketulan daging kambing muda yang bini aku benarkan aku potong... under her very watchful eyes. Veeeeryyyyy watchful eyes. Terketar ketar aku nak motong hahahahahaha.....

Tumis dulu rempah ratus dalam kuali. Transit je ni. Nanti pindah ke periuk yang lebih besar. 

Ehhhh sorry guys! Aku tak  boleh teruskan gambar gambar edisi memasak sebab banyak gambar gambar private bini aku tengah masak. Unappropriate to be shown publicly. Aku pun tak perasan masa amik gambar. Bila tengok balik banyak yang kena censor. Semua kena censor. Semua.. terpaksa jadi Lembaga Penapisan Filem plak aku ni. Potong stim betul. 

Masak masak belah pagi dan tengahari. Petang aku pi kandang tengok situasi kambing. Dan gembala aku report ada kambing nak beranak balik ke kandang semasa digembala. Masalahnya tak sampai kandang. Dia dah puas check sana check sini cari kambing no 521 tapi tak jumpa. 

It was up to my sense of navigation now. Alhamdulillah semasa round terakhir (dan aku dah ready nak give up) aku terjumpa lokasi dia beranak. 6.30 petang masa jumpa dia ni. Beranak dalam kebun. Kenapa tak nak beranak kat kandang? Saja nak tambah sibuk kat aku ka time time nak raya ni?

Well.... gambar baru siap masak tak sempat nak ambik. Gambar siap dikebas sempat ambik... pehhh... seketul daging pun takdak. Tinggal kuah aje. Kuat makan kambing sedara mara aku ni. Suruh masak tak nak hahaha. 

Apa pun maklum balas yang diterima adalah positif. Kambing muda.. memanglah sedap. Kena pula kambing tempatan yang cukup eksesais udara segar dan cahaya matahari. Ada pula makan bijirin. Memang terangkat!

Lembut. Takdak bau. Juicy. Quality.

Mari beramai ramai kita makan kambing muda!

Selamat Hari Raya!

*Daging berkualiti tak perlukan pelbagai perasa atau masakan yang kompleks kompleks. Kari ni pun dah kira terlajak proses. Paling elok sebenarnya bakar atau panggang. Tak payah sos. Tak payah marinade. Tak payah gula garam. Haaa baru kita betul betul dapat menikmati dan tahu setakat mana kualiti daging tersebut. 



Sunday, July 27, 2014

AKU TAK RAYA!

Kalau aku bujang, dan kalau gembala aku bujang - aku dan dia tak akan beraya. Tak akan jalan ke mana mana. Duduk melekat dengan kambing. Setiap hari. Termasuklah hari raya. Kami tak tau hari. Kami tak tahu erti raya. Setiap hari adalah kerja. Kami tiada masalah dengan realiti setiap hari mesti kerja. 

Tapi aku dan dia masing masing ada pasangan. Perempuan. Dan sifat perempuan ialah suka beraya. Sangat sukakan hari raya. Dan perempuan memang buat kami dalam dilema. Ini kerana perempuan paksa kami beraya. 

Paksa. Laksa. Paksa laksa. Yaa seperti laksa dan kembarnya si kuah yang tak boleh berpisah, begitu jugalah setiap perempuan tidak dapat dipisahkan dengan paksaan mengajak lakinya bercuti raya. Dang!!

Setiap kali hari raya menjelang, aku dalam keadaan serba salah. Pompuan sana suruh laki mintak cuti dengan tauke (walaupun aku bayar double salary untuk hari pertama dan kedua), manakala pompuan sini sibuk suruh aku beraya dengan sedara mara. Setiap pompuan sudah bersedia dengan drama merajuk dan skrip ayat ayat kemerajukan sekiranya keinginan masing masing tidak dipenuhi. 

Golden Globe Academy Oscar Cannes Film Festival betulll!! Dang!

Susah nak raya golongan penternak sebenarnya betul tak? Masa raya ni lah banyak pelanggan dan pelawat nak datang. Bertali arus berderet deret. Macam mana nak jalan raya? Macam mana nak tinggalkan kandang?

Jadi kepada semua penternak yang beraya di kandang, yang senasib dengan aku - Selamat Beraya Dengan Kambing! Semoga kambing kita semua bertambah biak dan subur! 

Selamat Hari Raya!


Thursday, July 24, 2014

BILA MASA SESUAI GEMBALA?

Hai! Selamat sejahtera kepada semua pembiak kambing dan para petani juga para pengeluar makanan dalam seluruh tujuh lapis alam semesta!

Baru bukak what's app tadi. Ada rakan penternak yang mohon aku share observasi aku tentang masa sesuai gembala. Terima kasih kepada rakan penternak tersebut sebab bagi idea untuk aku menulis. Biasaklah. Raya dah dekat. Sibuk sana sibuk sini. Takde mood sebenarnya nak menulis. Aku ingat lepas raya je sambung tulis. Nak rehat sekejap dari berblogging. Aku nak cuci tingkap kereta dan cuci tayar kereta. Hari hari. 

Ok. Masa aku mula mula bela kambing, banyak sangat pihak yang kata - kambing tak boleh lepas ke tanah. Banyak cacing. Nanti banyak mati banyak problem. Lebih baik bela atas kandang aje. (Huh 'baguih' punya idea - setback industri ratusan tahun ke belakang!)

Mana yang cerdik pandai sikit kata kambing boleh lepas ke tanah. Tapi jangan pagi pagi. Bahaya. Banyak embun. Banyak telur cacing dan cacing melekat pada embun. Kalau lepas pagi pagi, kambing mudah kecacingan. Jadi kena lepas tengahari. Lepas pukul 12. Dan bila balik kandang kena bagi makanan tambahan, pasal foraj semata mata tak cukup untuk jaga prestasi kambing.

Takde takde .... TAKDE. Tiada seorang pun ..... yang recommend kambing dilepaskan pada waktu pagi, tiada seorang pun yang rekemen kambing boleh digembala, TIADA SEORANG pun.... yang rekemen RUJUK KEPADA ALQURAN bagaimana biakkan kambing. TIADA SEORANG pun.... yang rekemen rujuk kepada sunnah anbiya' bagaimana mereka bela kambing. 

Tiada seorang pun. Tiada sekelumit suara. Walhal ketika ini industri sedang gegak gempita berpusu pusu meriah semeriahnya dengan rantaian demi rantaian peserta baru industri.

Kembali kepada surah AnNahl ayat 6. Terjemahannya :

And for you in them is [the enjoyment of] beauty when you bring them in [for the evening] and when you send them out [to pasture] "

" Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi) "

Hmmm.... 

Dah jelaskan? Dalam AlQuran kata kambing digembala. Boleh digembala. Boleh dilepaskan pada waktu pagi...

Dah nampak berapa banyak kepalsuan yang meliliti pemikiran kita semua selama ini? 

Kalaulah awal awal lagi AlQuran dijadikan rujukan dalam kursus kursus kambing, baik yang jangka pendek mahupun jangka panjang untuk mereka mereka yang belajar bab haiwan di universiti universiti kolej kolej pertanian.....

Padanlah kita umat Islam di Malaysia tertonggeng tonggeng bab pengeluaran makanan. AlQuran tak dirujuk. 

Kalau ada profesor kambing yang ada 10 PhD kambing dari 10 universiti seluruh dunia pun, yang berfatwa kambing jangan digembala kambing jangan biar turun ke tanah kambing jangan lepas belah pagi - Tak akan boleh lawan kebenaran ayat 6 surah AnNahl. Tak akan boleh lawan kepandaian Tuhan yang menjadikan kita semua. 

Tuhan yang menciptakan bumi dan segala isinya. Tuhan yang menciptakan alam semesta dan tujuh lapisnya. Tuhan yang Maha Tahu akan fitrah kambing ciptaanNya. Tuhan yang menundukkan kambing untuk manfaat manusia.

Tuhan Maha Benar. 

Ianya mudah lagi simple. Sesimple Simply Siti. Atau game Simcity 2000. Kambing boleh lepas pagi. Kambing boleh digembala waktu pagi. TIADA KERAGUAN.

Baik. Aku sendiri sekarang lepaskan kambing bermula seawal 9.30 pagi. Biasanya antara 9.30 - 10.30 pagi. Embun tak embun hujan tak hujan - boleh takdak masalah (melainkan hujan lebat sangat). Belah pagi ni yang digembala ialah kawanan kambing betina. Breeder stock. 

Para ahli betina ni akan balik antara 1.30pm - 2.30pm. TIADA dedak diberikan melainkan kepada yang beranak dua ke atas, atau pejantan, atau yang ada masalah kesihatan, atau budak budak kecik yang tak pandai melompat parit. 

Dah selesai hal kambing betina, kambing jantan jantan pula yang dilepaskan. Yang ni tak digembala. Pasal pagi dah bagi makan dedak. Diorang pusing pusing makan dekat dekat kandang. 

So secara ringkasnya macam itulah. Performance? Yeah ok.  Alhamdulillah. 

Ok ok ok. Cukuplah. Takde masa dah ni. Kena hantar anak pi sekolah. Assalam!






Wednesday, July 23, 2014

SICK CHICKEN : WHAT WE NEED TO KNOW AND WHAT THE GOVERNMENT WON'T TELL US

http://www.theguardian.com/world/2014/jul/23/-sp-revealed-dirty-secret-uk-poultry-industry-chicken-campylobacter

Click the link above to understand more of the horror well hidden. The drive for cheap chicken has produced illness after illness, weakness after weakness, deform after deform, and death after death. Time to look better at the chicken served on our table. 

Kalau di Eropah yang kita tahu standard penternakan dan pemprosesannya adalah tinggi melangit, apa pula situasi kita yang memang rendah standard?

Sebenarnya kita sebagai pengguna banyak makan ayam sakit, kambing sakit, lembu sakit, kerbau sakit! Buah dan sayur pula tak nampak sakit - tapi beracun!



Tuesday, July 22, 2014

KEBAIKAN NIKOTIN...

Baiknya nikotin. Bukan baiknya rokok. Bukan baiknya tembakau.

Karang ada pula yang salah faham kata aku menggalakkan tabiat merokok. Nope. I do not condone smoking.

Ok. Saintis dapati nikotin membantu melambatkan atau merencatkan kemelaratan penyakit Parkinson. Atau sakit motor neuron yang lain. Ada kes dimana nikotin memperbaiki tahap kesihatan mereka yang diserang penyakit saraf. Dengan cara? Meningkatkan dopamine, sejenis neurotransmitter yang wujud dalam setiap neuron. Penyakit Parkinson didapati kurang dopamine. Ambilan nikotin membantu meningkatkan kembali tahap dopamine.

Nikotin juga MENINGKATKAN keupayaan kognitif. Memori. TUMPUAN. Fokus. Yeehaaa!! Setaraf dengan Ritalin yang para pelajar universiti selalu salah guna untuk meningkatkan tumpuan dalam kelas. Malah nikotin boleh dianggap sebagai 'the most reliable cognitive enhancer'. 

Saintis dapati penggunaan nikotin tidak menyebabkan ketagihan. Nope. Tarak. Ini kerana ketagihan kepada nikotin HANYA wujud bagi nikotin dalam rokok/tembakau. Tembakau ada gabungan nikotin + anabasine + nornicotine + anatabine + cotinine + myosmine. Ada keenam enam chemical ni, baru wujud ketagihan. 

Nikotin sahaja? Tiada ketagihan.

Baik juga berita ini. 

Dan aku harap para perokok jangan putar belit pula hasil kajian ni. Atau nak menyedapkan hati agar tabiat merokok boleh diteruskan.

Terima kasih!





DITERJAH RAKAN PEMBIAK : HALIM

Beberapa hari yang sudah, Tuan Halim datang terjah ladang kambing aku. Dia baru menceburkan diri dan ada bukak ladang kambing sementara di Teluk Intan. Cadangnya nak buka ladang pembiakan yang lebih besar di Besout. 

Tuan Halim umurnya 39 tahun. Kerja kontraktor. Sekarang ada duit, nak melaburlah sebahagiannya untuk projek kambing. Dia bukan main labur aje. Masa umur 30 lagi dah masuk kursus kambing sana sini. Sentiasa perhatikan perkembangan industri. Dan dia buat keputusan untuk tumpukan dulu pada contracting bisnesnya. 

Tuan Halim cakap kat aku, semua tempat kursus membiak yang dia pergi dulu bukan dikendalikan pembiak. Tapi trader dan importer. Ada yang takdak kambing pun tapi buat kursus membiak juga. Biasak lah zaman Pak Lah dulu, dana untuk kambing berterabur sana sini. Orang pun ambik kesempatan lah walaupun takdak skill walaupun takdak pengalaman walaupun konfem bercambah biak lah idea idea dan falsafah falsafah mengarut pasal kambing. 

Ok. Tuan Halim datang bersama dua rakannya. Yang berminat juga nak menjadi penternak. Tuan Usop dan Tuan Madi. Tahniah! Bersama sama kita menggalas cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara!

Ya, situasi makanan negara dan umat Islam semakin kritikal. Lagi ramai yang menceburkan diri menjadi pembiak dan petani, maka lebih cerahlah peluang nak melawan faktor faktor yang menjerumuskan kita semua kepada situasi kritikal ini. 

Aku bagitau Tuan Halim dan rakannya, boleh buat trading, boleh import buat sementara, tetapi biak kena buat. Semua penternak yang long live lagi durable lagi panjang hayatnya - semua ada operasi pembiakan. They always have.

Orait. Aku nak ucapakan terima kasih kepada Tuan Halim dan rakan rakanya yang datang menerjah. Semoga tuan tuan dapat manfaat daripada kunjungan tersebut, dan semoga usaha ternak tuan tuan berjaya dan diberkati Yang Maha Perkasa. Terima kasih juga kepada Tuan Halim yang rajin baca blog aku dan dah baca 70% isi kandungannya. Thanks!

Dari kiri : Madi, Halim, Usop. Thanks for the visit!

Monday, July 21, 2014

ALARM BELLS! ALARM BELLS!

This is unprecedented. God help me. I'm fighting tooth and nails against this terrible pinkeye infection.

What seems as a harmless act of some little fire, turned out to be a raging infection out of control.
_________________________

Aku pikir tiga ekor kambing dah jadi buta sebelah mata. Pemulihan nampak slim. Full recovery? Ntah la. 

Dan dah ada empat ekor anak kambing mati. Berturut turut  dalam masa yang singkat. Sepanjang tempoh wabak ini. 

Aku dah masuk botol ketiga antibiotik. Dan aku pikir dua pertiga populasi kambing akan diberi antibiotik. Belum pernah dalam sejarah, aku menggunakan antibiotik sebanyak ini. Belum pernah dalam sejarah kambing kambing aku sakit sebanyak ini. Belum pernah dalam sejarah - aku dilanda kematian demi kematian anak kambing dalam masa yang singkat. 

Biasa mass death ni terjadi pada kawan kawan yang buat trading dimana kambing selalu keluar masuk, DAN oh my god!!! aku memang ada lagi kambing trading dalam simpanan. Nooooooo!!!

Baru aku perasan, kambing trading yang mula mula sakit mata. Lepas tu habih semua kambing breeding terjangkit. 

Oh God. Trading is risky. And harmful to my breeders. (Kambing trading yang sama sistem dengan aku - takdak masalah. Kambing trading yang lain sistem dengan aku - BANYAK masalah).

Kesimpulannya - kambing trading jangan bagi sekandang dengan kambing breeding. Letak kambing trading jauh jauh kandang lain. 

Aku kena stop dulu trading. Reassessment. Buat masa ni aku rugi buat trading. Aku dah jatuh dalam perangkap yang sama seperti yang pernah dan kerap terjadi kepada rakan rakan penternak sebelum ini. 

I'm knackered. Knocked down. Hurt...


Sunday, July 20, 2014

PINKEYE INFECTION

Kambing orang lain tahan asap. Kambing aku tak tahan. 

Vulnerable. Very vulnerable. Almost defenseless. The speed of infection is astonishing.

Dalam usaha aku menangani wabak pinkeye dikalangan kambing kambing, aku cepat cepat order pinkeye spray. $45 sebotol. 

Tak sampai 15 ekor kambing - dah habis? Cilakak betul. Baik aku guna terramycin LA injection aje. $50 sebotol. Banyak kambing boleh bagi. Tempoh keberkesanan pun lebih lama.

Pinkeye aerosol. Tak puas hati dengan harga dan kapasiti aplikasi.

Pinkeye. Atau konjuktivitis. Mata berair air. Air mata mengandungi bakteria yang mudah merebak. Cara terbaik (yang aku tahu setakat ini) - basuh kedua dua belah mata dengan disinfectant (air bergaram, atau dalam kes aku bila garam takde - air berclorox buehehe). 

Kemudian inject terramycin. Lepas tu spray antibiotik ke dua dua belah mata. Banyak kerja sebenarnya kalau kambing dah kena sakit mata. Tak boleh dibiarkan. Boleh jadi buta.

Pinkish. Greyish. Ntah mana satu yang betul. 

Clorox + air. Biasa orang guna garam + air. Aku punya stok garam mana pegi ntah. Sebat ajelah apa yang ada. Pipi kambing yang berair air tu wajib dibersihkan dinyahkumankan. Demi memperlahankan perebakan. 

Lepas kena sembur dengan pinkeye aerosol.

Lagi contoh kambing yang kena pink eye. Ada berbelas ekor situasi macam ni.

Very bad case of pink eye. Aku terlepas pandang. Tak perasan situasi dia ni. Pasal dia selalu menyorok bawah palung makan. Kes macam ni memang kena inject terramycin, cuci hari hari, spray hari hari. Banyak keroje weh!

Front view. Teruk. Dua dua belah mata dah kena pink eye. Tapi yang peliknya si budak dara ni masih mampu ikut meragut. 

Pinkeye sebenarnya aku rasa sakit yang kuat untuk kambing. Boleh demam. Agaknya sakit kepala juga. Kita memang kena cepat cepat rawat. Jangan tangguh tangguh. Bahaya sakit ni. 

Ada teknik atau petua lain yang lebih mudah atau lebih berkesan untuk atasi pinkeye?



Saturday, July 19, 2014

KELEMAHAN BAKA KAMBING AKU

Tak suka nak cerita. Takde sapa suka cerita kelemahan sendiri. Semua orang suka cerita kebaikan dan kehebatan sendiri. Normal bagi manusia.

Tapi aku pikir ini bagus untuk dijadikan renungan bersama. Agar tuan puan semua beroleh kebaikan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang kambing.

Baik. Tuan puan tahu aku start bela kambing 13 ibu dalam tahun pertama. Bermula dari situ ia membiak. Takde ibu lain atau darah luar yang dibawa masuk atau ditambah. Melainkan pertukaran pejantan sekali sekala. Tapi itu pun dikira tidak cukup untuk mengkayakan diversiti gen kawanan kambing aku. 

Kawanan kambing aku, bagi aku, memiliki sifat 'isolated gene pool'. 

Sifat ini membolehkan adaptabiliti dan prestasi pembiakan yang bertambah baik MUNCUL dengan setiap generasi baru dibawah sistem semi intensif sawit landai. TETAPI dalam masa yang sama menguatkan sifat sifat negatif atau kelemahan kelemahan tertentu.

Kelemahan yang aku nampak sangat jelas ialah - kambing aku tak tahan dengan asap. Lemah dengan asap. Cepat sakit bila terhidu asap. Dan magnitud kelemahan dilipatganda bila asap tersebut ada tahi kambing walaupun cuma sedikit. Dang!

Itu hari aku ada buat spring cleaning kat kandang. Geram tengok sampah yang bersepah sepah kat kandang. Dah lama tak membakar. Bila sekali membakar, mula lah terlebih semangat. Habih semua sampah dikutip dan dibakar. Syok sangat membakar sampai tak perasan ada guni lama bawah kandang yang mengandungi sedikit tahi kambing - pun aku campak ke unggun. 

Huh selamat.....

Dua tiga hari lepas tu, banyak kambing selsema. Dan paling tak tahan - PINKEYE INFECTION. 

Wabak sakit mata. Berderet deret kambing aku kena. Settle seekor, dua ekor lagi kena. Kalau setakat berair mata, boleh tahan lagi. Masalahnya hari ni berair mata, besok mata dah kelabu. Tak boleh nampak. Demam. Kambing jalan macam orang mabuk keluar disko. 

Pehhhh tunggang langgang aku seminggu dua ni. Penat berperang dengan wabak ni. Dah sebotol antibiotik $50 habis untuk pinkeye infection sahaja. 

Ada pinkeye spray khusus untuk sakit pinkeye pada kambing. Tapi stok aku takdak. Dulu ada dua botol. Tapi dah lama sangat expired. Aku dah buang tong sampah. Aku ingat dah tak perlu lah pada pink eye spray. Dah bertahun tahun tak pernah kena sakit mata (sebab aku dah bertahun tahun tak perasap). Lagipun takde buat trading. Jadi kuranglah risiko munculnya pinkeye.

Tapi tu lah silap itu hari. Bakar pula tahi kambing. Sikit je pun. Cinonit. Tapi dia punya effect fuhhh - extra effect, side effect, extreme effect, segala macam effect habih semua muncul. Kelam kabut aku dibuatnya. Penat betul....

BERSAMBUNG...

KAMBING HILANG!

Kadang kadang ada juga kambing yang hilang ketika digembala. Jika... konsentrasi bukan pada 100%.  Atau... dibenarkan keluar dari kawanan gembalaan dan dibiarkan balik sendiri.

Kelmarin gembala aku report no 520 sakit. Asyik tertinggal di belakang. Mengah. Mengembek lain macam. Kawanan baru lepas. Takkan nak biarkan 520 terus mengikut. Nanti mengganggu pergerakan kawanan. Jadi gembala aku biarkan dia balik sendiri. Kebetulan no 30 nak beranak. Dia pun nak balik kandang. Jadi gembala aku biarkan 520 dan 30 balik ke kandang beriringan.

Sepatutnya takde masalah. Biasa perkara kambing keluar dari kawanan dan balik ke kandang sendirian terutamanya bila nak beranak. Tapi cuma no 30 yang sampai. No 520 hilang ntah ke mana. 

Rondaan kali pertama mencari tak jumpa. Kali kedua baru jumpa. Tersorok. Diam. Dalam pondok tinggal. Rupanya no 520 kembung. 

Uh oh disini rupanya no 520. Kenapa tak nak jalan balik sama sama dengan no 30?

She looked sickly. Need for an ambulance...

Dah dimasukkan ke dalam ambulans. Tiada ubat dalam ambulans. Melainkan ultra long life coolant gred pembuat kereta dalam botol hijau dekat punggung 520... yeah... teruk punya ambulans.

Sampai kandang, aku terus bagi ubat. Untuk kembung (yang jarang jarang terjadi) biasanya aku guna 3-7 gram sodium bikarbonat yang dicampur dengan segelas air. TAPI kambing tak suka minum. Menggelupur. Jadi nak mengurangkan reaksi menggelupur yang betul betul menyusahkan pemberian ubat - aku guna U Lite. 

Yep. U-lite + sodium bikarbonat + segelas air. U-lite ni sebenarnya untuk kencing tersumbat TAPI kambing suka minum. Sedap. So aku guna campuran di atas untuk atasi kekembungan. Biarkan campuran tu selama 5-10 minit baru administer pada kambing. 

It works! Beautifully!

N0 520 dah tak kembung lagi. Phewwwww...... alhamdulillah! 

Oh gambar no 30 dan anak anak yang dilahirkan. Segala kebesaran kepada Yang Maha Perkasa!


Terima kasih!





Friday, July 18, 2014

OH MY GOAT! THE ALIEN HAS LANDED!

'Crop circle' di US

'Crop circle' di alwigoatfarm buehehehe....

Semalam aku masuk ladang. Dan lewat petang aku baru perasan ada formasi aneh pada padang rumput depan rumah ladang. Aku naik ke loteng rumah untuk dapatkan pandangan lebih baik. Tu diaaaa.....

Bila masa 'alien' susah payah tulis nama aku ni? Hahaha...

Aku tanya pekerja aku, sapa yang buat ni? Takdak sapa mengaku. Semua tersenyum senyum.

Aiiii korang ni lah. Takpe. Sebenarnya jauh di lubuk hati aku rasa terharu dengan 'penghargaan' yang korang berikan. Susah payah korang tulis nama aku besar besar. Nasib baik aku perasan. Ok. Nanti aku belanja korang makan. (ke memang  taktik nak suruh aku belanja makan?)

Thursday, July 17, 2014

STILLBORN

Ok. Sambung cerita semalam. Yang pasal anak jantan mati masa lahir. Ni gambar maknya. No 268. Sehari selepas beranak. Perhatikan uri dia yang masih belum keluar. Dah hitam. Kalau normal setengah jam ke satu jam dah habis tanggal uri. 


Ini memang bukan normal. Dah dekat  24 jam melekat lagi urinya. Ada masalah. Ada jangkitan kuman. Aku bagi antibiotik dan aku bagi dewormer (too late for a dewormer actually!). Tengok pula gambar anak anak dia yang lagi dua ekor. 


Kedua dua anak betina di atas tak putus putus tali pusat! Dah dekat 24 jam.

Ok. Aku tak tahu apa sebenarnya 'description' situasi di atas. Pasal aku bukan vet. Tetapi berdasarkan pengalaman aku memang kadang kadang berlaku kes sebegini (bukan kerap ye!).  Mak kambing nampak sihat, nampak cergas, tapi bila beranak kembar - ada masalah.

Mungkin disebabkan mak kambing kekurangan zat dan tenaga semasa mengandung semester lewat (bulan ke 4 dan 5). Energy intake dia tak dapat tampung perkembangan janin tiga ekor yang membesar mendadak pada semester lewat. Jadi satu ekor mati. Dua ekor lagi saiz kecik. 

Dan... mak kambing kurang zat dan tenaga kemungkinan besar disebabkan beban cacing (aku dah lama tak bagi dewormer! rasanya si 268 ni dah lebih setahun tak bagi ubat cacing - kalau piau kacang takpe kuat daya tahan cacingnya. Masalahnya baka aku bukan pure kacang. Dah cair kepekatan darah kacangnya).

Pada pandangan aku, nak mengurangkan secara drastik kes macam ni - bagi dewormer ketika prepartum. Ketika umur kandungan 3 bulan. Ye ye ye banyak penternak baru yang risau hal keguguran - tetapi pengalaman aku lain. Kita guna ubat yang betul. Dan kalau betul ubatnya, overdose pun tak dak masalah. 

Deworm prepartum lebih baik lebih afdal lebih banyak manfaatnya daripada deworm postpartum. Yep I think so. I REALLY THINK SO.

Aku masih buat selective deworming. Dan aku buat saat prepartum. Biasanya jarak 8 bulan. Maknanya ibu ibu kambing diberi ubat cacing pada kekerapan 3 kali setiap 2 tahun. Kalau .... aku rajin. 

Kes di atas sebab aku tak rajin. Aku dah terlepas pandang. Jangan ikut aku yang malas ni. 

Ok. Itu sahaja kali ini. Terima kasih semua!

Selamat membiak!




Wednesday, July 16, 2014

I'M UNHAPPY WITH DEATH

Sebagai pembiak, kita bergembira dengan kelahiran anak kambing. Dan kita bersedih dengan kematian kambing. Semalam aku dapat lagi kelahiran kembar tiga. Dua betina satu jantan. Alhamdulillah. Sayangnya seekor yang jantan mati semasa sedang diteran ibunya. Mungkin juga dah mati sebelumnya. 

Pun Alhamdulillah. (Bini aku kata kita kena belajar sebut alhamdulillah walaupun kita tak suka perkara yang terjadi pada kita - baru nampak tahap iman). Betul juga tu. 

Ok. Inilah anak kambing yang mati semalam. Sebab kematian? Aku tak arif. Mungkin perutnya dah memang berlubang. Cacat. 

Rest in peace little one!

Tengok perutnya tu. Berlubang sampai terkeluar organ. Organ apa aku pun tak tahu. 


PRIME QUALITY VEGETATION

Kambing akan jadi kambing kalau meragut pada kawasan sebegini. 
____________________

Aku pengembala. Dan dah lama aku observe kambing semasa digembala. Aku paling suka kalau kambing dapat akses kawasan ragut macam ini. Bagi aku kawasan sebegini adalah sangat sangat baik untuk kambing dan tukang gembala. Ada pisang liar. Atau ubi liar. Ada juga dedaun nyonya yang tinggi tinggi lebar lebar. 

Kambing cepat kenyang cepat puas dan sangat produktif sekiranya kerap pergi kawasan ragut macam ni. Heat stress pun kurang. Gembala pun boleh rilek. Yep. Terbaik. 

Tapi... bukan senang nak jumpa kawasan macam ni. Biasa bawah sawit terang benderang. Punya lah jauh berjalan baru boleh jumpa kawasan macam ni. Aiii no pain no gain juga. 


Terima kasih!

Tuesday, July 15, 2014

ITS CALLED FLEHMEN!

Selama ini fenomena kambing yang pelik dimana kambing cium kencing kawan dia kemudian menggulungkan bibir atas - aku panggil 'juih juih'. Sebutan Melayu yang sebenar aku tak tahu. Tapi omputih kata 'flehmen'. Kalau kambing sedang buat menatang ni - 'flehmening'.

Flehmen bukan sahaja pada kambing, tetapi hampir semua mamalia. Manusia? Hmmm..... ntah la susah nak cerita ;)

Ok. Flehmen sebenarnya suatu fitrah (built in response/reflex). Jantan dan betina. Semua buat. Termasuklah jantan yang dipotong telurnya. Flehmen membantu mengenalpasti tahap kesuburan dan kesediaan seseorang individu yang di.. flehmenkan ;)

Flehmen menguatkan deria bau dengan cara mempercepatkan pemindahan bau/feromon dari hujung mulut ke organ vomeronasal/Jacobson's organ. Jadi lebih pantas dan lebih tepat untuk kenalpasti status sebenar kambing yang dicium kencingnya. 

Macam gambar gambar ni. 

Bebiri jantan..

Kuda..

Tapir..


Kambing... yang ni melampau lampau flehmen response nya. Gilo..

Monday, July 14, 2014

THE CUP FINAL - MEAT EATERS VS PORK EATERS

Final Piala Dunia di Brazil. Jerman lawan Argentina. 

Jerman menang 1-0. 

Apa yang kita tak tahu ialah kedua dua finalis adalah pemakan daging merah yang sangat kuat. Argentina pemakan daging lembu no 1 dalam dunia pada kadar  lebih 55kg/per rakyat/per tahun. Manakala Jerman adalah pemakan daging babi no 3 dalam dunia. Pun pada kadar lebih 55kg/per rakyat/per tahun.

Maksud aku ialah bangsa yang kuat makan daging merah memiliki kelebihan fizikal. Tubuh lebih mantap. Higher level of strength. Higher level of conditioning. Bila dibandingkan dengan bangsa bangsa yang 'slow' sikit bab makan daging merah. 

Kita tahu semua atlit dari semua negara yang bertanding dalam kempen Piala Dunia penat. Sangat penat. Liga domestik mereka sudah cukup memerah segala tenaga dan kudrat yang ada. Bila masuk Piala Dunia lagi lagi bertambah penat. Piala Dunia bukan pertandingan mudah.

Hanya mereka yang kuat fizikal, kuat stamina, kuat conditioning - mampu bertahan sehingga hujung Piala Dunia. 

Dan sifat suka makan daging merah MEMBANTU dari segi memelihara keupayaan fizikal - kekuatan dan stamina. 

Yang tak berapa bestnya Jerman yang kuat makan daging babi pula menang World Cup. Aiii.... tapi yelah dah Jerman bersiap sedia sejak dulu lagi. Semenjak tahun 2000 lagi. Pulak tu preparation untuk World Cup memang tinggi memang detail memang teliti habih. Kalah pasukan pasukan lain kalau dibanding tahap persediaan mereka dengan Jerman. 

Hmmmm.... 

Pork eaters VS meat eaters. And the porkers win... oh crap!

Sunday, July 13, 2014

AKU GERAM DENGAN MEELOFA!

Meelofa putih mulus. Meelofa lentik bulu mata. Meelofa comel lote.

Dan Meelofa pikir kecomelannya membolehkan dia buat apa sahaja sesuka hati - termasuklah bertenggek dalam palung makan.

Kalau dia pandai basuh sendiri palung makan, takpa. Ini aku yang susah payah kena basuh hari hari.

Aku geram dengan Meelofa!!!!


Saturday, July 12, 2014

KEKUATAN ALKAHFI : 39

Sebahagian kekuatan ayat 39 AlKahfi aku dedahkan. Sebahagian. Ada lagi. Banyak.
_________________________

Semalam aku dapat lagi kelahiran kembar tiga. Segala puji dan kemuliaan kepada Yang Maha Pemurah. Dan Maha Pengasih kepada mereka yang beriman kepadaNya. 

Tahun ini dapat banyak kelahiran kembar tiga. Banyak kali. Berderet. Tak pernah terjadi sebelum ini dimana tahun tahun sebelumnya cuma ada satu atau dua kes triplet dalam satu satu tahun. 

Aku masih menggunakan pejantan yang bukan keturunan kembar. Dan menggunakan kumpulan induk yang sama dimana kebanyakannya bukan keturunan kembar. Dan jumlah input yang lebih rendah. 

INPUT LEBIH RENDAH. Bukannya sama atau lebih tinggi. 

Aku perasan ini semua bermula saat ayat 39 AlKahfi diamalkan setiap kali sampai di pintu ladang. Yaaa ayat 39 AlKahfi adalah 'performance booster' yang menakjubkan. Boleh 'unlock' potensi yang tidak diketahui wujud pada ternakan kita semua. Tak perlu susah susah buat itu buat ini tertonggeng tonggeng. Cuma perlukan keyakinan. Iman. Taqwa.

Dan ketahuilah rakan rakan penternak pembiak sekalian,

Aku adalah paling kurang takwa antara kita semua - solat aku tunggang langgang, puasa aku tunggang langgang, zakat aku tunggang langgang, sedekah aku tunggang langgang, aku banyak buat perkara dosa dan sia sia........ - iman aku sangat nipis. Taqwa aku secubit. 

AKU SANGAT YAKIN SANGAT PASTI, sesiapa antara kita para pembiak yang lebih tinggi taqwanya, yang benar benar berusaha menjunjung sunnah para anbiya' - akan dapat 'unlock' potensi yang lebih besar di luar kebiasaan. Yang orang kata dongeng. Mustahil. 

Tetapi bagi aku bukan mustahil. Bukan dongeng. Kerana aku sendiri telah merasa fenomenanya. 

Kerana itu, wahai rakan rakan pembiak sekalian, gunakanlah hadiah kurniaan Sang Maha Penyayang, istimewa untuk mereka yang beriman kepada kewujudanNya, sekerap kerapnya. Seyakin yakinnya. 

"Tiadalah semua ini wujud tanpa kekuatan dan pertolongan dari Allah Yang Maha Agung"!!!

Ke arah kebebasan!




BEBIRI UNTUK DIJUAL

Salam sejahtera rakan rakan pembiak,

Seorang rakan pembiak berhampiran ingin menjual bebiri betinanya sebanyak 100 ekor. Style lepas bawah sawit. Sapa sapa berminat boleh contact aku. Thank you!

Thursday, July 10, 2014

KAKI PUNGGUNG!

Gilo aku ni. Bulan pose sibuk cerita punggung. Bulan tak pose takde plak teringin cerita punggung. Aiii....

Itu hari aku ada buat test pada Red Fellow. Aku letak dia dalam kandang breeder yang penuh betina. Rilek. Takde apa pun. Semua kambing menjauh.

Tapi sebaik sahaja aku letak Red Fellow dalam kandang jantan - tu diaaa.... terus kena gomol kena gigit kena panjat. Memang selamat dia jadi lauk. Walaupun dia plastik, dan aku sangat pasti tiada pheromone yang dikeluarkan. 

Jantan memang.... sexually driven. Visually stimulated.

Bentuk sahaja sudah cukup mengghairahkan bagi sang jantan. 

Kambing betina semuanya saspen dengan kehadiran Red Fellow. Semua menjauh..

Dalam kandang jantan. Letak aje dah terus kena cium cium.

Dah kena panjat.

Jantan... jantan..... 

So it's very clear that males are very lusty. Very natural. Fitrah.

Cerita pasal pheromon, didapati kambing jantan keluarkan 'minyak wanginya' di bulu pada kepala. Ini adalah cara utama menarik perhatian betina. Kalau dia kencing kencing pada badannya sendiri itu cumalah sebagai booster. Turbo. Enhancement.

Yang utamanya tetap bau pada bulu di kepala. 

Selamat membiak!