Kadar
kelahiran secara mudahnya ialah jumlah anak kambing per tahun
dibahagi bilangan ibu kambing yang beranak per tahun. Kadar
kelahiran mestilah dikira berdasarkan keseluruhan kambing yang
beranak sepanjang setahun tersebut. Tidak boleh kita ambil sebahagian
kecil kambing yang beranak untuk mewakili kadar kelahiran
keseluruhan.
Contohnya
kita bela jamnapari 100 ekor. Tak aci kalau kita ambil yang grup elit
sahaja 10 ekor. Sekali semua beranak dapat anak 25 ekor. Kemudian
kita kata kadar kelahiran kita 2.5 - aaaa ini tidak tepat. Kita kata
misrepresentation. Sebetulnya kena kira untuk keseluruhan kawanan
kambing, baik yang elit, median, mahupun low performer.
Satu
lagi, kita mesti tunggu cukup setahun. Kita kira per tahun ye,
bukannya per musim beranak, bukannya per 8 bulan, bukannya dua tahun
tiga kali beranak, bukannya setiap 6 bulan beranak. Per tahun lebih
tepat, lebih menggambarkan situasi sebenar.
Bagi
seorang pembiak kambing pedaging, target kidding rate per year ialah
1.8. Maknanya semua ibu menghasilkan 1.8 anak sepanjang setahun, atau
100 ibu menghasilkan 180 anak dalam tempoh setahun. 1.8 adalah
textbook figure, accepted worldwide, petanda yang menunjukkan
sesebuah operasi pembiakan kambing pedaging mencapai tahap yang
sangat memuaskan.
Kalau
kita pembiak dapat kidding rate 1.8, dah kira excellent profit lah
ni. Dan berdasarkan pandangan peribadi aku, dan berdasarkan parameter
semasa ladang aku, minimum kidding rate bagi seorang pembiak pedaging
kacukan tempatan ialah 1.5 per tahun. Boleh cover cost, ada
acceptable profit untuk kita, kira safe zone lah, cumanya well...so
so.
Sapa
yang bela boer belum cross darah tempatan, hangpa kena target
kidding rate 1.1 atau 1.2 untuk profitability DAN target pasaran
baka. Kalau target pasaran pedaging, hmmm.... sakit juga dibuatnya.
Kalau kita ada 100 ekor ibu boer, make sure dapat 110 anak dan
dapatkan harga jualan >$800 per ekor. Kiranya sasaran ialah setiap
produced unit harga lebih 1 dinar. Baru boleh survive. (Pure blood
boer normal kidding rate under tropical climate is 0.78 per year
- keep that in mind, and if you do better than this -
congratulation!!).
Now
bagi baka besar besar macam jamna atau saanen yang lebih menjurus
kepada susu, ciri yang dikehendaki sebenarnya lower kidding rate. Yep
it's true sebab kita nak susu banyak, so kita nak tempoh laktasi
panjang. Lagi panjang kidding interval, lagi sikit anak, lagi
menepatilah parameter baka susu. Aaaa aku rasa ramai yang tak nampak
ni. Terbalik sebenarnya parameter pedaging banding susu ni. So tuan
puan kena aware.
Tak
kena sebenarnya cross baka susu dengan baka tempatan untuk operasi
pembiakan pedaging. Salah metodologi dah ni. Yang cantiknya crosskan
baka pedaging macam boer dengan baka tempatan, aaa ini baru kena
dengan target kita sebagai pembiak pedaging.
Tapi
takpa, buat masa ni realitinya kita masih tahap cincai. Banyak lagi
kena belajar. So takpe, sebat je lah apa apa cross pun. (Personally I
never prefer jamna blood and its derivative- average carcass is only
42%)
By
the way, satu lagi realiti cuaca tropika yang aku nak sebut di sini -
baka besar besar sebenarnya rendah kadar kelahiran per tahun
melainkan buat high input husbandry. Always remember this fact -
selalu orang claim dasat dasat pasal baka besar dia tapi rekod tak
simpan, dan dia tak bagitau yang dia buat high input. Very
misleading. So please be aware. Don't let ourselves be easily misled.
Ok,
baru nak masuk tajuk. Huh terbabas saja aku ni.
Tuan
puan, kadar kelahiran di ladang aku ialah 2.3 buat beberapa tahun
terkini. Bila aku dah phase out kambing awal yang takdak disiplin
(yang lahir dari sistem extensif), dan juga keluarkan boer pureblood,
dan mula mengikut sunnah para anbiya' yakni mengembala kambing -
barulah ladang aku terasa 'turbocharged', nampak jelas pertambahan
prestasi.
Especially
part mengembala tu yang betul betul boost aku punya kidding rate
performance melebihi 1.8.
Now
get this - adalah sangat... boleh, kidding rate kita melebihi 2.3...
boleh menjangkau an incredible 2.95.... and maybe all the way to mind
blowing 4.0.
It
is possible.
Very
much possible.
Tuan
puan, 2.3 tu aku dapat dengan menggunakan pejantan single birth dari
dulu sampai sekarang, dan majoriti induk adalah single birth. Kalau
kita select twinner untuk pejantan dan induk, of course kidding rate
kita boleh melonjak drastik.
Dan
2.3 aku dapat dengan menggunakan low input husbandry. Aaahh.. kalau
kita naikkan input kita? Setara dengan mereka yang buat high input
husbandry? Atau melebihi mereka? Hmmm...
Dan
kalau kita menggunakan DNA selection tool - salah satunya Marker
Assisted Selection untuk upgrade kualiti baka dan kewarisannya?
hmmmm....
Incredible
it will be.
Semi
intensif ni sebenarnya kita boleh jadikan high input kalau kita nak,
dan pastinya pulangan kita atau output kita lebih baik daripada masa
low input.
Dari
segi potensi pulangan per unit pelaburan, aku berpendapat sistem semi
intensive give much better bang per buck daripada sistem intensif.
Yeah.. apalagi jika darah tempatan ada sebagai paksi.
Now,
balik semula kepada kidding rate, sememangnya kita boleh dapatkan
kidding rate yang lebih tinggi dengan macam macam cara. Banyak juga
tech yang available untuk kita kan? - Kandang air cond anybody? -
cumanya nak pilih cara yang paling mudah dan murah.
And
that is using local blood as the base, together with semi intensive
system - gembala bertongkat. The surefire way to extract incredible
performance in goat breeding operation.
Apa
tunggu lagi?
Get
local.
Be
a shepherd.
God
bless us.
Salam.
Kidding rate 2.3!! Phuhhh...dahsyat tu!! Peluang begini memang wujud bagi penternak yang ada padang ragut yang luas, ladang sawit/getah berpuluh ekar. Kalau tak ada pdg ragut yang luas nak wat camana ye? Setakat nak menggembala dalam kawasan seluas 1-2 ekar setiap hari di tempat yang sama pun boleh jadi masalah gak tu. Ada cadangan alternatif tak?
ReplyDeletekawasan terhad berpagar, tak yah gembala. Dapat turun ke tanah akan improve mood dan kesihatan. will perform.
DeleteSalam Prof,
ReplyDeleteKesimpulan di sini, Ambil darah boer masuk dalam darah tempatan. Buat sistem semi intensif. Kemudian serasikan darah campuran tu sehingga menghasilkan darah tempatan dominan tapi ada sikit darah boer.
Then akan capai pencapaian tahap maksima Semi intensif?
Deletekeep crossing!
Deletenanti aku akan buat post pasal ni.
Susah jga sbnarnya nk dptkn kidding rate mcm prof.alwi ni.nmpk sng je pkai baka kacukn kmpung,sistem semi intensif,mngembala.tp bila smpai pelaksanaan tunggang langgang jdnya.org xde pnglmn cmnila gayanya.hehe..Alhamdulillah den ada pngkatan dr sgi klhiran kmbr n mortality ank smpi crai susu.tahun ke2 ni kira oklah cket..
ReplyDelete0.78% kidding rate utk Boer PB dlm iklim tropika?mmg jhanam ler jwbnye nnti.hehe.1.1% n 1.2% pun kalu dpt kira bgus dah tu cma market pula mslh nk jual psaran baka.bela kmbg kcukn kmpg jela sng.haha..
untuk pembiak baru, memang mudah bela kambing yang ada darah tempatan.
Deleteesok dah mahir, boleh main main darah eksotik.
polisi kerajaan masih favor darah eksotik, aku tak nampak ada perubahan dalam masa terdekat.
tengah bulan hari tu, saya menyaksikan kelahiran kembar 3 di kandang saya walaupun survive 2 ekor je, tu pun sebab kena abuse. kid abuse. kelahiran ketiga ibu tu, dan bapak kelahiran single yang merupakan anak kepada ibu tu. hahaha, sumbang mahram. dan semestinya, kacukan kampung.
ReplyDeletememang best kalo dapat capai level prof alwi. 2.3 tu. nak capai 4.0 pun tak jadi masalah sebenarnya, tapi makan masa. cara paling simple macam prof alwi cakap la, dari maternal parent dari kelahiran kembar. lagi cantik kalo induk betina dari keturunan triplet quadruplet.
50% genetik jantan turun kepada anak. so, untuk dapat generasi ketiga yang lebih 2.0, mungkin 3.0, tok dia harus kelahiran kembar. nak dapat kembar ni bergantung kepada ovulasi induk, lagi cekap ovulasi, lagi banyak telur dihasilkan untuk disenyawakan. ^___^
kalau kidding rate tinggi, infra dan kapasiti kandang kena cukup. ruang kena ada. can be overwhelming kepada yang tak cukup pengalaman.
Deletekena standby botol susu la jawabnya. haha. tak sanggup dah, ada seekor nyusu botol pun dah pening.
DeleteSalam Prof.
ReplyDeletebab kidding or breeding rate ni ja saya tak brape setuju ngan kiraan prof.
contohnya, kalau setiap ibu beranak dua ekor setahun (setiap kali 2 ekor), maknanya, kadar adalah 2.0 dikira PADA TAHUN TERSEBUT.
Dan tahun depan plak, kesemua ibu beranak beranak 2 ekor jugak (tetapi DUA KALI atau 2 pusingan, setiap kali beranak 2 ekor) pada tahun tersebut. Kalau ikut pengiraan prof pada tahun itu, maka kadar jadi 4.0?
tapi kiraan saya senang je..let say, untuk 2 tahun (berturut-turut) tersebut, jumlah kadar tersebut (2.0+4.0) perlu dibahagi kepada 3 (kerana terdapat tiga kelahiran BAGI SEEKOR IBU bagi tempoh DUA tahun)
jadi PURATA KADAR=(2.0+4.0)/3 = 2.0
kadar PURATA 2.0 lebih menggambarkan keadaan sebenar, kerana bagi saya, potensi setiap ibu beranak dua ekor setiap kali, CUMA pada tahun pertama ia beranak sekali sahaja dan pada tahun kedua, ia beranak dua kali.
itu sebabnya tahun pertaman kadar hanya 2.0 dan tahun kedua jadi 4.0.
tapi itu bukan nya IDEAL KES..
ada juga kambing beranak 2 kali bagi 2 tahun..
ada juga tak beranak langsung bagi tempoh tersebut, kalau tak singkir..
ada juga beranak ikut suka..
ada juga beranak seekor sekali je
tapi, itu lainlah..maknanya tak ikut 'normal proescedure'
itu yg saya observed selama ni..saya mungkin silap, tapi saya masih 'follow what I understand'..to be figure more meaningful
saya mungkin silap
your cakculation does seem very complex.
Deletemy established kidding rate per year, until now, belum lagi exceed 2.3.
boleh naik kalau buat kaedah kaedah di atas.
Kidding rate 1.8 memang cukup bagus untuk semi-intensif low cost seperti yg diamalkan oleh Prof.
ReplyDeleteBut it is not good enough for intensive system.. whatever intensive system
kena target market baka
DeleteAssalam Tuan,
ReplyDeleteSetelah sekian lama mengikuti blog tuan. Hari ni teringin pulak utk participate. Pertanyaan saya seperti berikut:
a. Jika satu batch di dalam ladang adalah campuran jenis berbeza (contoh local, boer, jamna). Perlukah kiraan kidding rate di asingkan ikut klasifikasi instead of total farm population? (pedaging dan susu ada targe berbeza)
b. Jika target 1.8 kidding rate adalah optimum bagi pedaging di mana akan menghasilkan profit, adakah lonjakan melebihi paras 2.0 akan mengurangkan profitability, memandangkan dengan kidding rate lebih dari 2.0 ada kemungkinan, ibu melahirkan kembar dua atau lebih. Bukankah kembar lebih dari dua meningkatkan kos pembiayaan?
Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu selama ini. Saya doakan tuan dan usaha tuan, diberkati dan sentiasa mendapat rezeki yang lebih baik. In sya Allah.
salam
Gembala Kelana
Gembala Kelana ada web presence ke?
Deletekidding rate lebih 2.0 tidak semestinya banyak kelahiran triplet. tiada kenaikan kos sebaliknya penurunan kos.
sebaik baiknya asingkan menurut baka.
terima kasih di atas doa tuan.
terima kasih sekali lagi.