Pada
16hb April 2013 (bulan sudahlah), aku dijemput pergi bengkel ke 3
program ladang pengganda ARB. Buat kat BoDen, N9. Penganjurnya ARB,
projek khas pembiakan lembu kambing di bawah MardiTech.
Program
ni kira macam retreat. Mesyuarat yang santai santai gitu. Seperti
biasa, semua meeting kat BoDen sahih buat dalam kandang kambing.
Kandang beranak plak tu. Meeting sambil menikmati angin bukit dan
pekikan anak kambing. Kelas weh!
Ketua
pengarah MARDI, Dato Shukor pun ada. Begitu juga saf utama kepimpinan
Mardi. Dan peserta bengkel ialah ladang ladang besar lembu dan
kambing yang telah dilantik sebagai ladang pengganda.
Retreat
ni sebenarnya janggal untuk aku. Aku rasa kekok betul bila dijemput
ke program ni. Pasalnya aku adalah satu satunya ladang yang paling
kecik dalam banyak banyak peserta. Aku ni baru ada 100 ekor induk
kambing, dikira sebagai semi komersial. Sedangkan ladang lain
semuanya bertaraf komersial, lebih 500 ekor, dan capex juta juta. Aku
datang pun ngan kereta kecik, yang lain datang dengan camry, hilux,
fortuner dan yang sewaktu dengannya. Jauh beza ngan aku ni hehehe.
Anyway
ARB telah melantik 2 ladang kambing sebagai ladang pengganda untuk
2013. Ladang aku, dan satu lagi kat melaka. Haji Zeid punya, Wawasan
Manis Sdn Bhd. Dia ada lebih 500 ekor kambing dan dah 12 tahun dalam
industri, siap eksport kambing lagi. Kambing dia pun ada menang masa
Maha punya show baru ni. Dia ni ajk persatuan pembiak kambing
malaysia. Kepada mana mana penternak kambing, kita boleh banyak
belajar dari BoDen dan Wawasan Manis.
Setakat
ini ada 6 atau 7 ladang pengganda (multiplier farm) sedia ada untuk
kambing di seluruh malaysia. Sori aku tak ingat bilangan sebetulnya.
Dan semuanya big scale dan ada yang government funded. Tapi.... lets
be frank here, aku rasa dalam banyak banyak ladang pengganda sedia
ada, aku rasa BoDen aje yang sustainable. The rest is... still
struggling.
Bilamana
ARB melantik alwigoatfarm dan wawasan manis sebagai ladang pengganda
yang baru, aku merasakan ARB sedang membentuk halatuju baru. They now
are looking for experienced breeders to form the bulk of the next
multiplier. Thats a major shift in direction. (memandai mandai aje
aku ni weh! aku bukannya duduk dalam Mardi dan ARB).
Tapi
aku rasa betullah kot. Kalau takde perubahan halatuju, kenapa pula
ARB lantik aku sebagai pengganda? Aku memang jauh berbeza dengan yang
lain lain tu. Terang benderang aku buat kambing kacukan, bukannya
exotic fullblood. Semua ladang pengganda sedia ada memang bela boer,
atau jamna. Dan aku cuma ada 100 induk, dikira semi komersial. Ladang
komersial mesti ada 250 ekor induk, dan jumlah kambing mencapai 500
ekor.
Aku
memang lain daripada yang lain. Betul betul pelik. Odd. Awkward.
Terasa sangat janggal bila berada dalam geng multiplier ni. Dan aku
adalah yang termuda dalam grup tu. Again this is odd.
Tapi
walau pun terasa janggal, geng geng dato ngan pengarah ni takdak
masalah. They are very welcoming. They welcome we warmly.
Oh,
kemasukan aku dan wawasan manis sdn bhd menjadikan jumlah ladang
pengganda menjadi 8 buah, atau 9 buah. Dan aku percaya ARB sedang
mencari beberapa buah ladang lagi. Nak jadikan 13 atau 14 di seluruh
malaysia. Tapi nak kena jadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia
dulu, dan memiliki rekod ternakan.
Selection
sekarang berdasarkan merit, berdasarkan pengalaman membiak. Bukan
lagi kerana political connection, atau bukan lagi kerana rajin melobi
sana sini.
Multiplier
ni pula kena cari lagi ladang anak bawah dia. Kena bangunkan lima
ladang satelit. Pulak dah, satu koje lagi ni. Err.. bab ni memang
payah sikit bagi aku. Nak jadi mentor bukan senang weii.. apa apa
silap semua kata mentor punya pasal.
Aku
rasa aku belum bersedia nak jadi mentor. BoDen ngan Wawasan Manis
takpe memang dah ada kredibiliti dan fasiliti. Aku apa yang ada...
letrik pun takdak kat ladang aku ni haa..
Hmmm...
i need some serious investment.. again..
Oklah,
taknak pikir dulu bab funding funding ni. Dari dulu asyik pikir aje.
Tiap tiap dua tahun kena perah kepala. Sampai berpintal pintal kering langsung
otaknya, dah tak payah jemur jemur. Penat oiii..
Ada sedikit gambar semasa retreat.
Kiri sekali Hj Zainal BoDen. Tengah yang dekat tiang tu Dato Shukor, Ketua Pengarah Mardi. Nak pencen lagi dua tiga bulan. Dr Johari, ketua ARB sebelah KP tu. Meeting kat BoDen memang buat macam ni, tengah tengah kandang, walau pun high level meeting. Best oo...
Mardi dan ladang ladang pengganda kambing dan lembu ARB bergambar bersama. Aku sendiri lupa nak masuk dalam gambar, sibuk ambil gambar orang lain. Barisan belakang no 5 dari kiri adalah hj zeid dari wawasan manis - aku dan dia adalah multiplier terbaru. Both of us are uniquely different from the rest.
Food..glorious food. Kalau tuan puan diajak pergi BoDen - pergi jangan tak pergi. Puan Fatimah punya menu memang tahap VIP.
Beriani gam, beriani yang dimasak dalam kambing. Fabulously fantastic!!
This is seriously awkward. Tuan puan tengok tu, ladang pengganda kambing boer. Boer. Now ARB tahu sejelas jelasnya metod operasi pembiakan aku, sebab tu pemilihan aku sebagai ladang pengganda adalah.... gambaran mulanya perubahan polisi dan halatuju Mardi. Ataupun pertambahan halatuju. We will see in the future..
So oklah tuan puan sekalian. Itu saja kali ini. Salam hormat!
Tahniah prof alwi.smoga berjaya dgn program ini. Den doakn!kejayaan prof mnjadi pemangkin pd pembiak2 baru utk berjaya.halatuju kita dh semakin jelas
ReplyDeleteIt takes time to convince our brethren of the strength of their very own blood; and the rewarding ways of the prophet's sunnah
DeleteTahniah atas terpilih sbgi Ladang Pengganda,ni msti brgnda2 untung nnti.hehe..tp tu yg den heran tu.nma Ladang PEngganda Boer,cmne plak kmbing kcukan bleh terselit ni.kontroversi tul ni.hehe.tp eloklah skiranya MARDI buka mata mncri hala tuju baru utk kmajuan industri trnakan ngara..ada sbb knapa dlm byk2 ldg pngganda hnya satu ja yg sustainable,tp profitable xtauler plak yer.haha..again congratulation alwigoatfarm..:-)
ReplyDeleteaku pun pelik gak ni, but it is a good sign of change. Refreshing.
DeleteSalam.orang baru kat sini.tahniah atas pelantikan.semoga sukses sokmo.kenyataan pasal political connection tu memang betul.
ReplyDeleteDah dapat tangkap ular sawa yang selalu telan kambing tu, jangan lupa tunjuk gambar ye.
DeleteTahniah Prof atas perlantikan..
ReplyDeletesemoga kambing prof anak membiak berganda2.:)
Semoga kita semua berjaya sebagai pembiak kambing.
DeleteAssalam..Tuan...Tahniah...orang yang ikhlas n Jujur InsyaAllah Allah tidak lupakan..
ReplyDeleteKalo tak silap sebelum Tuan n Hj Zaid punya ladang ada 7 ladang pengganda
1-Boden
2-PPK Jeli
3-Felda Chuping
4-Syamille
5-PPN Terengganu
6- Falcon
7-Sayfull
n rasa masih sustain - Syamille,Chuping,Boden,Jeli n PPN Terengganu..dulu rasa nya Subor Sejahtera pung dapat jugak
Anyway tahniah Bro..
all multipliers are struggling except for Boden. Subur Sejahtera dah tutup.
Delete