"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, May 26, 2013

DUDE, MY MANHOOD SHRINKS!!


"Don't only practice your art,
Force your way into its secret,
For it and knowledge,
Can raise men to the divine"

Ludwig Van Beethoven

Antara yang memeningkan kepala seorang pembiak kambing ialah bila wujudnya situasi banyaknya kambing jantan. Kalau kita bela kecil kecilan bawah 30 ekor takde pening sangat. Tapi kalau cecah 60 - 70 ekor serabut jadinya tengok jantan jantan kecik ni sibuk mengawan. Dok kejar betina hulu hilir langsung tak jadi makan kambing. Kita yang dok gembala pun kelam kabut kambing jadi berterabur angkara jantan jantan kecik ni.

Kita nak pejantan kita yang kahwin dengan betina betina ni. Kita tak nak jantan jantan semberono kahwin dengan induk induk kita. Kita nak keturunan yang bagus sebab itu mating kita kawal - yang elit jadi pejantan atau bapak kambing atau bandot, yang biasa biasa dan tak berapa bagus kita jadikan stok sembelih.

Untuk tujuan itu biasanya kita guna dua cara - asingkan jantan jantan daripada kumpulan betina di mana tiada peluang untuk mating ; atau pun kita kembiri/kasi/mandulkan/castration (potong telur), sebaik baiknya guna burdizzo.

Selain controlled mating, pengasingan jantan dan pengkasian jantan membenarkan kita mendapat kenaikan berat badan yang jauh lebih baik. Tugas mengawan ni sebenarnya banyak menggunakan tenaga. Pejantan memang lambat naik berat berbanding yang tidak dijadikan pejantan. Jadi sebaik baiknya untuk mendapatkan untung yang lebih besar kita asingkan atau kasi jantan jantan ni.

Now, antara dua cara itu, mana yang lebih baik ? Kontroversi sket ni, probably naxz@telaga emas agrofarm tak setuju ngan aku.

Let's see.

Actually dua dua cara ada baik buruknya. Physical separation atau castration ada merit dan demerit masing masing.

Yang pertamanya physical separation. Asingkan terus jantan jantan daripada betina. Macam yang aku buat. Kena ada petak khas atau kandang lain dari kandang breeder. Bila shift meragut betina dah habis, jantan punya shift pula untuk keluar meragut. Ada juga yang asingkan jantan jantan dalam petak khas, terus buat intensif untuk penggemukan, makan tanggung hari hari. Physical separation lah ni.

Demeritnya ialah kos tinggi dan leceh kerja banyak sikit tapi berbaloi bila kambing dah banyak.

Now this is important - aku percaya kambing jantan yang tidak dikasi atau tidak dimandulkan memiliki prestasi kenaikan berat badan yang lebih pantas berbanding jantan dikasi. Aaaa aku tahu ni nampak contrary sebab aku tahu banyak juga penternak yang percaya jantan dikasi lebih cepat naik berat.

Mmm.. dari segi fisiologi mamalia, testosteron atau hormon kejantanan adalah komponen sangat penting dalam penentuan kapasiti sel otot. Lagi banyak testosteron dirembeskan, makin mudah, makin cepat dan makin panjang sel otot mengembang - maknanya makin cepat naik berat badan.

Testosteron juga membantu feed conversion ratio. Makin tinggi tahap testosteron dalam darah, makin cekap FCR kambing. Ini menerangkan kenapa bila kuantiti makanan yang diberi sama per ekor per hari - yang jantan tetap cepat naik berat berbanding betina.

Keep in mind, bila kita seleksi bakal pejantan, sememangnya salah satu kriteria utamanya ialah kadar kenaikan beratnya. Tanpa dikasi memang cepat naik beratnya, betul tak?. Selagi kita tak benarkan mengawanlah. Maknanya semua pejantan kita memang penuh dengan testosteron, fully charged with it.

Bagi aku dari segi kecepatan naik berat badan, kita boleh bagi tiga kumpulan. Kumpulan pertama di mana jantan tidak dimandulkan - ni paling pantas naik berat. Kumpulan kedua di mana jantan dimandulkan - ni duduk tengah tengah. Tak secepat naik berat macam kumpulan pertama, tapi lebih cepatlah dari betina. Kumpulan ketiga ialah betina - yang paling perlahan naik berat badan.

Ok kita masuk cara kedua dimana jantan jantan dikasikan. Castrated. Guna burdizzo. Advantage paling besar ialah kos murah. Tak yah buat kandang khas, boleh lepaskan sama sama betina. Tak payah guna shift macam yang aku buat. Jimat masa. Semua sekali jantan betina boleh lepas meragut. Sesuai sangatlah ni untuk operasi kecil.

Burdizzo tu sebijik baru berapa kan? Ratus ratus aje. Tanyalah bro naxz kita. Aku dah lupa. Cumanya bagi pembiak kambing yang besar sikit operasinya di mana ada banyak penghasilan jantan jantan, dan ada ruang dan sumber - elok kita asingkan tanpa buat castration. Kita boleh dapat kenaikan berat yang lebih pantas, dan keuntungan yang lebih tinggi.

Aku tak pasti apa pandangan rakan rakan pembiak veteran, sebab aku tak pernah tanya pengalaman diorang bab ni. Ini adalah pandangan peribadi aku berdasarkan pengalaman sendiri dan kefahaman aku berkenaan biologi. I can be wrong. Jadi tuan puan elok buat research baik baik. Kalau ada persanggahan bolehlah kongsi dengan aku.


Salam hormat!

9 comments:

  1. saya rasa cara pengasingan lebih humane. kerja memang leceh, nak asing, nak kena lepas ikut jadual, tapi ianya berbaloi.

    Jantan terlalu banyak juga akan mendatangkan stress. Stress antara jantan yang tak dapat mengawan, stress antara betina yang asyik kena kejar, tak sempat nak rehat. Kandang pecah, bergaduh, loncat sana sini. Gladiator Spartan dalam kandang. Naya je.

    Kalo dikasi, letak sekali dengan betina. Betina pun stress, jantan saja, telur takda. Hahahahahah.

    kesian, tak payah la dikasikan. Biarkan dia secara semulajadi, macam prof cakap, testosteron tu hormon yang penting untuk jantan. Orang nak bina muscle pun kena ada testosteron yang tinggi. Siap ambik supplement. Tengok, mencanak-canak badan naik. So, testosteron pun penting untuk kambing. Bau kambing pun takda kalo testosteron takda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Castration sesuai untuk operasi kecil.

      Physical separation lebih baik untuk operasi komersial.

      Delete
    2. kecil pun saya tak buat kot. hahaha. dah banyak nanti, memang akan buat.

      Delete
  2. Prof telah menjawab persoalan saya dengan entry ini..begitu juga bro naxz, tuan isal dan ust don dalam ruangan komen di blog saya..terima kasih..sekarang cuma nak decide je ape nak dibuat dengan anak2 jantan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are not the usual ordinary new goat breeder... I look forward to your next thoughts

      Delete
  3. Salam...
    Den pun xpenah timbang kdar knaikan berat bila dh kne kasi.this trip den akn timbang semua jntan2 ni.bulan 12 ni sy timbg balik.
    Msa sblm kasi dlu,ada gak tpikir nk lepas jntan n betina asing2 tp rasa xberbaloi sbb jntannye ada belas2 ekor.klo dh beratus,puashati la spend 3hour gembala jntan2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak gembala jantan jantan, aku hanya gembala betina betina.

      Delete
  4. ok gak cmni.bleh bt eksperimen skala kecil compare brat biri jika x dikasi dan dikasi.Bro naxz bleh bt sbb mmg jntan sdia ada tlah dikasi..tp xlehla compare dgn prof.alwi sbb trnkan brbeza dan sistem brbeza..

    den pun brcdg ikut sistem alwi utk feedlot jntan.pagi bg konsentrat petang lepas 1-2jam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah naxz dengan aku lain ternakannya, memang ada beza.

      Delete