Beberapa
hari yang sudah, aku pi projek boer nasional di pondok tanjung. Isal ngan don jenal yang sibuk dok ajak aku ni, oklah ni, lagipun memang dah lama dijemput project
manager pondok tanjung beberapa bulan yang sudah. So rombongan
kitorang ada isal, don jenal, dan beberapa rakan penternak lagi.
Facebook gang. Muda muda semuanya. Aku yang paling tua aiii...
Yang
melayan kedatangan kitorang hari tu ialah saudara Yusof Ishak,
project manager pondok tanjung. Lepas ni aku panggil tuan Usop.
Sempoi, very humble person, very hands on, memang ada background
agriculture (aquaculture), dan berjiwa muda (dok guna Golf R - I love
that hot hatch!).
Kalau
tuan Usop guna Golf R turbo stratified injection rear wheel drive
buat masuk ladang, aku pun ada jugak hot hatch aku - four wheel drive
naturally aspirated Kubota L1500DT convertible - ekor belakang boleh
convert dari plow jadi bucket hehehehe....
Orait,orait,
let's get serious.
Post
aku pasal pondok tanjung sebelum ini adalah berdasarkan cerita
sebelah pihak - SBBC. Ada juga input dari jpv, penduduk setempat,
suratkhabar, vets, dan penternak2 lain. Maknanya aku tak dapat
complete picture berkenaan projek mega size ni.
Bila
aku pi pondok tanjung, tengok sendiri, dan di'presentation'kan oleh
tuan Usop - sekarang aku dapat gambaran sebenar. Aaaa... sekarang
kita tau, mana satu cerita yang betul, mana satu yang palsu.
Ok,
aku repeat sekejap background pondok tanjung. Banyak penternak
kambing yang baru baru memang tak tahu benda ni. Ringkas aje lah.
Mana lalu nak cerita panjang panjang.
Projek
Boer Nasional ni adalah salah satu projek pertanian impak besar dalam
Northern Corridor Economic Region : NCER (Perlis, Kedah, Penang,
Perak). Badan yang menyelia ialah Northern Corridor Implementation
Authority : NCIA.
Kaedah
yang mahu digunakan ialah nukleus (jpv - betul betul sebelah pondok
tanjung je)--- multipliers --- commercials. Samalah macam Mardi dok
buat ni, ARB (nukleus) --- multipliers (250 ekor) --- commercials (50
ekor).
Now,
tanah yang digunakan ialah tanah jpv 2000 ekar. Sebelum ni hutan
dara. Dan sememangnya ia adalah kawasan berpaya - paya air tawar
terbesar di semenanjung. Tanahnya lembik dan berbukit bukau -
undulating terrain. Maknanya kalau nak harvest rumput besar besaran
guna traktor, memang mencabar betul ni. Kejap kejap terbenam dan
mudah traktor terbalik.
Sasaran
NCIA ialah 10,000 ekor boer di pondok tanjung ni. Modal yang
diperuntukkan ialah 50 juta. Yeah you heard that right. 50 juta
weii... bukan 15 juta bukan 20 juta. Federally funded - direct from
EPU. Dan SBBC dilantik oleh NCIA untuk menguruskan program pengganda
ni. Ok dari 50 juta tu, SBBC diperuntukkan 29 juta manakala NCIA 21
juta. NCIA buat infra ladang, manakala SBBC kena buat kandang, beli
kambing buat induk, dan jalankan skim pengganda.
50
juta tu bukan bagi sekali berdebuk, tapi berperingkat, dan belum
lagilah diperabihkan. Tapi aku rasa dalam 30 juta telah dibelanjakan.
Bila
projek juta juta ni almaklumlah orang orang politik ni mulalah gatal
tangan, sibuk nak cubit sana cubit sini. Bila orang politik
campurtangan, tuan puan boleh tahu ending dia macam mana - sebijik
NFC 250 juta tu. Iye... ada isu kondo juga. Aku pun hairanlah, geng
geng politik ni minat betul jadikan kondo sebagai investment. Memang
betullah tu boleh bela lembu kambing dalam kondominium hehehe..
So
SBBC sebenarnya tiada kepakaran membiakkan kambing. Nak beli kambing
berkualiti pun tak lepas. Baik yang dibeli local birth (kelahiran
tempatan) mahupun yang diimport. Boer local birth yang dibeli cuma
400 ekor, lagi 4000 import. Haaa pelik gak ni ye, aku rasa banyak aje
boer kelahiran tempatan dalam malaysia ni.
Bila
kita nak bela baka asing ni, elok sangatlah beli kelahiran tempatan.
Kurang banyaklah risiko kematian besar besaran. Banyak sangat dah
pengalaman kawan kawan kita ni yang demam terkejut bila cuba biakkan
kambing import yang baru jejakkan kaki ke tanah malaysia ni.
Breeding
failure rate memang abnormally high bagi kambing yang merentas zon
cuaca. Transport stress je dah berderet deret mati, belum lagi usaha
nak membiakkan. Takpalah mahal sikit pun boer kelahiran tempatan, dia
dah 'ngam sikit' dengan cuaca kita ni, takdaklah pening sangat kita
dibuatnya. (kalau ikut aku, bela aje local cross, lagi senang, terus
perform; buat semi intensif untuk take advantage kawasan bukit bukau
- no need for tractors then).
Itu
satu. Bila masuk bab kematian kambing ni, aku rasa nak cerita pun
ngeri. Betul betul macam nazi punya death camp masa perang dunia ke2.
Atau pun pol pot kat cambodia. Masa episod kematian besar besaran ni
(3000 ekor bawak masuk, 1800 mati dalam masa yang singkat) - kambing
mati memang terbiar aje atas kandang bawah kandang. Terbiar.
Ter...biar... Menakutkan sungguh la.
Bila
dah jadi macam tu, bila nampak sangat incompetency SBBC, maka NCIA
takeover by force. Sebab tu dok tengah legal wrangling ni.
Contractual dispute. Masa NCIA take over, boer yang tinggal 1200
ekor. Terpaksa dipindahkan ke sebuah kandang di kedah kerana nak buat
massive cleansing exercise di pondok tanjung.
Dah
selesai pembersihan, kambing di kedah dipindahkan balik. Adalah 700
ekor. Pejantan 3 ekor. Pehh.. jadilah. So NCIA buat kandang baru di
pondok tanjung untuk menempatkan yang baki ni. La ni tinggal 300 ibu,
dan 300 anak. Maknanya 600 ekor lah.
Ok,
tuan usop kita sebelum dia rescue pondok tanjung - director pertanian
yang menyelia seluruh projek pertanian di bawah NCIA. La ni dia vice
president NCIA. Elok elok cover semua projek sebelum ni, sekarang dia
fokus satu aje - projek boer nasional pondok tanjung. Baguslah, pasal
a lot is at stake here.
Tapikan,
aku dapat bayangkan betapa peningnya berada dalam kasut tuan usop
kita ni. Campurtangan politik dah tentu kena berhadapan, negative
publicity lagi (very negative pula tu), restricted funding, legal
wrangling, kambing punya hal lagi. And I know he spent, and still
spending a lot of time trying to put out the fires, the long trail of
fires created by SBBC. Serabut kepala dibuatnya.
Anyway
aku respek tuan usop. Sungguh. Sebabnya dalam keadaan 'tangan dia
terikat' - dia masih mampu melakukan transformasi terhadap usaha
pembiakan boer di pondok tanjung. Buat masa ini, dengan 300 ibu boer
dan 300 anak - I think he's doing ok. It's a normal breeding
indicator for a boer operation. Bukan senang nak capai ni, aku tau
dia kena tidur kat ladang tinggal anak bini, kena naik kandang malam
malam tengok kambing.
Aku
tau seteruk mana negative publicity which is surrounding pondok
tanjung. Dan aku juga tahu betapa ramainya rakan pembiak yang sangat
meragui kemampuan tuan usop kita dalam mengemudikan turnaround plan
pondok tanjung.
Well
give him some time. Sok nanti dah selesai dispute dengan SBBC, he
will be much faster. Aku percaya dengan kemampuan dia. Yeah because I
love underdog situation, where everything seems to be going against
us, where everyone belittle us. And I think yusof ishak is the type
who thrives on that kind of situation.
I
see change, I see hope, I see light.
I
see...
A
new Pondok Tanjung.
*Keep
up the good work, tuan usop. N thanks for being a loyal reader of my
blog.
*Kepada
geng pembiak muda yang ada sekali dalam rombongan, aku jemput hangpa semua jadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia. Thanks everybody!
Ada kemungkinan projek akan berjaya tak kalau ditukar dari boer kepada kampung/kampung cross?
ReplyDeletethe terrain are very suited for high performing local cross breeding program. Semi intensive system can easily solve problems posed by the terrain,
ReplyDeleteMungkin mereka masih kurang yakin dengan darah tempatan/pribumi.
ReplyDeleteyeah we have an uphill battle trying to convince those policymakers
DeleteMacam mana nak ambik balik kerugian kematian sehingga 1800 ekor, wallahhualam.Kita seekor mati pon sedih. Mudah2han en. usop berjaya dalam usahanya.
ReplyDeletekalau dilihat pada pembaziran yang dilakukan..... banyaknye...juta2.
gomen (barisan nasional) biasanya write off, sama macam NFC aiii...
Deleteturnaround plan pondok tanjung melibatkan banyak revenue stream, hopefully it will bear fruits in the future
Saya taktau sangat pasal pondok tanjung ni.tapi saya hairan, kalau SBBC tu tak kompeten dalam menternak kambing. Macam mana SBBC boleh dipilih nak pilot mega project mcm ni? Kalau orangg yak pandai bela kambing.bagi la 5-10 ekor dulu buay belajar.bukan bagi 3000 ekor kambing.
ReplyDeleteThere goes the taxpayers' money.
political connection, sebijik macam NFC - macam mana ntah shahrizat n family boleh dilantik mengurus?
Deletesaya doakan agar tuan usop akan berjaya dengan turnaround plan beliau. semoga pondok tanjung berjaya demi memakmurkan lagi industri kambing di malaysia. saya juga berharap agak NCIA membenarkan darah pribumi untuk diserap ke dalam pondok tanjung.
Deleteyeah we really hope for local blood to be incorporated. insya allah it will likely bring success
Deletekampung saya dekat dengan pondok tanjung. dulu lalu semak je, sekarang dah cerah. at least ada perubahan. tengok tulang bersepah tu cukup menyayat hati. kambing saya mati baru berapa ekor pun dah rasa nak terduduk, ni plak mati punya banyak, dibiarkan bawah kandang, dibiar mereput. memang akan berterusan mati la kalo macam tu.
ReplyDeleterasa kecik je bila otai jumpa otai. hahaha. susah kalo nak buat semi intensif secara mengejut. kena bawak masuk kambing yang biasa semi, dan lepas sikit2 kambing yang tak pernah turun ke tanah. tuan usop pernah try semi, sekejap, sebab mesin breakdown, tapi kambing dia mengalami keguguran. culture shock kot, seronok sangat berlari.
apa pun, harap tuan usop dapat teruskan usaha membaik pulih pondok tanjung. kami yang dah p ni tau la. yang tak pernah p tu, don't judge the books by its cover too much.
baka zon panas kering macam boer payah nak jumpa parasit tapeworm n fluke. So they are not genetically resistant. Pondok tanjung berpaya - baaanyaakk tapeworm n flukes. Kalau boleh handle infestation dua parasit tu, takde masalah nak buat boer semi intensif.
Deletekasi pinjam pejantan alwi goat farm la.. bagi power.. hehehe
DeletePondok Tanjung adalah scebis kisah kgagalan projek pntrnkan skal a MEGA dr plbgai kisah lain cth:Kaprima,NFC,ECERDC Telaga Papan,dll.Tp yg pnting Post-mortem utk dikaji punca/faktor kegagalan trsebut,untuk djadikn rujukan projek akn datang.Tapi mslhnya den tgok bnda yg sama diulang balik,mcm mana nak berjaya..
ReplyDeleteDen harap Tuan Usop dpt mncari seorang konsultan utk bhgian kambing,ciri2 mstilah pembiak kmbing yg brjya,skla trnakan besar dan berpnglmn mntrnak at least 5tahun.Senang citer dptkn nsihat n idea alwi utk projek ni.InsyaAllah mgkin ada hrapan utk dslamatkan.hehe..
Semua projek mega kambing yang jenis 'instant' akan menemui kegagalan. Bukan di Malaysia sahaja tapi di seluruh dunia.
Deletekena expand gradually.
kena mahir jadi pembiak dulu.
sy bdak muda yg dtg ari 2...insyallah sy akan daftar..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Thanks for your support!
Deletebro alwi nnt bleh x tnjukkan kat dalam blog cara nk cucuk kambing dengan baik...klau bleh tnjuk gambar skali...tq
DeleteTUAN ALWI MCM MANA NAK MASUK AHLI, SAYA DI SABAH NI.
ReplyDeletesaya rasa tuan punya blog ini patut mendengar cerita daripada pihak sbbc jugak. Ladang ini disekarang dimajukan oleh oblong burger......ladang jagung juga dimajukan oleh oblong burger.. tolong semak apa connection antara oblong burger dengan saudara yusoff..
ReplyDeleteSalam semua pembaca2 blok ini. Sy rasa apa yg ditulis oleh penulis ini setelah diceritakan oleh usop, 95% adalah tipu. Cakap dgn usop, jgn cuba nak tipu manusia2 yg tak tahu apa2. Jgn sampai sy cabar usop utk berdepan dgn kenyataan. Kepada Tn punya blok ini, usop tu menceritakan yg terbalik. Jpv pun tahu kelentong usop tu. Dlm meting pun dia cuba kelentong tapi Allah swt maha berkuasa & maha mengetahui. Cakap dgn usop tu, jgn cuba menipu lagi nanti dibalas Allag swt dgn balasan yg seadilnya. Sbbc memang terainaya.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteSalam, betul ke aku dengar owner Oblong burger itu isteri yusof? Jika benar apa yang aku dengar nampaknya pondok tanjung dh jadi sarang kroni..
ReplyDeleteNampak gaye projek lembing kat Malaysia kena pi mahkamah le, ate bior bebenor kome. Dari dulu teman dah cakap bela kerbau je.
ReplyDeletePondok tanjung tu sesuai bebenor bela kerbau tanah paya.
ReplyDeleteKami orang kampung sini dah nasihat kat DR hewan bagi buat projek kerbau besar-besaran kat pondok tanjung tapi nak buat kambing. Dah kutai kami duk mohon projek kerbau tak di ikut nasihat orang tempatan.
ReplyDeleteSalam tuan, boleh sy dptkn no tlfon ladang pondok tanjung..sy pljr fakulti perubatan veterinar upm..bercadang untk buat praktikal di sini..
ReplyDelete