Sebelum
aku masuk cerita sebenarnya, aku nak sentuh pasal suatu post sebelum
ini.
Dalam
post "WE ARE BEING WATCHED", aku ada tulis pasal agensi
agensi yang sedang memantau aktiviti kita. Tak lama lepas aku publish
post tu (rasanya tak sampai seminggu), memang diorang datang buat
site visit ke ladang. State dan federal level. That is quick. Cepat
dan cekap betul. Terkejut aku dengan keefisyienan diorang ni. Mungkin
kebetulan, mungkin juga tidak.
Tapi
ini membuatkan aku terfikir, blog dan media sosial boleh dijadikan
landasan sesuai untuk menyuarakan permasalahan penternak. Ok,
probably not sebab aktiviti berpersatuan lebih baik dan berkesan
dalam menjana perubahan. Cumanya blog dan media sosial yang lain
boleh membantu kita menguatkan suara kita dan mempercepatkan
kemasukan jemaah baru. Recruiting is made easier. Yeah its a really
useful influence gathering tool for any body hoping to enact changes.
Ok,
masuk pula cerita untuk post kali ini : Ladang Gomen VS Ladang
Komersial.
Aku
tak akan sentuh pelbagai aspek perbezaan. Satu je aku nak cerita.
Orait. Ada satu ladang gomen ni. Dah lama wujud. Luas. Cantik, indah
lagi mendamaikan. Fasiliti mengkagumkan. Kalau kambing sakit sakit,
tak risau pasal banyak vet kat situ. Marketing pun takdak masalah
pasal dah lama wujud dan tersohor seantero malaysia. Berbaris baris
penternak menunggu nak beli baka dari ladang gomen ni.
Kambing
yang dibela ada dua jenis, menjurus kepada pembiakan. Boer ada,
saanen ada. Maknanya revenue ada dua stream - daging dan susu.
Now,
get this - ladang gomen ni untuk tahun sudah ada 200 ibu kambing
(boer + saanen). Jualan tahun sudah nilainya $70,000.
Ladang
aku pula untuk tahun sudah ada 100 ibu kambing. Jualan hampir
$100,000. Dan ini adalah jualan majoriti pedaging (harga biasa
biasa). Tak campur jualan susu kambing.
100
induk vs 200 induk - and yet this 100 only breeders can significantly
outperform the 200 breeders in generating revenues.
Resources
aku langsung tak mampu menandingi resources ladang gomen ni. Tapi
bila sampai bab kecekapan, aku percaya ladang komersial macam ladang
kita adalah lebih cekap daripada ladang gomen.
Tuan
puan pembiak kambing, aku dah banyak kali tekankan dari awal blog aku
lagi, betapa kritikalnya kadar kelahiran sebagai petunjuk primer
kejayaan sesebuah operasi pembiakan pedaging. Kidding rate is
absolutely critical - takdak kompromi atau toleransi. Saiz dan kadar
kenaikan berat badan sepatutnya jatuh nombor dua.
Bila
aku jejak aje kaki kat ladang gomen ni, aku terus scan cari mana anak
anak kambing. Berbeza dengan kebanyakan penternak baru yang sibuk
bertanyakan berat pejantan dan betina yang ada dalam kandang, dan
terpana dengan saiz kambing. Sebabnya aku tahu, sebagai seorang
pembiak, kehadiran anak kambing DAN nisbah anak kambing kepada ibu
kambing dalam ladang adalah petunjuk kepada setinggi mana kecekapan
pembiakan.
Dan
bilamana aku melihat situasi anak kambing dan nisbahnya kepada ibu
di ladang gomen ini, aku tahu kenapa revenue mereka rendah. Bilangan
anak kambing yang dihasilkan terlalu sedikit, tidak padan dengan
jumlah ibu kambing yang ada. Bila anak sikit, jualan pun sikitlah.
Kita sebagai pembiak bergantung kepada jualan anak kambing sebagai
punca utama pendapatan.
Tuan
puan pembiak kambing, setiap tahun aku akan jumpa penternak baru yang
keras kepala, yang bermati matian percaya saiz dan kenaikan berat
badan adalah faktor utama kejayaan operasi pembiakan. Banyak sumber
atau punca nasihat geng sebegini adalah dari pihak importer. Aku
penat berperang ideologi ngan diorang ni, last last tengok aje lah.
Biasanya tahun kedua dan tahun ketiga kita nampaklah geng geng ni
menggelabah. Kelam kabut bila hasil tak nampak nampak.
Satu
lagi ye, pakar ekonomi ternakan ruminan pun ada masalah 'ideologi'
ni. Sebenarnya banyak orang jpv sendiri susah nak percaya bila aku
cerita aku dah lapan tahun buat pembiakan 100 peratus tanpa trading
atau importing. Boleh ke survive? Ada profit ke?
Well,
sepertimana yang aku ceritakan, bila kita jadikan kadar kelahiran
sebagai KPI, most likely kita akan berjaya. Jangan berpaksikan saiz
dan kenaikan berat badan sepertimana yang dah terpahat dalam
pemikiran sekian banyak orang jpv, importer, dan penternak baru.
Tuan
puan, aku berharap contoh di atas yang merupakan salah satu dari
sekian banyak contoh yang dah aku ceritakan dalam blog ini dapat
dijadikan panduan kita semua.
Mana
satu kita nak pilih? 200 ekor ibu kambing dengan revenue $70,000
setahun (more work, less profit) ATAU 100 ekor ibu kambing dengan
revenue $100,000 setahun (less work, more profit)?
Which
one?
*Sebenarnya
revenue aku patut $110,000 ke $120,000 untuk tahun sudah, tapi aku ni
management tunggang langgang, tak cukup cekap. Kalau aku cabinet
minister, dah lama kena pecat ni, tak dapat capai target KPI kihkih..
*Dan
kalau aku implement Standard Operating Procedure tahap BoDen, aku
yakin KPI seterusnya profitability ladang aku akan terus melonjak
walaupun cuma 100 induk, insya allah. Err.. tapi tulah, banyak betul
kerja kena buat, hmmm...
*Revenue
ladang aku tahun sudah yang aku cerita di atas hanyalah jualan
kambing hidup. Pure livestock sales. Tak masuk side income yang lain.
Kalau tuan puan buat khidmat sembelih, lapah,masak;jual dedak, ubat
dan suplemen;baja kompos;susu;atau apa apa sajelah – dah tentu
lebih tinggi.
Askum wt. Hey..i will be the first again to comment!!
ReplyDelete:) fanatik dgn Alwi!
Ko baru sedar ke media massa yg menyebabkan ramai YB tumbang pru lepas?
Yup..it is a good tools to share, to give our opinion and it can be access to everybody in the world..with out any pay / without Gov birokrasi etc..
Keep it up!
The truth will will a the end of the day!
Aku memang slow banyak lah bab bab social media ni. Facebook pun x lepas lepas lagi nak faham.
Delete1'll be the 2nd commentator here..:-)
ReplyDeleterevenue den tahun lpas xsmpai 3k.hehe.jauh lg prjlanan nk cecah 6angka ni.byk lg kna blajar dgn prof.alwi ni..btw jomler g Pondok Tanjung Sabtu ni..mkn jagung bakar weh.sedap tu.haha..
thanks for the invitation.
Deleteko ni kira cepat perkembangan projek. aku tahun kedua mana cecah 100 ekor lagi.
it's good to see you back in action sifu alwi!!!
ReplyDeleteoh thanks!
DeleteAssalamu'alaikum en. Alwi,
ReplyDeleteSaya baru mencebur diri dalam penternakan kambing kampung kacuk boer. Ubat ape yang berkesan untuk sakit kulit (kurap) dan kecacingan. Sebab kambing saya kuat makan tapi nampak tulang tongkengnye. Ada jenis tumbuhan yang kambing tidak boleh makan?
Saya nak kongsi pengalaman pasal penyakit kuit kurap.
DeleteBiasa kurap ada 2 jenis yang jenis julat dan yang ada mites dipanggil mange.2 jenis kurap saya rawat dengan 2 jenis ubat berbeza.kalau yang jenis kulat saya pakai ubat yg ada malathion 1%. 2 kali letak sembuh. Kalau yg mange.saya pakai yg ada permethrin.yg ni lagi power.sekali letak terus sembuh.biasa syampu kutu utk manusia ada malathion.dan ubat yg ada permethrin ni utk kudis scabbies.kat farmasi ada jual.cuma kena tengok active ingredient kat packaging dia.
Harap tak kena marah dengan saudara alwi sebab soalan tu ditujukan kepada dia.
terima kasih atas perkongsian ilmu. Budi baik en. hanya DIA yg dapat balas.
DeleteTerima kasih el cabras hambrientos bantu jawab hehe
Deletesaya guna malathion 57% 30ml tambah air 60 70 liter (dalam tangki hitam), lepas tu celup kambing. baru sempat buat sekali. haha. 1 lagi yang boleh guna, amitraz.
DeleteSaudara don..kat mana nak cari malathion 57%.nak mandikan kambing saya jugak la mcm ni.
Deletesaya cari di kedai hardware, racun serangga tu.
DeleteSalam.. Well done Sdr. Alwi... lagi banyak yang di tulis/blog, lagi ramai yang baca, lagi ramai yg buka mata.. and eventually lagi meningkatlah your revenue. InsyaAllah..
ReplyDeleteNi yg buat saya tak sabar nak tambah induk kambing nih, tapi banyak pulak lah kekangannya..isk..isk..
tambah kambing yaaa!!
Deleteada banyak lagi kawasan saya nampak masa datang itu hari.
Good to see you up and running. A question, if I may: how well do these local breeds perform as milking goats? A gallon a day? 2 gallons? Thank you in advance.
ReplyDeleteusually 500 - 750ml per day which is just enough for the kids.
DeleteBUT,
with proper nutrition production can be boosted unbelievably to 2000-4000ml per day. I have seen how it can be done.
Salam.sy nk bljar nk dptkn 100k sthun.
ReplyDeleteinsya allah
Delete