Kambing
betina memang slow sikit kadar kenaikan beratnya berbanding jantan.
Tak tahu kenapa. Ada sesapa yang dah kaji fenomena ini?
Ok.
First aku nak ucap terima kasih kepada geng penyelidik yang telah
menimbang setiap ekor kambing aku minggu sudah. Timbang kambing 300
ekor bukan kerja senang, tiap tiap bulan pula tu. Sah sakit
pinggang. Kerja berat. So, thanks guys for your effort!
Pada
umur 140 hari, seekor dara single birth yang menyusu beratnya 27kg.
Pada umur 140 hari juga, dua ekor kembar betina masih menyusu berat
masing masing 19kg. Maknanya total weight 38kg.
Jumlah
dedak yang diberi kepada maknya adalah sama, baik kepada single birth
atau twin birth. Cuma mungkin masa meragut, kambing yang beranak dua
ni makan lebih banyak lebih pantas.
Maknanya
lebih untunglah bila kambing beranak dua berbanding satu. Purata
harga dara $20 sekilo. Yang single birth tadi harga jual dapatlah
$540. Manakala si kembar dapat $760 walau pun setiap ekor lebih
ringan.
Developing
cost sama. Tunggal atau kembar.
Makanya
tuan tuan, kadar kelahiran yang tinggi sepatutnya menjadi primary
indicator prestasi ladang pembiak pedaging. Bukannya kadar
kenaikan berat. Weight gain rate ni biarlah jadi secondary
indicator. Kalau ada pembiak pedaging yang berkeras kata weight
gain rate lebih penting daripada kidding rate, maka aku
yakin operasi pembiakannya akan cepat bungkus.
Semua
pembiak tulen berpengalaman pasti bersetuju dengan kenyataan aku.
Geng trader dan geng importer seperti biasa akan memberi kenyataan
berpusing pusing menyorok kebenaran, janji dapat jual kambing
diorang. Bagi geng trader/importer ni memanglah nak peduli apa kadar
kelahiran. Udahnya memang tak buat pembiakan.
Anehnya
terlalu banyak penternak baru yang nak menjadi pembiak, sibuk jadikan
geng importer dan trader sebagai consultant. Sanggup membayar
yuran konsultasi yang tinggi. Dan seperti kebiasaannya, ramailah yang
cepat bungkus.
Kita
kena hati hati daripada mana sumber maklumat kita. Kalau kita nak
membiak, dapatkan nasihat daripada pembiak. Kalau nak trading,
dapatkan nasihat daripada trader. Kalau nak mengimport, dapatkan
nasihat daripada pengimport.
Jangan
campur aduk nasihat tu. Memang tunggang langgang serabut jadinya
kepala kita.
Dalam
masa yang sama, ada pembiak yang excited sangat nak dapatkan
kadar kelahiran tinggi sampai ke tahap mahukan 3 ke 4 anak sekali
beranak. Itu baiklah bagi sape sape yang mampu buat high input
husbandry. Tapi bagi pembiak pedaging low input memang tak mahu lebih
2 anak sekali beranak.
Yelah,
input terus naik mendadak. Kena beli milk replacer, kena guna botol
susu. Kos dan masa. Banyak masa diguna untuk susukan anak kambing.
Sekor dua boleh tahan, kena 30-40 ekor anak? Kena beli pula automatic
feeder. Kena maintain bersih bersih semua peralatan. Aiii banyak
sangat kerja weh.
Takpelah,
sape sape yang larat buat high input husbandry, boleh target
3-4 ekor sekali beranak. Aku tak laratlah, aku low input husbandry
cukup.
Biar
mak kambing je yang jadi bank susu.
Salam!
saya sokong prof. litter size naik, kos naik, kerja naik. low input jadi high input. lagi banyak kembar, lagi kecik saiz, lagi lambat dia nak membesar, lagi lambat capai berat market. FCR pun x brapa cekap.
ReplyDeletekalo kambing daging, tak dapat la nak support susu secara EXCELLENCE untuk kembar 3 4 & ++, kambing susu mungkin. tapi kalo dah diperah, tak jadi gak. puting pun ada 2, kena ikut turn. anak kucing pun berebut walaupun mak dia ada puting banyak. last2 kena bottle feeding. input naik, manja terlebih, nak sembelih sayang... haa...
hanya jauhari mengenal manikam. Imam Syafie, nak blajo pasal lembu, dia p belajar dengan penternak lembu. itu yang sepatutnya.
yes. two is good enough for low input husbandry.
DeleteYa. Aku setuju.
ReplyDeleteJual sekor dgn jual 2 ekor adalah lebih untung. Budak kecik pun pandai kira.
Aku tak dapat nafikan, growth rate kambing eksotik tinggi.
* 8 bulan ternak 23 ekor kambing kambing pelbagai saiz aku mendapat anak 16 ekor.
* 8 bulan ternak 15 ekor kambing cros boer/jamnapari/feral pelbagai saiz, aku dapat anak 2 EKOR!
Kenapa kambing kg laju? sebab beranak 1,2 dan 3. Majoriti anak 2.
Tapi macam aku cakap tadi.. kambing cross boer memang tinggi growth rate!
...jadi, jawapannya>buat seperti Alwi > cross kampung vs boer/anglo!!
Jawapan kpd low input husbandary (*kejayaan dan sustainability)
budak kecik pun pandai yek haha..
Deletepengalaman ko bela baka berbeza memang bagus dijadikan panduan. kalau orang tak nampak juga, aku tak tahulah nak kata apa.
utk pmbiakan mnjurus kpd PEDAGING BREEDING RATE sgt penting.nk dptkn ank yg bsar sng je cross dgn baka eksotik yg bsar.nk dptkn kdar klahiran yg tinggi n kdar kmatian yg rndah yg susah tu..
ReplyDeletecon-sultan ni mmg kjenye mnasihat,btul ke x itu ats pilihan pntrnak.kbnyakan pntrnak yg baru nk mula byk kna tipu ni.con-sultan pduli ape.jnji dpt komisen 25%.hehe..
Biri2 aku stakat ni sume branak single.kna tingkatkn lg lambing rate biri ni..dpt 1.7% pun jadila...
ya ya pembiak pedaging mesti tumpu breeding rate.
DeleteMcm mna nak bg branak byk tu?nak elak pnyakit pn satu hal.ade je yg brmsalh.
ReplyDeleteSenang je nak bagi beranak banyak. Naikkan input. Pilih telinga panjang panjang dalam generasi seterusnya. Anak jadi banyak. Tapikan, recovery period lama pula. Yelah bila beranak banyak, banyak luka dalam rahim. Pasal tu physical recovery ambil masa yang panjang.
Deletegunakan teknik flushing + pejantan dari kelahiran kembar + betina daripada kelahiran kembar.
Deletesaya pernah hadapi kejadian ibu bunting, yang kurus, reject janin dia. 2 ekor. seekor hari ni. esok seekor lagi. yang paling obvious, sebab tak cukup makan.
teknik flushing, makanan sekarang diupgrade 3 minggu sebelum mengawan, 2 minggu lepas mengawan. kalo dulu bagi napier sahaja, tambah legumes. kalo dulu bagi dedak 200gram, tambah jadi 300gram. juga bergantung kepada body score condition. gemuk sangat tak bagus, kurus sangat tak bagus. tak jadi teknik flushing tu nanti.