"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, March 19, 2013

SIAPA LEBIH KAYA?


Satu henpon = 1 ekor bebiri,
Satu guni 50kg tepung gandum = 1 ekor bebiri
Seekor yak = 10 ekor bebiri
Seekor kuda = 50 ekor bebiri

Seorang pengantin perempuan = mas kahwinnya 100 ekor bebiri

Itu adalah harga menurut budaya puak Kyrgyz di sebuah kawasan pergunungan ekstrem di timur laut afghanistan. Puak Kyrgyz ni adalah true blue pengembala. Kerjanya memang pengembala semenjak turun temurun. Pengembala nomadik, jenis yang takde rumah tetap. Berpindah randah mengikut pergerakan ternakan. Guna khemah je. Memang dasat, memang lasak diorang ni, kalah kita dibuatnya bila sampai bab pengalaman membiakkan kambing dan bebiri.

Kawasan diorang tinggal ni dinamakan Koridor Wakhan, sebuah lembah yang tidak pernah tumbuh pokok. Pasalnya pokok memang tak boleh tumbuh, disebabkan cuaca sejuk yang ekstrem, dan angin kuat. Rumput aje yang mampu tumbuh dalam persekitaran sebegini. Jadi persekitaran mereka memang sesuai sangatlah untuk penternakan.

Tak banyak pun bilangan ahli puak ni, adalah dalam 1100 orang. Islam.

Now, koridor wakhan adalah sangat terasing daripada ketamadunan disebabkan bentuk mukabuminya yang bergunung ganang di mana ianya menyukarkan sebarang usaha pembinaan. Jalan raya sebatang pun takde. Its absolutely remote. Tiada sebarang kemudahan asas. Tiada klinik atau hospital, tiada elektrik, tiada air paip, tiada bank, tiada segala ciri fizikal sebuah tamadun. Yang ada hanyalah alam semulajadi, dan kambing, dan bebiri.

Kita akan katakan, tanpa segala kemudahan ketamadunan, puak Kyrgyz ni miskin papa kedana. But they are not. Sebabnya, duit kertas bukan matawang. Matawangnya adalah bebiri dan binatang ternak.

Kekayaan yang sebenar. Kekayaan yang boleh nampak dengan mata kasar. Dan bukan setakat nampak, tetapi kekayaan ini adalah hidup dan boleh membesar. A gold that actually grows.

Now, seorang pengantin perempuan mas kahwinnya adalah 100 ekor bebiri. Kalau diukur dengan ringgit malaysia (dan ringgit malaysia ialah paper currency), nilainya adalah $80,000. 1 ekor bebiri = 1 dinar emas = $800.

Mahalnya mas kahwin!

I never know a mountain girl can be so damn expensive!

Tapi itulah kebenarannya. Maknanya sebaik sahaja berkahwin, seorang isteri dah dapat harta bernilai $80,000. Macam dapat kereta Proton Inspira 1.8 CVT. Tapi ini adalah lebih baik dari kereta. Kerana kereta susut nilai sebaik sahaja kita bawak keluar dari show room. Sebaliknya 100 ekor bebiri boleh membiak beranak pinak, dan dalam masa setahun, boleh double in value.

Its very real wealth man!

Hmm... ada tak mana mana anak dara kat malaysia sekarang sudi menerima mas kahwin 100 ekor kambing?


Itulah rupa kawasan koridor wakhan. 14,000 kaki dari aras laut. Bumbung dunia. Padang rumput yang dikelilingi banjaran gunung. Brutal winters.

Pengembala Kyrgyz bergaya dengan henpon masing masing, yang sebenarnya tak berfungsi. Takdak coverage. Setakat dengar muzik dan ambil gambar. Patut diorang ni  boleh cuba melanggan dengan celcom, siapa tahu? hehehe

Atas tembok batu tu tahi bebiri + tahi yak. Dikeringkan untuk buat api masak. Wangi sebenarnya tahi yak.

Anak dara puak kyrgyz. Ahhh beautiful... but expensive!! Ouch!!

6 comments:

  1. ingt mlaysia je ada koridor2 ni.kt Afghanistan pun ada koridor Warkhan jgk rupenya.bezanya sana ada biri n kmbg byak kt koridor kita ade tp cket je.hehe..

    100ekor biri2 utk seorg wanita Kyrgyz mahal tul tu prof.xkawenla den jwbnya kalu duk sna.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah banyak betul koridor kat malaysia ni hahaha

      kahwin tetap kahwin

      samada kidnap bakal bini atau kidnap bebiri hehehe

      Delete
    2. jangan terkidnap mak 'janda' sudah,

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. itu baru 1 orang..kalau 4 orang camne? hehehe..

    di India plak isteri ada 5 orang suami,,brape plak 'mas kahwin'nye isteri kena bayar hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hati ke bang?

      dah eloklah tu bela bebiri. haha

      Delete