"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, March 10, 2013

INCOMING! AGM PERSATUAN PEMBIAK


31hb Mac 2013 (hujung bulan ini). 30hb Mac 2013 (Sabtu).

Kepada setiap pembiak kambing atau bebiri, baru atau lama, yang memiliki seekor kambing/bebiri atau seribu ekor kambing/bebiri, adalah dijemput menghadiri mesyuarat agung tahunan persatuan pembiak kambing malaysia. Dijemput tuan puan pembiak mendaftar menjadi ahli persatuan.

Aku nak jemput banyak geng pembiak tapi henpon aku kemalangan, jadi aku terpaksa tukar henpon baru, dan aku baaanyaaakk hilang nombor tuan puan sekalian, termasuklah yang telah mendaftar menjadi ahli persatuan sebelum ini. Aku minta maaf banyak banyak. Jadi aku nak ambil kesempatan dalam blog untuk menjemput sekali lagi semua tuan puan pembiak kambing/bebiri untuk menghadiri AGM (annual general meeting) persatuan.

Kehadiran tuan puan hendaklah dimaklumkan lebih awal kepada para AJK persatuan. Jangan datang tak bagitahu ye. Pasalnya tempat AGM kat rumah pengerusi persatuan, Tuan Haji Zainal, di Petaling Jaya. Rumah aje, bukannya kat dewan persidangan yang boleh muat ratus ratus atau ribu ribu orang. Jadi kena bagitahu kitorang awal awal. Dan sesiapa yang nak jadi ahli, bawalah $100 sebagai yuran tahunan, dan $50 sebagai yuran pendaftaran.

Antara agenda AGM ialah membincangkan perkembangan kerjasama persatuan pembiak dengan kementerian luar bandar ( good news!), perkembangan hasil mesyuarat mesyuarat kita dengan bos bos jabatan perkhidmatan veterinar, dan perkembangan kerjasama erat kita dengan government central agencies macam EPU dan Pemandu. Lain lain agenda nanti tuan puan tahulah sekiranya hadir.

Berikut adalah gambar sekitar mesyuarat ajk persatuan semalam, di rumah Tuan Haji Zainal.

Semua AJK hadir melainkan Dr Johari Jiken (ketua ARB), dan Dato' Dr Aziz (Medifish).

Pre meeting "meeting". As usual with these veterans, it drifts into politics. Interesting, but I never understand politics. I am continually confused by the constantly changing alliance of politicians.


The real meeting. With some caffeine, ... and fair amount of nicotine to help ideas...and entertaining stories on politicians flow faster. Usually our real meeting is not conducted at this table. But the jobs get done, all AJKs were briefed on current development and preparation for AGM.


Post meeting "meeting". From left Datuk Razhi Yahaya (Perfect Agro), Tn Hj Mat Taib, Prof Ramli (Rumpun Asia), Tn Hj Zainal (BoDen), Tn Hj Zeid (Wawasan Manis). Tiada dalam gambar - alwigoatfarm dan huzaimy perfect agro. Seperti kebiasaannya Puan Fatimah menghidangkan makanan yang sangat sedap hasil buah tangannya sendiri. Absolutely delicious! Thanks Puan Fatimah!

So kepada tuan puan pembiak kambing/bebiri sekalian, dijemput sekali lagi menghadiri AGM Persatuan Pembiak Kambing Malaysia, dan mendaftar menjadi ahli persatuan. 31hb Mac 2013. 30hb Mac 2013 (Sabtu). Pukul 10 pagi. Petaling Jaya. Rumah Tuan Haji Zainal dan Puan Fatimah.

"silently working to create better environment for local breeders"

*aku tak akan cover lagi siri mesyuarat dengan agensi agensi kerajaan dalam blog ini. Aku tahu ianya menarik (berdasarkan hit yang diterima) tetapi segala perkembangan persatuan akan diceritakan dalam laman rasmi persatuan (sedang dibuat). Salam!

16 comments:

  1. yeahh..mri brmeeting smpai lebam.haha.bila ada website rasmi utk PPKM?upah ust.Don je buat(free pun boleh) dia bab2 ni mmg kreatif.drpd main Farmville tu baik bt website utk PPKM.haha..jgn mare ust.Don..

    InsyaAllah den dtg nnti..ada nk terjah kndang mana2 x lpas meeting?hehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tak pasal2 je kena... kalo buat blog tu bleh la.. tp kalo website, mcm bazaarternakan.my tu saya upah orang. Farmville tu buat lepas gian. hahaha. hari2 perah susu & dapat cheese.

    tapi kalo buat blog, kena la ada aktiviti selalu, baru syok update. tak best gak kalo tenggelam timbul, kita bukannya macam JP*. hehehe. dalam AGM kena bincang, buat takwim tahunan. melawat kandang2 ke. pasar ternakan hidup ke. join MAHA ke. kursus-kursus ternakan kambing.. ha.. yang ni sangat bagus. kasi fight JP*. lemau sangat, berjanggut tunggu, terhad plak tu. otai2 bagi talk, jemputan. kursus buat di kandang terpilih. tempat tidur, bagi khemah je. ladang prof alwi tu, cantik gak buat camp site. "GOAT BREEDER BOOT CAMP". semua kena kaut taik kambing, free of charge. pergi ikut gembala kambing. tak gitu prof Alwi. hehehe.

    aktiviti yang saya cadangkan:
    1. Tubuhkan koperasi, so, yuran tu, dirolling, buat modal untuk koperasi. baja taik kambing ke, apa ke, yang penting produk kambing. 50 orang minimum kalo tak silap untuk tubuh koperasi. so, kalo ada ahli yang nak jual produk, boleh tumpang di koperasi. generate income. nanti2, untung lebih, boleh bagi pinjaman kepada ahli, pinjaman dalam bentuk barang, mesin chopper ke apa ke.

    2. buat kursus. nak tunggu JP* dah setahun saya mintak tak dapat. hampeh. dalam kursus, tak payah advance2. panduan beli kambing, panduan cegah penyakit, panduan buat kandang budget, panduan marketing, panduan silaj, produk hiliran & sampingan dll. yang ni kalo dapat, buat la, 2 kali setahun ke, 4 kali setahun ke. siapkan silibus. then pilih kandang2 daripada ahli untuk buat kursus. kandang terpilih, kena p audit mcm ESCAS tapi audit ni dipilih atas husbandry practice dia dll kriteria. takkan nak buat kursus di kandang yang tunggang langgang. kalo nak buat ok gak, penghargaan kepada penternak, bagi peserta kursus rasa susah payah.

    3. buat networking. keahlian yang ada, sentiasa update kedudukan semasa. suku tahun, tengah tahun, setahun. pantau progress. kalo dapat. keluarkan majalah ke, bulletin ke, bagi info pada ahli2. hantar melalui pos. buat 1 office, jadi center. ataupun buat versi PDF, emel pada ahli. atau upload dalam blog rasmi. kalo buat majalah, boleh la buat side income pengiklanan dari majalah tu.

    4. buat jalinan antara organisasi berkaitan, felda ke peladang ke risda ke, kot orang nak mintak bantuan. so ada saluran yang boleh dia apply, dan dia kena jadi ahli persatuan pembiak dulu. atau fama ke, produk nak pasarkan macam mana, kalo kambing susu, botol, labeling, edaran dan sebagainya.

    5. cari baka pejantan yang bagus, dairy kalo boleh, anglo ke. buat style FARM-Africa. dia basmi kemiskinan dengan dairy crossed. join venture dengan Azam Tani. breeder besar, supply kambing dairy crossed kepada 1Azam, 1Azam bagi kepada mereka yang layak. PPKM jadi consultant, penerima dairy crossed ni, dapat khidmat nasihat percuma, diberi kursus dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak muat plak.. sambung sini..

      6. wujudkan pasar hidup. indonesia yang matawang juta2 rupiah pun boleh buat, kenapa kita tak boleh? masing2 tunjuk kambing @ biri2 diorang, mesti la yang terbaik sebab nak jual. secara tak langsung, penternak akan mengamalkan penternakan yang terbaik supaya produk dia laku. dan sambil2 berniaga, boleh bertukar pandangan, komen mengomen kambing masing2. tak ke happening macam tu.

      7. buat la pertandingan, best breeder buck ke, kambing cantik ke, semangat la orang nak cari kambing terbaik, dari kandang terbaik. dan penternak yang nak jadi supplier kambing terbaik, akan menambah baik kandang & husbandry. nampak kecik, tapi impak jangka panjang dia besar. penternak akan cari cara pemakanan terbaik, dan semua terbaik. makin tip top la kambing diorang.

      8. banyakkan aktiviti terjah kandang. sebulan sekali ke. lawat kandang dalam satu kawasan tu. bagi borang kepada yang belum daftar. bagi cadangan penambahbaikan on the spot. buat direktori pembiak kambing. networking antara pembiak. jalinkan hubungan penternak. tanya apa masalah penternak tu. dll

      9. dapatkan tender dari kerajaan ke. ambik alih projek2 kerajaan. kalo diberi kepada orang yang tak sepatutnya, alamat lingkup la. tunjukkan persatuan ni peka dan prihatin. jangan bazirkan duit rakyat. sekarang zaman kebangkitan pembiak kambing, hapuskan tanggapan negatif rakyat terhadap sektor penternakan, akibat daripada tindakan individu yang vangang.

      10. terakhir, ambil kira pandangan penternak kecil. mereka ini yang akan meramaikan persatuan, mereka ini yang menjayakan hampir 100% aktiviti persatuan. mereka ini akan menjadi jentera untuk memastikan sektor penternakan kambing terus hidup. lidi sebatang kalo kepak, patah. try ambik segenggam, kalo sazali samat kot la kepak patah, itu pun keluar urat gak. kalo boleh, next AGM dan aktiviti seterusnya, rotate la ikut negeri. jangan tertumpu 1 tempat. buat di ibu negeri pun ok dah. buat di ipoh, orang perak datang, ajak saudara mara. buat di alor setar, orang kedah datang, bawak saudara mara. jangan jadi pengarah filem atau drama, tumpu di KL, Selangor. macam takda tempat lain nak shooting. balik2 drama, berlatarkan KLCC. buat di kandang2 besar. yang ada fasiliti macam dewan ke. pinjam dewan orang ramai ke.

      ini on the spot je, lama dah pikir, andai kata saya ni seorang penternak besar, saya akan buat macam ni. kalo dengan paperwork, mau ada calculation sekali tu. saya sokong 100% apa sahaja yang dilakukan PPKM demi membela nasib pembiak & penternak, terutama yang kecik2, nak bela yang besar2, mereka dah survive, kasi can pada yang nak naik ni plak.. saya tak dapat join, tapi insya Allah, kalo ada rezeki, lagi 2 3 tahun mungkin baru dapat join. kena tunggu transfer dulu la.

      Delete
    2. lupa plak nak tambah.

      10.5 kalo boleh, lepas AGM nanti. keluarkan la laporan. cerita apa yang telah dibentangkan. supaya orang yang tak dapat hadir macam saya ni dapat update. hehehe.

      Delete
    3. Ust.Don ni kalu g meeting siapla Setiausaha PPKM@Alwi nk mncatit hujah2 dia ni.haha.hbis dakwat pen ni woo..apepun bgus pndpat Ust.Don ni.yg pling pnting skali den rsa no.2 tu.krsus or asas pngenalan utk pntrnkan kmbg nila.kalu basic dh xbtul mmg ke laut la prginya.kukuhkn basic dlu lpas tu mgkin bleh g lngkah2 strusnya mcm dlm karangn Ust.Don di atas..

      p/s:Ust.Don ko prnah kna sound dgn ckgu sekolah x,"sy suruh awk bt karangan 180ptah prktaan,yg awk tlis 10helai muka surat bt apa"..ade x?hehehe..

      Delete
    4. Humakk kau, tu dia aihh Don Capra Hircus punya komen. Berasap!! Lagi panas dari blog aku haha..

      Terima kasih terima kasih. Segala cadangan akan diteliti dan diforward kepada pengerusi.

      But to be honest, we are incapable of such mammoth task. We do not even have a clerk to handle letters. We do not have much resources. Persatuan Pembiak is a 'loose' band of breeders, n we know we are in infancy stage.

      Our immediate objective is improving the general climate for breeders - The policies being made by the policymakers.

      The rest of your suggestion is quite technical, which requires a lot, and really lots of planning and resources. But thanks Mr Don! Because for a young breeder like you to have this level of thinking and passion - is simply remarkable!

      God Bless You

      Delete
    5. extra2...

      11. kepada breeder besar, jadi la mentor, cari mentee di kawasan berhampiran, atau mereka yang baru nak ceburi bidang. suh diorang buat kandang, pawahkan kambing kepada diorang ni. pantau dari semasa, ikut standard mentor sendiri. takpun bagi pinjaman kambing, bayar balik dengan kambing. bagi la betina 5. jantan seekor. jantan ni nanti rotate, bagi kepada mentee lain. rekod keeping penting. masalah penternak yang utama ada 2, ilmu pengetahuan & modal. ilmu tu banyak, modal la masalah. contoh macam belia yang berminat, sekolah malas, tapi berminat dengan penternakan, bagi je kambing. JV dengan Pejabat Belia plak. mentee ni, cari kalangan penternak kecil pun ok, bagi pinjam kambing boer ke, anglo ke. bagi can bela & merasa. ada berani ke breeder besar? saya cabar. hahaha. prog alwi, jangan lupa bangkitkan. kalau tak dapat, lagi 2 3 tahun, saya akan bangkitkan sendiri nanti. masa tu lagi kaw2 kena. semoga PPKM wujud sampai saat saya join AGM & sampai bila2...

      12. cari budak praktikal ruminan, buat praktikal di kandang, atau jadi orang tengah, hantar ke kandang-kandang lain budak2 praktikal ni. ada sijil ruminan saja, tapi kerja kerani kilang. hampeh betul. hantar terus surat kepada UPM, kolej pertanian, Institut veterinar, minta diorang hantar budak praktikal.

      bertambah plak. nanti saya tambah lagi kalo ada. hahaha.

      Delete
    6. hahaha. terlebih sudah. ini cadangan je prof & bro isal. mana boleh buat, buat. kena brainstorming lagi, short list kan lagi. saya nak bercakap public tak berapa reti, saya lebih power dalam penulisan. bila open, saya lebih banyak mendengar dan hadam. nak bercakap, nanti ada yang tertinggal.

      bro isal: rasanya ada... terpaksa potong ayat yang tak berkenaan. hahaha.

      prof alwi: kasi panas blog prof yang sedia panas ni. memang banyak teknikal. saya tak nampak dalam masa terdekat boleh implement. FARM-Africa tu bertahun2 baru dapat diorang dapat rentak. just berharap PPKM dapat bertahan kukuh, berakar umbi, bercambah benih. saya ada plan saya sendiri, semasa saya di sini, saya akan planning. dah balik nanti, saya akan implement step by step. nak tengok sapa laju lagi, saya atau PPKM. hahaha. jangan marah ye prof. penuh bahagian komen ni. hahaha.

      Delete
    7. Elokla ada ank muda mcm ust.don ni.corah maso dopan indstri akn dtg.hehe..tp plan btul2 ust.don..bab mrancang ni sonang,tp bab mlaksanakan tu yg rmai ggal.sbb bila dh msuk fktor luar mcm manusia,prskitran,cuaca dll yg bkan dlm kwalan kita spenuhnya tu yg agk mncbar..msa tula kna guna apa2 skill yg ada trmsukla soft skill,hard skill n kill kill die die..hahaha

      Delete
    8. Salam semua.. Pfuhhh.. Sdr Don Capra punya cadangan sangat brilliant! 12 cadangan.. Very impressive. Setiap kejayaan bermula dengan angan2/cadangan. Kalau dah ada 12 cadangan, dapat laksana 3-4 cadangan pun dah cukup baik untuk penternak2 kambing. Ada baiknya cadangan2 ini ditulis dengan kemas dan teratur dan dgn bahasa Melayu standard,dijadikan resolusi AGM, agar boleh difahami semua pihak yang berkepentingan. Pasti besar impaknya... Harap Prof Alwi/PPKM tetap boleh terima cadangan daripada pembiak2 kambing walaupun masih belum berdaftar jadi ahli..Kebanyakan pembiak kecil2an dan baru belajar macam saya ni masih bersikap tunggu dan lihat sejauh mana peranan dan keberkesanan PPKM hingga kehari ini. Kalau nampak macam hanya nak menguntungkan pembiak2 besar,ternama dan bermodal besar, nak suruh pembiak2 baru ni dapatkan (beli) baka dan induk dari mereka, .. maka susah sikit lah nak join PPKM..

      Delete
    9. hehehe.. alang2 nak bagi cadangan. kalau bagi 1 2 je, potensi nak jalan tu rendah. bagi banyak2, pilih mana yang boleh dilaksanakan dulu.

      cadangan saya ni batang pancing dengan 12 mata kail. setiap kail ada umpan. bergantung kepada ikan. dia nak makan ke tak. kalo makan, dapat la buat lauk. pakat2 cubit rasa seorang sikit. kalo ikan tak makan, kita buh umpan lagi canggih. dari cacing, buh la lipan bakor. lagi kuat bau dia. haa... mendalam analogi ni.

      bro isal - rancang tu senang sket dari laksana, tapi lagi senang hati dari dok diam tak kata apa2. hehehe. jauh perjalanan. langkah pertama saya, yang mungkin paling utama, saya nak jalinkan hubungan dengan semua penternak kecil besar sedang2, baru lama, belum atau sudah menternak. lebih banyak suara, lebih kuat gemanya. tak kira la, ada kambing seekor dua pun, yang penting minat. nak tunggu agensi berkenaan collect data, berjanggut. sapa yang ada connection je ada, tu pun sejemput. yang takda connection, yang tak berkepentingan, p mampus la. kawasan tumpuan utama saya daerah Baling. setel Baling, saya akan luaskan jajahan. hahaha.

      saya sokong pendapat tuan TAJ - Unggas Kota. tapi bagi saya, tak boleh tunggu dan lihat saja. kita kena perhati dan bertindak.

      tahun ni harap ada la aktiviti untuk ahli PPKM, selain daripada aktiviti bertikam lidah. hahahaha. perjumpaan antara penternak di kandang Pak Faisal, saya suka. kalau dapat buat lagi, buat selalu. bulan ni kandang di Selangor, bulan depan kandang di Negeri Sembilan. sapa dapat join, sila join. tak dapat join, follow up dan update.

      Delete
  3. Salam,
    boleh sertakan sekali map,

    ReplyDelete
  4. gile Ustaz Don ni..nanti la aku baca bila ada masa...tak larat aku nak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... banyak cadangan, banyak la keje nak kena buat. sikit2 lama2 jadi bukit

      Delete
  5. Salam,sy berminat untuk menternak kambing.bolehkah klu sy nk daftar kt PPKM dan join AGM akan datang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Technicality - tak boleh.

      Tapi... boleh bagi phone no, nanti saya tanya ajk.

      Delete