Pelik
sungguh aku bila ada pihak sibuk benar suruh kita melabur dalam skim
pelaburan emas.
Emas
dan perak katanya memberi pulangan yang sangat menguntungkan. Katanya
lagi, emas terbukti sentiasa bernilai bagi manusia dalam mana mana
tamadun. Dan nilai emas sentiasa stabil, tanpa banyak fluctuation -
tak macam harga komoditi. Tambahnya lagi Nabi Muhammad SAW pun
menggunakan dinar emas dan dirham perak sebagai matawang.
1
dinar emas tetap dapat membeli seekor kambing pada zaman nabi
hinggalah zaman sekarang. Nilai emas sukar dipengaruhi inflasi.
Tak
macam matawang kertas, 1 ringgit malaysia dapat membeli seekor ayam
kampung hidup zaman nenek kita, tapi 1 ringgit malaysia sekarang
dapatlah kepala ayam aje. Terlalu mudah dipengaruhi inflasi.
Nilai
emas tetap sama. Dulu, kini, dan selamanya. Stabil.
Sebab
stabil itulah tak sesuai dijadikan pelaburan.
Tetapi
sangat sesuai dijadikan matawang.
Bagi
aku, emas bukanlah pelaburan tetapi sebagai simpanan. Savings or
deposits. Bagi sesiapa yang dah ada excess cash, sesuailah beli emas
daripada simpan tunai banyak sangat dalam akaun simpanan bank. Emas
mempertahankan nilai semasa kekayaan kita. Menambahkan nilai
kekayaan? Tidak.
Pelaburan
atau investment ni bermaksud wujud kemungkinan pulangan (returns).
Tak kisahlah pulangan positif atau negatif. Tak kisahlah pulangan itu
boleh menambahkan kekayaan atau mengurangkan kekayaan. Dan sifat
pelaburan ini merujuk kepada bisnes atau perniagaan.
Bisness
ni yang baru kita katakan pelaburan. Wujud potensi pulangan dan dalam
masa yang sama wujud potensi risiko. Wujud ketidaktentuan. Wujud
ketidakstabilan.
Emas
dan perak yang dijadikan matawang tidak boleh diniagakan. Haram.
Spekulasi. Nabi tidak membenarkan kita membeli matawang, kemudian
menyimpannya dengan tujuan membuat keuntungan. Matawang tidak boleh
diperniagakan. Forex trading sememangnya diharamkan dalam Islam.
Setiap
currency speculator macam George Soros atau sapa sapa pun lah yang
terlibat dalam jual beli matawang untuk keuntungan adalah musuh
Islam. Termasuklah emas dan perak. Bukan setakat dollar atau renmibi
atau ringgit malaysia.
Simpanan
emas boleh. Simpanlah berapa banyak yang termampu pun. (sebenarnya
tidak banyak memberi manfaat pun simpan banyak banyak, lebih baik
melabur dalam perniagaan, barulah wujud aktiviti ekonomi yang memberi
manfaat kepada semua orang).
Bagi
aku, emas bukanlah pelaburan. Jangan terpedaya untuk melabur dalam
mana mana skim pelaburan emas. Beli dinar emas, simpan takpe. Tapi
jangan lupa bayar zakat.
Gold
IS NOT an investment.
Goat
IS AN investment.
Choose
wisely. Goat luck!
All pretty and shiny. But won't grow by itself.
Pretty too. And they certainly grow!
teruskan usaha menjadi seorang usahawan dan ahli perniagaan.
ReplyDeleteSunnah Nabi.
post mcm ni brula kena dgn jurusn yg prof amik dlu.economy+finance adela kne mngena.haha..tp den amatla stuju psal emas tu bkanlah investment tp simpnan yg slmat.tp dlm dunia kapitalisme ni xde bnda yg xtrdedah pd spekulasi tmbah2 lg bila paper trading/future trading dimulakan.haru-biru jadinya..
ReplyDeleteyg nk g meeting jangkaan dlm 10org prof..sila booking mkanan.satay kambing xda ka.hehe..
btul..definasi pelaburan ni banyak orang keliru..lainlah kalau emas tu boleh beranak..hehe..
ReplyDeleteemas ka berlian ka sebenarnya ada nilai industri..atau platinum..macam tu kalau nak melabur takpelah..sebab ada nilai tambah..teknologi handphone ka chips ka etc..
bela kambing. jual. ada lebih beli cincin emas 1 gram, buat simpan emergency. ar rahnu emas, beli anak kambing. gemukkan. jual balik. tebus emas di ar rahnu & beli emas lagi. hahaha. kayo!
ReplyDelete