Aku
tengah sakit perut masa shahiid datang. Baik punya sakit. Caffeine
overdose + cili + belacan. Dan aku percaya aku tergolong dalam
sebahagian manusia penghidap phenylketoneutrics. Sifat ini
menyebabkan penghidap mengalami situasi pembetungan negara negara
maju sebaik sahaja termakan benda benda tertentu. Efisien dan lancar.
Jadi aku tak berapa stabil masa shahiid ni datang.
Shahiid
dari lukut, port dickson. Muda lagi. 27 tahun. Sebaya isal lah. Dah
kahwin. Baru je menternak kambing selepas raya. Raya puasa atau raya
haji aku pun tak ingat. Datang bersama bapaknya yang kerja kat tenaga
nasional. Aku lupa nak amik gambar. Perut tak stabil punya pasal.
Salah
satu soalan yang menarik minat aku ialah apabila ditanya macam mana
nak buat penggemukan. Is it possible to fatten only by using fresh
forages?
Yes.
Possible. Memang boleh gemukkan guna foraj segar sahaja (dedaun atau
rumput). Kalau kambing kita bagi bagi dedaun secara ad libitum
(sentiasa ada), mungkin hampir menandingi amalan grain mix(bukan
sebarang dedak ye) + foraj. Dari segi kualiti nutrisi daging,
pastinya menggemukkan dengan hanya menggunakan foraj segar adalah
yang terbaik. Pasti nisbah omega 3:6 berada dalam keadaan sangat
memuaskan.
Cumanya
aspek kelembutan daging. Banyak kajian terhadap daging mendapati
kambing dan lembu yang digemukkan dengan bijirin (grain) memiliki
daging yang lebih lembut. Dan kelembutan maksimum (maximal
tenderness) dicapai apabila penggemukan menjangkau 100 hari. Kalau
bagi foraj sahaja sebagai makanan penggemuk, kelembutan setara boleh
dicapai dengan penambahan beberapa proses - electrically
stimulated, blade tenderized, and aged properly.
Jadi
bagi sesiapa yang nak menggemukkan guna foraj segar sahaja - kita
penat banyak nak cari kuantiti foraj, tetapi boleh
dapat harga menarik kalau ada innovative marketing yang target
very health conscious consumer.
Kalau
guna dedak yang ada grain, lagi cepat gemuk kambingnya dan lagi
lembut daging. Personally aku pilih cara ini buat masa ni. Sebabnya
aku malas cari rumput, dan turnover kambing aku cepat. Kandang tak
muat pun nak buat penggemukan sampai 100 hari. Biasanya 1.5 bulan ke
2 bulan, aku dah jual.
Kebanyakan
penternak tak fikir sangat kualiti daging, pasal lebih tertumpu
kepada berat hidup (liveweight gain). Janji kambing cepat naik berat.
Peduli apa daging sedap tak sedap. Jadi macam macam feed
digunakan. Kebanyakannya mengelak menggunakan grain, pasal
grain mahal. Tapi cara ini tidak membina reputasi jangka
panjang. Dan dah semakin banyak wujudnya discerning customer,
jenis yang cerewet sikit dalam pemilihan citarasa daging. Jadi
perubahan pasaran kita kena ambil kira.
Bagi
pembiak pedaging yang nak masuk elite status, kualiti mesti diutamakan,
kerana kita akan target niche market, bukan lagi mass
market. Yelah kita pembiak, apalagi yang macam aku 100% pembiak.
Jadi keupayaan pengeluaran terhad. Aku tak boleh target mass
market selama lamanya, nanti profit level dok tang tu
juga. So aku kena bergerak ke arah pasaran khusus (niche market) di
mana bilangan customer lebih sikit tapi sanggup bayar harga lebih
tinggi.
Macam
Porsche. Buat kereta sikit aje, tapi berkualiti, ada attention to
detail. Rupa kereta tak jauh beza. Itu juga dari dulu sampai
sekarang, cuma dalaman yang banyak berubah. Pasaran sasaran bukannya
mass market macam kereta toyota, nissan, volkwagen, audi,
proton, blah blah blah. Tapi golongan tertentu, niche market. Dan
lebih 80% kereta Porsche yang dibuat selama ini, masih mampu bergerak
di jalan raya. Quality engineering.
Dan
Porsche adalah the most profitable car company in the world.
Salam!
Salam..
ReplyDeleteApa yg dimksudkan "bukan sbarang dedak ye"?
pada pendapat saya, dedak ni banyak campuran, bukan 100% grain. macam prof Alwi cakap, grain mix. maknanya 100% grain. contoh, macam jagung, barli, gandum, milo, campur sekali, bagi makan pada ternakan. takda campur bahan lain, mollasses ke, apa ke. ada yang advance sket, grain mix ni dia jadikan sprouted fodder. tp grain mix kering lebih bagus. bila di campur, rasa daging pun jadi lebih menarik dari single grain.
Deletemaksudnye bukan pkc-based la ye.apa nama dedak yang banyak grain??
Deletemaksud aku grain based. dedak penggemuk berkualiti kena ada grain. at least 20-30% daripada dedak tu.
Deletegrain is still the king. dalam bab menghasilkan daging yang sedaplah.
kalau setakat nak naik berat badan, memang macam macam jenis dedak. ada yang pelik pelik pun guna.
Terima kasih Prof atas ilmu dan pengalaman yang dikongsi. Terima kasih juga masih melayani kami walaupun sedang sakit. Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang lebih baik..
ReplyDeletesama sama. nanti ada masa aku melawat. takpun boleh emel gambar ladang kat aku.
Deletesalam prof.
ReplyDeletesaya xfaham tang part penggemukan je..
setau saya prof nie gembala yg maknanya kambing dilepaskan utk keluar makan.. untuk penggemukan adakah kita perlu kurung die dan diberi makan tanggung.. atau tetap dilepaskan keluar tapi bile masuk kandang kite bagi lagi dedak..
dan 1 lg prof..
ada kawan saya yg memberi grain mix ini dicampurkan dgn hampas kelapa parut.. kambingnya elok sihat n gemuk dan ada ibu kampungnya yg berat 42kg.. ini saya lihat sendri pasal die timbang depan saya..
mintak prof beri komen sikit berkenaan ini..terima kasih prof..