Terkejut aku baca paper
harian metro semalam. Seorang gembala lembu dijumpai mati dibaham
anjing liar tak jauh dari rumahnya. Kat kluang, johor. 200 meter je
dari rumahnya. Jumpa mayatnya dalam parit, kaki tinggal tulang,
dagingnya habis diratah anjing. Ngeri sungguh. Orang melayu, islam.
Jadi kita sedekahkan fatihah kat arwah dan berdoa agar rohnya
dicucuri rahmat.
Pengalaman aku bila
gembala kambing ni, memang ada kes diserang anjing liar. Bukan aku
yang diserang, tapi kawanan kambinglah. Berterabur jugaklah kambing
ni lari, berpecah sana sini, ada juga yang ikut anjing liar tu lari.
Ke mana anjing liar tu pergi, kambing ni pun ikut juga. Bodoh
sungguh.
Tetapi kambing ni
berterabur bila dikejar sekumpulan anjing liar 4 – 5 ekor. Kalau
anjing liar tu sekor sekor, tak berani dia menyalak dan kejar kambing
ni. Biasanya anjing liar yang aku terserempak masa gembala ni tak
berani kejar orang, atau lari sebaik sahaja ternampak gembala masa
dia tengah sibuk dok planning macamana nak tangkap kambing. Tak
pernah pula aku dengar kes anjing liar kejar gembala sampailah keluar
berita semalam.
Pelik juga aku, kenapa
jadi camtu? Mungkin dia sakit jantung terkejut, kemudian tergolek
jatuh ke dalam parit, lepas tu anjing liar ambil kesempatan?
Dulu masa mula mula bela
kambing, kerap juga kambing aku digigit sampai mati oleh anjing
anjing liar ni. Masa tu aku tak gembala sangat, jaga 1 ke 2 jam, bila
dah sampai tempat yang nampak ok, aku tinggalkan biar kambing tu
meragut sendiri tanpa pengawasan. Memang selalu dikejar anjing liar,
sedar sedar kambing semua dah balik kandang. Kira punya kira, tak
cukup. Kalut mencari mana yang hilang. Sampai tengah malam mencari
pun ada.
Biasanya kambing boerlah
yang jadi mangsa. Perut bulat, kaki pendek, bila lari terkedek kedek
slow. Tak cukup spring kaki dia. Kelakar betul tengok kambing boer ni
berlari. Jamnapari pun sama. 'Elegan' macam ratu cantik, macam pakai
kasut tumit tinggi. Sekali disergah anjing, habih. Kambing kampung je
yang nampak ada 'spring' kat kaki dia bila berlari, berdesit.
Kuranglah risiko mati digigit anjing.
Oleh kerana masa tu
banyak juga kambing aku yang digigit anjing, aku jadi punyalah geram
sampai aku pakat dengan kawan kawan indon dalam ladang tu guna umpan
racun. Kepala ayam campur puradan. Adalah 2 -3 ekor anjing yang mati.
Tukar puradan kepada methomyl – racun black market import dari siam
– lagi berkesan, pasal tak nampak racun tu dan takde bau. Puradan
warna ungu, methomyl warna putih. Bukan anjing je yang mati, dengan
biawak biawak sekali tergolek.
Bila anjing anjing ni
mati, rasa legalah sekejap. Rasa lega yang sekejap.
Aku pun lepas kambing
sekali lagi tanpa pengawasan, ingat bila dah kena racun, berkurang
drastiklah kes serangan anjing liar ni. Huh hampeh, banyak juga
kambing yang mati digigit anjing, pasalnya anjing anjing liar ni
sering berganti. Selalu meronda mencari kawasan memburu. Bila kita
dah clear kawasan ni, masuk pula kawanan anjing dari tempat lain.
Salah aku sendiri, bodoh
tak faham faham. Umpan racun bukan penyelesaian, panggil pejabat
haiwan atau orang kampung datang tembak anjing ni pun bukan
penyelesaiannya.
Jawapan terbaik kepada
serangan anjing liar atau pemangsa pemangsa lain ialah menjadi
gembala sepenuh masa, sepertimana yang Rasul rasul dok buat. Semua
Rasul bela kambing, dan semuanya jadi gembala. Maknanya
jaga kambing masa lepas meragut. Jadi pengawas, jadi observer yang
teliti, jadi ketua kepada umat kambing ni. Mana ada yang main lepas
tak berjaga.
Barulah
menjadi usaha ternak aku, barulah penat lelah aku mendatangkan hasil,
barulah nampak betapa signifikannya
perbezaan prestasi ladang ternak yang gembala dengan tak gembala,
barulah tak wujud serangan anjing liar ke atas kambing aku.
Tak
wujud walau satu pun kes serangan anjing liar semenjak aku menjadi
gembala sepenuh masa yang observant. (Kalau
gembala, tapi sibuk dok main henpon, telepon sana sini, tak jadi tuan
tuan.) Inilah jawapan yang terbaik, penyelesaian yang pasti
mendatangkan hasil, jauh lebih baik dan berkesan dari alternatif lain
– pagar letrik ka, guna anjing jadi gembala ka, umpan racun ka,
tembak pemangsa2 ka, etc..
Gembala.
The
single most influencing factor in ensuring a semi intensive breeder
farm's success rate (amenda plak aku bantai cakap omputih ni?).
Gembala
yang 100% observant. Kena disiplin
tinggi, fokus tinggi,
stamina tinggi,
kesabaran tinggi.
Memang melatih kita menjadi pemimpin. Pasal tu semua rasul masa muda
muda di'training' jadi gembala kambing.
Dan
ramai yang tak lepas, gagal bila nak mencapai taraf master herder,
termasuk aku. Sibuk layan panggilan sana sini, visitor selalu datang
kandang, jadi aku tak boleh fokus masa gembala. Jadi aku employ
indonesian untuk ganti tempat aku jadi gembala. Masalahnya kadang
kadang hilang juga fokus dia ni. Tu yang ada juga kes anak kambing
hilang walau pun jarang jarang.
Takpa
yang penting kita gembala. Barulah anjing anjing liar ni tak berani
kacau. Kita bawaklah parang, asah tajam tajam, kalau ada anjing yang
sergah, kita sergah dia balik sambil libas parang tu. Lari dia.
Nak
lagi bagus, bawak sekali anjing kita jadi assistant gembala. Aku ada
2 ekor, satu jantan tulen, satu lagi jantan tak tulen (dah kena
potong telur). Bila ada aje anjing liar, anjing 2 ekor ni pi kejar
dan gigit. Lepas tu kita buatlah apa yang patut. Bunuh cepat cepat
tak kisahlah macam mana. Gembala aku yang indon tu dah dapat 7 – 8
ekor jugaklah anjing liar bila bawak assistant gembala ni. Berkesan
sungguh jadi gembala dan bawak anjing penggembala.
Jadi
tuan tuan, inilah cara yang aku guna sekarang untuk mengatasi
serangan anjing liar kat tempat aku. Jadi gembala sepenuh masa dan
memang ada pengurangan drastik serangan anjing liar. Selain itu
gembala sepenuh masa ni meningkatkan prestasi ladang kita secara
signifikan walau pun kita mungkin tak sedar hakikat tersebut. Kita
ambil contoh rasul rasul, kita tengok cara cara kaum pastoralis
(penternak) yang telah terbukti zaman berzaman, generasi bergenerasi
mendatangkan hasil.
Semuanya
jadi gembala.
Gembala.
Mbekkk!!!