"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, May 10, 2012

10,000 EKOR TAK YAH ZAKAT?

Kontroversi betul tajuk aku kali ni. Rilek rilek. Menurut pejabat agama tempat aku sekiranya kita BIAKkan kambing cara makan tanggung (intensif), tak perlu keluarkan zakat ternakan walau pun berapa banyak kambing kita ada, hatta 10,000 ekor, 20,000 ekor mahu pun sejuta ekor. Selagi kita potong rumput (cut and carry) atau pun menggunakan dedak pada kambing kambing kita atau membiak guna sistem intensif/makan tanggung, maka tidak jatuh kewajipan ke atas kita mengeluarkan zakat ternakan.

Tetapi sekiranya kita BIAKkan kambing dengan cara semi intensif atau ekstensif (lepas meragut sepenuhnya) maka wajib atas kita mengeluarkan zakat ternakan bila cukup haul dan nisab. Bilamana kambing itu meragut bebas rumput yang tumbuh di bumi Tuhan ini (tak perlu keluarkan banyak input - kos tenaga masa) maka kita perlu berzakat ternakan.

Bagi mereka yang berjual beli kambing (trading,importing), tak perlu keluarkan zakat ternakan tapi jatuh kewajipan zakat perniagaan. Mereka ini tidak membiak, jadi zakat ternakan tidak terpakai. Zakat ternakan terpakai kepada usaha membiakkan haiwan. Kalau membiakkan ayam, aku tak tahu pula apa hukumnya.

Zakat ternakan ni ada dua sifatnya iaitu cukup nisab (bilangan) DAN haul (tempoh). Makna haul tu cukup umurlah. Biasa yang kita dengar kambing ada 40 ekor maka zakatnya seekor. Kalau 80 ekor maka zakatnya 2 ekor. Kalau 120 ekor zakatnya 3 ekor. Kalau 200 ekor zakatnya 4 ekor. Kalau 300 ekor zakatnya 5 ekor. Lepas tu tiap tiap 100 ekor zakatnya seekor.

Tapi bila aku selidik mendalam sikit dan ada juga aku dengar pandangan ustaz azhar idrus berkenaan zakat ternakan, rupanya kita kena ambilkira nisab DAN haul. Maknanya kalau kita membiakkan dan ada 40 ekor yang cukup umur (bukannya semata mata bilangan 40 ekor) barulah kita keluarkan zakat ternakan 1 ekor.

Ada geng pembiak kata kat aku " susahlah nak kira berapa ekor anak yang ada, nak bezakan antara yang cukup umur dengan yang belum cukup umur. Lagi senang kira je berapa yang ada". Takpalah nak buat macam tu. Tapi yang sebetulnya kenapa malas nak kira? Apalagi nak simpan rekod?

Sebenarnya salah satu tujuan Allah turunkan perintah berzakat, selain menyucikan harta, adalah untuk memperbaiki usaha ternakan kita dan menjadikan kita berdaya maju dengan cara menyimpan rekod.

Kalau tuan tuan nak tahu lebih lanjut cubalah tanya orang pejabat agama negeri masing masing. Lain negeri lain juga pandangannya. Aku pun bukan tahu sangat hukum hakam ni. Tapi aku dah checklah kat tempat aku sini. Ok tuan tuan. Salam.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth Tuan, Tahniah2 kita masuk bab zakat kali ini.

    Aku ada dengar slot ustaz Zaharuddin Abdur Rahman aka UZAR di radio IKIM setiap rabu jam 510minit petang tentang muamalat (urusan seharian) ni dan salah satu perkara yang pernah dikupas adalah zakat. Zakat ni untuk menyucikan harta yang suci daripada sumber yang halal dan suci. Maksudnya 2 kali penapisan la kesuciannya ni.

    Kalau harta haram tak boleh dizakatkan pun. Hehe, macam mana tuan keluarkan zakat ya? Boleh tak macam ni, setiap tahun anda zakatkan seekor kambing atau lebih bergantung pada haul dan nisab anda dan sedekahkan pada fakir miskin yang tak mampu buat aqiqah. Hehe

    Awat kambing jantan aku dah hilang bau jantan dia ya? Ada kitaran hormon ke? atau andropause? Men No Pause kan?

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hmm.. zakat kepada fakir miskin yg tak mampu beraqiqah. Ok gak tu. Biasanya aku bagi kat rumah anak yatim atau rumah orang tua/ kurang upaya.

    ReplyDelete