"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, May 2, 2012

MEETING...AGAIN

Hahaha dah berkarat rupanya blog aku ni. Cepat betul 'blog oxidation' ni berlangsung. Baru berapa hari tak update. Apa boleh buat, cyber cafe terdekat 15km dari rumah aku, kat langkap atau bidor. Memang kena semangat tinggilah bila nak update blog ni. Aku ni ada masa,selesa sikit pi cyber cafe bila belah malam.Tapi kesian pula anak bini aku kena tinggal dalam ladang malam malam. Saspen jugak aku...

Ada pun ketua pengarah jabatan perkhidmatan veterinar, dato aziz jamaluddin telah menyatakan persetujuan bersemuka dengan kita persatuan pembiak kambing malaysia. Beliau memaklumkan jpv sedang bersiap siaga untuk meeting dengan kita as soon as possible, 2 minggu yang sudah, 2 hari setelah meeting kita ngan unit perancang ekonomi. So sementara kita dok tunggu dato' kp memikir mikir teh apa, kuih apa untuk dihidangkan kepada kita, kita juga tengah dok bersiap untuk meeting ngan kementerian luar bandar dan wilayah, tak sampai 2 minggu lagi.

Amende pula kita nak lobby kepada geng rural ministry ni? Aku dok fikir fikir tertonggeng tonggeng tapi idea belum mai, pasal sibuk sangat ngan urusan kambing yang dah banyak tertunggak, so jalan mudah ialah bermesyuarat. Kita akan dapatkan idea masa meeting jawatankuasa persatuan minggu ini. Kalau tuan tuan rakan rakan pembiak ada buah fikiran boleh jugalah panjang panjangkan kat aku.

Aku tak biasa dengan geng rural ministry ni, tapi yang aku tahu top gun dan wingman dia  turun padang untuk jumpa kita. Dato'..... aiseymann.. lupa pula nama dato' ksu ni (jangan marah dato, sori banyak banyak, memory capacity aku memang ada masalah). Kita memang tak nak jumpa menteri menteri dan timbalan timbalannya ni, pasalnya diorang ni selalu lip service. Menteri depan kita cakap memang baguslah tapi bila balik ofis dia kena consult orang orang kementerian dia baru buat keputusan. So yang banyak tolong buat keputusan untuk menteri menteri ni ialah team ksu ni lah.

Apa pun yang aku nampak, ada berderet deret lagi meeting, yang bakal memeningkan kepala aku dan kambing kambing aku. Rekod ternakan aku pun banyak yang tertunggak tunggu disiapkan, ntah bila nak siap. Kapla pening ooo...

Ada pekerja pun, dia bukan berani bagi rawatan kat kambing yang sakit. Kalut rasa nak pengsan tengok jarum, tapi tengok darah, sembelih ayam, kelawar, anjing, monyet boleh pula. Ada juga orang macam ni ye, tengok darah memancut mancut boleh, tapi tengok jarum sebatang terus pucat muka. So akulah yang dok observe dan merawat kambing kambing yang sakit ni. Kena meeting sana sini, memang terlepaslah sesi rawatan. Nasib baiklah bela kambing tempatan, tahan lasak. Sakit sikit sikit boleh biar, takdelah takut sangat.

Kalau ada idea yang mahu diforward kpd rural ministry, boleh kita sama sama fikirkan. Aku memang tengah kering kontang idea ni, tak muncul muncul 'light bulb' dalam kapla otak aku ni..

Salam dari gembala kambing tanpa internet connection!

*Fairul ni aku rasa dia gembala kambing dia bawak i pad lah. Canggih manggih.. Haha jeles betul aku..

5 comments:

  1. Salam dari Siam..aku stuju dgn pndgn Tuan Alwi brknaan Fairul,die mmg pntrnak moden..g kndg bwk i-pad update stiap mase.hehe..

    Kem.Luar Bandar tu rsenye ade program utk pntrnak gak tu..coz tmpt aku beli biri2 tu dpt pnjman/geran/bntuan ntah mnse satu xtaula..tp jumlah Rm100,000 tue dr Kem.Luar Bandar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak rm100,000 tu, banyak peruntukan juga ye kementerian luar bandar ni

      Delete
    2. kat thailand rupanya, jenguk jenguklah orang bela kambing kat sana ye. Boleh cerita kat orang sini.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth, Mbeekkk... kambing aku baru beranak seekor jantan (ingatkan 2 ekor melihatkan perut yang besar tu Alhamdulillah rezeki). Hehe. Baru je. Nasib baiklah aku tak de ipad, kalo tak lagi kerap aku update. Saya guna laptop je tuan tuan penternak. Hehe

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi gembala bawak laptop ka? aku punya handphone dah banyak rosak kena hujan, jatuh dalam parit. serik serik gembala bawak gajet nih..

      Delete