"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, May 4, 2012

MISTERI PETAK BERANAK

 
Baru baru ni aku melalui pengalaman aneh. Apa yang tak kena dengan petak beranak ni aku tak tahu, tapi sebelum ni ok aje. Takdak masalah pun. Mula mula si "zarina" no tag 287 beranakkan jantan seekor. Aku seronoklah pasal ini kelahiran ke 3 buat zarina, cuma yang tak bestnya 3 kali beranak, 3 kali single birth. Nasib baik kidding interval si zarina ni berada pada 7.5 bulan, maknanya setiap 7.5 bulan dia beranak. Kira ok dan normallah tu.

Biasanya bermula kelahiran ke 3 (aku panggil third parity), ibu tu mula memasuki fasa puncak kitaran bersalin, kira dah masuk gear 4 (tapi belum gear 5), lancar dan boleh diharap. Tak payah tengok tengok risau risau bila beranak. Pandai dah jaga anak. Anak pun lebih mantap, berat lahirnya lebih tinggi walau pun tak guna prepartum deworming. Kuantiti susu pun lebih banyak, lebih pekat berbanding first and second parity.

Si zarina ni aku masukkan dalam petak beranak sepertimana kebiasaan bila kambing beranak. Petak beranak ni kat hujung kandang aku, yang paling tepi. Yang buat aku terkejut, besok pagi aku tengok anak jantannya yang segar bugar semalam dah mati. Tersepit? Takde. Maknya tak kasi susu? Tak mungkin. Dihempap maknya? Mungkin walau kemungkinannya kecil sangat.

Takpa, mungkin bukan rezeki aku, nak buat macamana. Hari yang anak jantan zarina ni mati, kambing betina aku beranak lagi. Kali ni namanya "ribena" no tag 505. Pertama kali beranak. Anak betina putih. Sihat. Kelahiran pertama pada usia ribena ni 16.3 bulan. Purata kelahiran pertama kambing aku ialah 14 bulan. Kira dah terlajak 2 bulan dah si ribena ni. Aku risau juga pertama kali beranak ni, macam macam hal. Tak mahu jilat, buat tak tahu, makan telinga anak, tak nak kasi susu, memang kena waspada sikit. Aku masukkan dalam petak yang sebelum ini digunakan zarina. Malangnya besok pagi, peristiwa yang sama berulang. Anak ribena ni mati.

Dah mula rasa tak best ni. Tapi dalam pagi yang sama juga, kambing betina aku beranak lagi. "Elisha" tag no 173. Si botak besar warna hitam. Kelahiran ke 5 (fifth parity) buat si elisha ni. Kembar jantan. Umur elisha masa beranak ni 3.4 tahun. Purata jarak kelahiran 7.2 bulan.

So aku keluarkan ribena dari petak beranak yang hujung ni, ganti dengan elisha dan anak anaknya. Malangnya besok pagi, mati juga 2 anak elisha ni. Pehh.. "awat keras sangat petak ni?". Anak zarina mati, anak ribena mati, anak elisha mati. Semuanya dalam petak yang sama. Belum pernah terjadi macam ni. Apasal ye?

Antara anak kambing yang mati misteri dalam petak beranak yang misteri
 
Ada pakcik aku dulu cakap kambing ni bila malam dikunjungi langsuir. Langsuir ni akan hisap darah kambing dan ada yang mati. Tapi katanya lagi, biarkan sebab nanti kambing beranak lebih banyak. Aku susah nak percaya bab bab ni. Tapi kan bini aku ada cerita kat aku dah 3 malam dia dok dengar suara aneh tepi dinding rumah bila tengah malam. Aku tak dengar pula pasal aku dah syok tidur terbongkang. So coincidence suara aneh 3 malam berturut turut dengan kematian anak kambing dalam petak yang sama 3 hari berturut turut.

Hmm aku masih cuba mencari jawapan yang lebih rasional dan saintifik berbanding perkara ghaib. Kalau tak jumpa jawapannya, aku anggap bukan rezeki akulah. Tuhan nak menguji atau nak ingatkan aku pasal dosa dosa yang aku buat, Dia suruh aku lebih mengingati dia dan berbuat lebih banyak kebajikan kepada orang lain.

Ya Dia boleh tarik nikmatNya bila bila masa. Kita dok ingat nikmat banyak yang Tuhan kurniakan sebagai tanda Tuhan sayang kat kita, tapi sebenarnya Dia nak menguji. Syukur kepada Tuhan kerana mengingatkan aku yang selalu alpa dan lalai kepadaNya.

"Ku pohon keampunan Mu wahai Tuhan yang Maha Agung.."

Salam.


7 comments:

  1. perghh..ade unsur2 Harian Metro punye brite kali nih.aku pun xpcaye sgt cite2 mistik cmtue..maybe kuman kt kurungn tu byk sgt kot.hehe..

    mgkin bunyi Diego tu.boring mlam2 die bt aksi pelik agaknye..Fairul msti expert bab2 nih..hehe

    p/s:aku nk bt bisnes ayam pulak..Fairul nak join ke?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, teori aku ni ntah bole pakai atau tidak. mungkin kene rehatkan petak tu sebab kuman dah banyak sangat. Mana lahtaukan kita sembur iodin dan basuh sampai beRsih. Kalau mati juga tak de rezeki la tu.

      Kalau kita anggap makhluk halus punya angkara, dah salah tu, yang beri mudarat adalah Allah swt sahaja. Mana tau dari perkara ni kita belajar perkara baru. Wallahu'alam

      UMM BARAQAH RESOURCES
      http://kambinghalal.blogspot.com

      Delete
    2. haha diego ni memang suka duduk betul betul tepi rumah malam malam, ntah apa yang dia buat, aku tak pernah check pula.

      Memang laju betul projek isal ni berjalan. Semoga berjaya hendaknya.

      Delete
    3. haha..berkat tnjjuk ajar sifu alwi,aku aplikasikn sbaik mgkin.alhamdulillah..smua brjaln lncar..

      mgkin nmpk laju..tp aku kne gne pluang yg ade utk tngktkn lg usaha perkmbingn aku nih..mgkin 1 hari nnti Fairul xpyh import dh kmbing akikah dia.bleh beli dr aku n alwi je..hrga special..haha

      Delete
    4. Siapa tahu kan. Hehe. Insyaallah boleh berlaku tu.

      Delete
    5. insyaAllah..same2 usaha dan sling mndoakn..hehe

      Delete
  2. Wahh.. memang terbaik gambar kambing jantan ko kat atas tu. Gebu2 dan bulat2 berkilat. Hehe, jantan yang aku tempah macam mana ya? warna apa dan berapa berat. Janji aku dapat kacuk dengan kambing atas kandang

    ReplyDelete