"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, May 15, 2012

MEETING DENGAN KKLW

Rombongan deputy minister baru sampai, banyak lagi yang tak nampak ni

Sebahagian rombongan sedang mendengar taklimat, sebahagian lagi sibuk dok tengok anak anak kambing, bukannya nak mendengar. Taklimat dalam kandang dikelilingi kambing. 'Feel' sungguh!

Pengerusi PPKM sedang menyuap idea idea persatuan pembiak kepada dato' deputy minister dan dato' ksu yang tengah 'concentrate'. Tak taulah masuk ke idak, yang confirm masuk rendang kambing puan fatimah hehe


Yaa baru balik meeting ngan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama unit Pemandu Jabatan Perdana Menteri di ladang Boden milik hj zainal dan pn fatimah. La ni aku nak balik ke perak. Baru jumpa port sesuai nak tulis apa yang ada dalam fikiran aku.

Penat sungguh. Tapi lagi penat kita punya penganjur mesyuarat, hmm bukan mesyuarat sebenarnya. Sori sori ianya lebih kepada taklimat dan farm tour. Pasalnya deputy minister buat last minute decision untuk turut serta. Tu diaa rombongan yang ikut dia punyalah banyak. Patutnya 15 – 20 orang aje dalam agenda kali ni. Pehh membelon jadi 80 orang. Jadi farm tourlah jawabnya. Nak meeting macam mana.

Siap orang kampung pun gatecrash kita punya agenda, sibuk nak jumpa deputy minister. Diorang nak mintak apa aku pun tak tahu. Pilihanraya dah dekat, macam macam hajatlah yang ada tu. Yang aku tahu memang leceh, memang kalut kalau politician datang.

Takpa, kalut pun kalutlah, yang penting kita punya agenda untuk persatuan pembiak disampaikan dan difahami oleh orang sasaran kita. Dan yang pasti, dianya bukan deputy minister dan ahli rombongannya.

Ok, KKLW ada visi untuk membangunkan 21st century village (kampung abad 21). Detailnya aku terlepas tapi yang pentingnya KKLW hari ini dah setujulah untuk memasukkan ternakan kambing dalam usahanya membangunkan kampung abad 21 ni. Baguslah sebab ini akan kickstart pasaran baka yang dah lama monyok ni.

Kita cadangkan KKLW adopt program cluster. Ahli ahli persatuan pembiak yang dah mahir akan menjadi supplier kambing dan mentor untuk orang kampung sekeliling di setiap negeri di malaysia. Decentralization. Banyaklah kerja sikit, pening tapi takdelah monopoli oleh company tertentu sepertimana yang terjadi sebelum ini. Dia aje yang jadi pembekal ekslusif kepada agensi tertentu, ye tak?

So kambing yang akan digunakan ialah kambing kelahiran tempatan dari hasil pembiakan ahli ahli persatuan pembiak. Bukan kambing importlah. Tinggi sangat risiko bila kita nak buat pembiakan guna kambing import baru landing kat malaysia ni. Yang kononnya 'dah adapt atau acclimatize' pun too much risk. Yang mahir berpengalaman bela kambing pun jadi tunggang langgang apa lagi yang takde pengalaman. Dan genetik yang berkualiti akan digunakan. Mana mana ahli yang nak ikut serta program ni kena ikutlah SOP persatuan pembiak yang kita akan keluarkan. Kalau takda piawaian macam mana pula nak menghasilkan dan membekalkan genetik yang baik?

Kita juga cadangkan yang orang kampung bela secara part time bukannya full time. Kalau boleh free range, buat aje. Buat low input. Dan setiap orang kampung dapat tak lebih 30 ekor. Oklah tu sikit sikit. Part time bukannya full time.

Anyway kita akan fine tuning lagi kita punya proposal dalam meeting meeting ngan KKLW dan Pemandu yang berikutnya. Yang aku sebutkan tadi general ideas. Belum konkrit. Udahnya dari meeting bertukar taklimat. Politician punya pasal.

Benda macam ni ambik masa sebelum 'materialize'. Memang penat punya kerja ni, banyak masa dan duit kena curahkan. Tapi biasanya orang tak nampak, tak sabar. Ahli ahli pun tak nampak gak ye? Hehehe. Banyak sebenarnya isu yang perlu ditackle untuk kepentingan pembiak kambing tapi realiti pahitnya kita tak mampu buat semua sekarang. Kalau orang nak kritik kita, kita terima, kita ketap bibir, kita teruskan kerja kita.

Agenda kita tadi pun takde minta peruntukan dan bantuan untuk kambing atau kandang. Mesti ada yang kecewa ni. C'mon, look at the bright side. Kita persatuan bekerja untuk kepentingan keseluruhan pembiak dan industri. Kita expand market kita, kita kickstart market yang lesu, kita cipta iklim yang lebih sesuai. Dari situ buatlah apa yang patut. Subsidi subsidi kambing atau kandang ni hanya menguntungkan segelintir pihak je. Yang dapat memang seronoklah, tapi yang tak dapat tu tak adillah bagi dia. Tapi kalau subsidi makanan ternakan ok jugak kan? Semua orang benefit. We'll work on that eventually.

Oklah tuan tuan pembiak. Kalau ada input yang ingin dikongsi bersama, bolehlah ringan ringankan tangan untuk menulis. Lagi baik kalau mendaftar jadi ahli persatuan.

Yeah we need more members! 


*Tadi aku tengok ada press crew, Bernama dan RTM. Agaknya keluarlah berita tv malam ni kot. Paper cina besok. 

6 comments:

  1. Assalamualaikum tuan Alwi..

    perghh smpi 80org..tu dh mcm rmbongn kawen ape.kalu rmai sgt problem jgk nk mnympaikn mklumt pd yg brknaan.ni yg mlas kalu org2 besar trun pdang nih.rmai plak yg nk mngikut..huhu..

    Tuan alwi nk mnambhkn keahlian ke?brape dh ahli yg brdftar slepas batch pertama itu hari?..

    ReplyDelete
  2. Memang kalut kalau orang besar turun padang, habih melencong program kita.

    Sebenarnya kita tak agresif pun cari member, slow motion je ni. Aku belum masuk aggessive mode, banyak hal lagi ni. Nampak gayanya memang kena buat cara multilevel, kena cari downlink hehe

    ReplyDelete
  3. tula..xpaham tol la.mmbazir je byk tue.yela gi bkannye free.sume dtnggung duit cukai kite tue..huhu

    slow n steady boss..jgn smpi kera d hutan dsusukan anak kmbing dkndang klaparan.persatuan tu bgus dh tkut trabai pulak tnggjwb d kndang sndiri.hehe..yg lain2 tu xpela kuli mau sekor kmbg sorg kuli..

    cari je satu negeri sorg master upline..pastu biar die cr downline msing2..mmg MLM pnye sistem.jnji brkesan.hehe..

    ReplyDelete
  4. Simpan direktori penternak ni sebenarnya JPV punya kerja. Kalau kita yang kena buat, memang tak lalu. Rumit, memakan masa dan duit. Kerja berat pasal kena teliti dan sentiasa update. Malangnya direktori JPV tak reliable, tak bersih.

    Nak kena berhimpun juga sebagaimana perhimpunan Bersih menuntut daftar penternak direformasikan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tol tu tuan alwi..diorg dbyr gaji utk bt keje2 tula.tp mslhnye tupun xtrbuat..

      xpe nnti kte organize Himpunan Kambing-Baring dan tido 1.0..agk2 permit mcm kmbing pnye prmit ke sebulan..hehe

      Delete
  5. Sala. Kalo orang kampung dapat 30ekor aku tak percaya boleh bawa kemana pun. Easy come easy go. People take for granted. Tak kira la mahal mana pun kambing tu

    ReplyDelete