"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, May 22, 2012

CACING : RAWATAN TERBAIK ALERGI?


Dalam posting aku yang terdahulu : Rahsia Daun Ubi, aku ada cerita pasal kajian WHO yang mendapati penduduk desa dan ladang kurang mengalami asma, diabetes, dan johne's disease (sejenis penyakit usus) berbanding penduduk bandar. Fenomena ini disebabkan penduduk desa banyak bergelumang tanah, jadi wujud cacing dalam badan mereka. Kehadiran cacing ini menstimulasikan sistem imun badan, dan mengekalkan sistem imun badan dalam keadaan 'bersedia' (primed, ready, on, active).

Maknanya kehadiran cacing dalam jumlah yang terkawal membantu kesihatan manusia, dan semua jenis makhluk yang bertulang belakang (cacing dalam badan hanya wujud dalam vertebrata, takdak tulang belakang takdak cacing dalam badan).

Sekarang aku nak tambah satu lagi manfaat kehadiran cacing dalam badan kita ni.

Dalam tahun 2007 seorang lelaki British bernama Jesper Lawrence menjalankan satu eksperimen unik ke atas dirinya sendiri. Dia ni selalu masalah alergi, resdung dan asma. Kejap kejap kena penyakit ni, dan telah lama bertahun tahun menanggung sakit tersebut.

Dia pi cameroon, cari kawasan jamban di sebuah perkampungan dan berjalan jalan berkaki ayam di sekitar kawasan jamban tersebut. Berkaki ayam. Tujuannya ialah agar larva hookworm masuk ke dalam badan dia melalui tapak kakinya. Besar harapannya agar hookworm tu nanti membiak dalam badan dia dan akhirnya menyembuhkan sakit alergi, resdung dan asma yang telah sekian lama dihidapi.

Eksperimen dia berjaya. It works.

Sakit alergi, resdung dan asma dia hilang. Penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan kecanggihan dan kehebatan perubatan moden akhirnya disembuhkan dengan cara yang very simple, very low tech, dan low input.

La ni dia bukak bisnes jual hookworm pula kepada pesakit pesakit alergi, asma dan resdung. Worldwide, global. Untuk american dollar 3,000, setiap pesakit dapat 35 ekor larva hookworm. Letak larva tu pada balutan dan bungkus pada tangan. Dalam masa beberapa minit hookworm tu akan menembusi kulit dan masuk ke dalam badan.

Pehh 3,000 dollar, syok gak buat bisnes jual cacing ni ye. Banyak orang sibuk nak keluarkan cacing dari dalam badan sendiri dan juga ternakan masing masing, tapi si jesper lawrence ni terbalik pula. Bagus bagus contrarian approach ni pasti mendatangkan hasil walau pun mula mula tu ramai yang sangsi dan mengejek. Nabi Nuh pun sama, habih digelakkan kaum sendiri, dicerca gila pasal buat kapal besar besar dalam kawasan padang pasir, atas gunung pula tu. Lagi contrarian Nabi Nuh kita ni.

Rakan rakan pembiak kambing,

Sekiranya masa mula mula kita start menternak ni, kita dipandang sinis, digelakkan, disangsikan, diejek, dihina maka kita berada di landasan yang betul, kejayaan hampir dengan kita, cerah peluang untuk berjaya dalam usaha kita.

Akan tetapi sekiranya masa mula menternak kita dijulang, diberi bantuan sana sini, ramai yang bertepuk tangan, keluar dalam media massa itu ini, VIP memberi sokongan maka kita berada di landasan yang salah, probability untuk gagal adalah sangat tinggi.

Oleh itu bergembiralah, jangan bersedih bila kita diejek, dihina dan diketawakan. Lagi banyak diejek lagi bagus petanda kejayaan semakin hampir.

Inilah pengalaman semua usahawan yang berjaya.

Anyway, balik kepada bagusnya kehadiran cacing dalam badan kita dan juga dalam badan kambing, pengalaman aku pun serupa dengan si jesper ni (biasaklah aku, selalu terbabas dari tajuk posting). Dulu masa hidup di bandar aku resdung, dan alergik bila makan ketam, udang, belacan dan terus masuk wad kalau disengat lebah walau seekor. Doktor siap kata lagi, kalau aku kena sengat lebah lagi ada kemungkinan boleh mati.

Tetapi semenjak bela kambing dan menjadi penggembala yang sering berkaki ayam waktu lepaskan kambing ni, kesihatan aku bertambah baik. Takdak dah resdung ni, boleh dah makan ketam, udang, belacan hari hari, dan tak mengalami 'overreacting allergy' bila disengat lebah 3 – 4 ekor.

Berkaki ayam mencipta suatu rasa kebebasan (sense of freedom) sebab kita rasa dekat dengan bumi, rasa macam sirih pulang ke gagang. Lagi satu, ianya urutan rekfleksologi yang terbaik, memberi kesan kepada seluruh urat saraf kita. Memudahkan cacing masuk ke dalam badan pun ye (tapi janganlah hari hari pergi tempat kotor dan bernajis berkaki ayam, saja cari pasal dok buat lagu tu). 

Banyak juga faedahnya berkaki ayam. So janganlah kita memandang rendah dan hina kepada orang berkaki ayam, macam suku kaum asli di afrika sebab mereka tahu rahsia sebenar berkaki ayam ni. Tapi sebetulnya aku berkaki ayam masa gembala kambing je. Masa masa lain aku berkasutlah. Tak tahan panas jalan bertar tu.

Anyway, Alhamdulillah inilah salah satu hikmah Tuhan jadikan cacing cacing, parasit parasit. Rupanya bukan dia cipta saja saja, tapi bersebab yang manusia susah nak nampak. Dulu aku selalu dok wonder, termenung terfikir kenapa Tuhan jadikan parasit parasit ni. Sekarang aku dah enlightened dan memang aku takjub dengan kebijaksanaan Tuhan Yang Maha Pencipta. Aku bersyukur kerana aku sering nampak tanda tanda keagunganNya melalui ciptaanNya walau pun seekor cacing yang halus.

Maha Suci Tuhan...

*Apa agaknya cacing yang sesuai untuk merawat alergi aku kepada facebook hehe?

*MARDI dah setuju jalin kerjasama dengan persatuan pembiak kambing malaysia. Bulan depan kita meeting untuk hammer out the details. So aku menyeru ahli ahli persatuan untuk bersedia, menyimpan rekod ternakan kita sebaik mungkin. Rekod yang baik adalah batu loncatan untuk masa depan industri yang lebih baik!

9 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth, Orang2 sekeliling berkata aku makin fit, dulu masa kahwin bukan main boroi dan berisi. Ada kawan tu lagila kata aku punya kulit muka makin licin. Angkara cacing ke? Hehe.

    Ubat kepada Facebook ni jadi bookworm le tuan. Tapi bukan Muka Buku (Facebook) kertas jurnal dan sebainya. Kalau kita sibuk buat benda baik, mana ada masa nak buang masa. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah entri prof alwi dasyat gile..bukan calang2 org jugak yang terjun dalm bidang penternkan kmbg nie..bro fairul blog je dah ade 20 lebih..bro isal pon sme..bukan nk bodek tp realiti..klau dulu bidang penternkn org ingt mcm syawal dlm cerita p ramly je..tp skg silap la...


      #persatuan pembiak kambing malaysia- i will be back soon...

      Delete
    2. Saya booking siap2 nama2 blog yang besar kemungkinan bermanfaat dimasa depan. Siapa yang kaji dan mendalami internet akan nampak kemungkinan ni.

      Satu lagi, kalau tuan2 tahu, kalau anda tidak mahu ada orang plagiat nama komersil kita. Contohnya, nama blog saya KAMBINGHALAL telah pun di plagiat di laman web, facebook dan twitter. Orang lain tu. Suka2 je ambil hak cipta orang.

      Dalam pasaran pun banyak jadi benda ni, Jus tuk guru dan jus doa tuk guru. Jadi, lindungilah harta intelek anda.

      Ada kemungkinan orang buat alwigoatfarm.com atau .net kalau dia rasa boleh dapat keuntungan.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Saya cuma buat banyak blog supaya orang tidak boleh tiru nama blog, syarikat dan kandang saya untuk timbulkan kekeliruan pada orang ramai.

      Hadamlah ilmu yang baik dan bermanfaat selagi boleh

      Delete
    5. owh..sbb tu rupenye ye fairul byk blog.aku pun sblum ni trtnye2 gak..knape blog byk sgt..skrg trjwb sdah prsoaln itu..tq bro anuar krna prtnyaan anda.haha..

      Mklumat dr fesbuk ade mngtekn gomen Aussie nk mmprktatkn prosedur eksport trnakn diorg.ini sdkit sbyk mgkin akn beri effect pd kos import n bilangn trnkan.start buln September nih..kalu bnarla mklmt nih..Alhamdulillah mgkin akn mningktkn prmntaan kmbg local.perghhh..haha

      Delete
    6. Dah boleh masuk headline harian metro x? Hehe. Duduk thailand berapa bulan lagi Tuan Feral. Kcing3.. bunyi duit travelling outstation. Mbeekkkan kambing sakit beranak juga makin bingit ni. MAsyuk2

      Delete
    7. harian metro xbley lg..ksah hntu alwi tu bleh laa..haha..
      aku duk cni 3tahun kontrak.perghh..mmg mncbar iman n ksbaran.insyaAllah bleh brtahan 3tahun..kalu x blik awal la.hehe..
      pnglman duk ngara org.mnyesuaikn dri dgn prskitaran,budaya n sikap..dsmping bljar bnda2 baru..kecing2 tu jtuh no.2 laa..haha..itula modal aku nk kmbangkn bisness..:-)

      Delete
    8. Kalau betul kulit muka boleh jadi licin mulus angkara cacing, orang pompuan tak yah susah susah suntik kolagen, vit c, plastic surgery, pakai susuk, etc.. guna cacing je, murah dan berkesan.

      Delete