"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, May 14, 2013

THE VERY AWKWARD RETREAT


Pada 16hb April 2013 (bulan sudahlah), aku dijemput pergi bengkel ke 3 program ladang pengganda ARB. Buat kat BoDen, N9. Penganjurnya ARB, projek khas pembiakan lembu kambing di bawah MardiTech.

Program ni kira macam retreat. Mesyuarat yang santai santai gitu. Seperti biasa, semua meeting kat BoDen sahih buat dalam kandang kambing. Kandang beranak plak tu. Meeting sambil menikmati angin bukit dan pekikan anak kambing. Kelas weh!

Ketua pengarah MARDI, Dato Shukor pun ada. Begitu juga saf utama kepimpinan Mardi. Dan peserta bengkel ialah ladang ladang besar lembu dan kambing yang telah dilantik sebagai ladang pengganda.

Retreat ni sebenarnya janggal untuk aku. Aku rasa kekok betul bila dijemput ke program ni. Pasalnya aku adalah satu satunya ladang yang paling kecik dalam banyak banyak peserta. Aku ni baru ada 100 ekor induk kambing, dikira sebagai semi komersial. Sedangkan ladang lain semuanya bertaraf komersial, lebih 500 ekor, dan capex juta juta. Aku datang pun ngan kereta kecik, yang lain datang dengan camry, hilux, fortuner dan yang sewaktu dengannya. Jauh beza ngan aku ni hehehe.

Anyway ARB telah melantik 2 ladang kambing sebagai ladang pengganda untuk 2013. Ladang aku, dan satu lagi kat melaka. Haji Zeid punya, Wawasan Manis Sdn Bhd. Dia ada lebih 500 ekor kambing dan dah 12 tahun dalam industri, siap eksport kambing lagi. Kambing dia pun ada menang masa Maha punya show baru ni. Dia ni ajk persatuan pembiak kambing malaysia. Kepada mana mana penternak kambing, kita boleh banyak belajar dari BoDen dan Wawasan Manis.

Setakat ini ada 6 atau 7 ladang pengganda (multiplier farm) sedia ada untuk kambing di seluruh malaysia. Sori aku tak ingat bilangan sebetulnya. Dan semuanya big scale dan ada yang government funded. Tapi.... lets be frank here, aku rasa dalam banyak banyak ladang pengganda sedia ada, aku rasa BoDen aje yang sustainable. The rest is... still struggling.

Bilamana ARB melantik alwigoatfarm dan wawasan manis sebagai ladang pengganda yang baru, aku merasakan ARB sedang membentuk halatuju baru. They now are looking for experienced breeders to form the bulk of the next multiplier. Thats a major shift in direction. (memandai mandai aje aku ni weh! aku bukannya duduk dalam Mardi dan ARB).

Tapi aku rasa betullah kot. Kalau takde perubahan halatuju, kenapa pula ARB lantik aku sebagai pengganda? Aku memang jauh berbeza dengan yang lain lain tu. Terang benderang aku buat kambing kacukan, bukannya exotic fullblood. Semua ladang pengganda sedia ada memang bela boer, atau jamna. Dan aku cuma ada 100 induk, dikira semi komersial. Ladang komersial mesti ada 250 ekor induk, dan jumlah kambing mencapai 500 ekor.

Aku memang lain daripada yang lain. Betul betul pelik. Odd. Awkward. Terasa sangat janggal bila berada dalam geng multiplier ni. Dan aku adalah yang termuda dalam grup tu. Again this is odd.

Tapi walau pun terasa janggal, geng geng dato ngan pengarah ni takdak masalah. They are very welcoming. They welcome we warmly.

Oh, kemasukan aku dan wawasan manis sdn bhd menjadikan jumlah ladang pengganda menjadi 8 buah, atau 9 buah. Dan aku percaya ARB sedang mencari beberapa buah ladang lagi. Nak jadikan 13 atau 14 di seluruh malaysia. Tapi nak kena jadi ahli persatuan pembiak kambing malaysia dulu, dan memiliki rekod ternakan.

Selection sekarang berdasarkan merit, berdasarkan pengalaman membiak. Bukan lagi kerana political connection, atau bukan lagi kerana rajin melobi sana sini.

Multiplier ni pula kena cari lagi ladang anak bawah dia. Kena bangunkan lima ladang satelit. Pulak dah, satu koje lagi ni. Err.. bab ni memang payah sikit bagi aku. Nak jadi mentor bukan senang weii.. apa apa silap semua kata mentor punya pasal.

Aku rasa aku belum bersedia nak jadi mentor. BoDen ngan Wawasan Manis takpe memang dah ada kredibiliti dan fasiliti. Aku apa yang ada... letrik pun takdak kat ladang aku ni haa..

Hmmm... i need some serious investment.. again..

Oklah, taknak pikir dulu bab funding funding ni. Dari dulu asyik pikir aje. Tiap tiap dua tahun kena perah kepala. Sampai berpintal pintal kering langsung otaknya, dah tak payah jemur jemur. Penat oiii..

Ada sedikit gambar semasa retreat.

 Kiri sekali Hj Zainal BoDen. Tengah yang dekat tiang tu Dato Shukor, Ketua Pengarah Mardi. Nak pencen lagi dua tiga bulan. Dr Johari, ketua ARB sebelah KP tu. Meeting kat BoDen memang buat macam ni, tengah tengah kandang, walau pun high level meeting. Best oo...

Mardi dan ladang ladang pengganda kambing dan lembu ARB bergambar bersama. Aku sendiri lupa nak masuk dalam gambar, sibuk ambil gambar orang lain. Barisan belakang no 5 dari kiri adalah hj zeid dari wawasan manis - aku dan dia adalah multiplier terbaru. Both of us are uniquely different from the rest.


Food..glorious food. Kalau tuan puan diajak pergi BoDen - pergi jangan tak pergi. Puan Fatimah punya menu memang tahap VIP. 


Beriani gam, beriani yang dimasak dalam kambing. Fabulously fantastic!!


This is seriously awkward. Tuan puan tengok tu, ladang pengganda kambing boer. Boer. Now ARB tahu sejelas jelasnya metod operasi pembiakan aku, sebab tu pemilihan aku sebagai ladang pengganda adalah.... gambaran mulanya perubahan polisi dan halatuju Mardi. Ataupun pertambahan halatuju. We will see in the future..

So oklah tuan puan sekalian. Itu saja kali ini. Salam hormat!




10 comments:

  1. Tahniah prof alwi.smoga berjaya dgn program ini. Den doakn!kejayaan prof mnjadi pemangkin pd pembiak2 baru utk berjaya.halatuju kita dh semakin jelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. It takes time to convince our brethren of the strength of their very own blood; and the rewarding ways of the prophet's sunnah

      Delete
  2. Tahniah atas terpilih sbgi Ladang Pengganda,ni msti brgnda2 untung nnti.hehe..tp tu yg den heran tu.nma Ladang PEngganda Boer,cmne plak kmbing kcukan bleh terselit ni.kontroversi tul ni.hehe.tp eloklah skiranya MARDI buka mata mncri hala tuju baru utk kmajuan industri trnakan ngara..ada sbb knapa dlm byk2 ldg pngganda hnya satu ja yg sustainable,tp profitable xtauler plak yer.haha..again congratulation alwigoatfarm..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun pelik gak ni, but it is a good sign of change. Refreshing.

      Delete
  3. Salam.orang baru kat sini.tahniah atas pelantikan.semoga sukses sokmo.kenyataan pasal political connection tu memang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dapat tangkap ular sawa yang selalu telan kambing tu, jangan lupa tunjuk gambar ye.

      Delete
  4. Tahniah Prof atas perlantikan..
    semoga kambing prof anak membiak berganda2.:)

    ReplyDelete
  5. Assalam..Tuan...Tahniah...orang yang ikhlas n Jujur InsyaAllah Allah tidak lupakan..

    Kalo tak silap sebelum Tuan n Hj Zaid punya ladang ada 7 ladang pengganda

    1-Boden
    2-PPK Jeli
    3-Felda Chuping
    4-Syamille
    5-PPN Terengganu
    6- Falcon
    7-Sayfull

    n rasa masih sustain - Syamille,Chuping,Boden,Jeli n PPN Terengganu..dulu rasa nya Subor Sejahtera pung dapat jugak

    Anyway tahniah Bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. all multipliers are struggling except for Boden. Subur Sejahtera dah tutup.

      Delete