"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, December 2, 2012

MAHA 2012


Pergi juga MAHA. Last minute decision. Lebih kepada nak bagi anak anak peluang tengok ayam arnab lembu kambing etc. Dan aku separuh menyesal dengan keputusan berkunjung ke MAHA membawa anak kecik. Sebabnya bas yang nak ke bahagian expo ternakan terlalu sesak.

Terlalu sesak. Sesak nafas dibuatnya. Jadi aku tak recommend datang ke MAHA bawak budak kecik. Kesian diorang.

Anyway, aku cuma pergi bahagian ternakan. Tak pergi pameran kat dewan utama mahu pun lain lain tempat. Jadi aku tak tahu sepenuhnya apa yang dipamerkan. Tak boleh nak buat kesimpulan penuh bagi MAHA 2012.

MAHA fun factor dah bertambah. Ada macam macam tarikan untuk budak budak. Carnival like. Ada banyak gerai makan minum, jual selipar, tudung, baju, bla bla bla. Produk tani pun banyak juga.

Knowledge factor? Payah nak cakap ni. Aku kan pergi bahagian ternakan je. Tapi ok sangatlah untuk penternak baru. Ok juga untuk penternak lama. Kalau betul betul rajin tour sana sini, memang boleh uncover a few gems of knowledge. Cuma yang boringnya lagi lagi on display ialah jamnapari dengan boer. Bosan sungguh la..

Generally MAHA berjaya menggalakkan minat dalam bidang pertanian. Jadi ada banyak possible new entrants dalam agriculture. Which is important. Yang ni aku setuju betul. Dan aku sendiri bila pergi MAHA terdedah kepada amalan dan teknologi baru, walau pun bukan semua teknologi tu applicable atau reachable dalam realiti industri.

Contohnya fodder solution. Besarkan benih barli dalam kontena. Sprout. Bukan biakkan ye. Cambahkan dari biji benih kepada anak rumput dalam masa 6 hari. Dalam persekitaran yang kita boleh control parameternya. Itu yang buat dalam kontena. Cahaya, suhu dan kelembapan kita kawal. Untuk itu kena ada bekalan letrik lah. Yang stabil. Jadi kos tenaga boleh tahan juga ye.

Macam pasang aircond 24 jam. Hehehe boleh kira sendirilah berapa energy cost tuan tuan. Dan tak boleh bergantung kepada grid sahaja. Kena ada backup power. Kena beli generator. Mana tau tiba tiba kondem TNB punya supply. Kalau takde backup, sekejap je dah rosak berkulat barley grass dalam kontena tu.

Kulat aspergillus clavatus. Seriously deadly kepada ternakan kita. Dalam persekitaran tropika kita ni, kena jaga betul betul lah kita punya kontena tu. Kena selalu bersihkan. Satu hal lagi. Banyak kerja betul. Beli dedak lagi senang weh. Terus kasi makan.

Macam mana pula dengan setup cost?

Mahal. Sorry, out of reach kepada penternak kecik macam kita. $120,000 untuk kambing 250 ekor. Kontena dan sistemnya. Campur bekalan benih barley. Berapa lama punya supply aku tak tanya pula. Tapi benih barley di import. Diimport. Bukan locally produced. Masalah besar ni. Tak menggunakan sumber tempatan. Hilang independence kita.

Mmm $120,000.. kalau beli dedak dah dapat berapa ratus tan tu ye?

Now proponent fodder solution ni kata tumbesaran ruminan lebih baik bila makan rumput barli segar. Tetapi kalau tuan tuan buat kajian intensif dan tidak bias, tengok research paper (jangan baca satu je) yang diterbitkan berkenaan hal ini, performance level antara dedak kering grain based dengan rumput barli segar adalah sama. Atau tidak jauh beza.

Bagi sistem intensif, ya ada beza. Tetapi bagi sistem semi intensif di mana kambing lembu ada access kepada free browsing atau free grazing + dedak, tiada beza.

Yaa tuan tuan semua projek fodder solution baik oversea mahu pun local ni menjurus kepada penggemukan, bukannya pembiakan. Short term. Watch out watch out watch out!! Semua pembiak kena berhati hati, jangan mudah terpana. Yang heboh fodder solution ni pun bukannya pembiak tapi importer. Jenis short term thinking.

Tuan tuan pembiak,

Semua bijirin adalah famili rumput. Tetapi rumput bijirin (barli ke, gandum ke, etc - kering atau basah) semuanya ada satu sifat yang serupa - nisbah kalsium:fosforus yang tak seimbang DAN toksik jangka panjang. Untuk dedak, isu nisbah kalsium:fosforus mudah kita address, tapi kalau rumput bijirin basah macam barli kontena ni, aku tak pasti macam mana. So kena hati hati.

Anyway, despite limitation yang aku nampak pada fodder solution, aku masih menyokong pengenalan teknologi ni. Aku bukannya traditionalis yang konservatif, aku jenis open sikit. Aku boleh adopt teknologi ni tetapi sekiranya :

First, setup cost tu direndahkan lagi. Tinggi sangat la ni. Terbeliak bijik mata penternak kecik bila pertama kali dengar sebutharga ni. Baik guna dedak kering lagi senang punya cerita. Kedua, bila Malaysia dah ada banyak janakuasa nuklear atau tak kisahlah apa jenis sumber tenaga pun, janji energy cost cheaper than right now. Ketiga, local grain punya biji benih. Apa ke halnya nak kena import lagi sumber makanan ternakan. Tak habih habih import. Pusing pusing teknologi lagu tu juga. Ini innovative ke destructive?

Payah payah kita guna tauge. Senang gak hidup. Tak yah kontena. Sama juga kualiti penggemukannya. Hehehe..

Tauge oh tauge!

"Mata hati seorang pembiak berbeza dengan mata hati seorang importer"

Always differentiate between these two contrasting personality. Salam!

11 comments:

  1. Salam.

    Ya betul Alwi.

    Mata hati beza. Depa bukan fikir mata hati..depa pikir mata duitan.

    Bagus, sekurang - kurangnya ada orang macam anda yang guide..

    kalau kita ikut golongan mata duitan ni..lagi jauh kita terbabas..

    terbabas jauh..

    sgt jauh dan makin ketinggalan dalam industri ini.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth, kalau dulu Sheikh mokhtar meng Ali Baba kan 2 lagi lesen lori yang dia dapat tu pada tauke cina mesti dia tak berada dimana dia berada sekarang. Beliau nampak long term.

    Alhamdulillah, kerana ilmu yang dikongsikan kini kandangku mula penuh dengan anak2 kambing. Semangat betul la ni. Teruskan berkongsi saudara Alwi.

    PS: Aku baca dalam buku Awaken the Giant Within, pemberian gelaran pada seseorang itu adalah destructive. Bole buat orang lupa diri dan hanyut dari landasan. Semoga Allah tetapkan Alwi dengan kambing2 nya. :) Amin

    ReplyDelete
  3. Salam prof.alwi..aii den xprnah mrasa g MAHA lg,tp dri komentar dri shbat penternak mmg agak skeptikal dgn MAHA ni,ye btul bukn smua event perfect,tp still xbyk ilmu dan pengetahuan baru utk penternak dan bakal pentrnak..jd xdela rasa rugi sgt xpergi wlaupun mmg nak pergi jgak utk penilaian dri perspektif sndiri..

    fodder solution bkan asalnya utk kuda lumba ka?mmg stiap aset tu prlu dikira operating cost,susut nilai,maintenance cost..kna bt kajian mndlam lg ttg FS ni dr sgi Return On Investment(ROI),sbb bkan calang2 modal nk beli bnda ni..

    dri sudut pngetahuan hasil prkongsian ilmu antra den dgn shbat pntrnak dr ngara luar yg bru nk mmbngunkn indstri pntrnkn kmbg sprti Pakistan dan Filipina diorg pun kagum dgn ilmu yg kita ada.n byk yg mencontohi apa yg kita buat sprti cross breeding dgn indigineous breed,pemakanan,pnggunaan ubat dan konsep "Low Input Husbandry"..jd truskn mncari ilmu InsyaAllah segala usaha kita akan mndpat gnjaran dari Nya.. :-)

    ReplyDelete
  4. Salam kawan2..

    Org2 yang xternak kmbing teruja tgk brite,rumput 6 hari.terus minat nk bela kambing, siap citer kat den laie. i dont know why, saya xteruja langsung.tapi tu la, sume teknologi2 mahal tu hanya untuk org2 kaya je n yg penting realiti kat malaysia xperlu semua tu.kita masih bnyk sumer lain yg free n murah - pelepah sawit,pkp,pkc dll.kita belum optimumkan penggunaan kepala sawit mcm US buat pada kacang soya diorg. we need research! xpun kita folo apa org thailand buat, tanam ruzi grass & guinea. tu lagi murah but high protein.

    ReplyDelete
  5. kenkawan leh x mane2 yg 'term in english' tu di ajar ngan bahase yg mudah, teman ni org lame & x gi sekolah dlm bidang kome.....sian kan!!!!, minat punye pasei bace le pahan2, walaubagaimanepun tima kaseh....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya penternak dan pembiakbaka arnab. Kami juga sedang r&d serba sedikit dgn teknologi baru ni. Kalau diikutkan di us ramai kawan kami yg sedang r&d fodder sprout ni utk diberi kepada arnab ternakan mereka. Pada saya apabila benda berguna macam ni di salahguna dan dikomersilkan sampai nak setup tempat pon sampai ratus ribu itu da jahanam namanya. Saya tengok kat us dorang takda la setup beria2 dlm kontena bagai. Buat dalam bekas bakul bawang jer. Kalau fodder ni baik utk arnab yang monogestrik sama mcm kuda tak tau pulak utk ruminan apa kesannya. Bagi saya benda baik macam ni tak perlu nak eikomersialkan sangat, kesian kat org yg baru nak belaja cari duit dgn ternakan...

    ReplyDelete
  7. Salam Encik Alwi! Terima kasih kerana mengongsi ilmu yang sangat bermanfaat! Saya belum ada sekor pun kambing tapi dalam proses menimba ilmu. Blog ini sekarang adalah blog favorite saya. Next step, visits to farms! Barakallahu fikum!

    ReplyDelete
  8. Pasal sistem fodder ni...rasnye x payah nk perabis duit beli smpai 120k...mahal tu...tp sistem tu kita blh create sndiri ats kepandaian masng2...sekadar buah fikiran...di indai pun ada pakai sistem ni...tp kos dia ciput je...

    ReplyDelete