"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, November 6, 2012

THE INCOME


Rakan pembiak seangkatan,

Aku sebenarnya teragak agak nak tulis post kali ini. Tak pasti samada patut mendedahkan atau tidak. Lama juga fikir antara nak ke tak nak. Berbelah bahagi. Tapi takpa memandangkan aku ni autistik, justeru tak berapa memikirkan kesan jangka panjang, maka aku memberanikan diri dedahkan juga.

Dulu masa aku kursus kambing di sebuah tempat, aku diberitahu cikgu kursus bahawa setiap 100 induk atau ibu kambing akan menghasilkan income rm2400 sebulan bagi seorang pembiak kambing. Income ni revenue (jualan) tolak expense (belanja) lah. Kira macam gaji kitalah.

8 tahun kemudian, aku ada 120 induk. Malangnya aku tak dapat income sebanyak tu dalam sebulan.

Sedih kan?

Tapi aku masih teruskan usaha pembiakan kambing yang sangat mencabar, jauh lebih berliku dari jalan trading dan importing, demi menyahut slogan "pertanian adalah perniagaan" dan cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Semangat pembiak aku masih menyala nyala sebabnya......

Surprisingly income yang aku dapat adalah lebih daripada income yang cikgu kursus aku percaya dan sebut.

Double that amount.

Maybe we can safely say, close to triple that amount.

Dan bagi seorang pembiak yang mencapai taraf master breeder, quadruple that level, even exceeding that. But admittedly, I have not reach that master breeder territory yet.

Ini cerita livestock (kambing hidup), belum masuk income dari susu dan 'makjun', dan lain lain.

Tuan tuan pembiak yang dimuliakan, yes... income level seorang pembiak kambing pedaging sebenarnya lucrative dan mahsyuk tapi kena betullah caranya. Kena tahu apa sebenarnya prioriti kita dan cara mencapai dan maintain prioriti tersebut. Dan income yang aku sebut ni bukannya projection, estimation, atau agak agak rasa rasa congak congak atas kertas but real income.

Now, aku pelik sebenarnya bila ada rakan rakan pembiak yang kata kambing 200 ekor tak cukup, atau 300 ekor tak cukup, even 400 ekor pun tak boleh survive sebagai pembiak pedaging full time. Ada yang kata kita kena ada koman koman 500 ekor baru boleh capai comfortable level of income.

Aku tak tahu apa yang diorang buat dengan usaha diorang, atau diorang punya expected level of income tapi realitinya aku dah comfortable dengan income level aku sekarang, dengan jumlah induk aku sekarang. In fact instead of pushing up the number, I am pushing down on my stock. Aku nak kurangkan bilangan induk aku, aku nak streamlining operation aku.

Watch this number closely, 120 : 350

120 induk kepada 350 ekor populasi keseluruhan. Maknanya induk aku adalah 34% daripada populasi. 66% adalah anak anak kambing pelbagai peringkat.

Large number of output from small number of input. High output, low input.

Efficiency.

And efficiency brings down cost, really brings down our input, a major competitive advantage. And our local blood are wondrously, magnificently, amazingly efficient breeder. Remarkable generator of kids. And kids are where the money is for a goat breeder. Its not weight gain rate sir!

Yes! The capacity to reproduce quickly (kidding rate) is the key, the goal, the priority if we want to be a successful meat goat breeder. Its not size, its not how big they can get, its not how fast their weight gain rate. Keep that in mind. Firmly. Ambik pahat ketuk kuat kuat ke dalam kepala kita ni.

Dan aku tengah streamlining, kurangkan induk sebab kadar kecekapan tu boleh diperbaiki lagi. Improved further. And there is much much room for effficiency improvement. Lagipun infra aku tak boleh catch up dengan produktiviti local blood ni. Tak laratlah asyik nak expand kandang aje tiap tiap 2 tahun. I need a breather time, a period to stop, reflect and enjoy it despite right now is the golden time for expansion.

Rakan pembiak seangkatan,

Sebenarnya membiakkan kambing ni sangat menguntungkan the moment we say we have enough number of breeders, so we will sell all the kids. Tak kisahlah walau pun 10 ekor aje induk.

Yang buat kita tak tahan bila bela kambing ni ialah kos yang terpaksa kita keluarkan bila nak buat kandang. Ni betul betul buat dilema, silap silap bunuh semangat. Aku sendiri tak tahan sebab banyak profit dimakan oleh kos nak buat expansion. Kambing local blood kita ni cepat membiak, kejap aje kandang baru buat dah nampak sesak. Dah nak kena buat kandang lagi.

Kita kena buat research untuk kurangkan kos bina reban, urgently.

Jadi kepada sapa sapa yang yang nak jadi pembiak kambing pedaging, dan berjaya, jangan dok sibuk sangat asyik sangat nak design kandang hebat hebat sampai ke tahap boleh jadi 8th wonder of the world. Lebih penting ialah kambingnya.

Keep it simple.
Keep it low input.
Keep it unimpressive.
But most important of all, keep local blood.

Our blood.

Darah unggul warisan mak ayah kita, nenek moyang kita. Darah yang telah terbukti membiak bergenerasi lamanya.

The best blood there is!

Salam pembiak!

15 comments:

  1. yahoo... akhirnya prof update blog. haha. saya pun ngah buat calculation untuk kandang baru. seminimum mungkin, seringkas mungkin. hehe. go go local blood!

    ReplyDelete
  2. 100 ekor induk, katakan kidding rate setahun 1.8, 3 kali beranak dalam 2 tahun. 100 x 1.8 x 3 = 540 ekor anak. katakan setiap anak dijual bila umur 3 bulan, berat 15kg. sekilo RM18.

    540 x 15 x 18 = RM145800.00, bahagi 24 bulan = RM6075 kasar. katakan kos 70%, so untung bersih 30%= RM1822.50. ok gak ni, lebih gaji gred w17.

    kalo kira sekali kematian 5%, bulanan bersih RM1731.375. not bad for 100 does with rough calculation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening jadi migrain aku tengok ko punya kira kira ni weh!

      Delete
    2. hahaha.. ni la jadi bila orang akaun bela kambing prof.

      Delete
  3. good calculation...but.... permintaan kambing&biri2 mmg slalu ade ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. persepsi orang kita yang buat kambing kurang dapat sambutan, sebab bau dia la, pening kepala bila makan. sebab kita makan kambing tua, dah boleh mengawan.

      pak arab amalkan makan kambing muda, orang mexico makan cabrito.

      permintaan sebenarnya ada. dengan trend kambing golek yang semakin popular, menjadikan market kambing lebih menarik, dan juga pelaksaan ESCAS oleh Australia yang mengetatkan peraturan import, menyebabkan breeder dan trader tempatan mula beralih dan menumpukan perhatian kepada kambing tempatan.

      Delete
    2. this is not calculation. it's real income. as for demand, right now it is not expanding, it is exploding!

      Delete
  4. Salam alaika prof..den dah berbueh mulut trangkan kos dan profit dari business kambing ni sperti dlm post The Opex,tp msih ada yg sukar untuk mnerimanya dan gak skeptikal dgn unjuran profit yg diutarakn.Dan yg tak stuju pulak adalah pntrnak lama,mmg ssah nk mngubah buluh yg dh keras ni rupenye.hehe..

    Bro don pngiraan tu den rasa agk slah pd part kidding rate tu.kidding rate dkira ikut tahun.jd 1.8% kna darab 2 utk 2 tahun bkan 3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, bkn kidding rate setahun. calculation sy base on kelahiran, kebarangkalian untuk kembar. ngan andaian 8 bulan sekali dia beranak, so 2 tahun, 24 bulan, 3 kali beranak. setiap kali beranak kembar, dengan rate 1.8. makna kata setiap ibu, beranak kembar dengan rate 1.8, 3 kali beranak dalam 2 tahun. betul x kalo sy kira atas andaian ni? hehehe.

      Delete
    2. the trouble with the veterans - most do not keep records. Only with detail records can we really really improve our productivity, hence our profitability

      Delete
    3. record, catat, tulis. bukan pahat, welding terus dalam kepala.

      Delete
  5. Tq to Alwi for the updates!

    Yes, totally agreed.

    Keep writing to inspire newly breeder like me!

    ZM
    Sandakan, Sabah.

    Current capacity : 12 starting June 2012.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan usaha bro ZM. saya pun baru je start Mac 2012. start jun 2012, hujung tahun ni get ready la jadi bidan. hehe. saya dah dapat anak ke 6 dah ni.

      Delete