Biasanya kita penternak
dinasihatkan untuk inject b complex kat kambing kita bila nampak
lemah dan kurang selera makan.
Aku tak buat dan aku tak
recommend.
Ruminan macam kambing
mampu menghasilkan sendiri vitamin B, termasuk B12. Diorang ada
banyak mikrob dalam empat perut diorang yang menolong sintesis
vitamin B ni. Mikrob tu sendiri adalah sumber vitamin B. Tak payah
kita susah susah beli B complex dan inject kat kambing, walau pun ada
masalah selera makan.
Berbeza dengan
monogastrik (satu perut) macam babi yang tak mampu menghasilkan
sendiri. So babi kena dapatkan B complex daripada makanan atau pun
ubat.
Ada juga orang pejabat
haiwan kata kat aku, gunalah b complex kat anak kambing. Lagi best
tambah iron kat anak kambing tu. Baru best, cepat naik berat badan
macam yang diorang buat kat babi.
Hmm b complex injection
tak berguna utk ruminan. Iron (ferum, ferriate) memang ada kesan.
Tapi aku cuma guna masa mula mula dulu, first year je. La ni takdak
pun. Lagi senang cari garam jilat yang ada iron, bagi mak kambing tu
jilat sendiri. Tak payah susah susah nak inject kat anak kambing.
Biar aje dia minum susu maknya yang dah menjilat garam ber'iron' ni,
adalah iron dalam susu tu.
Pengalaman kawan kawan
yang bela kambing bawah sawit ni, kadang kadang ada kes kambing takde
darah. Mula mula nampak tak bersemangat, lepas tu takde selera,
tertinggal jauh kat belakang bila lepas ragut, dua tiga minggu lepas
tu kiok. Bila sembelih takdak darah atau darah yang ada terlalu cair.
Tak pekat, tak memancut. (Tak banyak kes ni)
Bila aku perhatikan, kes
macam ni terjadi pada kambing bukan indigenous yang lepas bawah
sawit. Dan tiada access kepada garam jilat ber'iron'. Cuma guna garam
kosong. Ok, kalau kambing kampung yang dah berkurun biasa dengan
vegetation kat sini, guna garam kosong pun dia boleh survive and
reproduce lagi (walau pun tak secantik garam lengkap).
Tapi kambing yang dah
menyeberangi zon cuaca, atau baka high performance, mana boleh guna
garam kosong. Habih hilang dia punya advantage. Biasanya baka high
performance ni lagi tinggi dan kompleks keperluan nutrisinya
berbanding baka indigenous. Macam enjin biasa dibandingkan dengan
enjin turbo. Enjin biasa boleh la guna minyak hitam biasa, mineral
based 20w50. Tapi enjin turbo kenalah guna minyak hitam full
synthetic 0w40 yang mahal tu. Baru kena pada tempatnya, baru dapat
high performance tu.
Anyway iron injection
yang biasa kita tengok ni adalah sintetik, bukannya natural. Ada
kesan, tetapi kesan yang lebih baik (turbo effect) adalah dengan
menggunakan darah juga. Maksud aku blood supplement dari kombinasi
darah dan hati. Betul betul sintesis daripada natural, bukan buat kat
makmal.
Baru boleh dapat
essential amino acids. Ah sudah, pening nak cerita nih.
Dipendekkan cerita
(kerana aku malas nak cerita, mengantuk sangat dah ni), kambing yang
lemah takde selera makan ni, bukanlah pasal kekurangan vitamin B
tetapi kekurangan essential amino acids. Protein yang badan tak boleh
hasilkan sendiri, cuma boleh dapat melalui diet atau ubat.
Setakat ni, cuma ada satu je ubat macam tu kat malaysia. No rival yet.
Let me be clear on this.
Aku jarang jarang guna ubat tu. Hanya kepada kambing yang sakit, yang
aku dah tak tahu nak buat apa, baru bagi. Aku lebih tumpukan kepada
pengurusan nutrisi berbanding guna ubat ni. Dan buat masa ni, aku tak
dak mood nak guna ubat ni samada secara aktif atau pun reaktif.
Itu ubat, dari segi diet,
fishmeal ada mengandungi essential amino acids, lebih daripada
soybean meal. Pasalnya fishmeal dari ikan, dan ikan ada darah. Cuma
soal palatibility yang menjadi masalah. Anak kambing dah tentu lagi
suka soybean meal dari fishmeal. Dan aku tak guna pun fishmeal hehe.
Cerita bukan main ye?
Dua dua aku tak guna,
ubat dan diet. Bagi makan rumput cukup cukup sudah. Apa nak pening
pening ya tuan tuan? Tapi kalau tuan tuan nak guna takpalah. Yang aku
tak recommend tadi, kalau nak guna B complex untuk kambing kita.
Aiseh, asalnya aku nak
cerita pendek je pasal vitamin B ni. Melalut lari dari tajuk. Oklah
tuan tuan, aku mintak diri.
Salam.
Assalamualaikum tuan Prof.Alwi..ilmu psl vitamin plak ye.bgus2..aku mule2 ingtkn ko amek bio-teknologi mse study dlu.skali finance daa.aku yg amek chemistry pun xariff mcm ko.huhu..
ReplyDeleteaku ade bg gram merah n gram bhoric(perang) kluaan NAM trading.ok ke gram ni tuan?tuan ade cte psal Selenium,ape fungsinye utk kmbg ye?yg Bhoric tu ade selenium..hehe
yg bab vitamin tu mmg aku stuju tol la dgn tuan alwi,bt ape nk suntik2 nih.kalu bleh elakkn prgntungan pd ubat.bgus utk kurgkn kos.hehe..yg pnting kmbing chat scra smulajadi.hehe..
Garam bhoric yang ko cerita tu aku tak perasan pula. Garam ni kena ada makro mineral dan mikro mineral. tapi rasanya ok lah yang ko guna tu.
ReplyDeleteYeasted selenium lagi bagus drpd plain selenium, pasalnya meningkatkan bioavailability. Nanti aku cerita dalam post mendatang.