"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, May 17, 2012

MALAM BERGELAP LEBIH BAIK


Jangan pasang lampu di kandang kambing kita bila malam sudah sampai. Lagi terang lampu lagi merbahaya untuk kambing. Pemasangan lampu ketika waktu malam memberi kesan buruk kepada kambing kita dengan cara merendahkan libido (keinginan mengawan) seterusnya kadar kesuburan atau kelahiran.

Lagi terang kandang waktu malam, lagi rendah prestasi ladang kita dari segi kadar kelahiran.

Macam mana jadi lagu tu pula?

Hormon melatonin yang mempengaruhi hormon pembiakan, testosterone dan estrogen. Macam ni, kulit kita ni sebenarnya sensitif kepada cahaya. Sel sel kulit kita dipenuhi 'photo receptors' menjadikan kita ni sensitif kepada sebarang perubahan cahaya di keliling kita.

Bila malam menjelang, sel kulit ni mengesan kurangnya cahaya lalu menghantar isyarat kepada kelenjar pitutari yang merupakan 'master gland' untuk mula merembeskan melatonin. Melatonin ni chief function dia adalah pengawal jam biologi badan kita (circadian rhythm). Dia ni lah yang bagitahu sistem badan kita untuk slow down, untuk masuk fasa rehat dan tidur, dan bila nak aktif semula.

Makin gelap, makin banyak melatonin dirembeskan, makin mengantuk kita. Bila kita pasang lampu, pengeluaran hormon melatonin terganggu, sistem badan kita jadi kacau bilau dan stress, walau pun kita tak nampak dan tak perasan.

Semua sel dalam badan kita perlukan masa untuk rehat, untuk recharge, untuk repair dan maintenace, termasuklah organ pembiakan dan hormon yang terlibat. Tanpa melatonin untuk beritahu bila masa nak rehat, testis dan ovari tak boleh 'recharge'. Berlaku gangguan dramatik keseimbangan hormon testosteron dan estrogen ATAU hormon hormon ni tak cukup 'power' (juice).

Testis dan ovari masih keluarkan hormonnya tapi tak dak kick, tak dak kualiti pasal overworked. Kita kalau dah penat sangat memang cincai aje buat kerja, betul tak? Mana peduli pasal kualiti.

Dan kalau kita penat sangat, mana ada selera nak mengawan? Libido tarak.

Haaa sebab itu semua makhluk ada jam biologi (biological clock). Semua makhluk dijadikan Tuhan untuk membiak, dan untuk memastikan pembiakan itu optimum, jam biologi memainkan peranan besar dengan cara memberitahu masa rehat dan masa aktif, dan jam biologi adalah bergantung kepada kitaran siang dan malam.

Kalau makhluk 'nocturnal', jam biologi dia terbaliklah, tak sama macam kita. Siang dia tidur, malam dia berjaga. Melatonin dia banyak masa siang, masa malam kurang. Kita pulak, siang berjaga malam tidur. Siang melatonin kurang, malam melatonin banyak.

Ada pun Tuhan dah bagitahu kat kita, masa malam adalah rehat, dan masa siang masa mencari rezeki. Kita tak boleh lari dari kebenaran ayat Tuhan ni. Memang Tuhan tahu fitrah kita, dan semua sel dalam badan kita sedaya upaya mematuhi perintah Tuhan ini. Bila kita kacau fitrah ni, jadi kacau bilau kita.

Kita dok kata chemical (coloring, flavoring, pesticides, etc) yang kita ingest zaman moden ni jadi penyebab utama ketidak suburan, tapi kita terlupa semenjak terciptanya lampu elektriklah bermulanya gejala ketidak suburan yang semakin meninggi di kalangan manusia. Tok nenek kita dulu mana ada lampu elektrik, sekadar mengharapkan cahaya unggun api bila malam menjelang. Lepas tu lilin, dan cahaya lilin sama je terangnya dengan unggun api. So perembesan hormon melatonin tidak terganggu. Tok nenek kita masih tidur awal, dalam keadaan yang samar samar.

Kita ni yang canggih sangat, pasal tu kita bayar dengan harga yang tinggi untuk hidup canggih. Petik aje suis, menyala lampu terang benderang rumah. Banyak antara kita yang tidur lewat malam dan dengan memasang lampu cerah cerah. Ni yang mengganggu fertiliti kita. Kita melawan fitrah. Dan kedegilan kita menyebabkan umat manusia makin hilang keupayaan membiak. Makin lama makin tak subur.

Malam yang gelap dan tidur dalam gelap sangat penting bagi memelihara keupayaan pembiakan bagi manusia, dan bagi kambing kita. Jangan risau kambing tak nampak dalam gelap, pasal anak mata dia yang berbentuk empat segi tu sangat membantu dia untuk melihat dalam gelap. Penglihatannya lebih terang berbanding mata kita dalam gelap. Pejantan tu nampak je yang betina punya. Taulah dia, jangan risau.

Aku sendiri tak pernah pasang lampu kat kandang semenjak bela kambing 7 tahun yang lalu. Lebih baik bergelap bila malam, barulah kesuburan kambing kita terpelihara baik yang jantan mahu pun betina. Bila kesuburan terpelihara cantik, barulah kadar kelahiran tinggi. Dan kadar kelahiran yang tinggi membawa keuntungan kepada operasi kita sebagai pembiak.

Kesimpulannya bila malam, lebih baik bergelap.

Mbekkk!!!

11 comments:

  1. perghhh..makin aktif update blog nmpknye nih.hehe..bgus2 brmkne mkin byk ilmu dpt dkonsikn brsame mcm diatas..tp xprnh tgk lg kndg psg lampu utk kmbing mlm2.ke ade?stkt ni aku xprnh jmpe lg laa..tp tula ade pnjelasan saintifik mngenai psg lmpu di wktu mlm..mmg Prof.Alwi ssuai dgn gelarannya.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada satu kandang besar yang menjadi pusat latihan penternak dari seluruh malaysia. Kandang dia sentiasa pasang lampu waktu malam. Malang malang malang dia bukan pembiak, hanya trading/importing. Banyak graduan dari ladang dia ni tersangkut, pasal disuap maklumat mengelirukan.

      Hanya mengejar duit, tanpa real passion.

      Dan malang lagi, masih banyak ladang macam dia ni yang jadi pusat latihan. Yang ngam dengan JPV biasanya dapatlah pengiktirafan pusat latihan, dan biasanya true breeder tak ngam dengan JPV, always blacklisted.

      Delete
  2. btw bro alwi..jeles tol tgok gmbr2 cover photo kt atas blog nih..mmg menggoda tul laa..bkak la akaun facebook satu..bru bleh share dgn pnternak2 lain..

    kesian tgok diorg byk trpngaruh dgn trader2/importer2..kalu ade otai yg pure pntrnak blehla bg ilmu yg btul kt diorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..pening2 mula je..nnti ter addicted dgn FB nih..

      btw..aku slalu share yg ko post dlm blog dlm FB tue..ni kire bru nk mntak kbenaran la nih.ilmu yg brmanfaat lg berkat kalu dkongsi brsama org.lain..bak kata fairul ada 3 perkara yg xtrptus slepas kite mati.ilmu yg brmanfaat adlh slh satunye..tol x ustz.fairul..hehe

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Wrmbth, Kandang aku pasang lampu malam2. Untuk elakkan kecurian. Entahlah, tempat aku ni overcrowded. Macam2 orang ada. Tuan Alwi dah sedar kehebatan pemasaran internet ni agaknya. Orang dari selangor dan pahang pun datang. Cuba bayangkan kalo pak arab buka blog nih.. Perghhh.. Yahabibi Alwi Abu Ghonam (WAhai kekasihku Alwi bapa kambing) .. MAsha ALlah ghonamul kasiran jiddan wa kabiratan (haha)

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tujuan aku blogging lebih kepada berkongsi pengalaman, tak terfikir as a marketing tool.

      tak perasan pula kandang ko pasang lampu. well, antara kecurian dengan low kidding rate, baik pasang lampu. Kalau lampu menghala ke luar macam mana?

      Delete
    2. Fairul, kambing aku takde deworming. Jangan lupa kasi nanti.

      Delete
    3. Deworwing aku dah buat semalam. Alhamdulillah erima kasih ingatkan. Malam tadi aku dah dapat cara nak gelapkan kawasan kambing breeding. Kira depan kandang je buka lampu. Kambing lena dibuai denguran. Hehe

      Terima kasih sebab kongsi ilmu. Semoga Allah yang balas jasamu kelak. Ada 3 benda apabila mati masih bersambung dan yang lain2 terputus daripada anak adam. SAlah satunya ilmu bermanfaat

      Delete
    4. Deworwing aku dah buat semalam. Alhamdulillah erima kasih ingatkan. Malam tadi aku dah dapat cara nak gelapkan kawasan kambing breeding. Kira depan kandang je buka lampu. Kambing lena dibuai denguran. Hehe

      Terima kasih sebab kongsi ilmu. Semoga Allah yang balas jasamu kelak. Ada 3 benda apabila mati masih bersambung dan yang lain2 terputus daripada anak adam. SAlah satunya ilmu bermanfaat

      Delete
    5. Nak bagi kambing tu cepat beranak, masukkan sekejap dalam high intensity feeding. Guna dedak 300 - 400gm seekor sehari, preferably yg ada grain content, selama 3 bulan. Lepaslah juga ke bawah.

      Diorang tu tak biasa makan dedak. Kena sabar sikit.

      Aku memang boleh tunggu betina dara aku lambat sikit beranak, pasal aku dah ada >100 ibu. Sebab tu jarang deworming, tak guna dedak.

      Delete