"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, September 5, 2012

DAGING BERLEMAK? ITULAH YANG SEDAP!


Menyuap makanan kepada seorang bayi berumur 10 bulan yang fidgety adalah antara tugas yang sangat mencabar bagi seorang lelaki (bagi aku je kot?). Ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi melebihi kesabaran Nelson Mandela ketika dipenjarakan puluhan tahun dan memerlukan kemahiran yang sangat tinggi melebihi kemahiran Lionel Messi menimang bola 10,000 kali non stop.

Oleh kerana maha beratnya tugas yang dihadapi, aku selalu menyuap makanan baby aku ke dalam mulut aku sendiri sambil menyuap dia demi mempercepatkan tugas aku. Dan aku buat ketika bini aku tak pandang, ketika dia sibuk membasuh pinggan.

Hasil kekerapan mematuhi polisi curi-curi-makanan-anak-ketika-bini-tak-pandang, aku memasuki fasa awal obesiti. Aku sekarang memiliki badan yang terberat dalam sejarah hidup aku, dan berkemungkinan sangat cerah untuk terus bertambah berat. Lebihan lemak ini malangnya tidak terkumpul sekata, semuanya bertumpu kat perut aku. Kat pinggang, dan lemak yang berkumpul di sekeliling pinggang adalah lemak visceral.

Lemak visceral adalah lemak yang tak elok, kerana ianya terbukti meningkatkan risiko kesihatan. Jauh lebih berisiko berbanding disahkan mengalami kolesterol tinggi dalam darah. Jangan risau sangat bila ujian darah menunjukkan kolesterol tinggi, tapi lebih risau bila lemak semakin bertambah di pinggang.

Dan ini menyebabkan aku masuk bab fat distribution (pengagihan lemak) dalam kambing. Macamana kita nak pastikan lemak berkumpul di tempat yang betul, yang membuatkan daging kambing kita makin sedap, makin juicy.

Aku cerita pasal kambing jantan yang cerai susu, tak cerita pasal kambing lain.

Kebanyakan penternak kambing bila sampai fasa penggemukan jantan cerai susu, menumpukan fokus pada menambahkan berat hidup. Ini lebih senang, lebih kacang berbanding meningkatkan kualiti karkas, spesifiknya pengagihan lemak pada tempat yang betul.

Sebelum itu, kita kena tahu yang prinsip asas biologi ialah lemak memberikan rasa pada daging. Kehadiran lemak membolehkan manusia membezakan antara daging lembu, daging kambing, ikan atau ayam. Kalaulah lemak ni takde, memang semua daging rasa sama je, tak dapat nak bezakan.

Dahlah rasa sama, tak kenyang pula tu. Dan kalau selalu makan daging tanpa lemak hari hari, kita boleh dapat cirit birit yang teruk, dan ada kes kematian. Jadi sebenarnya lemak ni bukanlah membahayakan, tetapi ianya nourishing sebagaimana nenek moyang kita telah buktikan.

Ok. Bagi livestock breeder yang enlightened, dia akan fokus pada kualiti karkas kerana inilah yang memberi nilai tambah, extra edge kepada produknya. Jangka panjang strategi ini akan membina reputasi, membantu dalam memanjangkan jangka hayat bisnes kita. Tumpuan pada kualiti pasti membuahkan hasil yang lebih baik berbanding sibuk memikirkan kuantiti.

Daging lembu ada sifat marbling, tapi kambing tak dak. Tak kisahlah, yang penting di sini ialah bagaimana meningkatkan kuantiti lemak dalam daging (intramuscular) bukannya meningkatkan lemak di luar daging atau bawah kulit.

Penggemukan membantu kita mencapai objektif ini dengan lebih cepat, dan ada baaanyak 'tweak' atau teknik dalam bab ini. Aku tak boleh nak sentuh semua pasal panjang sangat nanti. Sikit sikit je.

Biasanya tempoh optima bagi penggemukan adalah 3 bulan bagi kambing. Baru dia betul betul cantik nisbah daging – lemak – tulang, betul betul lemak terkumpul dalam daging, betul betul lembut dan juicy. Hampir menyamai sifat daging anak kambing yang masih menyusu, tapi itu cerita lain.

Sebaik baiknya gunakan grain atau bijirin – gandum, jagung, barli, padi etc sebagai ramuan utama fasa penggemukan ni. Sebabnya karbohidrat lebih mudah menjadi lemak dalam daging dan membantu dalam mengembangkan sel daging supaya lebih banyak lemak dapat dimasukkan.

Protein tak sepenting karbohidrat dalam fasa penggemukan. Protein ni prioriti masa tumbesaran anak, induk menyusukan dan pejantan masa dia sibuk kahwin. Karbohidrat memang mempunyai kualiti menggemukkan yang lebih baik daripada protein, lemak, dan gula ringkas.

Gula ringkas ni maksud aku molasses lah. Molasses memang boleh buat kambing cepat betul naik berat badannya. Aku pernah tengok kambing jantan boer yang diberi makan dedak lebih 2 kilo sehari dicampur molasses sebaldi besar, naik berat badannya 12 kilo sebulan. Pehh.. bulat tak ingat.. Tapi lemak bawah kulitlah/luar daging yang banyak jadi, dah salah target distribution.

Gula ringkas ni sifatnya mempercepatkan pengumpulan lemak luar daging. Molasses ni sikit sikit oklah, jangan excessive. Aku sendiri pun tak pernah guna molasses. Kambing aku pun tak suka, ntah kenapa.

Itu gula ringkas. Kalau lemak dan protein pula, sifat diorang ni lambat menggemukkan sebenarnya. Tak berapa efficient dalam bab menggemukkan sel daging. Jadi kalau kita guna pkc/pke semata mata campur ngan molasses sebagai diet penggemuk, memang total disaster. Dari segi fat distribution lah. Gemuk gemuklah tak ingat punya gemuk, tapi tak sampai lah tujuan karkas berkualiti.

Itu dari segi nutrition. Kalau kambing kita happy (gembira), itu pun membawa perbezaan besar dari segi rasa dan kualiti daging. Mamalia ni sentiasa merembeskan hormon mengikut moodnya. Kalau mood baik, hormon jenis ni yang banyak dirembeskan. Kalau mood tak baik, hormon jenis lain pula yang berkitar dalam darah.

Kambing yang happy lebih mudah mengumpul lemak dalam daging, dan urat urat dagingnya lebih lembut. Kambing yang tak happy, susah nak kumpul lemak dalam daging, pasalnya banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi side effects depression. Urat urat daging pun keras. Memang terbukti pasal kajian menemukan kaitan antara kegembiraan dan pembuluh darah yang lembut dan fleksibel, manakala kemarahan dan kesedihan menyebabkan pembuluh darah mengeras dan mudah plak terkumpul – senang kena darah tinggi, strok, sakit jantung etc.

So bagi aku cara yang terbaik buat kambing happy ialah dengan membenarkan dia turun ke bawah kandang merayau rayau sepertimana tabienya. Dari segi teori, aku sepatutnya rugilah dari segi kenaikan berat badan sebab kambing banyak guna tenaga merayau rayau cari makan rumput. Buang tenaga, penat aje kasi dedak.

Tapi realitinya, yang aku perhatikan kambing aku lagi cepat gemuk pasal nampak lagi happy. Rumput pun aku tak yah cari, dah jimat kos, masa dan tenaga. Aku ada try juga, bagi kambing kambing jantan fasa penggemukan ni duduk je dalam kandang, tapi tak berapa cantiklah sepertimana bila aku bagi peluang diorang ni turun ke bawah. Lagi pun banyak customer aku prefer kambing lepas, tak berapa ngan kambing makan tanggung 100%.

Aku pun pelik gak sebenarnya, macamana pula kambing lepas lagi cepat gemuk dari kambing makan tanggung. Tapi aku rasa kan, bila kambing happy, dia merembeskan lebih sikit kuantiti growth hormone ke dalam darah. Termasuklah anabolic hormones yang mempercepatkan pengembangan sel daging.

Yaa kambing yang dapat exercise, sel dagingnya akan mengembang lebih lama dan lebih besar. Macam atlet juga. Bila sel daging besar, lebih banyak lemak dapat disimpan ke dalam sel. Daging pun lebih sedap, lebih banyak jus.

Tapikan, aku jarang penggemukan sampai 3 bulan. Baru sebulan setengah, dua bulan banyak kambing kambing jantan ni aku jual kerana demand yang sangat tinggi. Kalau kambing jantan tu tak sampai sebulan dalam fasa penggemukan, aku takkan jual – rugi siot.

Anyway, penggemukan ni sebenarnya lebih senang berbanding pembiakan. Bukan susah nak gemukkan kambing ye tak? Banyak penternak boleh buat, macam macam jenis feed boleh guna. Tapi bab membiakkan ni ramai yang tak lepas. Nak kena ada considerable skill and determination, baru boleh jadi pembiak.

Oklah tuan tuan, konklusi yang aku boleh buat ialah daging yang berlemak (dalam daging) adalah daging yang lebih sedap, dan lebih nourishing. Kita sebagai penternak kena ambil tahu macam mana nak menghasilkan karkas yang lebih berkualiti, dan daging yang lebih sedap. Kena tahu macam mana fat distribution yang terbaik.

Salam.

Monday, September 3, 2012

ITS NOT FAILURE, ITS FREEDOM!!


Memang aneh dan takjub bila aku melihat industri ternakan kambing. Saat di mana multi national corporations (MNCs) berjaya menguasai hampir semua bidang pertanian – bijirin, sayuran, ikan, ayam, susu, dan lembu pedaging : sampai industri kambing semuanya gagal. Semua MNCs ni tumbang dengan bergaya.

Bilamana entiti korporat besar besar ni mengumumkan mission statement diorang untuk mengusasai sebahagian besar share pasaran kambing, memang gah, memang risau kita penternak kecil ni dengar. Hakikatnya semua MNCs ni akan pulang senyap senyap dengan hidung berdarah, mengibarkan bendera putih.

Bukan di Malaysia sahaja, tapi semua tempat dalam dunia. Semua zon cuaca dalam bumi.

Dari generasi pertama anak Adam hinggalah generasi terkini.

Industri ternakan kambing tidak pernah dikuasai, tidak pernah dimonopoli, tidak pernah wujud international scale commercial farm, tidak pernah ditakluki mana mana entiti walau pun bersenjatakan modal yang sangat besar.

The Jews and the Zionists and their allies fail, and always fail to exert their control over market for goats – meat goats, no matter how hard they try, no matter how long they try.

Thank God.

Baguslah macam tu kan? Sekarang aku dah faham kenapa Nabi kata akhir zaman nanti, tinggal penggembala kambing je yang betul betul bebas jiwanya, fikirannya, tindakannya. A true free man.

Kegagalan MNCs ni yang banyak dimiliki Yahudi untuk menguasai industri kambing adalah satu berita yang sangat baik. Jangan anggap ketidakwujudan entiti korporat besar besar atau massive commercial farm dalam industri kambing sebagai suatu petanda kegagalan, sebaliknya ia adalah petanda yang sangat baik untuk kita penternak kecil dan sederhana. Kita bebas, dan kebebasan kita terpelihara.

Its not a sign of failure, it is a sign of freedom!

Bukan sahaja dalam production, tapi juga bab distribution. Tiada entiti yang benar benar berpengaruh untuk menguasai, speculate, and to profit immensely through manipulation dalam industri kambing ni.

Bagus sebenarnya bila takde syarikat besar besar ni. Takdelah elite player. Semuanya small and medium player. Middle class. Barulah betul betul open market, free market. Tak macam kebanyakan industri lain yang banyak syarikat besar.

Tengok betapa kelam kabut, sengsaranya umat manusia zaman ni bilamana kita hilang kebebasan dalam food supply and production, bilamana syarikat besar yang takeover. Patutnya dengan teknologi yang available bagi umat manusia sekarang, dah terlebih lebih makanan walau pun 7 billion, walau pun 15 billion.

Dalam polisi penghasilan makanan yang bijak, sepatutnya mengurangkan keterlibatan syarikat syarikat dengan modal besar. Sebaliknya menggalakkan, memudahkan entry numerous small players dengan small capital.

That is the way forward, if we want to maintain our freedom.

Yes it is.

Let us be free, let us be a goatboy.

Salam.

Sunday, September 2, 2012

SUBSIDI UNTUK PENTERNAK : PERLUKAH?


Kali ni macam serius sangat bunyinya, macam panjang je apa aku nak tulis. Tapi sebenarnya aku nak sentuh sekejap je. Belum masuk mood nak tulis panjang panjang.

Historically in all corners of the world, dari zaman qabil dan habil hinggalah zaman sekarang, golongan pastoralist (penternak) tidak mendapat banyak bantuan sepertimana golongan farmers (petani). Perasan tak?

Dan bagi golongan penternak, yang paling kurang bantuan adalah golongan meat breeders – cattle and goat. Paling paling paling kurang bantuan? Small scale herders – yang buat extensif atau semi intensive atau jenis gembala. Penternak yang buat susu dapat lebih banyak bantuan. Tak kisahlah apa bentuk bantuan pun. Panggil je lah subsidi.

Walau pun meat breeders paling kurang mendapat bantuan, tetapi kalau kita sorot dengan teliti halus halus, dunia meat breeders tak sebanyak kontroversi dunia milk producers dan farmers – hasil tuaian yang tak menentu, penyakit yang serius, cuaca yang ekstrem, harga yang sangat depressed hingga boleh buang ke longkang.

Kerana paling kurang mendapat subsidilah, golongan meat breeders adalah antara golongan manusia yang betul betul freedom, terpelihara kemerdekaan dan kebebasan jiwa, fikiran dan rezekinya. Bebas daripada tunduk kepada kemahuan orang lain, bebas daripada bergantung kepada manusia lain.

Sebab itu samua nabi dan rasul adalah gembala kambing. Fikiran mereka bebas, jiwa mereka bebas, tindakan mereka bebas. Bila bebas daripada pengaruh orang lain, baru boleh berkhidmat untuk Tuhan.

Subsidi ni mencipta kebergantungan. Menghilangkan kebebasan. Bergantung kepada pemberi subsidi, terpaksa menurut kemahuan mereka walau pun kita tak bersetuju. Dan membuka ruang yang sangat luas kepada corruption, amalan rasuah. Betul tak?

Aku perhatikan, golongan yang paling lantang meminta subsidi adalah golongan yang belum stabil, terumbang ambing survival bisnesnya. Tak kisahlah buat sistem apa pun, baik semi intensif mahu pun intensif, baik breeder mahu pun trader. Bila kita dalam situasi nak survive, antara hidup dan mati, kita lebih bersedia untuk trade in kita punya freedom kepada kebergantungan.

Kena fikir dalam dalam ni.

Sebenarnya kita ada satu mekanisme. Nabi dah kata satu ekor kambing harganya satu dinar emas. Dan emas adalah kestabilan, a very good store of value – but not for investment. Sekarang ni satu dinar emas sama harga dengan rm800 kan? Lebih kuranglah, aku pun tak check. Dan kambing ni biasanya commercially viable pada berat 35kg – nisbah daging : tulang adalah optimal. Maknanya 800/25 = 22 ke 23. So harga kambing yang adil sekarang adalah rm22 atau rm23 per kilo berat hidup.

Fair trade. Pada harga ni, meat breeders boleh cover cost walaupun input tinggi. Ada decent profit. Tak perlu subsidi.

Kebanyakan produk farmers dan milk producers menggunakan harga siling, which forced them to rely on subsidy. Dan banyak pelanggan, client atau customer kepada farmers dan milk producers ni adalah syarikat besar, maknanya syarikat besar besar ni ada upper hand atau boleh cekik leher dalam negotiation.

Situasi pasaran meat breeders, especially kambing, pasaran kita takde sapa yang monopoli, perasan tak? Fikir betul betul, ada tak? Ada ke mana mana entiti yang cukup berkuasa untuk menguasai market kita, boleh dictate harga sorang sorang dia?

Historically, semua tempat dalam dunia dari dulu sampai sekarang, macam tu lah pasaran bagi pembiak kambing. Which is unique. Sangat unik sebenarnya. Bebas. Betul betul free market, laissez fare.

Kita tak perlu campur tangan kerajaan, kita tak perlukan subsidi.

Adalah lebih baik dana untuk subsidi diperuntukkan kepada research and development. Lebih membuahkan hasil. Itulah pandangan aku, walau pun pandangan aku ni tak menguntungkan aku, and inviting fire from various quarters.

Sebenarnya isu ni contentious, panas, dan aku tahu mesti ada yang langsung tak setuju ngan aku. Aku harap ada satu kajian historical analysis yang komprehensif berkaitan pemberian subsidi ni. Samada betul betul bermanfaat atau sebaliknya.

Dan kalau kita betul betul nakkan subsidi juga, kita kena bersedialah untuk hilang kebebasan kita.

No more freedom to think, no more freedom to act, no more freedom for the soul.

No more Sunnah Nabi.

Hilang.

Input tuan tuan?

Saturday, September 1, 2012

MILLIONAIRE VS FINANCIAL FREEDOM


Salah satu objektif aku masa mula mula terjun bidang kambing ialah mencapai status financial freedom (bebas kewangan). Atau pun financially independent. Jutawan bukan target aku, baik dalam masa 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun atau 15 tahun. Sasaran menjadi jutawan ternak tidak mendatangkan sebarang makna besar dalam kehidupan. Bagi akulah.

Menjadi jutawan taklah sesusah yang disangka – buat baik dengan orang bank, proposal cantik cantik, mohon pinjaman 3F sebanyak 2 – 3 juta. Lulus pinjaman jadilah jutawan. Tapi hutang banyaklah. Jutawan juga, jutawan hutang.

Dan banyak kali aku jumpa penternak sebegini. Menternak hanya sebagai alasan mendapatkan dana. Dapat dana dia pun lesap, projek ternakan pun ntah ke mana.

Bagi aku lebih baik mengejar status financial freedom – membebaskan diri dari hutang, menghasilkan aset yang berterusan menjana duit, bebas untuk berfikir, bebas untuk bertindak tanpa tunduk kepada arahan sesiapa, dan mempunyai masa dengan keluarga.

Kalau sibuk sangat kejar duit juta juta, untuk puaskan hati siapa sebenarnya ye?

Jujurnya aku sekarang masih terbatuk batuk dalam mengejar status financial freedom. Biasanya sebarang jenis usaha bisnes yang reputable akan mengambil masa antara 5 – 7 tahun to be financially stable dan mendapatkan full return on capital invested. Ada juga yang 10 tahun. Normal lah tu. Kalau cepat sangat capital recovery, alamat 'baik' punya jatuhlah bisnes tu tak lama lagi.

Lebih baik ikut jalan 'organic growth' – macam pokok balak, lambat tumbuh tapi hidup lama.

Tapi kan aku banyak sangat buat silap, kerap kali tersadung hasil diajar ilmu yang salah oleh importer dan trader, dipijak kepala sekuat hati agar lemas ketika kambing dibeli trader trader ni, dan ditikam dari belakang hasil polisi pejabat haiwan yang mengarut.

Nasib baik aku bernafas lagi. Selain dari itu, aku juga terpaksa expand kandang setiap 2 tahun kerana populasi kambing yang bertambah. Which is very capital intensive and very draining on me. Memang tersedak tercekik aku dibuatnya.

Tapi sekarang aku putuskan untuk stop expansion program. So capital reinvestment program dah tak perlu – membebaskan lebih banyak wang ke dalam aliran tunai aku. So hopefully I am on track to achieve financial freedom.

Aku punya bank loan pun tinggal satu instalment je lagi. Dah habih loan ni, legalah. Free of debt, semakin hampir dengan status financial freedom. Tapikan menurut undang undang bisnes yang aku belajar kat u dulu, bisnes ni elok ada hutang gak pada kadar yang optima. Ntah lah, bisnes besar besar taraf berhad boleh la kot, kalau kecik macam aku ni, buat serabut aje hutang hutang ni. Kena buka buku kaji balik ni.

Oklah tuan tuan. Semoga kita semua dapat mencapai financial freedom. Bebas dari hutang, bebas untuk berfikir, bebas untuk bertindak.

A free man.

Not a slave.

Salam.

Friday, August 31, 2012

OVERSTRETCHED


1921.

Britain adalah empayar terbesar dunia, menguasai satu perempat tanah di bumi. Tentera lautnya adalah terkuat dan termaju di dunia. Tetapi yang memeningkan British adalah jajahannya yang berterabur merata rata di segenap ceruk dunia dan tentera daratnya yang tak sekuat mana.

Field Marshal Sir Henry Wilson, Chief of Imperial General Staff : “ Our small army is much too scattered... in no single theatre are we strong enough – not in Ireland, nor England, nor on the Rhine, nor in Constantinople, nor Batoum, nor Egypt, nor Palestine, nor Mesopotamia, nor India”.

Mempertahankan jajahan takluknya yang sebegitu luas adalah mustahil, apalagi menyerang negara lain. Britain terpaksa bergantung kepada diplomasi (lebih tepat, tipu daya) berbanding kekuatan ketenteraan.

1932.

Bilamana empayar Jepun semakin kuat dan menjadi ancaman kepada Soviet dan negara negara Eropah yang memiliki jajahan di Asia – ketua turus angkatan tentera British berkata pada bulan februari 1932 : “the whole of our territory in the Far East as well as the coastline of India and the Dominions and our vast trade and shipping, lies open”.

Overstretched.

Britain nampak kuat bilamana dia memiliki jajahan yang sebegitu luas dalam sejarah manusia, tapi sebenarnya dia lemah. Terlalu banyak komitmen. Dan bila perang dunia ke 2 meletus, pakatan Allies – Britain, Perancis, Soviet Union memerlukan bantuan Amerika untuk menyelamatkan mereka daripada serangan pakatan Axis – Jerman, Itali dan Jepun.

Amerika adalah pemenang sebenar perang dunia ke 2, menjadi kuasa dunia dan polis dunia selepas perang tersebut.

Persoalan aku, yang membuatkan aku tertanya tanya sempena Hari Merdeka ni, apa yang sebenarnya terjadi bilamana Tunku Abdul Rahman pergi ke London untuk urusan kemerdekaan Tanah Melayu?

British sangat lemah selepas perang dunia ke 2. Banyak jajahannya bila dapat menghidu kelemahan British ni, berderet deret mengisytiharkan kemerdekaan termasuk Tanah Melayu. Tapikan takkan semudah itu British nak bagi, takkan mudah dia surrender lordship dia ke atas kita ni?

Orang di tampuk kuasa mana mahu lepaskan kuasa sebegitu mudah, ye tak? 

Anyway, cerita sebenar aku ialah 'overstretched'. Yaa aku rasa aku dah overstretch sekarang ni. Seorang pekerja tak mampu menjaga dengan sempurna 350 ekor kambing. Dari segi teori nampak bolehlah, tapi penat oo. Boleh jaga, tapi tak sempurna, kurang detail.

Sekarang ni pekerja aku main job dia jadi gembala kambing. Side job – cari rumput untuk anak kambing. Bersihkan tahi kambing tu dah kira upah lain. Merawat kambing dia tak buat, aku yang buat. Total work hour – 6 ke 7 jam sehari.

Hmm tak sampai 8 jam pun. Ada kandang kambing aku pergi, pekerja kerja dari 7 pagi sampai 11 malam. 14 jam sehari. Gaji 700 – 800. Kena rawat kambing, kena perah susu, bagi susu botol kat anak kambing. Betul betul perah tenaga kuli. Rasa macam slave labor plak.

Kat kandang aku takde buat macam tu. Takde nak bagi susu botol anak anak kambing ni. Jadi takdelah teruk sangat kerja. Biasanya pekerja aku start 9.30 pagi, dan habih kerja 4.30 petang. Takdelah sampai ke tengah malam kerja.

Maknanya sistem semi intensif dengan 350 ekor kambing boleh lagi guna seorang pekerja sekiranya aku bantu. Aku punya main job – rawatan kambing, bagi makan kepada anak kambing dan kambing sakit yang tak boleh ikut meragut, dan bagi makan kambing kambing jantan yang dah cerai susu di kandang jantan. Total work hour – 2 jam.

Dan memandangkan aku takde bekalan air paip, aku guna tubewell, dan sekarang musim kering, aku habiskan masa pam air ke tangki rumah aku, rumah pekerja aku, kandang kambing – tambah lagi 1 jam setengah.

Kalau betul betul nak perah, nak guna seorang je pekerja, boleh gak tapi aku tak suka. Aku lagi suka dia fokus pada tugas gembala kambing.

Dan kalau aku tengah rajin, betul betul on the mood, aku akan kerja dari 6 pagi sampai 7 malam. Lagi lama dari pekerja aku. Pasang tag telinga, potong kuku anak kambing yang tak reti reti turun kandang, mesin rumput yang dah memanjang keliling kandang, update rekod ternakan bla bla bla.

Sebenarnya majikan lagi lama kerja dari pekerja, betul tak?

Anyway yang betul betul buat aku rasa overstretch sekarang ni adalah kedatangan orang ke ladang aku. Selalu orang datang, hampir setiap hari. Walau pun ladang aku takde papan tanda, walau pun aku tak guna iklan memberitahu orang lain kewujudan aku. Itulah dulu masa start bela kambing, selalu mengharapkan orang datang ke kandang, la ni bila dah banyak visitor, jadual kerja plak lari, susah nak buat.

Aiii memang dilema. Pasal tu aku rasa nak kena engage lagi seorang pekerja.

Menurut buku panduan imigresen, ladang kambing yang buat semi intensif hanya boleh ambil seorang pekerja sekiranya kambing 300 – 500 ekor. Tak boleh ikut sebenarnya ni.

Bayangkan kambing 300 ekor. Bila lepas bukan semua ikut meragut. Nuun berderet deret anak kambing kecik kecik kena tinggal kat kandang. Kalau pekerja sorang tu dah jadi gembala, mana dia tahu apa yang terjadi kat kandang masa dia tengah gembala? Takkan nak biarkan kandang tak berjaga, takde orang?

Kalau kita selalu ada kat kandang takpalah, masalahnya kita ni banyak komitmen, kena beli dedaklah, kenduri kahwinlah, anak beranak nak shoppinglah peh macam macam hal. Lebih selamat tambah pekerja seorang lagi.

Mengelakkan overstretch.

Wednesday, August 29, 2012

MADU TERNAK VS MADU LIAR


Dalam post : Egypt the short lesson, aku ada cerita pasal sifat madu yang tak akan basi, tak akan rosak buat selama lamanya, tanpa perlu sebarang teknologi pengawetan. Dan aku ada beli madu kat supermarket, yang beri kesan sampingan kepada aku.

Sekarang aku tahu kenapa.

Madu yang dijual di supermarket dan pasaraya bukan madu tiruan. Ianya adalah madu asli, ori gak, cuma asal madu tersebut adalah dari lebah yang diternak. Dan madu supermarket ni masih jauh lebih baik dan meyakinkan daripada yang dijual di kaki lima atau salesman yang dok pusing kedai kedai makan.

Sekurang kurangnya ia adalah 100% madu, tanpa campuran gula tebu atau gula batu, walau pun daripada lebah yang diternak.

Tapi ada perbezaan yang besar bagaikan langit dan bumi antara madu dari lebah liar dengan madu yang diternak. Perbezaan yang tak nampak dengan mata kasar melainkan dikaji secara mendalam.

Tobias Oloffson dan Alejandra Vasquez, penyelidik Jabatan Perubatan Mikrobiologi di Universiti Lund, Sweden mendapati lebah liar dan madunya ada sekumpulan bakteria asid laktik yang unik (ada lain sikit daripada yang dalam yoghurt atau produk susu difermentasikan). Bakteria ni hidup dalam perut lebah liar, makan nektar (manisan bunga) yang dikumpul oleh sang lebah, menukarkan sebahagian nektar kepada madu dan merembeskan asid laktik unik sebagai bahan buangan.

Bakteria unik ini melindungi nektar dan madu, dan sang lebah beserta larvanya. Bakteria unik ini adalah komponen maha penting bagi sistem imun lebah.

Dan bakteria unik ini tidak wujud atau wujud sedikit sangat dalam lebah madu yang diternak. Dang!

Tuan tuan, lebah madu yang diternak sekarang diberi makanan sintetik. Mereka tak perlu terbang jauh mencari bunga (nektar) macam lebah liar. Jadi dalam masa yang singkat lebah madu yang diternak ini dapat mengeluarkan madu dalam kuantiti yang banyak berbanding saudara liarnya.

(Macam cerita kambing liar dan kambing fidlot – serupa).

Dan lebah madu yang diternak ini diberi antibiotik 3 atau 4 kali setahun demi menjaga survivalnya – antibiotik ni memang sangat berkesan dalam mengembangkan populasi lebah madu dengan drastik, sebab itu ia digunakan. Serupa juga macam umat manusia – teknologi medicine (antibiotik) dan sanitasi berjaya melonjakkan umat manusia kepada 7 billion dalam masa singkat.

Malangnya makanan sintetik dan antibiotik membunuh bakteria unik ini. Dalam semua botol madu lebah ternak yang dijual di supermarket – bakteria asid laktik ini tak wujud. Padanlah bila aku makan, macam takde apa apa pun. Side effects lagi ada. Health effects melayang ntah ke mana.

Nampaknya kena cari madu liar jugak ni.

Kono jadi spiderman berani panjat pokok tualang!

Salam.

Monday, August 27, 2012

CAMBODIA


Masih cerita dedak. Pasal jagung dan soya. Belum masuk bab pkc dan pke dan pkp. Blog aku ni bukan pasal kambing aje, tapi yang berkaitan kambing. Akan datang, aku nak tulis apa yang aku fikir. Memang boleh lari jauh dari cerita kambing. Nak buat blog khas lain, malas plak rasanya. Mana ada masa lagi pun.

OK. Kerajaan kita mendapat suatu idea dalam usaha mengatasi makanan ternakan yang naik harga kerana dikuasai oleh segelintir pengeluar sahaja – US, China, India yang menjadi pengeluar utama jagung dunia. Tambahan pula cuaca dan tanah kita kurang sesuai untuk penanaman jagung besar besaran. Kecik kecik sederhana boleh la. Mass scale kita tak mampu kerana cuaca.

Banyak kali sebenarnya cubaan tanam jagung besar besaran oleh beberapa syarikat yang nak jadi supplier jagung kepada industri ayam di malaysia. Capex puluhan juta pun ada. Tapi setakat ni semua tumbang. Walau pun jagung kurang gunakan air, jadi secara teorinya lebih mudah lah dari tanam padi, tapi cuaca tropika ni cukup mencabar. Perosaknya hebat hebat.

Agaknya varieti jagung yang ditanam jenis manja mengada ngada kot, banyak sangat guna input walau output tinggi?

Ok, so kerajaan kita dah tandatangan kerjasama dengan kerajaan cambodia untuk membuka sebuah ladang jagung dan soya, khas untuk makanan ternakan. Di cambodia lah. Actually bukan kerajaan kita, tapi sebuah syarikat tempatan yang ada connection dengan tan sri halim saad. Amende ntah nama company tu... Markmore group kot.

Basically tanah yang diusahakan di cambodia tu dianggap milik malaysia. Aku pun tak reti nak cerita selok belok status dan taraf tanah ladang tu. Tapi yang aku tahu hasil mahsul ladang tu dikira produk malaysia, dan menghampiri status koloni macam zaman british dulu.

400,000 hektar. Bukannya 400,000 ekar ye. Maknanya lebih 800,000 ekar luas ladang jagung dan soya ni. Separuh daripada keluasan Felda sekarang, dan Felda adalah plantation terbesar dunia. Maknanya sekali buka ladang ni, terus jadi separuh felda luasnya. Luas ooo...

Modal? 2 billion US dollar. Sama harga dengan sebiji B2 spirit long range stealth bomber atau pun sebiji kapal aircraft carrier nimitz class atau pun dua ketul kapal selam LA class yang boleh bawak ICBM dalam perut dia.

That is a lot of capital, so markmore tak boleh buat sorang sorang, ada la joint venture.

Anyway baru je diusahakan, hasil belum dituai lagi. Tapi besarlah harapan aku, dengan pembukaan ladang khas untuk makanan ternakan di cambodia ni, akan mampu memberi kelegaan kepada pengusaha ternakan di malaysia yang telah lama bergelut dengan harga makanan ternakan yang terlalu tinggi.

Ke harapan aku je? Tengok tengok semua hasil ladang tu jadi makanan ayam je? Takdak menghala ke ruminan. Atau lagi sedih, hasil ladang tu dieksport pula ke luar negara. Haru haru kalau jadi macam tu.

Tapi halim saad kata untuk pasaran tempatan. Menteri pun kata macam tu. Harap harap janji ditepatilah wahai pak menteri dan pak halim ye.

Ntah la tuan tuan, kita tengoklah nanti.

Sunday, August 26, 2012

THE U.S.


Dedak naik harga sekarang. Pasal soya dan jagung dari US mengalami musim kemarau yang teruk. Dan US adalah pengeluar gandum, soya dan jagung terbesar dunia. US mampu jadi pengeluar makanan terbesar dunia kerana memanfaatkan teknologi 'genetic modification' (GM) yang menambah output jagung dan soyanya lebih 60% dalam masa tak sampai 5 tahun.

Fantasticlah tu. Bukan senang nak capai standard output pertanian macam tu. Dalam kita dok sibuk berdebat patut tak patut guna GM food dan feed, US dah guna senyap senyap. In fact untuk livestock feed, ntah ntah dah 100% jagung jenis 'genetically modified'. Kita semua dah guna dan makan genetically modified organism tanpa kita sedar.

Takde masalah buat aku. Pasal aku on the practical side, aku adopt cowboy approach. Maknanya aku tak rigid dalam fahaman aku, aku bersifat lebih terbuka dan risk taker. Tapi takdelah sampai tahap ultra cowboy atau ultra liberal atau ultra modern. Ada jugak traditionalism sikit sikit. Tak tahulah macam mana nak describe setepat tepatnya fahaman aku ni. Orang politik lagi tahulah kot bab bab ni. Liberalist, conservative, left wing, right wing, ayamas chicken wing with black pepper....

Perlu sebenarnya teknologi GM ni. Lantaklah greenpeace atau mana mana fahaman hijau nak kata apa. Kalau takde teknologi GM ni, mau dah triple harga makanan dunia sekarang. Mau meletus food riot merata rata. Mau kejap kejap tumbang kerajaan seluruh dunia. Mau umat manusia sentiasa dalam situasi anarki.

Anyway, walaupun jagung dan soya GM US sekarang ni outputnya fantastic, kelemahannya dia tak tahan cuaca ekstrem dan perubahan cuaca yang mendadak. Varieti yang digunakan sekarang tahan serangan perosak jadi tak perlu banyak guna racun. Pasalnya cuaca kat US sebelum ni dikira stabil manakala perosak (serangga, bakteria, patogen) yang menjadi ancaman utama. So fokus diorang dalam GM ialah menghasilkan varieti yang tahan perosak. Tapi tak sangka kan, cuaca dah jadi kelam kabut tunggang langgang. 2012 ni memang output jagung dan soya turun mendadak kerana musim kemarau yang berpanjangan.

Tetapi US masih boleh eksport jagung dan soya dia, masih ada lebihan daripada domestic consumption. Masih dianggap food bowl dunia. Yang buat tak bestnya ialah polisi biofuel di US ni. Telah dimandatkan oleh US Congress agar 40% kandungan minyak (fuel) datangnya dari sumber bio – jagung dan soya.

40% is way too much.

Ni yang buat kacau, ni yang tak pasal pasal meningkatkan harga jagung dan soya. Unnecessarily putting an upward pressure on the corn and soy prices. Ye lah dah elok elok jagung dan soya untuk makanan manusia dan ternakan, sekarang jadikan jagung dan soya sebagai biofuel. Dah wujud persaingan. Sapa punya idea ni menghasilkan biofuel daripada jagung, soya mahupun minyak sawit? Sapa yang kuat melobi biofuel ni? Karut betullah.

Tanah dah la terhad. Tanah subur lagi lagilah terhad. Patutnya tanah yang terhad ni digunakan sepenuhnya untuk pengeluaran makanan manusia dan ternakan. Ada plak dijadikan biofuel – minyak kenderaan atau minyak industri untuk penghasilan tenaga elektrik. Tak patut, tak patut.

Memang aku menentang keras biofuel ni, dan penyokong penyokongnya. Carilah dari sumber lain. Food security mana boleh buat main main. Boleh jadi globar war nanti. Arab Spring sebelum ni pasal harga makanan naiklah, semenjak biofuel ni dimandatkan di US. Perasan tak?

So itu sedikit cerita pasal dedak yang naik harga sekarang. Musim kemarau yang melanda amerika sekarang, dan polisi mengarut biofuel di amerika la ni, yang memberi kesan kacau bilau kepada seluruh dunia.

Tuan tuan,

Amerika ni macam mana kita benci dia sekali pun kita kena sedar beberapa perkara. Tak best tapi kena akui hakikat ini. Amerika adalah kuasa tentera terkuat dunia dan dalam masa yang sama gudang makanan dunia.

Sama macam egypt di zaman firaun, sama macam kerajaan rome, persia (parsi), british, sama macam mana mana empayar termashyur dan terkuat dalam sejarah manusia.

Darab 10. Yaa tuan tuan darab 10.

Pasalnya belum pernah wujud dalam sejarah manusia, suatu tamadun yang betul betul berpengaruh globally, kuasa tentera yang jauh meninggalkan gabungan pesaing terdekatnya (China+Russia+whatever country), ekonomi terbesar dunia, budaya yang menyerap ke seluruh penjuru dunia dan dalam masa yang sama pengeluar makanan terbesar bagi umat manusia.

Belum pernah wujud empayar atau tamadun yang sebegitu kuat dalam sejarah Adam dan anak anaknya. Belum pernah tuan tuan. Malangnya kita hidup dalam zaman itu. Zaman sekarang, zaman amerika, zaman dajjal al masih.

Sebijik macam kata kata Nabi kita. Dajjal sangat berkuasa. Dia mampu menggoyang goyangkan umpan roti (makanan) di depan kita. Sapa ikut dia, dia bagi makan cukup. Sapa tak nak ikut dia, tak dapat makanan, alamat kebuluran. Bila Dajjal bercakap, suaranya sampai ke seluruh dunia (CNN, satellite tv, internet, etc). Dan Dajjal sangat haus (penggunaan air per kapita US adalah tertinggi dalam dunia).

Dan itu adalah sebahagian tanda tanda Dajjal al masih.

Kita sebagai umat Islam masih bergantung kepada Dajjal dan sekutunya. Amerika, British, Australia, Zionis.... jagung dan soya US, kambing australia.... powerless, weak, macam buih buih di laut, dibawa ke sana sini.

Hmm..

Global military power + global food bowl + global finance centre = global despot.

And a despot is more powerful than a dictator, more powerful than a king, and more powerful than an emperor. That is United States of America for us.

Kenapa masih ada pemimpin kita yang tak faham faham food security?

*aku pun tak tahu macam mana cerita pasal harga dedak naik boleh terlajak sampai masuk cerita Dajjal plak ni. Sorry lah tuan tuan.

Saturday, August 25, 2012

CERITA SIKIT LAGI PASAL DEDAK


Sebelum ni aku cerita bab penggemukan di mana aku guna dedak penggemuk 5180. Protein content dia taklah setinggi 5811. Lebih kurang 10% - 13% peratus berbanding 5811 punya protein content 14% - 16%. Walau pun protein level lagi rendah tapi bertepatanlah dengan keperluan peringkat penggemuk. 5180 ni lebih sikit karbohidrat dia dari sumber bijiran – jagung, barulah betul betul menggemukkan.

Dari segi nilai penggemukan, karbohidrat lebih bagus dan cepat berbanding protein dan lemak. Protein mahal, manakala lemak sebenarnya lambat menggemukkan. Sapa ntah yang cakap lemak cepat menggemukkan. Dietician? Nutritionist? Hampeh diorang ni. Cuba check dengan pakar lipids, baru kita tahu realitinya.

Anyway, aku guna dedak 5811 untuk anak kambing (kids) dan induk menyusukan (nursing). Sebenar benarnya aku dah banyak kali test macam macam dedak samada beli dah siap (completed mix), partial mix, mahu pun buat sendiri. Last last aku buat keputusan aku beli yang dah siap, established, proven walau pun mahal. Sebab?

5811 terbukti menambahkan susu dan sangat sesuai untuk anak kambing. Proven. Bukan aku seorang tapi pengalaman kawan kawan lain pun sama. Apalagi yang bela kambing susu. Pasal chief ingredient dia soybean meal. Bukan soybean hull ye, atau pun hampas soya basah. Lain bebenor tu.

Soybean meal ni aku pernah cerita dulu. Tergolong dalam high efficiency feed sama macam fishmeal. Cuma dari segi kos, soybean meal lebih affordable dan dari segi palatibility (rasa) – anak kambing paling suka berbanding fishmeal dan grain.

Dari segi antinutrien pun, dia kurang kandungan antinutrien berbanding hampas soya basah. Long term feeding ok sikitlah. Kuranglah side effects dan special effects. Dan dedak 5811 ni protein content dia 14 – 16%. Ok sangatlah tu. Tinggi lagi pun tak guna, membazir je kambing makan, banyak terbuang. Ruminan, bukannya monogastrik yang tinggi keperluan proteinnya.

Aku selalu perhatikan feedmaker yang baru menceburkan diri dalam industri pembuatan makanan ternakan ni biasanya akan cuba mengelak guna soybean meal atau fishmeal dalam feed mixture diorang kerana faktor kos. Tapi bila sampai kepada 'crunch time' – prestasi feed kepada induk menyusukan, semuanya fail. Last last masukkan juga soybean meal. Barulah ada 'kick' diorang punya feed ni.

Anyway tuan tuan bila sampai bab dedak ni, sebenarnya senang cerita kita sebagai pembiak kambing tak perlu pening kepala, tak perlu curahkan resource kita untuk membuat rangsum makanan ternakan kita. Lebih baik tumpu kepada usaha pembiakan kambing. Serahkan feed making kepada pihak lain. Outsource.

Bukan senang nak buat feed yang betul betul proper and certified ni. Kena ada input dari pelbagai pihak. Jangan syok sendiri je. Kena buat lab test. Repeated lab test. Pening sebenarnya. Baik curahkan masa, wang, dan tenaga kita kepada usaha pembiakan kambing dulu. Besok kalau kambing dah stabil, boleh pindah tumpuan kepada feed making.

So balik kepada 5811. Satu lagi benda yang buat aku suka guna 5811 walau pun mahal ialah bentuk pellet dia. Tak tahu nak panggil bentuk apa, aku sebut jelah batang mancis. Bentuk batang mancis adalah bentuk paling sesuai untuk pencernaan kambing terutamanya anak kambing. Bentuk lain kurang cekap samada bentuk cube atau pun serbuk.

Kos mempelletkan ke bentuk batang mancis adalah 3 sen sekilo. Tapi semua feedmaker takde yang buat melainkan pengilang 5811 ni. Heran betul aku. Kalaulah diorang buat, aku confirm beli dan buat trial run. Kalau ok bolehlah aku menjadi pelanggan tetap.

Satu lagi yang aku observe, anak kambing yang makan 5811 takde yang tercekik macam kena sawan berbuih buih mulut. Dedak lain ada aje kes macam tu tapi setakat hari ni 5811 takde memberikan aku kes sebegitu.

Kenaikan berat badan? Ya itu aku boleh confirm. Anak kambing cepat naik berat dan susu induk menyusukan memang bertambah.

Tapikan aku sebenarnya bukan rekemen guna 5811. Yang aku rekemen ialah guna dedak berasaskan soybean meal sebagai suplemen untuk anak kambing dan induk menyusukan. Aku sendiri tak guna 5811 untuk induk menyusukan (la ni), tapi banyak guna untuk anak kambing dan kambing sakit yang tak boleh ikut meragut.

La ni, bila kambing beranak memang aku takde bagi dedak walau pun beranak dua tiga. Memang harapkan 100% browse. Akan datang, possible aku akan guna supplementation 5811 untuk kambing beranak kembar macam dulu dulu aku buat. So input aku akan naik sikit tapi output pun confirm naik.

Jangan input asyik naik dan naik, output macam tu juga atau makin teruk. Bankrap kita dibuatnya.

Orait!

*Kamera aku rosak, so takdelah gambar baru nak post. Terpaksalah recycle gambar sedia ada. 

Friday, August 24, 2012

CERITA SIKIT PASAL DEDAK


Terima kasih kepada semua rakan ternak yang mengirim sms selamat hari raya kepada aku. Sori banyak banyak aku tak balas. Slow sikit nak sms sms raya ni, pasal aku lebih banyak demam dari sihat akibat terlebih makan ketupat lemang rendang kuih raya. Memang upset bini aku dibuatnya. Asal raya je demam. Orang lain sibuk beraya sakan, aku pula terperap kat rumah.

Aku pelik juga, tiap tiap kali raya, tiap tiap kali makan ketupat rendang lemang kuih raya, aku demam. Orang lain elok je melantak sampai bunting 9 bulan perut tu. Aku makan sikit terus demam. Sindrom penyakit apa pula ni?

Anyway, semalam aku singgah sebuah ladang kambing dalam perjalanan balik kampung bini di Jengka. Raya raya pun pergi kandang kambing. Amende ntah yang tak kena ngan aku ni, lagi bersemangat beraya di kandang kambing berbanding rumah orang. Masalahnya aku rasa lebih sihat, bertenaga dan lutut lebih kuat bila pergi kandang kambing tengok kambing. Bila pergi rumah orang, dia jadi 'strength sapping, energy draining'. Lemah betul badan, penat sangat rasanya.

Hubungan aku dengan kambing adalah lebih baik daripada hubungan aku dengan manusia.

Sah autistik aku ni. Autistik + introvert + kambing = awi's syndrome.

So cerita pasal ladang kambing yang aku tersinggah ni. Pemiliknya laki bini. Yang laki dekat 70 tahun umur, yang bini 40 something, atau 50 something. Dia suruh aku panggil dia kak long. Dulu buat trading dan importing, sekarang cuba buat breeding. Baka boer, dorper, dan jamna cross. Sistem intensif, kambing 100 ekor lebih. Pekerja 3 orang tapi lari masa raya, tinggal sorang.

Masa raya laki bini ni tak raya, ada kat kandang bagi kambing makan. Memang bersemangat.

Sekarang ni sangat mencabar bagi sesiapa yang buat sistem intensif. Dedak melambung harganya. Kat tempat kak long ni dedak 5811 rm53. Tempat aku rm48. Jauh juga bezanya tu. Aku takpa lagi pasal buat semi intensif. Takde lah terasa sangat.

Oleh kerana input yang tinggi dan pembiakan yang kurang menjadi, maka kak long ni nak offload banyak kambing dia. Boleh contact aku sapa sapa nak beli kambing. Kambing dia ok, cuma kurus sikit pasal masalah pekerja.

Cerita sikit pasal dedak ni.

Bila kita bela kambing, dedak atau concentrate ni almost indispensable tech. Antara teknologi penternakan yang sangat penting seperti segregation (pemisahan), fattening (penggemukan) dan deworming (nyahcacing). Zaman mesir purba dah wujud pun semua teknologi ni yakni 4000 tahun yang lampau.

Kalau sapa sapa yang tak nak guna dedak pun takpe, contohnya yang target niche market macam grass fed meat. Tapi jenuh la nak menunggu. Lambat. Pasal tu mahal harganya. Lagi pun kat sini saiz niche market macam tu terlalu kecil. Lainlah di amerika dan europe di mana wujud sekumpulan besar 'advanced consumer'.

Dedak ni kalau digunakan dengan betul, sebenarnya upgrade kita punya prestasi ternakan, bukannya menjadi suatu beban. Aku anggap dedak ni a very powerful tool. Kalau kita pandai guna, kita prosper. Kalau salah guna, memang terlingkup bankrap.

Ok. Dedak ni umpama kita memiliki kereta Ferrari. Mempercepatkan kita sampai ke destinasi walau pun tak selesa, walau pun minyak telan banyak, walau pun high maintenance. Yang pentingnya laju, cepat sampai. Kalau tak nak guna dedak, nak guna rumput sepenuhnya samada cut n carry atau browse, macamlah kita bawak perodua viva atau motor honda ex5. Sampai gak ke destinasi walau pun lambat. Ekonomikal? Dah tentu, kalau sanggup menunggulah.

Berdasarkan observation aku, kambing ni akan mencapai saiz maksimum dia bila berumur 3 tahun. Kalau makan rumput ajelah. Kalau makan dedak, separuh sahaja masa yang diperlukan untuk mencapai saiz maksimum. Cepatlah tu. Kalau suntik hormon atau antibiotik, lagi laju tapi aku tak rekemenlah.

Praktis di ladang aku sekarang macam ini (boleh berubah pada masa akan datang). Aku ada dua kandang sekarang – satu kandang breeding, satu kandang jantan. Kambing jantan umur 4 bulan aku akan pindahkan ke kandang jantan untuk masuk fasa penggemukan atau fattening.

Penggemukan. Bukan feedlot. Secara peribadinya aku tak suka sistem fidlot. Maknanya kambing jantan aku ni bila masuk fasa penggemukan, aku masih lepaskan ke bawah untuk dia cari makan sendiri. Dan aku guna dedak khas penggemuk di mana protein level rendah sikit daripada 5811 tapi energy level daripada carbohydrate tinggi sikit.

Energy from carbohydrate. Bukan energy dari protein atau lemak. Protein dan lemak masing masing membekalkan tenaga juga sama macam karbohidrat tetapi kecekapan protein – tenaga adalah rendah manakala kecekapan lemak – tenaga terlalu tinggi.

Boleh faham ke ni?

Senang cerita untuk penggemukan aku prefer guna dedak yang tinggi kandungan bijirin/grain – samada jagung atau barli atau gandum atau beras. Aku tak suka guna dedak yang ramuan utamanya tinggi non grain feed. Tak suka kandungan pkc/pke atau soybean meal terlalu tinggi. Membazir, tak cekap.

Mahal?

Jagung memang mahal sekarang tapi corn is still the king. Masih sumber terbaik dan tercekap untuk menghasilkan daging yang berkualiti, yang lebih sedap, yang lebih pantas tumbesarannya. Tenaga dari karbohidrat lebih mudah bertukar menjadi lemak yang dimasukkan ke dalam daging (intramuscular) berbanding tenaga dari protein atau lemak. Lemak dalam daginglah yang buat sedap, rasa 'juicy'. Bukannya lemak di luar daging sepertimana yang terjadi bila kita terlebih bagi pkc/pke.

Grain/bijirin adalah yang terbaik untuk menggemukkan ruminan. Kalau kita nak kualiti, bukan sahaja sibuk dengan berat hidup, maka lebih baik masukkan bijirin ke dalam ramuan ration penggemuk kita.

Macamana dengan barley?

Barli lebih baik dari segi kualiti sebab ia akan menghasilkan daging lebih lembut beserta lemak yang bewarna putih (premium grade chevon). Tapi tak available kepada aku, dan kalau available pun mesti mahal. Dan setakat ini aku tak perlulah sampai ke tahap nak menggunakan barli pasalnya target market aku bukannya visible meat kat kedai daging atau pasaraya.

Prestasi grain based feed ni macam mana?

Sebagai ration penggemuk, ye aku puas hati. Dan aku masih stick macam spiderman ngan dedak 5180 walau pun naik harga. Bagi jantan median performer aku boleh dapat 4 – 4.5kg kenaikan berat per bulan, dan bagi elite performer aku boleh dapat 4.5 – 6.5kg per bulan. Very very nice sebab aku cuma guna kacukan tempatan dimana pejantan aku 50kg dan betina aku 30 – 35kg.

That is fantastic result. Hampir sama dengan gred fullblood yang mahal mahal tu. So dengan input rendah (baka biasa dan murah, senang jaga) aku boleh dapat output setara dengan high performance breed. Actually much better kalau masukkan prestasi kadar kelahiran.

Higher profitability? Yes. Aku tak rugi malah lebih untung guna dedak. Dulu masa kursus kambing 8 tahun yang dulu, mentor aku beritahu diam diam (tak bagitahu semua orang yang masuk kursus), bagi pembiakan sistem intensif, setiap 100 induk, pendapatan bersih bulanan adalah rm2400. Masa tu dedak murah.

Tapi berdasarkan praktis aku sekarang, dimana baka tempatan dan low input husbandry menjadi asas – pendapatan bersih bulanan bagi setiap 100 induk adalah lebih dari rm2400. Dan aku sedang beroperasi dalam persekitaran yang lebih mencabar di mana harga dedak meningkat 100% berbanding 8 tahun yang dulu.

So itu serba sedikit cerita aku pasal dedak. Bab penggemukan, belum masuk bab dedak untuk anak kambing dan ibu yang menyusukan. Lain kali aku ceritalah bila sempat.

Dan sebaik baiknya dedak yang kita gunakan ada differentiation. Bukan main bantai aje satu jenis dedak untuk semua peringkat kambing. Baru kena pada tempatnya. Baru terlaksana keadilan. Baru nampak return on investment. Terang sikit.

Semua pembiak mahir akan menggunakan dedak yang berbeza, dedak yang sesuai untuk keperluan peringkat peringkat kambing yang tertentu. Baru nampak sikit status 'advanced breeder'. Oklah tuan tuan macam dah panjang sangat je ni. Sapa nak baca ntah panjang panjang.

Jumpa lagi.