"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, June 17, 2013

BILA KHAIRIE BERTANYA..

Soalan khairie dari ketemba agro farm di Kedah:

"napier 2 sy ambik hari2....x jauh dari rumah pon...
hahaha....palung pvc tu hari2 la cuci...lepas tu cepat patah sebelah tepi, kambing saya tu suka garu perut sampai patah hahaha...
prof nak tanyan sikit, klau time hujan lepas x kambing?kalau x lepas bagi rumput ja ke?
haaa.....satu g soalan, boleh x kalau prof tunjukan cara mencucuk dan bahagian cucuk yang betul....kalau bleh tunjuk gambar pon tak pe.."

Khairie ni aku jumpa sekali aje, masa di Pondok Tanjung. Geng Don Jenal. Muda lagi, belum kahwin kot, sama macam Don. Aku tak tahu banyak pasal khairie melainkan apa yang ditulisnya dalam blog ketemba agro farm.

Salah satu perkara yang menarik perhatian aku ialah Khairie ni dah merasa pahitnya kegagalan masa mula mula menternak. Especially masa buat feral trading. Semua kawan penternak aku, semua ye, every single one of them, dah merasa pahitnya trading kambing feral atau kambing asing, tak kisahlah sumbernya dari negara pun.

Ada yang rasa pahit, dan kemudian rasa manis. Ada juga yang dah rasa pahit terus give up tak nak main kambing lagi. Anyway apa yang aku nak sampaikan ialah kepada sesiapa yang berhajat nak trading kambing luar, always prepare for the worst, and accept the fact huge losses will occur. It will. No kidding here.

Akan tetapi khairie ni tak putus asa, masih teruskan usaha ternakannya, dan aku gembira bilamana dia kata dia jatuh cinta kali kedua dengan kambing kambingnya. Jatuh cinta adalah perkara yang sangat manis. Jatuh cinta kali kedua adalah lebih lebih manis sehingga meninggikan kemungkinan mendapat diabetes hehehe.

Kegagalan bermakna kejayaan semakin hampir, dan aku berharap khairie akan berjaya pada masa depan, berkat jatuh cinta kali kedua.

Now kepada soalannya pasal boleh tak lepaskan kambing meragut masa hujan?

Boleh. Boleh sangat.

Pengalaman aku bela kambing kacukan tempatan, takde masalah walau lepas awal pagi, walau dalam keadaan hujan awal awal pagi tu, dan walau makan pucuk ubi segar basah basah ketika itu.

Kambing ni steady aje makan dalam hujan, tak tau sapa kata kambing takut air? Jangan risau, takdak kembung atau sakit sakit bila kita lepaskan kambing meragut time hujan. Lebih lebih sakit pun demam sekejap.

Kalau hujan lebat sangat, dia akan berhenti makan, cari tempat berteduh. Tunggu hujan slow sikit, dia sambung makan. Kita sebenarnya sebagai gembala, yang tahan atau tak tahan. Kambing kita semua akan melihat isyarat dari kita, kalau kita goyang semacam aje masa hujan lebat, dia pun lari berterabur balik kandang. Tapi kalau kita maintain buat dunno, dia pun ikut buat dunno.

Melainkan kalau petir sabung menyabung, guruh berdentam dentum. Kambing terkejut, aku pun takut - balik semua.

Kalau hujan sehari suntuk, dan lebat (bukan intermittent) - aku tak cari rumput bagi kambing. Aku biar aje kambing berlapar. Aku cuma kasi makan kambing yang menyusukan anak je. Tu pun bagi dedak ajo, malas cari rumput hujan hujan ni.

Ye, memang nampak brutal, bila kita biarkan kambing tak makan sehari, tapi kan, dari segi nature - biasa ada tempoh kekurangan makanan. Sekali sekala training diorang berlapar, takde masalah kot, mungkin ada baiknya juga.

Kalau ikut kajian tempatan mengenai tumbesaran anak ayam, bila tak diberi makan masa umurnya empat, lima, dan enam hari - didapati tumbesaran akan datang lebih baik, rawatan antibiotik tak diperlukan dan umurnya lebih panjang. Haaa... memang ada baiknya puasa puasa ni.

Tapi sekali sekala lah. Biasanya dalam setahun, adalah satu hari tu yang akan berlaku hujan lebat sepanjang hari di mana kita tak boleh nak lepas kambing meragut. Cuaca kawasan aku lah, tempat lain tak tahu lah.

Ok masuk bab cucuk mencucuk pula.

Jujurnya aku tak expert langsung bab ni. Elok tanya mat pet mat pet yang jelas lebih superior knowledge nya hasil keberanian diorang buat self experiment. Kalah doktor pakar haiwan.

Anyway aku rekomen guna jarum dan syringe disposable, dan jarum ditukar setiap kali kita nak cucuk kambing, walau pun kambing yang sama. Jangan bagi ubat kita tercemar, dan kambing tercemar hanya kerana nak jimat seposen. Langsung tak berbaloi.

Always change the needle everytime after a jab. Always. Gunakan jarum fresh setiap kali menarik ubat keluar dari botol ubat.

Dan gunakan jarum panjangnya 1 inci untuk kambing. Cukup. Lepas tu kan bab teknik mencucuk ni, ada dua jenis yang utama - subcut dan intramuscular (IM). Tujuan subcut injection nak perlahankan penyerapan ubat, manakala IM untuk mempercepatkan penyerapan.

Antibiotik biasanya IM manakala dewormer jenis injection akan buat subcut. Subcut kita akan cubit kulit kambing tu, kemudian kita cucuk pada pangkal cubitan, jarum masuk sikit je.

IM pula takdak cubit cubit, terus cucuk dalam otot, benamkan tiga suku jarum (biasanya aku benamkan semua bila handle kambing dewasa), dan buat perpendicular. Straight je 90 degrees, bukan serong serong bila nak masukkan jarum.

Bagi aku IM jauh lebih mudah dari subcut, especially bila kita kena buat sorang sorang. Subcut ni leceh, kena pula bila kambing tu dah besar kuat. Aduh laa payah betul. Kadang kadang kalau dah susah sangat, aku sebat aje buat IM walau pun ubat tu patut subcut. Berkesan juga.

Now another important thing. Aku selalu sangat, memang selalu sangat dengar penternak komplen, bilamana pejabat haiwan datang cucuk kambing, besoknya kambing mati.

Bila aku tanya kat mana pejabat haiwan cucuk - semuanya akan jawab pada kaki belakang. Tuan puan, bagi kambing aku rekemen upacara cucuk mencucuk ni hanya pada kaki depan. Jangan cucuk pada peha belakang. Bebiri takpe kita nak cucuk peha belakang. Kambing ni lain sikit, dia sensitif pada peha belakang.

Kambing boleh mati mengejut walau pun sihat walafiat selepas kita cucuk kaki belakangnya. Sistem limfanya ada beza sikit ngan bebiri, di mana kalau kita tercucuk je nodus tu, kambing terus kiok, padahal sebelum tu elok aje cergas melompat sana sini.

So aku langsung tak rekemen cucuk peha belakang untuk kambing. Lantaklah pejabat haiwan atau vet nak kata apa pun. Kalau diorang nak cucuk juga peha belakang, jangan bagi. Buat sendiri. Cucuk kaki depan je, yang banyak otot tu. Takdak masalah kambing kita kemudian hari.

Aku harap penjelasan aku ni dapat memuaskan hati khairie ketemba agro farm. Sori aaa takde gambar. Aku slow sikit bab bab gambar ni. (Anybody can teach me how to post pictures into facebook? I don't get it, I don't know why - perhaps I need the IQ level of Einstein before I finally discover how to post pictures into the arcane world of facebook, darn...)


Ok, jumpa lagi. Salam!

Sunday, June 16, 2013

BILA RAZLAN BERTANYA...

Setiap hari aku akan dapat panggilan atau sms bertanyakan hal hal kambing. Dari seluruh Malaysia. From Perlis to Johor, and Sabah and Sarawak. Kadang kadang aku tak terjawab, tak mampu nak handle semua panggilan dan sms tersebut. Ada antaranya di luar bidang pengetahuan aku, ada yang di luar kemampuan aku.

Tapi yang ini boleh la kot. Kot lah. Nampak simple, berani lah aku jawab. Kalau tak jalan tanya vet lah, lagi baik. Bab bab disease identification and control ni, orang vet lah yang expert.

Sms dari razlan di sabah. Semalam.

"Askum prof...maaf mengganggu... saya ada anak kambing yang tiba2 ada banyak luka... xtau kurapkah atau kudis... prof ada pengalamankah perkara ini?"

Baik. Sebelum aku jawab, aku kena bagitau. Pengalaman bela kambing yang kita lalui masing masing berbeza. I frequently feel stumped by other breeder's experience. Theirs can be much more bizzarre and much stranger than what I have gone through.

Ok. Bagi kes di atas, aku rasa penyebabnya ialah hama. Yang halus halus, selalu berkeliaran celah celah bulu. Atau pun mange. Yang ni lagi brutal.

Mungkinlah. Walau pun kandang baru, tapi kalau kayu secondhand yang digunakan berasal dari kandang ayam, kemungkinan ada banyak hama. Atau pun kita ada bela banyak ayam berhampiran kandang kambing, senang berlaku letusan hama. Atau pun dalam kes aku, tikar plastik hijau yang aku gunakan untuk lapik kambing yang baru beranak - hama datang bila lama tak sapu atau tukar.

Hama dan mange boleh sebabkan kegatalan extreme dan luka luka, pertumbuhan terbantut, dan bagi kes tanpa rawatan, kematian.

Aku nak point out juga pengalaman aku di mana bila wujud situasi overcrowding dalam kandang, hama mudah sangat datang dan merebak. Jenuh oo bila ada letusan hama ni. Kalau sekor dua takpe, tapi bila dah sesak sangat kandang, semua kambing mudah kena. Pehh..

Ada kawan aku sampai ke tahap mandikan semua kambingnya 400 ekor. Dia guna bekas tong ikan yang warna oren (banyak kat pasar tu), lepas tu penuhkan dengan air + malathion (ada lagi tambah ubat apa ntah, aku tak ingat dah). Haa amik kambing sekor sekor, campak masuk ke dalam tong tu. Termasuklah pejantan pejantan 90kg 100kg. Empat orang handle acara mandi ni. Semua demam lepas tu.

Datang balik hama kat kambingnya, sebab dia tak hapuskan puncanya. Haa kalau kandang gelap dan lembap, susah cahaya matahari untuk sampai dan keringkan - that is the biggest source of external parasites. Lagi satu memang kandangnya overcrowding. So penat sangat lah bila jadi letusan hama ni. Penat penat.

Aku takdelah sampai tahap macam tu. Pasal kandang aku guna atap transparent, jadi cahaya matahari boleh sampai semua kawasan dalam kandang. Melainkan 2-3 petak beranak pasal ada tangki air di atas yang menghalang sampainya cahaya matahari. Dan petak petak beranak yang gelap suram lembap ni memang tak berapa cantik kambing yang menghuninya. Ada lah hama hama kat diorang ni kot.

Anyway untuk merawat ni samada boleh mandikan kambing guna campuran racun anti serangga, atau pun cara yang biasa aku gunakan - guna cydectin pour on atau ivermection/ biomectin/ kelamectin/ dectomax injection.

Yeah aku prefer guna group avermectin (macrocyclic lactone) bukan sebagai dewormer tetapi sebagai anti parasit luar. Sekali sekala je aku guna, bila ada hama, ada nampak kambing gatal gatal bising tak berhenti mengembek. Ye aku tahu group avermetin boleh sahaja diguna sebagai dewormer, tapi aku reserve untuk masa depan. Sok mana tahu dewormer yang aku guna sekarang dah tak jalan, aku tukarlah kepada group avermectin.

Hmm.. ada pun rawatan hendaklah diberi kepada mak kambing juga. Jangan bagi kat anak je. Kalau bagi kat anak je, tak lama lepas tu datang balik hamanya atau mange. So make sure bagi dua dua mak dan anak.

Well aku harap ini boleh bantu mr razlan. Kalau tak jalan juga cadangan aku ni, aku minta maaf. Tanyalah veterinarian untuk pendapat lebih bernas.


Salam! 

Friday, June 14, 2013

SUESEPHIA on "SUESEPHIA on BILA AKU KOMPLEN NGAN SOON SOON"

Komen baru dari puan suesephia :

"Tq prof..dari semalam bc blog prof ni sampai ke lepas subuh sambung balik. Seronok..tgk2 dpt jawapan mcm ni dari prof. 

Nnti saya hubungi contact yg prof beri tu..sebab nampaknya kembar dia pun macam tkena masalah yg sama. Baik saya cepat sebelum hilang sekor lagi yg memang saya plan utk baka.

Means kena cari soybean hull jugak lah ya yg tbaik untuk jantan. Dedak yg prof bagi tu jenama apa ya? Mntak maaf btanya banyak..saya budak baru belajar ;)"

Hmmm...

I would not recommend 100% soybeanhull as feed. Ye, aku tak galakkan guna 100% soybean hull walaupun dari segi nisbah Ca : P takde masalah. Pasalnya ada satu sifat soybean hull yang menjadi batu penghalang kepada penggunaan meluas di kalangan penternak negara maju.

Bagi penternak yang tidak tahu, dia akan kata soybean hull takde masalah, tengok kambing bukan main bulat perutnya. Kembang semacam badan macam dipam pam, bulu berkilat, berat pun cepat naik. Kambing tak kasi makan rumput pun takpe. Elok sihat aje.

Aaa.. banyak penternak yang guna soybean hull kata macam ini. Especially penternak baru.

Well, soybean hull ni secara asasnya lebih kurang sama dengan palm kernel cake (pkc). Maknanya kandungan fiber tinggi, berbeza dengan makanan rumusan bijirin. Dalam proses penggemukan (jangka pendek ye), menggunakan soybean hull atau pkc 100% tanpa foraj adalah possible. Tetapi 100% soybean hull adalah nutritionally superior kepada 100% pkc. Maknanya kambing lebih cantik lah atas diet soybeanhull banding ngan pkc.

Tetapi ada satu masalah besar soybean hull - ianya tidak efisien.

Bagi sapa sapa yang perasan, ruminan yang banyak makan soybean hull tahinya lembik lembik ada 'white flakes'. Maknanya tuan puan, sebahagian soybean hull ini tidak sempat dihadamkan. Kita penat penat kasi makan, hanya untuk melihat ianya jadi tahi.

Aku tak pasti macam mana soybean hull diproses dalam perut ruminan, tapi bagi kambing dan lembu atau mana mana haiwan berperut empat, memang laju macam Ferrari F12 Berlinetta pergerakan soybean hull dalam perut diorang ni. Tak sempat hadam, dah terkeluar. Pehh.. membazir sungguh!

Feed conversion ratio sebenarnya makin tak cekap bila kita guna soybean hull 100%. Kambing dan lembu yang makan soybeanhull, dry matter intakenya bertambah sehingga 1% berat badan - it is a lot of wastage!!! - tapi performance rate of gain sama dengan grain based feed.

Aaa pasal tu soon soon si feedmaker ni perkenalkan dedak lain untuk kambing dan lembu. Dia dah tahu kenyataan ini. No 5180 tu derivatif yang lebih baiklah. Sepatutnya. Anyway 5180 tu ada campuran jagung (bijirin) ke dalam soybean hull. Tujuannya untuk melambatkan pergerakan soybean hull dalam perut. Barulah dapat penghadaman sempurna. Takdelah membazir.

Grain juga ye tuan puan. Memang grain is still the king dalam bab menggemukkan ni. Dan kalau kita guna refined carbs - yang bentuk halus halus macam tepung - lagi cepat naik berat kambing kita tetapi risiko acidosis pun meningkatlah.

So itulah pandangan aku mengenai soybean hull. Terima kasih kepada puan suesephia kerana bertanyakan soalan ini. TQ again.


Salam!

Thursday, June 13, 2013

END OF DAYS

Petunjuk Hari Terakhir.

2001.

Sebuah proba angkasa dilancarkan ke luar planet bumi. Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP), dengan misi mengkaji sifat sifat alam semesta selama 9 tahun. Antara misi utama ialah mengukur Cosmic Microwave Background dalam seluruh alam semesta.

WMAP sangat sangat sangat berjaya dalam misinya mengkaji sifat sifat alam semesta. Ia telah berjaya menukar kefahaman banyak saintis angkasa daripada senario yang mungkin kepada sains yang tepat. Bahkan WMAP telah melahirkan Standard Model of Cosmology - piawaian sifat angkasa yang kini digunapakai oleh seluruh saintis di dunia.

Ukuran ukuran alam semesta yang dibuat oleh WMAP panjang senarainya. Semuanya merevolusi kefahaman kita terhadap kosmos. Tapi ada satu yang aku nak sebut di sini (kalau boleh aku nak cerita semua) - WMAP telah membuktikan bentuk alam semesta kita (our universe) ialah 'flat', bagaikan kertas dengan margin of error hanya 0.4%.

Sekali lagi ye, WMAP telah berjaya membuktikan bentuk alam semesta kita ialah rata bagai kertas. .... Kertas.

Bukan bentuk donut, bukan bentuk saddle, bukan bentuk sfera (tuan puan kena lupakan bentuk universe yang aku cerita dalam post sebelum ini. Bukan bubble ye. Tapi bentuk aje lah yang kena tukar, multiverse tetap sama).

Bila bentuk kertas, maknanya universe kita sangat sangat mungkin infinite. Apa yang kita nampak setakat ini, sebenarnya tak bertepi. Dan galaksi galaksi 'hujung alam' ini bergerak pada kelajuan hampir sama dengan cahaya, 300,000 km per saat. Ini galaksi yang kita nampak, yang kita tak nampak? Adakah mereka mereka lebih laju dari cahaya?

Sebagai perbandingan, galaksi Bimasakti bergerak pada halaju 600 km per saat. Tu diaa.. berasap kepala Einstein nak menerangkan fenomena ni kalau dia hidup lagi. In fact aku rasa 100 Albert Einstein + 100 Niels Bohr + 100 Stephen Hawking bergabung pun belum tentu boleh merungkai misteri keajaiban kosmos ini.

Possible shapes of universe has been hotly debated before. But the findings of the stunningly successful Wilkinson Microwave Anisotropy Probe on the properties of the universe -  points directly at a flat shape universe.

Tuan puan pembaca yang bijaksana, alam semesta kita bentuknya bagai kertas. Dan aku nak bawa tuan puan kepada Kalamullah, surah AlAnbiya ayat 104 :

"The Day when We will fold the heaven like the folding of a [written] sheet for the records. As We began the first creation, We will repeat it. [That is] a promise binding upon Us. Indeed, We will do it."

"(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya."

Allah Tuhanku, Allah Tuhanku, Allah Tuhanku.. aku menggigil bilamana aku sedar Hari Kiamat begini jadinya. Alam semesta kita bentuknya seperti kertas dan Allah yang Maha Kuat akan mengakhiri alam alam semesta dengan menggulung (crumple) mereka, sebagaimana kita menggulung kertas.

Menggulung disini maksudnya keronyok dalam bahasa melayu. Omputih kata crumple atau crunch. Sebab apa aku kata macam ni, perhatikan perkataan seterusnya - As We began the first creation, We will repeat it. That is a promise binding upon Us.

We will Repeat it.

Saintis berpendapat akhir alam semesta mungkin Big Crunch, atau Big Bounce, atau Big Freeze, atau pun Big Rip. Tapi bagi saintis Islam yang mengambilkira ayat Tuhan ini, akan segera nampak jawapannya - Big Crunch.

Allah akan keronyok sekalian alam semudah mudahnya, sebagaimana mudahnya kita keronyokkan sehelai kertas. Bumi dan saudara saudaranya, Matahari dan saudara saudaranya, Bimasakti dan saudara saudaranya, Alam semesta dan saudara saudaranya, dan apa sahaja lapisan langit yang kita belum ketahui kewujudannya, semuanya akan dikiamatkan. Termasuk masa.

Allah Yang Maha Kuat telah membukakan tingkap kecil kepada kita untuk melihat bagaimana Dia akan mengakhiri sekalian alam. Inilah kehebatan dan kebenaran AlQuran yang masih tetap relevan dulu, kini dan selamanya. Sains menurut Quran, bukannya Quran menurut sains.

Kehebatan Allah Sang Pencipta
Kebenaran Ayat AyatNya
Kedahsyatan Hari Terakhir

The End


Allah Tuhanku..

Wednesday, June 12, 2013

MOLASSES

Pagi pagi tadi pukul 7.05 pagi aku dapat sms dari mr razlan from sabah. "Askum prof...adakah molases tu perlu untuk kambing?"

Tidak. Aku sendiri tak pernah guna molasses sejak sekian lama aku membiakkan kambing melainkan masa aku bereksperimen. Matahari, udara segar, berjalan, foraj segar, dan garam jilat adalah ramuan aku semenjak dulu hinggalah sekarang. They do very well on that diets. They never fail me, and have brought me sweet profit.

Kambing aku tak suka molasses dari dulu sampai sekarang. Buat dunno je. I don't know why and I never bother to find out. Lagipun kambing aku mudah kembung bila ada yang cuba cuba minum air campuran molasses.

Adapun molasses ni boleh digunakan dalam keadaan tertentu bagi sapa sapa yang nak guna juga. Kambing baru beranak biasanya tak lalu makan, so boleh lah guna dalam air minuman dia. Susu dia akan jadi lebih manis, sedaplah sikit anak kambing tu minum.

Sapa yang buat silaj pun memang guna molasses. Dan boleh juga guna molasses untuk buat garam jilat sendiri menggunakan sisa pertanian yang ada dalam kawasan masing masing.

Bagi sapa sapa yang benar benar kesuntukan masa untuk menggemukkan kambing, boleh juga guna molasses. Kawan aku guna air + molasses sebaldi besar, dan dedak 2 kilo per ekor per hari, haa dapatlah naik berat 12 kilo sebulan kambing jantannya. Dia punya kembang (dan kembung) perut, macam nak pecah. Aku rasa geram aje nak cucuk pakai jarum. Rasa macam belon plak kambing tu. Terbayang bayang kambing tu bagaikan belon yang dicucuk kabooshhhh.... haha.


Oklah itu saja kali ini!

SUESEPHIA on "BILA AKU KOMPLEN NGAN SOON SOON"

Komen (cik ke puan ni?) suesephia kepada salah satu post aku.

"Salam..saya pun guna dedak yg sama.& baru semalam anak kambing jantan jamnapari saya yg plg sayang pulak tu hadapi masalah yg sama. Baru umur 4bln dgn berat hampir 20kg.. Sekarang makanan apa yg u bagi ya..boleh share? Selalu bagi rumput ke macamana? Boleh share dgn saya tak?"

Here is my answer to miss suesephia :

Bukan kambing aku sahaja yang terbakar dengan dedak soonsoon ni, dengan aku sekali panas terbakar tak puas hati punya pasal dengan dedak soonsoon la ni. Formulasi dia dah lari tak macam dulu. So aku tak recommend beli untuk digunapakai kepada kambing, melainkan kambing betina.

Anyway, bagi kambing jantan yang sedang mengalami masalah susah nak kencing, kita stop bagi dedak, kita bagi foraj segar sahaja (rumput + dedaun). Foraj segar ni memang nisbah kalsium : fosforus terbaik, tidak mengundang masalah. Kalau nak bagi rawatan, boleh guna ubat herba yang dijual (handmade) oleh salah seorang ahli persatuan pembiak kambing malaysia yang menetap di pulau pinang. Namanya Satar Lajeh. No handphone... mana plak ni... ahh ni dia... 013 430 2871. Berkesan juga ubat herba dia ni untuk mengatasi kencing tak lawas.

Dan tukarlah kepada feed yang lain untuk kambing jantan. Cari yang buat analisis makmal, ada senarai ramuan dan nisbah kalsium : fosforus (Ca: P). Ada juga feedmaker kecil kecilan yang buat quality control ni, bukan feedmaker yang besar besar sahaja. Terpulanglah nak guna mana satu.


Salam.

KOMEN PEMBACA kepada post PROJEK KAMBING PPK : THE LESSON

Ini adalah komen daripada saudara Ahmad Azhar Maarif. Aku takdak tapis tapis mahupun adjust adjust.

"salam.. inilah projek PPK yg bapa mertua saya dapat pada tahun 2007.. ia adalah projek berkelompok seramai 5 orang penternak di satu2 kawasan.. ada 6 kawasan di dalam N9 yg dapat projek nie dan kambing yg dibekal diimport Australia sendiri sebanyak 7 pejantan dan 140 betina.. 3 kawasan di tutup pada tahun yg sama akibat kematian.. 

sy sendiri setelah berkahwin pada 2008 dan menetap di rumah mertua turut menolong beliau kerana minat pada ternakan kambing dan kerana ketiadaan pekerja dan peserta yg menarik diri..

pertukaran pengurus besar kawasan PPk di sini adalah penyebab utama mengapa bapa mertua saya memulangkan kembali kambing2 ini.. kenapa?? asal datang je kenapa kambing x gemuk.. kenapa kambing xmembiak.. dah dtg awal pg, mmg la kambing nampak kurus pasal belum makan, dtg masa org tgh sabit rumput, lepas tue nak kene layan lagi, lagi lambat kambing makan.. 
sekalipun xpernah bertanya apa permasalahan kambing dan yg membelanya..

kesimpulan yg dapat sy dan bapa mertua saya buat adalah...
orang yg paling untung adalah konsultan yg telah memberikan idea untuk membuat projek ini..
orang paling rugi adalah penternak mcm bapa mertua saya kerana telah menghabiskan masa selama 2thn dan duit hampir 200k..
kesesuaian dan adaptasi kambing boer ini sendiri yang menggagalkan projek ini keran ianya diimport..
saya sangat bersetuju dgn bro alwi yang selalu menekankan WAJIB nya ada darah peribumi sekiranya ingin membela kambing boer ini. "

Hmmm...

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Azhar Maarif kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Testimoni encik azhar ni mahal harganya, kerana kepahitan yang dilaluinya, dan pasti menjadi panduan yang sangat berguna untuk kita semua.

"Our blood is the best blood there is"


Salam.

LORD OF THE UNIVERSE or LORD OF THE WORLDS?

LORD OF THE UNIVERSE or LORD OF THE WORLDS?

AlFatihah : 1

"Segala puji kepada Allah, Tuhan sekalian alam".
"All praise to Allah, Lord of the worlds".

Seluruh alam..., sekalian alam..., all worlds..., the... worlds.

Kenapa tidak alam semesta? Why not the universe? Kenapa Allah tidak merujuk zatNya sebagai Tuhan alam semesta? Why does God never refer Himself as Lord of the Universe?

Tuan puan, salah satu kelebihan seorang pengembala kambing ialah beliau memiliki banyak masa dengan alam, dan berpeluang memerhati tanda tanda kebesaran Tuhannya.

Aku selalu berlutut di atas tanah waktu malam, bersendirian, mendongakkan kepalaku ke langit memerhati bintang bintang yang terukir pada dada langit, dan berbisik sendirian :

O my Lord,
I can not see You
I can not hear You
I can not feel You
Yet I was told to believe in You
I was told to believe You are near
I was told to believe You are everywhere

Therefore my Lord
open up all my senses
to nature and Your creation
allow me to read your Signs
allow me to understand your Signs
allow me to drown in the esctasy of piecing up your Signs
allow me to marvel at Your Greatness behind Your Signs
allow me to revel in Your Magnificence
allow me to bath in Your Glory
and allow me to finally realize that You are indeed
the Existence..

......

Suatu ketika dahulu, semua umat manusia (kecuali Nabi Adam, Hawa, dan keturunannya hingga Nabi Nuh) percaya yang tanah mereka duduk adalah pusat dunia, dan kalau mereka belayar ke hujung laut mereka akan terjatuh ke alam lain.

Kemudian semua umat manusia mendapati yang sebenarnya mereka duduk dalam Bumi, dan Bumi itu bulat, dan bulan sebenarnya mengelilingi Bumi.

Kemudian semua umat manusia mendapati yang Bumi adalah salah satu planet dalam Sistem Suria yang mengelilingi matahari si bintang yang saiznya boleh memuatkan 1,300,000 bumi dan merupakan 99.84% jisim sistem suria.

Kemudian semua umat manusia mendapati Matahari adalah salah satu daripada 400,000,000,000 bintang dalam galaksi Bimasakti, dan Matahari sedang mengelilingi pusat galaksi Bimasakti - a supermassive blackhole named Sagittarius A* - yang mengambil masa lebih 200 juta tahun untuk satu orbit lengkap.

Kemudian semua umat manusia mendapati ada lebih 200,000,000,000 galaksi yang telah dijumpai dalam seluruh alam semesta (universe), dan jumlah galaksi terus meningkat bilamana teleskop yang semakin canggih digunakan untuk meneropong hujung dan awal alam semesta.

Mind boggling it is the size of our universe.

Alam semesta ada ratusan billion galaksi, dan setiap galaksi ada ratusan billion bintang, dan setiap bintang ada banyak planet dan planetoid.

Bumi kita adalah sangat sangat sangat kecil....

Kita?

Kemudian semua umat manusia mendapati alam semesta yang kita nampak (observable universe) hanyalah 4%. 96% lagi terdiri daripada dark energy dan dark matter yang sangat misteri, yang tidak diketahui sifatnya, yang penglihatan dan pancaindera kita dibantu segala instrumen canggih manggih - tidak mampu kita menembusinya.

Kemudian semua umat manusia mendapati semua ratusan billion galaksi galaksi dalam alam semesta terus mengembang dan memecut jauh ke hujung alam semesta selepas peristiwa Big Bang 13 billion tahun lalu.

Peristiwa pengembangan galaksi ini sangat sangat pelik kerana sepatutnya berdasarkan hukum fizik, galaksi galaksi ini sebetulnya semakin perlahan dan akhirnya stabil setelah 13 billion tahun. Sepatutnya telah pun perlahan dan berhenti.

Tuan puan bayangkan kita baling sebiji bola sekuat hati kita. Beberapa saat kemudian pasti bola itu semakin perlahan dan perlahan dan akhirnya jatuh. Tetapi apa yang terjadi kepada galaksi galaksi ini ialah mereka semakin laju dan laju.

Apa yang menyebabkan mereka berperangai pelik sebegitu? Apa yang menggerakkan mereka? Dark energy? Dark matter? What are they? Why they are there?

Bilamana para saintis mula mengkaji fenomena ini, didapati Teori Relativiti, Teori Special Relativity, dan teori teori derivatif tidak mampu menerangkan fenomena ini secukupnya. Maka Teori Multiverse diperkenalkan. Barulah dapat menerangkan fenomena galatic expansion, dimana alam semesta kita ni bukan satu, bukannya apa yang kita nampak sahaja, tetapi alam semesta kita adalah salah satu daripada sekian banyak alam semesta.

It is not uni...verse. It is multi...verse.

Kita bukan duduk dalam satu alam semesta. Kita tinggal dalam salah satu alam semesta.

Saintis telah menganggarkan bilangan alam semesta ini terlalu banyak, masing masing pada pelbagai peringkat, ada yang baru lahir (big bang), ada yang sudah jauh lebih tua dari kita, ada yang telah mati, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang terlalu besar, dan masing masing mengandungi dark matter dan dan dark energy pada ketumpatan berbeza. Masing masing ada hukum fizik sendiri yang berbeza antara suatu alam semesta dengan alam semesta yang lain.

Alam alam semesta ini juga lahir dan mati sepertimana kehidupan kita, bumi, bintang, dan galaksi. Sepertimana setiap makhluk yang ada di langit dan di bumi.

Tuan puan, saintis anggarkan bilangan alam alam semesta ialah jauh lebih banyak daripada perumpamaan ini - alam semesta kita bagaikan satu titik air laut, dan seluruh lautan di bumi adalah saudaranya.

Bahkan, jikalau seluruh zarah zarah dalam alam semesta kita (our universe) dikumpulkan, dan saiz alam semesta kita adalah satu zarah sahaja, masih tidak cukup untuk menggambarkan bilangan saudara saudara alam semesta kita.

This is mind bendingly colossally unbelievably awesome.

I am awash with awe to my God.

Tuan puan, kadang kadang aku menangis sendirian bila mengenangkan kehebatan Tuhan yang menciptakan diriku. Sesungguhnya kita ini sangatlah mudah untuk diciptakanNya. Sedangkan seluruh alam begitu mudah dalam genggamanNya, inikan pula kita yang sangat sangat kerdil.

Kini, bilamana aku membaca AlFatihah dan aku sampai kepada penghujung ayat pertama :

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
All praise to Allah, Lord of the worlds.

aku tahu mengapa Allah mengatakan diriNya bukan Tuhan alam semesta, sebaliknya Allah merujuk diriNya sebagai Tuhan Sekalian Alam.

Satu perkataan yang cukup menggentarkan hatiku.

Satu.

Allah is the Greatest!


Subhanallah...

Our universe is just a tiny little bubble, in a sea of trillion and quadrillion and quintillion and hexillion and heptillion and octillion and onillion and decillion and unodecillion and duodecillion and so on... of bubbles.

Monday, June 10, 2013

DE-EXTINCTION : SIGN OF DAJJAL?

Menghidupkan kembali apa yang mati. Itulah salah satu kemampuan Dajjal sebagaimana yang diceritakan Nabi kita dalam tanda tanda akhir zaman.

Pyrenean ibex

2000.

Pyrenean ibex yang terakhir mati. Ibex ni adalah kambing liar pergunungan bersaiz besar, nama pendeknya bucardo. Hidup tinggi di banjaran pyrenees antara dua negara - perancis dan sepanyol. Boleh mencecah berat 110kg. Diburu dengan rakus.

Pada tahun 1999, saintis mendapati hanya tinggal seekor bucardo. Betina yang diberi nama Celia. Ditangkap, dipasang radio collar pada lehernya, dan dilepaskan semula ke habitat asalnya. 9 bulan kemudian, radio collar itu memberi isyarat yang Celia telah mati. Remuk dihempap pokok tumbang.

Bucardo pupus.

2003.

Sel Celia masih hidup (sel telinga), dipelihara dalam makmal di Zaragoza dan Madrid. Usaha menghidupkan kembali Celia dimulakan menggunakan teknologi yang sama dalam pengklonan Dolly - pemindahan nuklear.

Ada sedikit beza dengan Dolly si bebiri, klon mamalia pertama dunia. Dolly berasal daripada sel kelenjar susu ibunya, dan ibunya masih hidup, berusia 6 tahun ketika sel kelenjar susunya diambil untuk dijadikan Dolly. (Kepada sesiapa yang kurang tahu, klon ialah betul betul serupa dengan induk asal. Proses ini tidak menggunakan perkahwinan jantan kepada betina).

Manakala Celia si bucardo, telah pun mati. Hampir sama jalan cerita dalam filem Jurassic Park di mana dinosaur dihidupkan kembali melalui nyamuk yang telah menghisap darah dinosaur, dan nyamuk itu terperangkap jutaan tahun dalam tree sap (getah pokok). Haa lebih kurang gitulah.

Aku kata hampir sama, yang tak samanya ialah sel telinga Celia diambil dan disimpan ketika Celia berumur 13 tahun, jauh lebih tua daripada induk si Dolly. Kalau yang Jurassic Park tu sebenarnya tak terjangkau lagi dengan teknologi yang ada - DNA dinosaur habih semua reput dah jutaan tahun macam mana nak hidupkan balik ntah.

Adapun cubaan menghidupkan Celia yang telah pupus bolehlah dikira berjaya walaupun klon itu hanya hidup selama 10 minit. Yeah cuma 10 minit - klon tersebut gagal bernafas kerana ada ketumbuhan besar dalam peparunya.

Perkara yang biasa berlaku dalam pengklonan, abnormaliti disebabkan usia bahan genetik. Makin tua bahan genetik, makin berisiko kewujudan kecacatan klon.

Apa pun yang pentingnya, fakta yang kita tak boleh lari, cacat atau tidak cacat, membazir sumber atau tidak membazir - klon itu hidup walau pun cuma 10 minit. Binatang yang dah pupus dah mati, tiada harapan untuk kita lihat lagi pada masa depan - berjaya dihidupkan kembali.

...........

Frightening or awesome?

Inilah yang dimaksudkan oleh nabi kita berkenaan Dajjal Al Masih. Menghidupkan apa yang telah mati. Menghidupkan apa yang telah pupus. Si Dajjal ni memanglah tak mampu nak menghidupkan dengan sempurna apa yang telah mati - ini kerja Tuhan, kehebatan Tuhan, ilmu ini milik Tuhan.

Tapi teknologi pengklonan menjadi tingkap kepada kehebatan ilmu Allah. Bagi sesiapa yang beriman, dan berpengetahuan - cloning menunjukkan betapa kerdilnya ilmu manusia, justeru hatinya tidak gusar malah imannya bertambah menyaksikan kehebatan ilmu Allah.

Tetapi bagi sesiapa yang imannya mudah goyang, dan kurang pengetahuan - akidah boleh tergelincir. Dia boleh kata sains lebih hebat dari agama, Dajjal lebih berkuasa dari Tuhan.

Tuan puan, dalam bab ini, sekiranya kita berusaha memahami (bukannya penuh emosi tolak bulat bulat), kita akan takjub dengan kehebatan dan kebesaran Tuhan dalam penciptaan. Aku sendiri bila belajar pasal sains, termasuk cloning, makin takjub jadinya dengan Allah yang Maha Pencipta. Makin kerdil sekerdil kerdilnya aku rasakan diri ini.

Apatah lagi bila kita rujuk Alquran, Nabi dan prophecy nya pada masa hadapan. Betul dan selari satu persatu. Terkejut, dan gentar hati aku dibuatnya melihat ketepatan AlQuran dan Nabi.

......

Ok. Aku nak highlight beberapa perkara menarik dalam usaha menghidupkan kembali bucardo - spesis kambing liar yang telah pupus ini. Pertamanya 57 implantation telah dilakukan sebelum 1 klon berjaya dihasilkan. Maknanya ada 57 ibu tumpang yang telah ditanam sel klon ini dalam rahimnya, dan daripada 57 ibu tumpang ini hanya 7 yang mengandung. Daripada 7 yang mengandung ini, 6 berakhir dengan keguguran. Hanya 1 kandungan yang mencapai tempoh matang dan kelahiran itu dibuat melalui pembedahan caesarean.

Dan 1 kandungan yang berjaya melahirkan apa yang sepatutnya mati ialah daripada ibu kambing yang merupakan hybrid (crosses) kambing liar pergunungan dengan kambing tempatan.

Ok sekarang kita tengok Dolly pula. Dolly ialah spesis bebiri. Tempatan. Dolly memerlukan 277 implantation = 277 ibu tumpang sebelum berjaya menghasilkannya. Dan Dolly berasal daripada induk bebiri yang masih hidup. Dolly hidup hingga umurnya 6 tahun, memiliki beberapa anak. Umurnya dikira pendek sebab purata umur bebiri tempatan macam dia ialah 12 tahun.

Apa yang aku nak tunjukkan ialah kedua dua klon menggunakan darah tempatan sebagai paksi eksperimen kompleks lagi pelik ini. Kesuburan darah tempatan memang tidak diragui. Ianya meninggikan kemungkinan kejayaan berbanding menggunakan darah asing.

Dan daripada dua eksperimen ini, keyakinan aku bertambah di mana kambing memiliki kesuburan yang lebih tinggi dari biri biri. Yelah 277 implantation lawan 57 implantation. Banyak beza tu. Kiranya kambing secara semulajadinya memang lebih subur daripada bebiri. Ye ye semua orang tahu, tapi eksperimen cloning ni menguatkan argument, haa tu lah yang aku nak bagitahu.

So tuan puan pembiak kambing, aku rasa setakat ini sajalah. Terima kasih kerana sudi membaca sampai sini, dan memeningkan kepala tuan puan. TQ!


"We are living right in the age of Dajjal." 

"Sebagaimana kambing menjadi petunjuk dan pemangkin sejarah awal manusia, kambing juga menjadi petunjuk dan pemangkin sejarah akhir manusia".

Friday, June 7, 2013

ARB STOCK SALE

ARB Kluang ada stok kambing boer jantan dan betina utuk dijual. So sapa sapa peminat boer, atau pun hantu boer boleh contact ARB untuk harga, kualiti dan kuantiti. Jangan tanya aku, pasal aku cuma tolong promosi. 

Ada pun ini adalah aneh, kerana aku sendiri belum pernah promosi kambing aku sendiri sepanjang hayat blog ini, tapi sibuk pula promosi kambing orang. Tapi takpe, lepas ni ada kemungkinan pecah tradisi blog, ada sesi promosi kambing untuk dijual. 

So itu aje kali ni. Must be the shortest post I have written.

Salam!

Wednesday, June 5, 2013

TAMAK

Untuk perhatian Sime Darby, TNB, Pejabat Tanah. Juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Suara seorang penternak kecil.

Berhampiran tempat aku, ada estet Sime Darby. Memang luas seluas luasnya estet ni, sampaikan Teluk Intan dia kepung, dan pekan besar ni takde option nak berkembang melainkan makan tanah estet ni.

Ada line api TNB memotong kawasan estet ni, dan ada parit besar selari dengan line api ni. Parit besar ni diselenggara Jabatan Pengairan dan Saliran. Ada dua orang penternak yang bela lembu kambing kat sini. Seorang penternak kecik yang merupakan kawan aku, dan seorang lagi penternak besar.

Kawan aku ni kecik aje operasinya, kambing 30 ekor lembu 30 ekor. Penternak besar ni pula ada kambing 20 ekor, dan lembu 300-400 ekor. Ternakan masing masing lepas dalam estet Sime Darby ni lah.

Dua dua sewa tanah JPS untuk dibuat kandang, masing masing 1 ekar jenis TOL, dibayar kepada Pejabat Tanah. 1 ekar sewanya 400 setahun.

Yang buat tak bestnya ialah bilamana sang penternak besar menekan dan menindas si penternak kecil. Macam macam cara dibuatnya untuk menghalau penternak kecik keluar daripada estet Sime Darby ni. Dia nak bolot semua kawasan tanpa ada belas kasihan kepada rakan ternak lain.

Aku tak akan cerita detail apa yang dia buat kepada sang penternak kecil, pasal memang panjang senarai kezalimannya dari dulu sampai sekarang. Senang cerita dia guna 'strong arm tactics' termasuklah threat and intimidation. Dan dia pay off atau merasuah semua pihak berkaitan demi memuaskan cita citanya. Lagi tak bestnya dia takde segan silu curi ternakan orang. Lembu orang dia claim dia punya. Sawit orang (dan sawit estet) pun dia claim dia punya.

Betul betul beraja di mata bersultan di hati.

Baru baru ni dia pasang pagar betul betul bawah line api TNB. Nak buat kandang fidlot lembu. Tiang pagarnya konkrit 2 kaki x 2 kaki. Amik kau... kena guna backhoe nak tanam tiang pagar tu. Yang hairannya TNB senyap aje walhal laporan dah dibuat. Bukan ke struktur kekal tak boleh buat bawah line api?

Satu perkara yang mengejutkan juga ialah bila kawan aku sang penternak kecik ni pi Pejabat Tanah nak renew lesen TOLnya, boleh pula Pejabat Tanah kata fail hilang. Aii sebelum ni elok aje renew tiap tiap tahun, ada aje failnya, macam mana pula tiba tiba hilang? Takkan tikus bawak lari?

Penternak besar ni makin besar cita citanya, dan makin hilang kewarasannya. Greed certainly brings out the worst in people.

Satu lagi yang banyak orang tak puas ati pada estet Sime Darby ni ialah monopoli kontrak. Dulu kerja kerja ladang diagih agihkan kepada banyak kontraktor kecil. La ni satu orang je bolot semua. Potong buah, kutip buah, pruning, baja, buat jalan semuanya dia. Tapi tetap juga dibalun buah sawit estet walau kontrak lumayan habih semua dia sapu. Banyak sangat ketirisan dalam pengurusan estet Sime Darby ni. Aku pun pening kepala nak cerita.

Orang kampung dan sang penternak kecik yang sedang ditindas lebih tahu cerita cerita ni. Aku cuma tolong sampaikan. Nak minta pandangan tuan puan.


Macam mana nak buat menentang kezaliman ye?

Monday, June 3, 2013

KIDDING RATE : A LITTLE MORE..

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kepada mr zaki dari nurternak enterprise di atas pandangannya yang sedikit berbeza dengan aku. Panjang lebar penerangannya pasal kidding rate. Petanda yang baik untuk industri bilamana ada discourse atau debate pasal performance indicators untuk sebuah ladang pembiak.

Menunjukkan semakin meningkatnya tahap pemburuan ilmu di kalangan pembiak kambing, dan itulah tujuan aku menulis blog, mencetuskan perang mencari ilmu sesama kita pembiak kambing. Kena pula kita passionate dalam mepertahankan pandangan kita, tak kisahlah salah betul, tapi dah tentu kena cari ilmu dalam usaha kita menegakkan kepercayaan.

Syabas aku ucapkan kepada mr zaki blog nurternak.

Baik, aku rasa aku dapat apa yang nak disampaikannya. Average kidding rate, kena kumpul data untuk dua tahun. Ni memang kena sabar banyak, dan formulasi lebih kompleks daripada apa yang aku gunakan. Well, bro zaki memang well versed dalam matematik, dan aku pula lemah lutut dan lemah otak bila sampai matematik. Memang tak lalu tengok rumus panjang panjang.

Formula yang aku gunakan adalah yang paling simple, dan sebenarnya kalau kita review banyak research pasal kidding rate, formula yang aku gunakan adalah diterimapakai di merata tempat. Yeah aku rasa tak lari jauh konklusinya bilamana dua dua formula kita gunakan. Terpulanglah kepada tuan puan nak guna mana satu.

Ok, figura demi figura yang aku quote dalam post sebelum ini bukanlah aku reka atau main sedap tulis je, tapi ada reference, ada study.

Contohnya bila aku quote boer yang belum cross local blood di mana kidding rate nya 0.78 per tahun. Tu pakar kambing aussie sendiri yang publish dia punya study - boer reproduction under hot and humid condition. Tapi memang kita boleh exceed kadar tu kalau pengurusan baik.

Paling tinggi aku pernah dengar ialah 1.4 per tahun (local climate yea - tropical). Makanan cukup, dan pengurusan jenis heavy interference. Atau kita bela boer kat kawasan gunung di mana suhunya lebih sejuk, justeru kurang ancaman heat stress - boleh juga dapat 1.4. Dan kalau bela boer dalam kandang air cond (very high input!) boleh la kot lebih 1.4.

Bila masuk cerita jamna pula, ini payah sikit. Pasalnya geng jamna kat malaysia ni selalunya tak simpan rekod. Aku pelik sungguh la. Dok bela ratus ratus dan ribu ribu ekor takde juga kira kidding rate.

Ok jamna ni ada darah tropika, so baik sikit lah kidding rate nya. Berdasarkan kajian indonesia, jamna fullblood yang dibela secara intensif memiliki kadar kelahiran 1.6 per tahun (jamna tulen bela cara semi intensif atau extensif tak menjadi yea - kidding rate jatuh mendadak). Aaahh sekarang tuan puan nampak bagaimana prestasi sebenar baka besar besar dalam keadaan cuaca tropika.

Tiada baka besar jenis tulen yang boleh capai 1.8 per tahun dalam cuaca tropika. None of those big sized exotics can break 1.8 - except under high input husbandry.

Cuaca tropika kita sememangnya sangat mencabar kepada ruminan - zon cuaca yang paling kurang kekondusifan nya berbanding tiga zon cuaca lain; panas dan kering, temperate, dan artik. Memang betul betul berasap kepada mana mana kambing dari zon cuaca yang berbeza bila nak adapt kepada cuaca kita.

Tapi bila kita incorporate local blood ke dalam program pembiakan kita (kita crosskan dengan darah tempatan) - baik boer atau jamna atau nubian atau saanen - kidding rate lebih tinggi DAN ada hybrid vigor.

Boer cross local boleh lebih 1.8, jamna cross local pun boleh lebih 1.8. Janji ada darah kita.

Bagi sesiapa yang sukakan darah eksotik macam jamna atau boer tulen, takde masalah bela walau pun kidding rate rendah dengan syarat : modal tinggi, target pasaran baka, dan jual harga tinggi.

Tapi kepada pembiak baru yang modal kecik di tepi pantai sedang terfikir untuk belayar menghadapi lautan luas terbentang, adalah lebih baik mencari pengalaman dengan membiakkan darah tempatan. Our effort will be greatly aided by the very existence of our own blood. Darah kita akan bantu kita belayar dengan lebih baik, lebih pantas dan lebih jauh, memungkinkan kita sampai ke destinasi kita.

Sebenarnya kan, darah kita tak pernah hampakan kita, cuma kita je yang teragak agak tak yakin. Kita sendiri kena mulakan dengan diri sendiri, kena percaya diri sendiri, kena percaya dengan keunggulan dan kehebatan darah yang mengalir dalam tubuh sendiri. Darah yang telah mengisi segala urat temurat keturunan kita, darah yang telah terbukti kemampuan menghasilkan keturunan demi keturunan tak putus putus, yang telah mengisi segenap penjuru dan ceruk tanah air kita.


Itulah darah kita yang mulia..