"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, January 20, 2013

JANGAN BELI KAMBING EKSTENSIF!!!


Ini adalah untuk mereka yang nak membiak kambing pedaging. Always keep in mind this statement.

Menurut takrifan aku yang berbeza dari buku buku ternakan, sistem ekstensif adalah ladang kambing di mana kambing dibiar bebas meragut dari pagi sampai pagi balik. Tanpa gembala. Maknanya 24 jam buka pintu kandang, suka hatilah kambing tu nak balik ke idak. Tuan punya kandang akan check bila dah lewat petang, kalau tak cukup bilangan kambing, baru kelam kabut cari. Biasanya tak guna makanan tambahan - takde dedak, takde rumput extra.

Sistem ekstensif adalah sistem super low input, betul betul cincai, betul betul kampung style.

Dan outputnya rendah, tidak boleh mencapai tahap high output, high performance.

Manakala sistem semi intensif adalah sistem kambing dilepaskan meragut dengan gembala sepenuh masa. Digembala dari mula lepas hingga balik ke kandang. Sebaik baiknya gembala dengan tongkat. Maknanya masa ragutan adalah terhad, bergantung kepada keupayaan si gembala.

Dan sistem semi intensif adalah sistem low input, dan high output. It represent the highest chances of success for any breeding program.

Bagi sistem intensif, kambing dikurung dalam kandang, diberi makan sepenuhnya. Tiada gembala diperlukan. Sistem yang popular sekarang ini. High input, and high output. High chance of success for any breeding program, kalau larat cari rumput dan tinggi ilmu bab nutrition kambing.

Eh awi, ko ni biar betul? Nampak macam ko ni anti sistem intensif dari awal blog sampai sekarang? Bukan ke ko ni staunch traditionalist?

Tuan tuan,

Untuk mereka yang nak betul betul membiak kambing pedaging, yang nak buat full time, yang nak betul betul menjadi usahawan, yang nak expect reasonable income, yang nak high output dan yang nak extract high performance dari kambingnya - maka ada dua sistem yang aku cenderung, no.. yang aku sokong - sistem semi intensif dan sistem intensif.

Semi and fully intensive represent higher chance of success in breeding effort, and semi intensive has the highest chances of success.

Aku langsung tidak recommend sistem super low input, dan ianya berbeza dari amalan aku, yakni low input husbandry. Hati hati tuan tuan, jangan salah faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku buat low input husbandry, aku tak buat super low input husbandry. Aku tidak obses menurunkan kos. Aku bukan 24 jam asyik fikir bagaimana nak merendahkan kos.

Yang aku selalu fikir adalah bagaimana meningkatkan kualiti dan kecekapan. Aku tak kisah sangat kalau kos aku naik, selagi aku tidak masuk zon hukum pulangan berkurangan.

Ini kepercayaan aku. Dan aku nak sampaikan, pasal aku nampak banyak confusion.

Tuan tuan pembiak,

Ada satu benda kita mesti tahu, pasal ianya disebut dalam alquran. Tuhan suruh kita perhatikan bagaimana dia memudahkan kita mendapat manfaat daripada haiwan ternakan bila Dia menundukkan haiwan tersebut untuk kita.

MENUNDUK. Kena baca ayat tersebut berulang kali, fikir dalam dalam, kena tenggelam, kena lemaskan diri dalam makna ayat tersebut. Barulah terbuka hijab, baru datang enlightenment, baru datang 'eureka moment', baru kita bermandikan cahaya kefahaman. Barulah kita nampak kehebatan dan kebesaran Tuhan. Kita memandang dengan mata hati, bukan lagi kita memandang dengan mata kasar.

Baiklah, bila Tuhan kata Dia tundukkan, dan berdasarkan ilmu genetik baru baru ini yang menemui kewujudan domestication genes dalam haiwan haiwan tertentu - ternakan akan tunduk bila ada campurtangan manusia. Lebih banyak campur tangan, lebih tunduk ia. Dan ia diwariskan kepada keturunannya.

Tuhan dah selitkan domestication genes dalam haiwan haiwan tertentu yang memudahkan manusia menunduk dan mendapat manfaat daripada haiwan tersebut. Syarat domestication genes untuk diaktifkan, mestilah ada campur tangan manusia.

Ada sesiapa yang dah mula nampak? dan implikasinya?

Ok. Kita teruskan. Untuk establish penundukan, ada dua cara utama campurtangan - makanan(rumput, dedak, susu) ATAU gembala dan tongkatnya. Kedua dua cara ini akan berhasil mengaktifkan domestication genes, baru kambing tu jadi jinak, baru kambing tu tunduk kat kita, baru lah kambing tu perform.

PERFORM! PERFORM! PERFORM!

Tak tunduk, tak perform.
Tunduk, baru perform.

Nampak tak ni? Pasal tu aku tidak menyokong sistem ekstensif kerana ketiadaan gembala atau ketiadaan makanan tambahan menyebabkan tiada elemen penundukan. Tuhan dah katakan, ternakan-ditundukkan. Makanya kalau kita tak tundukkan, tak jadilah ternakan namanya.

Jadi liarlah dia, jadi feral. Jadi tak bertuan, gagal mengenal tuannya, gagal untuk perform sebagaimana yang kita mahu.

Kambing yang tidak masuk master - servant relationship, akan gagal berfungsi sebagai ternakan. Dia akan berfungsi sebagai kambing, tetapi akan menghampakan kita kalau nak dijadikan ternakan. Tertonggeng tonggeng kita dibuatnya, memang boleh menangis. Massively disappointing. Get it?

Degil tak makan saman, bila makan tak nak bersama kumpulan, terpisah pisah, kejap lari sana lari sini, langsung tak takut tuannya. Mampuih kita..

Maka tuan tuan pembiak, sebaik baiknya untuk program pembiakan, jangan beli kambing untuk dijadikan induk dari ladang ladang yang mengamalkan sistem ekstensif. Menangis kita dibuatnya nanti. Jangan terpedaya dengan super low input yang diamalkan, kena tengok dalam dalam sikit. Jangan terpedaya dengan harga murah murah yang ditawarkan kerana sistem super low input memang mampu jual kambing murah murah.

Sebagai pembiak kambing yang nak berjaya, kita nak kambing yang akan perform. Untuk itu kambing tersebut mestilah yang dah disekolahkan, yang dah tunduk, yang dah faham siapa master siapa servant. Dan gembala beserta tongkatnya adalah cara yang terbukti berkesan selama ribuan tahun, dari kali pertama kambing ditundukkan semasa Qabil dan Habil, merentas zaman para anbiya', hinggalah sekarang.

Gembala beserta tongkatnya akan berjaya maintain equilibrium master - servant relationship sampai bila bila, kerana ia telah pun dinyatakan oleh Tuhan. Dan Tuhan itu Maha Benar.

*Tuhan tidak selitkan domestication genes dalam kebanyakan haiwan yang diciptakannya, hanyalah haiwan haiwan tertentu yang sangat sedikit bilangan spesisnya. Sebab itu banyak percubaan manusia untuk menundukkan hidupan liar (membiakkan) macam panda sangat sukar. Banyak haiwan liar susah nak tunduk kepada manusia, and they will underperform kalau di bawah jagaan manusia. Tetapi bila dibiarkan ke habitat dan cara asalnya, haiwan liar ini akan perform, breed, macam biasa.

*Ternakan mesti ditundukkan. WAJIB ditundukkan, baru akan perform untuk kita. Kambing dan lembu sebenarnya underperform dalam keadaan liar, tetapi akan high performance bila ada campurtangan manusia.

Alquran. Kita mesti gali kehebatan dan keajaiban ayat ayat Tuhan, dan keunggulan sunnah rasulullah. Kita mesti tegakkan kembali panji kebenaran yang ditinggalkan Rasullulah. Terlalu lama kita biarkan panji kebenaran itu bersalut dengan kepalsuan demi kepalsuan.

Telah tiba masanya...

Saturday, January 19, 2013

TRUE BLUE SUNNAH


Post kali ini barangkali tidak akan menjadi post yang paling popular, tetapi akan menjadi post paling penting yang pernah aku tulis. Mungkin aku akan hilang banyak kawan selepas ini, dan memiliki lebih ramai musuh musuh, tetapi aku tetap akan menyampaikan apa yang telah lama aku simpan.

Menternak kambing memang sunnah para nabi. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawasanya semua nabi adalah pembiak kambing. Takde yang jadi importer. Dan semua nabi membiak kambing dengan cara mengembala. Dan semua nabi mengembala dengan tongkat.

Adakah tuan tuan nampak dengan jelas?

Para anbiya' adalah penternak kambing.
Dan mereka adalah pembiak kambing.
Sesungguhnya mereka membiak dengan cara mengembala.
Dan mereka mengembala dengan membawa tongkat gembala.

Banyak antara rakan penternak aku, dan pegawai veterinar tidak percaya aku boleh survive sebagai pembiak dengan 100 induk kambing sahaja. Mereka tak percaya aku boleh hidup dengan kambing 300 ekor sahaja. Apalagi nak percaya dengan income level yang aku nyatakan dalam post sebelum ini.

Mustahil, impossible.

Dah la membiak 100 peratus, takde buat trading dan importing, tak mengharap susu dan tinja, takde downstream processing (contohnya daging beku atau masak masak untuk aqiqah dan korban), takde bantuan khas kerajaan.

Income aku betul betul dari livestock breeding sahaja. Jalan penternakan yang paling sukar dan nampak mustahil.

Tetapi tuan tuan pembiak yang dimuliakan,

Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dengan aku semuanya tidak betul betul mengikut sunnah para nabi. Mereka tidak mengembala sepenuh hati, dan kalau mereka mengembala mereka tidak membawa tongkat.

Mereka tahu menternak kambing itu sunnah, tetapi mereka mengambil sunnah itu separuh separuh. Mereka tidak memahami sepenuhnya konsep dan cara hidup para nabi sebagai pembiak kambing. Mereka tidak berhenti sekejap dan tidak mengambil masa untuk merenung sedalam dalamnya cara nabi nabi bila menternak kambing.

Tuan tuan,

Jalan nabi adalah jalan yang lurus.
Jalan nabi adalah jalan yang pasti dan pasti beroleh kejayaan.
Jalan nabi adalah jalan yang dijanjikan Tuhan akan berakhir dengan kemenangan.

Dan janji Tuhan, janji nabi adalah janji yang benar sebenar benarnya.

Kenapa kita tak nampak nampak? Kenapa kita teragak agak? Kenapa kita percaya separuh hati sahaja? Kenapa kita tidak yakin sepenuhnya pada junjungan kita sendiri?

Dan ada kalangan kita yang berani mengatakan cara nabi dengan gembala dan tongkatnya adalah cara lapuk, cara yang ketinggalan, cara yang tidak nampak gah, cara yang tidak nampak komersilnya, cara yang tidak mengkagumkan, cara yang memalukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, cara yang tidak layak diikuti.

Dan kenyataan ini datangnya daripada mereka mereka yang mengaku dirinya Islam, yang mengaku dirinya di belakang bendera para nabi.

Sebab itu kita gagal dan gagal. Berterusan gagal.

Kita tidak mahu melangkah menurut langkah Nabi. Kita cuma mengikut derap langkah yang pertama, kemudian kita lari keluar dari barisan, berterabur mengikut jalan masing masing. Kita ingat kita boleh, rupa rupanya jalan yang kita pilih berpusing pusing memeningkan kepala.

Tuan tuan sekalian,

Dalam kitab suci kita, telah disebut perkataan pengembala dan tongkat gembala. Bila ianya disebut dalam kalam Allah, maka ianya pastilah benda yang besar, benda yang sangat besar maknanya. Alangkah baiknya kalau kita mengambil masa untuk berfikir sebentar dan merenung sedalam dalamnya.

Pasti banyak rahsia yang akan terbongkar, akan terbuka hijab, dan akan tenggelam kita dalam keseronokan 'enlightenment', bilamana kita dapat meresapi ke dalam jiwa kita akan hikmah hikmah, yang tersurat dan yang tersirat dari ayat ayam kalam Allah.

Tatkala ramai penternak dan pegawai riuh rendah hingar bingar terperangkap dalam kotak kekeliruan, sibuk mencari dan mereka reka jalan keluar dari kotak tersebut, alkisah sang gembala dan tongkatnya telah berjaya menemui tali kebenaran dan memanjat keluar dari kotak kekeliruan yang penuh dengan kebisingan itu.

Sang gembala dan tongkatnya memanjat keluar senyap senyap.

Dan bilamana sang gembala dan tongkatnya melihat hiruk pikuk dalam kotak kekeliruan di bawahnya, maka sang gembala dan tongkatnya berbisik dalam hati “Alangkah baiknya sekiranya saudara saudaraku dapat diam sebentar, duduk berteleku dan melihat dinding kotak itu. Nabi telah pun menghulurkan tali kebenaran pada dinding itu. Cuma tinggal dipegang kejap kejap kuat kuat diikuti. Pasti akan berhasil menemui jalan keluar.”

Dan sang gembala dan tongkatnya sedang melalui pengembaraan baru yang menakjubkan, setelah bebas dari kotak penjara kekeliruan.

“Jalan Nabi adalah jalan kebenaran yang akan menuju kemenangan!”

Setakat mana yakin kita?

Thursday, January 17, 2013

ALMOST FAMOUS..


Ladang aku sebenarnya dah pernah masuk tv. Drama. Tajuknya "Ha! Cucu Opah nak Kahwin Sekali Lagi?". Huh, payah betul nak sebut. Arahan Fauzi Nawawi.

Lama dulu dah. Shooting masa 2006, atau 2007, tak ingatlah. Astro selalu juga rerun drama ni. Tapi aku sendiri tak pernah tengok. Pasal masa tu aku tak dak genset dan tv. Lilin adalah. Sengkek sangat masa tu. Pasang lilin pun berkira kira gak, nak jimat punya pasal.

Aku beli tv pun bila ada duit lebih orang bagi hadiah masa aku kahwin dulu. So terima kasihlah pada sapa sapa yang hadir dan beri sumbangan masa aku kahwin dulu. Jam, oven, water filter, periuk belanga, seterika, dapur gas hahaha memang penyumbang penyumbang ni faham situasi aku walau pun banyak hadiah barang letrik aku tak boleh guna. Letrik tak dak wehh..

Masa buat shooting drama ni, aku rasa ada satu bas orang. Sesak masak huru hara jadinya ladang aku. Kambing pun jadi cemas. Stress ramai sangat orang. Terpaksa aku makan tanggung kambing aku hari tu. Adalah 50 - 60 ekor kot masa tu.

Oleh kerana aku dah pernah merasa on air, dan situasi kelam kabut yang terhasil akibat on air, maka aku tidak lagi berminat untuk masuk tv. Aku juga tak berminat masuk majalah dan suratkhabar, atau masuk mana mana pertandingan dan pertunjukan kambing. Aku juga akan menolak sebarang pencalonan anugerah tani, dan aku juga tidak akan buat papan iklan besar sana sini.

I no longer have an urgent need for fame.

Fame come when we are really expert at what we do. It naturally come.

Instead of seeking fame, it is better to improve our skill, improve our knowlege, build personal relationship, and let time do the rest. It will work, and it will last.

Kalau baru mula, dah kecoh sana sini, aku tak berapa yakin boleh bertahan lama. Aku perhatikan, mana mana bisnes baru yang bukan main galak berkokok berdentam dentum, itulah yang cepat 'kiok'. Cepat kena sembelih, udahnya bising sangat haha.

"Don't seek fame, but seek knowledge"

Salam.

*Perkhabaran telah sampai ke telinga aku, ada orang kata aku nak tutup kandang, nak jual habis semua kambing. Kelakar sungguh laa..

Macam macam pesen orang, hmmm...

Tuesday, January 15, 2013

AKU AKAN DIBEDAH!


Berdasarkan beberapa posting sebelum ini, tuan tuan boleh simpulkan yang operasi ladang aku ada banyak ruang untuk penambahbaikan. Banyak ruang. Banyak lagi performance yang aku boleh extract.

It's amazing to know that.

The potential that lies in wait. Waiting for me to explore.

Ada orang kata kenapa tak banyakkan kambing lagi, jadikan ribu ribu ekor? Hmm.. aku bukan jenis 'quantity' person. I take my time, really take my time and I value quality and efficiency. Dan aku rasa aku tak akan pergi ke arah ribu ribu.

Yeah, I am not that ambitious. Lagi pun, ada banyak lagi benda aku nak belajar pada peringkat 300 ekor ni. Biar dah master dulu, baru fikir lain lain. One step at a time. Slow. Tapi kura kura menang juga akhirnya kan?

Nenek moyang kita memang pandai kerana dapat mewariskan kebijaksanaan melalui ceritera sebegitu.

Orait. Itu intro, cerita sebenarnya ialah ladang aku akan dibedah untuk tahun ini dan tahun depan. Tiga orang student biotech peringkat master akan menjalankan kajian inside out ke atas ladang aku. Autopsi, err... no, autopsy is for the dead, and I am not dead yet.

Semua aspek ladang aku akan dikaji, teknik teknik, data data, methodology, and beliefs. Pembiakan, rate of gain, economic performance, makanan dan whatever else there is. Which means, I am getting naked. Holy cow!

Jujurnya, aku tak selesa sebab aku akan mendedahkan internal operation ladang kepada semua orang. Bukan setakat data dan teknik, tetapi juga kesilapan kesilapan yang aku pernah buat. Some of them are really dumb mistakes.

Dumbness in the magnitude of maybe ;

Bill Clinton - Monica Lewinsky oval office affair, or...
Britney Spears showing her @#$%^ to the entire world, or...
accusing someone straight and having a back pain of committing homosexuality. Twice... and whoever believe this lies, must be having the brain size of a siput sedut.. maybe even those siput sedut got way much bigger brain than them.. idiots..

Yeahh.. spectacular dumbness in that magnitude. And No, No, No. I am not keen on revealing them. Not now. Not yet.

Ahh... sekarang aku dah habis merepek. Kat mana aku tadi?

Ye.. operasi ladang aku akan dikaji. Dan hasil kajian tersebut akan digunakan untuk menambah baik operasi aku, which then will spill into other farm. That is good.

Kita akan sama sama belajar.

Learn from my mistakes.

From the past and future..

Monday, January 14, 2013

LAZY FAT OZIL


Ozil yang kat tengah

Budak Ozil ni sekarang umur 4.9 bulan . Berat lahir 4.5kg. Aku timbang semalam 31kg berat dia. Tak secepat anak jantan Laksam yang mencapai 30kg masa umur 4.4 bulan. Salah satu sebab dia si Ozil ni lambat belajar makan lain (rumput dan dedak). Tak reti reti nak cerai susu.

Aku teragak agak nak jadikan dia sebagai pejantan. Pasalnya dia ni single birth, bukannya berkembar. Sekarang ni, kriteria aku, jantan untuk dijadikan pejantan seboleh bolehnya kembar. Aku tengah eksperimen..

Eksperimen?

Aku nak buat pengakuan ekslusif. Tahap Harian Metro. Selama ini pejantan yang aku gunakan adalah keturunan single birth. Dari aku mula bela kambing sampai pertengahan tahun sudah. Ciri utama selection ialah berat masa cerai susu. Aku tak guna berat lahir sebagai kriteria.

Nasib baik kidding rate aku ok. Tinggi.

Dan ini menyebabkan aku terfikir kalau aku guna pejantan berkembar macam mana pula hasilnya? Adakah kidding rate akan bertambah baik? Significantly or just slightly?

Hasil eksperimen hanya akan diketahui selepas 2013. Maybe lepas 2014 to be more accurate pasal aku ada lagi pejantan single birth. Still have no intention to retire him. Pasal dia ada sifat unik. I'm not ready to reveal what it is yet. Not rate of gain, not color, not body conformation. Some thing else.

Sekali lagi, ada tak siapa siapa pembiak atau breeding experts kat Malaysia ni yang tahu perbezaan prestasi ladang tempatan guna pejantan single birth dengan twin births? Yang ada rekod le.. Tak mau lah jenis yang cakap aje atau agak agak.

Ada tak local research pasal ni ye? Kalau takde, apa pula hasil kajian antarabangsa?

Of course I know they recommend using twin births, but I have not come across researches that actually compare the performances. Any body?

Sunday, January 13, 2013

INDEPENDENT CARCASS ANALYSIS


Sebuah IPTA telah mengambil sampel 2 ekor kambing jantan aku untuk dibuat analisis karkas. Keduanya berumur setahun. Satu nama Odin. Satu lagi nama Loki. Berat hidup Odin umur setahun ialah 53kg manakala berat hidup Loki umur setahun ialah 48kg.

Analisis karkas dijalankan secara metodologikal dan komprehensif. It is properly and carefully done. Properly cut, properly weighed, and properly recorded. Here it is.

Setelah dibuang lemak ;

Odin : 53% daripada berat hidup
Loki : 51% daripada berat hidup

On average, carcass percentage for tropical male goats is 48%. Sudah tentu aku agak terkejut bila mendengar hasil kajian tersebut. Kerana :

Aku bela baka biasa je. Crosses cincai. Bukannya baka specialist pedaging macam boer atau kalahari. Odin dan Loki kedua duanya ada kembar. Masa masih menyusu, langsung takde extra feed or supplement untuk diorang dan mak diorang ni. Berat mak Odin cuma 32kg dan berat mak Loki cuma 28kg. Berat bapak diorang ni cuma 50 - 55kg. Odin dan Loki deworm sekali aje, masa weaning.

Odin dan Loki tidak masuk fidlot. Tidak digemukkan secara intensif. Sebelah petang diorang bebas turun kandang makan rumput. Dan ada buat mating (kahwin lah), so their rate of weight gain were slowed down considerably.

Adakah tuan tuan nampak 'magnitud' apa yang aku cuba sampaikan?

Probably not kepada penternak baru. Tetapi kepada penternak yang dah season, this is insightful. Very.

Ada sesiapa tahu analisis karkas baka baka lain kat malaysia macam mana? Umur setahun juga? Independently analyzed and verified by third party? Setelah dibuang lemak?

By the way, I know 2 samples are not representative enough. Tak boleh kata itu production standard ladang aku. So additional studies are being conducted.

Sedang. Dalam proses.

Salam!

Saturday, January 12, 2013

BILA SUHAIMY DATANG..


My farm is a basic, spartan goat breeding farm. It is not geared towards visitors or agro tourism. I've got no facilities to warmly welcome visitors.

But I am receiving quite a lot of visitors lately. Everyday. And I know I had to invest some money to make up my farm. To beautify and to clean it. To make it feel a bit proper.

Ok. Dalam banyak banyak pelawat ke ladang aku, ada satu pelawat yang cukup pelik datang. Semalam. Suhaimy dari putrajaya (atau 'putarjaya' - dia sendiri cakap ni hahaha). Dia kata jangan tulis pasal dia dalam blog aku. But I just can't resist writing about this guy.

Dia tau pasal aku melalui facebook. Group penternak. Keratong Agro kot yang jadi admin. Aku pun tak tahu amende pasal aku tak pernah buka facebook. Dan Don Jenal yang recommend dia suruh baca blog aku. Alih alih terus nak datang ladang aku. Dan ladang aku adalah ladang kambing pertama dia pernah jejak.

Naik motor dari putarjaya. 180 km. Aku tau pasal hometown aku kat bangi, sebelah aje. Silap judgement, dia ingat ladang aku sebelum tanjung malim. Tu yang dia naik motor tu. Dan bila sampai aje ladang aku, terus ikut gembala kambing. Terus. Dari mula sampai habis. Takde bekal makan.

It's punishing. Aku tahu. Bini aku hari pertama ikut aku gembala terus demam. Semua pekerja aku hari pertama gembala kambing terus demam. Dan si suhaimy ni aku tak tahulah macam mana dia hari ini. Pergi balik 360km naik motor, siap gembala lagi. Mau demam seminggu kot..

Dan belanja aku makan plak hahaha. Ko ni lah suhaimy... aku tuan rumah. Ada plak ko yang belanja, malu aku wehh..

Driven. Energetic.

That's what I saw in him.

Ni gambar dia. Close up tak boleh. Dia tak bagi. Malu hahaha..
Pekerja aku yang depan tu. Suhaimy kat belakang.

A bit closer

Suhaimy ni memang berkobar kobar semangat nak bela kambing. Tapi aku recommend sapa sapa pun sabar dulu. Pergi melawat dulu seberapa banyak ladang kambing yang boleh, dengar dulu pro dan kontra masing masing. Bagi serabut dulu kepala. Takpe serabut sekarang, jangan serabut di kemudian hari ye tak?

Tapi aku nak cerita satu benda zaman dahulu kala, masa aku baru buat keputusan untuk explore possibility menternak kambing, masa aku belum buat kandang, masa aku belum pergi apa apa kursus kambing, dan aku pertama kali jejak kaki di ladang kambing.

Sebuah ladang yang tak perlu aku cerita kat mana, tapi memang cukup gah masa tu. Selalu masuk paper, ada padang ragut khas 250 ekar, tinggi lantai kandang dari tanah 20 kaki, superb facilities untuk agrotourism - sebijik padang golf siap dengan buggies, very impressive infrastructure tahap 7 bintang, ada intercom kat main gate. In fact sampai sekarang, aku belum jumpa lagi ladang kambing yang setara dengan dia.

Dan aku naik motor. Sama macam suhaimy ni. Nasib baik aku dibenarkan masuk. Tauke sendiri layan aku. Frankly memang aku takjub ternganga nganga tengok ladang dia. Very impressed, dan berkobar kobar semangat.

Tapi semangat tu jatuh berdebuk bilamana tauke ladang tu kata "lebih baik you jangan bela kambing. Kalau nak bela juga you better have at least one million, lagi baik two million, baru boleh pegi tahap komersial".

Hahaha amik kau... terkedu aku dibuatnya. Memang 'inspirational'. Class A motivation.

But then, I'm pretty dumb. I do not listen. Aku terjun juga bidang ternakan ni. Then I quickly realized yang dunia penternakan ni didominasi oleh manusia manusia yang mahukan keuntungan segera. Terlalu banyak yang tiada niat mahu benar benar memajukan industri.

Ada permata permata, pembiak tulen yang berjaya tapi diketepikan dari arus perdana. Susah nak cari diorang ni. Tak pernah menang anugerah tani, tak pernah keluar surat khabar, tak pernah masuk show. Usahawan ternak yang bermula dengan modal ciput dan sengkek, yang masih bertahan belasan, puluhan tahun, yang benar benar meningkatkan pengeluaran daging dalam negara dengan cara membiak.

Mereka berpengalaman, but they are well hidden dari penglihatan penternak penternak baru.

Sebaliknya, semua bakal bakal penternak akan dihalakan kepada mereka mereka tong kosong. Mereka yang mendominasi suratkhabar dan tv. Mereka yang kamceng dengan agensi agensi pejabat pejabat kerajaan yang berkaitan. Mereka yang bermodal besar besar, kandang menakjubkan. Mereka yang sibuk mencanangkan kehebatan pelbagai teknologi dan baka baka canggih. Overwhelming our senses. 

Mereka adalah importer dan trader. They claim they breed, but they are not.
They claim they know how to breed, but their knowledge is truly pathetic.

Semua tempat kursus ternakan dalam malaysia sekarang tidak dikendalikan oleh pembiak tulen. Semuanya importer dan trader yang bertopengkan pembiak.

Sebab tu banyak penternak yang gagal. Ilmu yang salah diajar. Berpusing pusing kita dalam kesesatan dan kekeliruan yang dicipta mereka mereka yang tamak ini. Satu demi satu rakan rakan kita terbunuh.

We must put a stop to this killing. We must begin the revolution. We must start struggling, freeing ourselves from the decades old chain of deception and lies.

We must demand the truth!

*Ladang kambing 7 bintang yang aku cerita kat atas telah pun ditutup. Hanya sebagai plan untuk dapatkan soft loan dan geran juta juta (somewhere around 6.5 million). Despite impressive investment, kualiti yang dihasilkan tidak mencapai standard. Terpaksa bergantung kepada supply penternak penternak kecik yang sengkek tapi berpengalaman. 

Dan cerita sebegini terus berulang. Pada skala yang semakin besar dan besar. What is happening to our country, man?

Friday, January 11, 2013

CHAOS THEORY


Aneh.

Salah satu cabang bawah dia ialah complexity theory. Dan post ini aku tujukan kepada pakar pakar pembiakan yang bertaraf doktor falsafah. Untuk dinilai dan dibuat model penilaian yang sesuai. Barangkali logaritma yang digunakan lebih kompleks daripada logaritma untuk expected progeny differences. Biar hangpa doktor doktor pakar ni yang pening. Lagi pun hangpa ni dah biasa serabut serabut kepala.

Ok ceritanya macam ini. Cerita ikan sardin untuk dijadikan renungan. Dalam tahun 1930an tangkapan ikan sardin di California, Amerika Syarikat mencecah 500,000 tan setiap tahun. Tetapi 1950an dan 60an menyaksikan kejatuhan dramatik tangkapan ikan sardin, cuma 5,000 tan setiap tahun.

Daripada 500,000 tan per tahun kepada 5,000 tan per tahun.

Total collapse. Malapetaka.

Pakar pakar ikan semuanya terlopong. Sebab sebab yang diutarakan ialah overfishing, dan perubahan persekitaran (corak angin, suhu permukaan laut). Tetapi tiada siapa yang dapat membuktikan dengan tepat sebab sebenarnya.

Jadi untuk mengelakkan malapetaka berulang, maka kerajaan negeri California mula mengawas dan merekod data data tangkapan dan pembiakan ikan sardin. Selama 50 tahun. (Observe and record, extensively and very long term - bila kita nak buat macam ni? South Africa lebih 30 tahun nak bangunkan baka boer. Banyak pemerhatian dibuat dan data dikumpulkan. Kita pun kenalah lalu jalan yang serupa, ramai ramai observe dan simpan rekod, baru boleh bergerak ke arah penambahbaikan industri).

George Sugihara, seorang mathematician dan theoretical ecologist telah mengkaji data data yang terkumpul selama 50 tahun tersebut. Kesimpulannya sangat mengejutkan. Dia mengatakan berdasarkan teori kompleksiti, kejatuhan dramatik populasi sardin bukan disebabkan overfishing. Bukan juga disebabkan perubahan cuaca.

Get this straight. Perhatikan betul betul.

Overfishing? Bukan
Perubahan cuaca? Bukan

Tetapi ianya disebabkan oleh amalan nelayan melepaskan ikan sardin yang kecil, dan cuma menangkap atau membawa pulang ikan sardin yang besar.

Pulak dah.. Bukan ke selama ini kita dinasihatkan bila memancing, cuma tangkap yang besar besar? Yang kecik kecik disuruh kita lepaskan kembali ke dalam air? Beri peluang ia membesar? Kan nampak logik?

Tetapi menurut Sugihara, amalan tersebut (tangkap yang tua, lepaskan yang kecik) boleh membawa kepada population boom and population bust. Boleh meledak dan boleh jatuh mendadak walau sumber makanan untuk ikan sardin mencukupi.

Sebaliknya Sugihara menyarankan agar nelayan nelayan tangkap sardin yang belum cukup matang dan melepaskan sardin matang kembali ke dalam laut. Katanya ini membenarkan populasi sardin yang stabil. Salah satu sebabnya ikan sardin yang matang (tua) ada lemak badan yang mencukupi jika ada sebarang krisis makanan, jadi membolehkan ia terus membiak menghasilkan anak anak sardin.

Bayangkan sebuah akuarium besar yang cuma mengandungi seekor ikan besar. Bila kita tak bagi cukup makanan, ikan besar itu akan kurus dan kurus. Dia susah nak mati. Jadi populasi stabil. Sekarang cuba bayangkan akuarium besar tu ada beribu ribu ekor ikan kecik kecik. Kalau makanan tak cukup, berderet deret akan mati. Kadang kadang makanan cukup pun boleh banyak juga yang mati atas pelbagai sebab. Jadi populasi tak stabil.

Yang penting di sini bagi Sugihara, untuk menghasilkan populasi yang stabil dan sentiasa produktif, sardin tua perlu dibiarkan hidup. Jangan dikorbankan.

Kalau yang muda muda dibiarkan, populasi sardin samada boleh explode (meletup keluar) atau implode (meletup kedalam). Boom or collapse. Dan itu tak stabil.

Dan cerita sardin ini membawa aku kepada kambing. Berdasarkan pengalaman aku, ada kemungkinan benar teori complexity sugihara ni. Masa aku mula mula bela kambing dulu, aku terbeli betina betina tua terlebih matang. Kurus dan sakit. Tapi sekejap je nak repair dan pulih kembali. Dan masa itu kadar kelahiran aku tak tinggi. Biasa je. Tapi stabil lah.

Dan bila kambing mula beranak pinak, maknanya banyak induk muda muda yang masuk production. Dan kadar kelahiran kambing aku pun naik dan terus naik. Bila makin banyak yang masuk tempoh puncak, lagi boom, lagi tinggi kadar kelahiran.

Malangnya, sampai suatu ketika, 2012, kadar kelahiran yang tinggi ini tidak seiring dengan keupayaan aku untuk menerimanya. It collapse. Banyak mati. Jadi kita kena seimbang sebenarnya. Kena ada 'core' yang dah tua, 'season', betul betul matang. It help to stabilise the population and thus our harvest. Kalau banyak sangat yang muda muda, nanti dia boom boom, kita pula yang collapse jatuh terduduk.

Melainkan kita ada kapasiti. Kandang kita cukup ruang, makanan pun cukup, dan pengurusan pun bagus. Barulah kita bersedia menerima population explosion.

Well, itu lah pandangan aku berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku untuk 2012. Pasal tu aku kurangkan bilangan induk, dan banyak jual yang muda muda dara dara. Biar diorang boom boom kat kandang penternak lain yang masih kosong. Takpa. Tak jadi masalah.

Kalau boom boom kat ladang aku, takut infra dan carrying capacity kawasan ragut aku tak cukup, jadi masalah banyak mati pula. Langsung tak efisien.

By the way, I can be completely wrong on this. Pasal tu aku minta doktor doktor pakar pakar pembiakan kambing ni buat kajian lanjut. Khas di bawah zon cuaca kita. Boleh pakai ke idak chaos theory ni di tempat kita?

Salam.

Thursday, January 10, 2013

POTONG KUKU KAMBING


Kambing yang turun ke tanah meragut ada satu kesenangan : tak payah susah susah nak potong kuku. Sentiasa pendek, jadi memudahkan dianya berjalan. Kalau kambing 24 jam duduk aje atas kandang, memang selalu kena potong kuku. Baaaanyaaakk kerja weh!

Tak potong takpe, tapi susah lah sang kambing nak berjalan. Jadi licin lantai kandang. Macam ice rink. Kesian betul tengok kambing kambing kuku panjang macam kasut aladin masa nak berjalan. Terkial kial. Kejap kejap jatuh.

Pejantan kuku panjang tak boleh memberikan nafkah batin kepada kambing betina. Nak kejar betina pun tak lepas. So kepada penternak kambing yang buat sistem intensif, memang biasalah bab bab potong kuku.

Aku jarang jarang potong kuku kambing aku. Adalah empat lima ekor anak kambing dalam setahun yang kena potong kuku. Jenis bengong sikit, tak reti reti ikut kawan kawan sebaya lain turun ke tanah. Kambing yang besar besar takdelah. Pasal semuanya ikut lepas meragut. Jadi kuku pendek pendek. Cuma kadang kadang rasa nak buat manicure pada kambing kambing tertentu. Adjust adjust sikit, make up sikit sikit.

Oleh kerana wujud keperluan tersebut, aku pun belilah pemotong kuku kambing dari sebuah kedai vet. Beberapa tahun yang lalu. Tak ingat bila sebenarnya. Kedai vet mana aku tak nak bagitahu, censored 18sx pasal aku nak buat damning review.

Inilah gunting khas untuk potong kuku kambing. Imported. Harga mak datuk tan sri datin sri rm160.
Slow, clumsy, painful, unproductive, and expensive. In short, just like dumb ass george bush.


Yang ini pula, gunting khas untuk pruning pokok bunga. Cap Remax. Sebat aje utk potong kuku kambing. Harga rm25 je.
Easy, fast, painless, and cheap. It works. Awesome! 

Aku ni mudah teruja bila tengok benda benda berkaitan kambing. Jenis tak fikir panjang. Banyak dah sebenarnya kerugian aku bila asyik membeli, tapi lepas tu tersadai tak digunakan. Macam cerita gunting kuku kambing kat atas ni lah.

So rakan rakan sekalian, tak payah susah susah keluar duit banyak banyak beli pemotong kuku kambing yang mahal mahal kat mana mana kedai vet sekali pun. Baik pi kedai hardware, beli je pruning shear. Lagi efektif, lagi berhasil, lagi jimat duit kita!

Wednesday, January 9, 2013

A NOTE ON DEATHS


Bila kambing aku hilang atau tak dapat dikesan, atas pelbagai sebab, aku malas nak fikir panjang, aku tulis sebagai mati. Kalau kambing aku beranak pramatang pun aku rekodkan sebagai mati. So mortaliti aku memang tinggilah walau pun tak berapa tepat kriteria aku.

Tahun 2012 mixed fortune untuk aku. Record deaths tapi dalam masa yang sama record profits. Pelik gak ni. Mortaliti tinggi menyamai tahun pertama aku bela kambing. Kelemahan pengurusan, salah aku sendiri. Malu dibuatnya apalagi bila mendedahkan kepada tatapan umum.

Probably ada kaitan dengan chaos theory yang aku akan post tak lama lagi.

Anyway, berdasarkan research research yang aku semak, bagi sistem semi intensif atau extensif dalam cuaca tropika, kadar kematian 20% ke 30% adalah normal. Figure textbook 5% atau 10% kematian sahaja adalah pengurusan yang sangat ketat. Very heavy involvement. High input. Dan dalam zon cuaca panas dan kering.

Tetapi...

Pengalaman aku sendiri aku pernah dapat kadar kematian cuma 8% pada tahun 2008. Masa tu aku ada 120 ekor kambing. Now perhati baik baik.

120 ekor tanpa guna sebarang jenis dedak atau supplementation untuk induk induk semua status.
120 ekor tanpa ada cukup segregation, tanpa pengawasan kelahiran, tanpa botol susu.
120 ekor tanpa pengurusan high input.

Dan aku mengamalkan mass deworming setiap 3 bulan. Masa itu.

Memang seronoklah masa tu. Tak banyak mati. Tetapi aku dah mula terfikir sampai bila aku nak bergantung harap kepada chemical dewormer. Wonder effect tapi pasti akan berakhir. Pasti. Masa tu nanti silap haribulan, total collapse aku punya herd. Berderet deret mati.

2008 aku dah mula dengar banyak resistance timbul sana sini. Local dan international. Devastating effect kepada ladang ladang yang mengalaminya. Ahh tak boleh jadi. So aku buat keputusan untuk buat selective deworming.

So my mortality start trending up. Naik dan naik, apalagi tanpa pengawasan yang cukup. Dan 2012 menyaksikan kematian tertinggi. Peak. Tetapi takpa. Biar susah sekarang.

Dan berdasarkan rekod aku sekarang, kematian dah mula stabil dan menurun. Masih dengan selective deworm tanpa pengawasan yang cukup. Tapi masih terlalu awal buat kesimpulan. Kena habiskan 2013 tengok macam mana.

Jadi tuan tuan pembiak sekalian, jangan ketagih dengan penggunaan dewormer baik chemical mahu pun herbal. Lebih baik guna cara genetik, biarkan kambing yang darahnya semulajadi lasak membiak keturunannya. Tapi tu lah, kita sebenarnya tersepit. Dilema.

Survivability kita sebagai pembiak lebih penting. Overriding factor.

So strategi yang aku recommend ialah selective deworm. Kalau mass deworm, buatlah 4 bulan sekali atau 5 ke 6 bulan sekali. Buat pada dos yang agak tinggi, jangan underdose. Dan jangan ikut nasihat sesetengah pihak yang suruh kita bantai ivermec setiap bulan bagi tiap tiap ekor kambing.

Parah kita dibuatnya masa akan datang. Risk of total collapse.

I don't use ivermec as a dewormer. For now.

Salam!

Tuesday, January 8, 2013

BERANIKAN DIRI KITA!

Aku biak kambing sahaja. Takdak ayam, lembu, atau ikan. 
Gembala.

Takde integrasi. Tak bergantung pada susu. Tak mengharap pada tinja.

Aku pure livestock breeder. Trading takde, import pun takde.

Rumput pun aku tak tanam. Mesin chopper pun takdak. 

Memang cara kampung. Unimpressive. Low tech. Low input. 

Aku survive. Dan bukan setakat survive, aku juga makmur. Alhamdulillah.

Siapa kata breeding tak boleh buat? Kenapa kata usaha pembiakan mustahil berjaya? Adakah memerlukan modal juta juta baru kata ada chance untuk berjaya?

Kita kena berani, berani untuk terjun, berani untuk melawan arus, berani menghadapi saat saat lemas.

Akan ada yang lemas, tapi akan ada juga yang dapat memijak seberang.

Dan yang lemas tak akan mati, belum game over. Boleh bangkit dan berusaha sekali lagi.

Yang penting kena percaya pada kemampuan diri sendiri. Tak percaya diri sendiri, jangan terjun ke dalam usaha perniagaan. Duduklah kat opis elok elok. Kerja dengan orang lain. Bawah boss. Bawah big boss. 

Dan big boss percaya pada kemampuan diri sendiri. Self belief. Visionary. 

Big boss berani terjun, berani melawan arus, berani untuk lemas, berani untuk gagal.

Berani. Maka beranikanlah diri kita.

Walau kita kecil seperti semut sekali pun.

Dunia milik orang yang berani. 










Monday, January 7, 2013

I GO BOOM BOOM AND COLLAPSE!


Aku belum tutup buku 2012. Belum audit sepenuhnya. Tapi ada pengajaran yang boleh dijadikan renungan bersama. Baiklah, untuk tahun 2012 aku mendapat 315 kelahiran atau anak kambing. Lebih sikitlah dari 2011 di mana aku dapat 238 ekor anak kambing. Jadi potential income lebih besarlah untuk 2012.

Malangnya bagi 2012 aku boom dan collapse. Dalam tahun yang sama. Aneh. Mortaliti atau kadar kematian kambing aku untuk 2012 ialah 34% (unaudited). Separuh pertama 2012 adalah dimana sebahagian besar kematian ni berlaku. Disebabkan infra kandang aku tak cukup.

Petak beranak tak cukup baanyaakk.. adehhh..

Adalah dinasihatkan tuan tuan pembiak kambing kacukan kampung sekalian, kita peruntukkan petak beranak pada 1/3 jumlah induk. Maknanya kalau ada 90 induk buat 30 petak beranak seafdalnya. Lebih petak beranak pun takpa, pasalnya banyak fadilat petak beranak ni. Segregation really is very important in determining kids survivability.

Dan aku cuma ada 24 petak beranak untuk menerima 226 anak kambing. Way too much under capacity. Oktober 2012 baru aku dapat kapasiti 48 petak beranak, dan menerima kehadiran anak kambing selanjutnya.

Itu cerita petak beranak. Satu lagi sebab ialah aku buat selective deworming without adequate observation. Bila buat selective deworming, kadar kematian memang akan meningkat kalau tak observe betul betul. Dan aku memang tak cukup observe. Banyak sangat kambing yang aku terlepas pandang, especially budak budak kambing yang sedang membesar. So jadikan pengajaran.

Berdasarkan kadar kematian yang agak tinggi, sepatutnya income aku biasa biasa je untuk 2012 (tak rugi ye) Mmmm.... tidak. In fact 2012 adalah tahun di mana revenue dan income aku paling tinggi. Improvement sebanyak 233% berbanding 2011.

Yeah kidding rate yang tinggi salah satu faktor yang menyelamatkan usaha pembiakan aku. Kalau kidding rate rendah, mortaliti pula tinggi memang aku dah habih tergolek. Total collapse.

Dan aku juga perasan satu benda atau pattern. Berdasarkan rekod aliran tunai keluar masuk aku, 2012 adalah tahun di mana aku paling konsisten dalam bersedekah. Dan paling banyak. Maka benarlah janji Tuhan. Dia memang guarantee kalau kita bersedekah, nescaya dia tambah. Tambah dan tambah.

Lagi banyak kita bagi, lagi banyak Dia tambah. Dan boleh jadi dari sumber yang tidak disangka sangka. Sampai sekarang aku garu kepala, patutnya income normal je untuk 2012, pasalnya mortaliti anak kambing aku agak tinggi, hasil dari kurangnya kapasiti infra, tapi macam mana pula boleh terlebih lebih?

Sahih dah - sedekah adalah investment terbaik yang kita boleh buat. Pedulikan stock market, emas atau ntah apa apa jenis pelaburan ciptaan manusia yang wujud. Baik kita bersedekah, dan konsisten.

Give, give and keep giving.

Return is guaranteed.

By God Himself.

Salam!