"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, March 31, 2015

THE DIRECTIVE

Hari ini aku berkenan pakai baju yang dihadiahkan oleh Komuniti Penternak Kambing Temerloh. Memang aku ada rasa 'klik' pasal bini aku pun orang Pahang. Dok Jengka 15. Terima kasih aku ucapkan kepada bro Zaid @ Penternak Tegar, dan geng Penternak Temerloh yang sudi menghadiahkan aku kemeja lawa nih. 


Close up bagi sapa sapa yang matanya tak berapa nak celik

Aku pakai baju ni untuk pergi meeting Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Langkap pagi tadi. 

Yep. Meeting nih. Suasana board room sebelum mesyuarat bermula.

Ok. Kita serius sikit. Bagi mana mana PPK, mesyuarat Jemaah Pengarah adalah wajib diadakan setiap bulan. Maknanya setahun 12 kali. Jika gagal diadakan dua kali berturut turut, maka Pendaftar boleh melucutkan keahlian Jemaah Pengarah dan mengadakan pemilihan baru. 

Hmm.. that's a lot of work for the administrative staff. Lots, and lots, of draining, straining, and cursing long hours in front of the computers. But then, it is necessary to keep PPK alive.

Dalam mesyuarat, dibincangkan banyak perkara. Aku tak akan masuk perkara perkara sensitif. Dan salah satu perkara yang menarik perhatian aku ialah arahan (directive) dari Pak Menteri Tani agar semua PPK dalam Malaysia berusaha menjadikan 70% aktiviti PPK berasaskan pengeluaran makanan. 

Pengeluaran....

........................

Cabaran besar. Sangat besar. 

Sebab aku tahu kebanyakan PPK aktiviti utama mereka ialah sawit, atau jual beli padi, dan serba sedikit asas tani (pemprosesan hasil pertanian). Tapi memang confirm, sawit adalah aktiviti utama. Masalahnya kita tak makan minyak sawit untuk breakfast. Atau lunch. Atau dinner.

Kita makan makanan. 

Memandangkan kebanyakan PPK memiliki tanah sawit yang boleh tahan luasnya, dan aku tak nampak para PPK akan membebaskan diri dari kebergantungan kepada komoditi sawit, maka aku nampak ternakan secara integrasi adalah salah satu cara menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran ternakan. 

Halangan utama? 

Bagaimana nak kenalpasti 'talent' atau pembiak, yang berbakat dan berdisiplin untuk jv dengan PPK? Bagaimana nak rekrut talent tersebut untuk bersetuju bekerjasama dengan PPK? Bagaimana nak lahirkan bakat bakat tersebut secara konsisten?

Berdasarkan sejarah dan program para PPK yang aku nampak sebelum ni, belum ada lagi usaha pembiakan kambing yang dilakukan secara integrasi dan berpaksikan genetik tempatan. Dan semua usaha kambing PPK sebelum ini melibatkan orang baru yang masih hijau dalam industri. Minat memang tinggi, duit pun ada tetapi tidak berpengalaman. 

Tidak memiliki ilmu pembiakan yang cukup. Mudah kena kelentong. Mudah sangat silap.

Justeru kerap melakukan perkara perkara yang meninggikan input, dan dalam masa yang sama menjunamkan output. (Kalau input tinggi, output tinggi/cemerlang - takpa lagi wehhh).

Itu satu. Dan dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan melalui PPK, aku percaya semua PPK mendapat sedikit dana daripada Wisma Tani. Sikit tak sikit, boleh tahanlah dananya. Jadi aku harap kita semua para PPK akan memilih secara bijak akan projek projek pengeluaran makanan yang 'reasonable', dan ada penglibatan para ahli yang telah ahli dalam bidangnya. Bukan ahli sebarang ahli ye...

Ok. Kemudiannya aku dengar ura ura Dana Peladang Kebangsaan akan bayar dividen 10% pada bulan 6 ni. Uiiii.. bagus bagus. Syok pula aku dengar. PPK aku pun dah ready nak transfer sebahagian FD diorang masuk ke dalam Dana Peladang Kebangsaan. Harapnya semua ok sihat walafiat. (Ni cara mudah dapatkan additional revenue hehehe - tak yah buat keje goyang kaki ja).

_________________________

Pada sebelah petang, aku menerima kedatangan pelawat. Dah lama tak cerita pasal pelawat, jadi hari ni cerita sikit. Sikit je. Takde apa pun. Pelawat ni semuanya student UPSI tahun akhir. Degree dalam Sains Pertanian. Diorang ni interview aku. 

Pretty basic interview. Pretty easy interview. (Tak tough macam Menteri Sains Oman yg datang hari tu - pehhh interview tahap ironman antman superman dia tu. Sampaikan aku rasa nak jadi macam superman juga pakai spender kat luar kihkihkih). 

Ok. Sedikit gambar.


Geng UPSI datang bawak hamper lagi. Baguih betoi hangpa ni. Terima kasihlah banyak banyak. Anak aku cukup suka hadiah biskut dalam tu. Thank you guys!!








No comments:

Post a Comment