"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, March 25, 2015

MACAM MANA SUSU KAMBING BOLEH BUAT KENCING MANIS?

Seorang pelawat ladang, dan aku dah lupa yang mana satu, bercerita kepada aku akan pengalaman rakannya meminum susu kambing. Katanya, bila dia mula amalkan susu kambing, dia harapkan ada kesembuhan kadar glukosa yang tinggi dalam darahnya (borderline kencing manis). Tengok lepas minum susu kambing, terus masuk zon kencing manis. Confirm diabetes.

Macam mana pula jadi lagu tu?

La ni kawan tu dah tak berani minum susu kambing.

Ini bukan berita baik. Dan aku beritahu kepada sang pelawat, kita kena pastikan punca susu kambing yang kita beli itu macam mana produksinya. Kadang kadang ada penternak dalam usahanya mengejar kuantiti produksi susu, kambing kambingnya dipam minum air molasses. Air gula merah. Dipam pam.

Bila kambing banyak minum air, susu pun banyaklah. Walau pun cair, tapi masih dikira susu. Dan sememangnya susu jadi manis. Tinggi glukosa. Dan ini bukan susu yang baik untuk sesiapa yang ada kencing manis, atau yang utamakan kesihatan.

Susu yang baik, atau natural, atau penuh manfaat kesihatan - sebenarnya adalah susu yang creamier. Yep. Yes. Ya. God damn yes yes yes... Susu yang tinggi lemak. 

Full cream. Full fat. 

Baru kita cepat kenyang. Cepat puas. Dan sistem insulin tidak terbeban untuk menghadamkan gula/glukosa. 

Realitinya pankreas kita yang kecil adalah tidak tercipta untuk merembeskan  insulin dalam kuantiti yang besar dan konsisten. Berbeza dengan hempedu kita yang sentiasa bersedia dan cukup stok enzim untuk dirembeskan bagi menghadamkan lemak lemak. 

Kita manusia direkabentuk untuk lebih sesuai menghadamkan lemak berbanding gula ringkas. Itu realitinya.

Jadi sebagai pengguna jangan mudah terpedaya dengan pelbagai iklan nak menjual produk. Termasuklah iklan iklan yang kononnya ini makanan Nabi itu minuman Nabi (padahal yang dijual adalah produk diproses atau segera). Kalau dok pening juga nak pilih mana satu - kena ingat zaman Nabi dulu macam mana. Kambing bela macam mana. Kambing makan macam mana. Itulah yang terbaik lagi penuh bermanfaat lagi menyembuhkan.

Susu yang segar. 

Full fat.

Dari kambing yang digembala.

Wallahua'lam.

The real milk.

3 comments:

  1. Sebagai penternak kambing tenusu yang digembala (operasi sistem semi-intensif...bukannya free-range atau bebas 100%), I can confirm ur opinions,Bro!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Saya pun xtahu nk pilih susu kambing jenama apa utk kawal diebetes.. baru2 ni saya beli Produk Insan bila minum pening kepala..hmm Tak faham Ada kah ianya pemilihan yg tepat

    ReplyDelete
  3. Susah juga ya nak dapatkan sumber yang betul-betul organik susu kambing ni

    ReplyDelete