"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, March 25, 2015

SAMBUNG CERITA SUSU KENCING MANIS

Berkenaan kes susu kambing yang membuatkan kencing manis - sekarang ni wujud kilang kilang yang mengimport susu kambing dalam bentuk tepung, kemudian dicampurkan dengan air melalui proses proses tertentu, dan dipersembahkan kepada pelanggan sebagai susu segar. 

Ada pelanggan yang tak sedar. Mereka ingatkan susu full cream, susu UHT, dan susu segar adalah serupa dari segi kualiti dan nilai kesihatan.

It is not.

Mengikut polisi kerajaan, susu segar tidak boleh diimport. Semua label susu segar hendaklah menggunakan susu segar keluaran penternak tempatan. Dan ada pengilang yang ambil kesempatan mengekspoitasi ketidaksedaran sebilangan pengguna. 

Elok aje claim dia punya produk sebagai susu segar. Padahal dah lalu macam macam proses perkilangan dan ditambah pelbagai aditif. Termasuklah pemanis seperti sukrosa, atau pun pepejal sirap jagung. Tinggi kandungan gula. Justeru tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. 

Dan... penggunaan perisa juga mainkan peranan sebagai penyumbang kepada kandungan gula dalam susu. Aku pernah beli susu segar biasa dan susu segar berperisa (jagung, strawberi, coklat).

Huiiii manis betul susu yang berperisa ni. Ada yang melekit lekit lagi bekas gula pada tudung dan luar botol susu segar. Tak boleh tak boleh aku terus bertaubat tak nak beli atau konsumi susu berperisa lagi dah. (tapi kalau ada orang nak belanja aku tibai juga hehehe).

Apa pun kita semua pengguna dan penternak memang kena upgrade atau educate diri masing masing akan pentingnya mengenalpasti jenis jenis susu, dan proses proses penghasilannya yang berbeza.

Untuk mencari yang terbaik, dan ada nilai 'curative' atau 'restorative' - memang kena memburu. Jangan serahkan minda dan badan semudah mudahnya kepada syarikat komersial dengan iklan iklan mereka yang begitu menawan hati tetapi akhirnya tubuh kita yang merana. 

If we want the best - hunt for it!

May we get the best milk!


4 comments:

  1. Tq for the info,Bro!! Dari pengamatan awal eden,....susu kambing yang digembala berbeza dari segi rasa dan kurang bau hamis!! Mungkin juga ada khasiat lain, Wallahu aklam!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Kat US dah ada org yg suka minimum raw milk.Cara moden menjejaskan khasiat susu sebenar-Sablee

    ReplyDelete
  3. Kat US dah ada org yg suka minimum raw milk.Cara moden menjejaskan khasiat susu sebenar-Sablee

    ReplyDelete